Images

Pikul

Cuma kadang
aku rasa simpati

senyummu yang tawar
tak girang seperti dulu

masih tetap
mahu dipendam sendiri


oh ye: 2 paper lagi doh!


Hafeez Darraji



Images

Jalan Yang Tak Terjangka-kan

Maafkan aku
antara kisah kita
kau menjadi mangsa

Kebodohan aku
merencana cerita cinta
ke-tidak mengerti aku
kau telah sengsara

Telah jadi bahan
patah dalam pusaran
jatuh yang tak mampu bangun
bila dunia kau mahu tinggalkan

Menahan air mata
saat aku bergelak tawa
melukis senyum ceria
saat tiada peluang harapan

Ketahuilah kau sempurna
cuma aku bukan wataknya

Hafeez Darraji



Images

Anak Kerdil

Bapak
Maafkan anakmu
Aku tak dapat
Menjadi seorang anak seperti yang kau mahu

Bapak
Maafkan anakmu
Telah aku rosakkan cita citamu
Menggadai harta yang satu satunya milikmu
Membuang kepercayaan tunggal yang dulu

Bapak
Maafkan aku
Kata katamu itu suatu pedoman
Kata kata aku?
hanya percakapan
Kosong tak berhasilan

Bapak
Maafkan aku
Simfoni gerak langkahmu
Suatu ketepatan tersusun
Tak akan ada aku
Menjadi yang kau pohon

Bapak
Maafkan anakmu
Yang tinggal sudah kehabisan
Bekalan telah disatukan
Biarkan gembira menjadi nyanyian
Dalam senyap yang tak berlagukan

Bapak
Maafkan aku
Kala panas mencela badan
Tika hujan meratah pelan
Aku terpaksa berlalu pergi
Untuk mencari bahagia sendiri
Janganlah hendaknya ditangisi

Maafkan aku
Bapak.


Hafeez Darraji



Images

Jauh

kita hanyalah memori yang sampai mati pun tak akan bersatu. tak ada lagi gerak atur langkah yang selari dan kata kata yang kebetulan diucapkan pada waktu yang sama.

dan kalau ada igauan tentang apa apa pun, tahulah itu hanya mimpi buruk yang bermain liar dalam kotak fikiran. Ia akan datang menghantui hari hari sepanjang jiwa masih terlanjang, tak menyakini. Obses? kalau kau mahu terkurung di balik penjara besi, itu pilihan kau sendiri.

kau jadilah budak baik. nanti Tuhan dengari.


Hafeez Darraji



Images

"Kasi lah can"

Sudah aku
beri yang aku punya
biar semua rasa
apa itu gembira

kali ini
beri aku ruang
untuk merasa
bagaimana bahagia

sampai nanti
aku kan kembali
berkongsi rasa
indah tak kepalang

oh ye: setelah kita memberi dan mengorbankan kepentingan diri kepada orang lain / masyarakat, ada masanya kita hanya mahu bersama orang yang tersayang dan menikmati waktu waktu bersama mereka. Di kesempatan lain, kita akan dapat berkongsi lagi

Hafeez Darraji



Images

Birthday Video

My girl birthday:


oh ye : sudah suku abad.

Hafeez Darraji



Images

Langkawi Island

Family holiday at Langkawi Island



oh ye: Hello lovely October!


Hafeez Darraji



Images

MWT Anglers Fishing Trip.


MWT Anglers goes fishing!


Till then,
Hafeez Darraji



Images

Tuhan Lebih Tahu

Aku senang
jiwa lebih tenang
melihat segalanya segar
bercambah mekar
harum mewangi kini

tidak ada lagi
jadi mainan geraknya pendosa
antara dua pilihan
selalu tersalah memberat yang buruk

walau bermula payah
asyik ditolak jatuh rebah
nyata Tuhan lebih tahu
menunjuk jalan
yang dulunya aku tidak mahu.


Oh ye: Life is wonderful. Life is full of Hikmah, Mashaallah! Bila kita mahu & pilih  jalan yang diredhai Tuhan, segala galanya akan lebih indah.


Hafeez Darraji



Images

Orang Gembira

Kesedihan itu bukan untuk dikemam
digendong payah sepanjang hidup

Lepaskan
dan terus melangkah.


Hafeez Darraji



Images

Dua Puluh Enam

Ramadhan tahun ini hampir bertemu kepada penghujungnya. Ramadhan yang kali ini really brought a new experience for me. Tiada lagi Ramadhan membuta bikin tahi mata di katil dan sofa yang empuk. Dari sudut menahan lapar dan dahaga, betul betul sangat mencabar iman yang di hujung garisan. Lapar tak kisah sangat, tapi dahaga yang sangat menguji level 100%. Ibadat sepanjang bulan pula, moga diterima yang Maha Esa. Biiznillah.

Proses. Itu fitrah. Belajar untuk menerima perubahan dalam hidup. Ramadhan kali ini menuntut jiwa dan jasad bersabar, bekerja seharian di hospital. Walaupun kebanyakan masa hanya menghabiskan separuh hari sahaja di hospital dan hari selebihnya kembali rilek rilek di rumah. Tetap, pelajaran itu ditelan demi kebaikan di masa hadapan. Moga kuat untuk menghadapi Ramadhan di masa hadapan dalam persekitaran yang sama.

Paling mencabar, menghadiri latihan 'Humanitarian Worker' di Perkampungan Orang Asli. Panas dan teriknya mentari tahun ini lain macam. Menghadap air 30 minit setiap kali sebelum berbuka puasa, itu perkara biasa. Kahkahkah. Demi satu pelajaran, moga ada keberkatan didalamnya.

Selain itu, jiwa dilatih untuk belajar memaafkan orang lain. Dalam menilai dan menghakimi kesilapan manusia lain yang tidak sempurna, lihatlah kepada diri sendiri yang juga banyak berbuat kesilapan. 100 kali lebih tidak sempurna dari manusia yang lainnya. Kosong kosong. (Really mean it). Cukuplah mengungkit kesilapan lalu, benda yang sudah lama berakhir kerna didalamnya pasti terkandung pelajaran yang menjadikan kita manusia lebih baik pada hari ini. Maafkan aku.

Moga segala ibadat dan amal kebajikan tahun ini diterima Yang Maha Kuasa. Diampunkan dosa dosa yang lalu olehNya. Ramadhan kali ini antara persekolahan yang lebih berjaya dari yang dahulunya buat diri aku. Inshaallah. Masih punya waktu buat hari hari terakhir persekolahan, untuk direbut dan dihayati. Kalau kalau tidak sempat bertemu untuk sesi persekolahan yang akan datang. 


oh ye: Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Hati Hati di jalan raya. 


Hafeez Darraji



Images

Dua Puluh Lima

Dah seminggu sakit tekak tapi without demam, batuk dan selesema. I'm not a big fan of clinic. Selagi boleh guna natural remedy, that's what I choose till ada sign yang menampakkan keadaan getting worst then i'll go to clinic (Jangan tiru aksi ini di rumah). So semalam, ada tanda tanda tekak dah okay tapi suddenly ada pain kat jaw, so I decided to PAY a visit to clinic. YESS! Pay! because gua sudah tua, and my parents company punya health panel dah tak support anak anak yang dah tua macam I :D

And because doctor and stethoscope sangat berkait and tak dapat dipisahkan, maybe the doktor pun konon konon put on the stethoscope on my chest and back just to fulfill the criteria of being a doctor. Hahaha. Bukannya dengar any sound pun, just letak and cepat cepat move from one point to another. Cehhh. Aku pun boleh buat camtuh.

And Thank You Doctor! Anda telah memberi saya keyakinan untuk menjadi seorang doktor di masa hadapan.


oh ye: Kalau sakit silah pergi klinik, unless you are a doctor or a doctor. 


Hafeez Darraji



Images

Dua Puluh Empat

Sebelum aku terlupa, aku sudah lima hari di Malaysia. Pulang puasa dan beraya bersama orang orang yang aku sayang. Tapi kali ini bukan boleh cuti buta buta, kena buat elektif lebih kurang 6 minggu di mana mana hospital. Mahu atau tidak, 150 markah untuk professional exam bergantung dari sini. Redha.

But, I'm looking forward for this summer holiday. So much things to do, so many kenduri to attend, so many people i wanna spend time with. Baru lima hari, duit dah banyak habis? gimana sih?

Ramadhan Kareem. Have a good one!


oh ye: Ramadhan bulan rahmat dan keampunan. Seluruhnya. Tidak kisah sama ada di awal, pertengahan atau pengakhiran.


Hafeez Darraji



Images

Listener

bila langit tak lagi cerah
angin tak lagi bertiup
menolak kaki melangkah

bila bumi telah kontang
yang tinggal hanya saki baki
air yang membasah mata

seakan dunia menghempap
hati kecil yang telah berdarah
yang tinggal hanya keinginan
mahu lenyap dari kewujudan

ketahuilah
aku kan selalu ada
meminjamkan telinga
walau kita tak lagi bersama


Hafeez Darraji



Images

Kurnia Bagaikan Khayalan

Kurnia bagaikan khayalan
tak pernah aku harap
ini semuakan berlaku
memeluk damai tubuh kaku

Aku tawarkan senyuman
biar kau tertawan
takkan aku lepaskan
walau apa yang mendatang

suara kita menjadi satu
bila tanpa sengaja
kita memulakan bicara
merdu
bersama bunyi angin berlagu

kini kau disisi
setia menemani
indahnya hari hari
sepertinya
kurnia ini bagaikan khayalan


oh ye: hnj!


Hafeez Darraji



Images

Lelaki

Aku bukan dungu
jenis tunduk merayu
satu tidak berkenan
yang lain datang berkejaran

bunga bukan sekuntum
jelita bebas bertebaran
cuma pilih satu
buat teman sepanjang jalan

tak sedar dek untung
kita memang tak sehaluan
simpan harapan menggunung
di sisi aku sudah berteman


oh ye: macam pantun or gurindam pulak rasa. hahaha


Hafeez Darraji



Images

Khabar Cinta

selamanya aku tidak akan tahu
kalau dalam hati kamu itu
mahu aku semahu mahu

tiada tanda
atau bisik bisik bicara
cerita angin yang sepi
datang mengusik anggota

sampai masa
aku perlu melangkah
mencari bahagia
tanpa perlu sesaat lagi
terus menunggu


Hafeez Darraji



Images

Dua Puluh Tiga

To fall in love, one must be brave. Kena berani. Berani mencuba, berani untuk mencari, berani untuk menyapa, berani untuk menyuarakan rasa, berani untuk bergaduh, berani untuk bahagia, berani untuk menerima something yang tak dijangka, berani berpisah, berani untuk ambil risiko dan berani untuk bercinta dengan orang yang salah. Tanpa keberanian ini, maka jadilah kita seperti istilah orang zaman masa kini iaitu forever alone.

Kalau tak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya? tak gitu? Lawan kepada perkataan LOVE is not hate but FEAR. Kita diselubungi dengan rasa takut disakiti, takut bercinta dengan orang yang salah maka ketakutan itu yang menghalang perasaan cinta itu hadir. Soal bersedia atau tidak, kalau kita tidak mulakan, sampai bila bila pun kita takkan bersedia. "Don't leave for tomorrow what you can do today "

Just remember one thing, "you have nothing to lose". Samada dapat atau tidak. Itu sahaja. Kalau dapat, #untunglahh, kalau tak dapat the consequences? Tiada perkara di dunia ini yang mustahil diatasi. So, initiate your love story today!


oh ye: Jangan disalah ertikan kebaikan seseorang dengan perasaan suka atau cinta. Sometimes, people just wanna be nice to others. It's what everyone should do and in need.

Pesanan khidmat masyarakat: Jauhkan rebound relationship. Hahahaha!


Hafeez Darraji



Images

99 puisi

Sembilan puluh sembilan puisi
telah aku coretkan
tersusun mengikut nada
tertulis kemas dan rapi
bersama lebihan kopi semalam

setiap darinya
menggambarkan sempurna
raut wajah kamu
molek tubuh
dan senyuman berbisa
bunyi suara yang girang
rajukan manja
serta sentuhan yang tenang

malangnya
kau tidak bisa membacanya
mendengar setiap patah aku bicara
mengagungkanmu sepenuh jiwa

kerna telah aku sedar
bahwa puisi puisi ini
tidak pernah terkandung kamu
yang hanyalah singgahan sementara
norma manusia bertemu manusia

sebaliknya coretan indah ini
buat separuh jiwa
perempuan yang nyata bukan kamu.

Puisi yang ke seratus and counting.


Hafeez Darraji




Images

Demon

Walau dari mana asal kita
hati tetap bersarang tamak
memegang dunia sebelah tangan
menyembunyikan segala yang hak

Bila sudah mati
kubur pegun itu digali gali
mencari segala salah
bagai serigala dahaga darah

Biar cita citanya gagal
jatuh tersungkur menghadap bumi
syaitan di sisi memerhati
bergelak ketawa menghela puas

Saat tirai dilabuh rapat
cahaya cahaya hilang terpadam
pendosa mula merangkak keluar
menghadap sembah Sang Raja nafsu

Bila kau rasa auranya tiba
lihat terus ke dalam mata
di situ kejahatan tersorok
menyala nyala sungguh marak

Don't get to close 
It's dark inside.


Hafeez Darraji



Images

Dua Puluh Dua

Malam tadi, sempat berjalan jalan di stadium universiti ataupun dikenali sebagai Mansoura Olympic Village tidak jauh dari tempat aku menginap. Kalau sebut pasal stadium sudah tentu aktiviti aktiviti di sini banyak tertumpu pada sukan. Selama 30 minit meluangkan masa, melihat dan memerhati, berikut antara beberapa kesimpulan yang aku dapat buat:

1. Mula awal
Egyptian; dalam perihal sukan, mereka sudah bermula sejak dari akar umbi lagi. Yakni dari umur semuda 6 tahun. Tapi ini adalah inisiatif ibu bapa sendiri yang mahu mendaftarkan anak mereka dalam akademi akademi seperti bola sepak, bola baling, fitness, swimming dan sebagainya. Umur 6-12 tahun diletakkan dalam satu kumpulan untuk menjalani latihan yang berbentuk fitness, circuit ataupun larian.

2. Perempuan terlibat dalam akademi ini.
Anak anak perempuan tidak hanya duduk di rumah, dibiarkan duduk terperuk dalam bilik seharian.  Mereka ini dihantar oleh ibu bapa bersama sama anak lelaki untuk join akademi fitness dan balapan. Supaya mereka ini membesar in shape dan diajar kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan. Di samping menambah kawan. 

3. Cara latihan
Tidak ada diskaun atau kesempatan untuk lari dan beralasan daripada membuat segala jenis exercise yang diatur trainer. Once you enroll in their program, you must learn to follow the rules. Jadi, jika trainer melihat ada di antara mereka yang curi curi rehat atau menipu dalam exercise, mereka akan ditarik keluar dan dipukul. Atau sekiranya form mereka tidak betul, trainer akan put some pressure supaya form mereka benar benar seperti yang dikehendaki. 

4. Teguran
Trainer mereka professional. Biasalah budak budak, suka bermain dan tidak ambil latihan secara serius. Jadi kalau perkara seperti ini berlaku, mereka akan dipanggil dan ditegur/dimarah berjauhan dari tempat latihan atau dari kawan kawannya. Bukannya ditengking di depan kawan kawan lain sehingga malu menyebabkan mereka down dan tidak mahu datang untuk latihan minggu hadapan.

5. Masa dengan keluarga
Malam, adalah masa yang diluangkan oleh ibu bapa bersama anak anaknya. Jadi setiap malam, samada ibu bapa menemani anak anak mereka menjalani latihan ataupun ibu bapa membawa anak mereka untuk bersukan atau berjalan jalan di kawasan stadium. Ada bapa bermain bola dengan anaknya atau kalau malas anak anak dibiar berlari, berseronok dan bermain bersama adik beradik yang lain manakala ibu bapa memerhati dari jauh. 

We are talking about 6- 12 years old kids here. Kepentingan untuk menanamkan minat atau displin dalam jiwa anak anak sedari awal lagi. Atau sekurang kurangnya beri mereka kesempatan untuk menyelami keseronokan berada di zaman kanak kanak dengan cara meluangkan masa bersama mereka. That's one of many ways how future leader being created.


Hafeez Darraji





Images

Dancing In Love

Dancing In Love

kau bidadari yang menyamar manusia
being a beauty at your best
walau awan gelap untuk diteroka
warna bunga tetap mekar dibawahnya

mata kita bertentang mata
tanpa perlu ada sebab dan kenapa
langkah kaki kita bersatu nada
tanpa perlu ada siapa siapa bercerita

angin angin dari syurga ikut turut
menyorak lagu lagu asyik nan indah
agar jiwa kita terlarut berdua
selamanya dalam keharuman cinta.


oh ye: Always by your side Hani!


Hafeez Darraji



Images

Dua Puluh Satu

Bila mana kita rasa yang kita tahu tentang semua perkara, sebenarnya kita sedang memperbodohkan diri sendiri. Mana mana kita pergi pasti ada perkara yang kita tidak tahu. Pasti ada manusia lebih power dari kita. Selalunya yang kita rasakan tahu, sebenarnya itulah yang kita tidak tahu.

Dulu, aku rasa aku tahu tentang cinta. Beranggapan mana mana perempuan yang jatuh hati sama aku pasti beruntung. Hahahaha. Ya, aku sebenarnya sedang membodohkan diri sendiri. Satu masa dulu aku memang loser tentang cinta. Dulu, aku tak tahu. Sekarang, aku tahu. 

Cukuplah cerita pasal cinta, korang kalau pasal bab bab nih laju je nak tahu. kahkahkah!

Apa yang penting adalah bagaimana kita berlapang dada menerima tunjuk ajar dan nasihat. Merendahkan diri, especially menerima pelajaran dari orang yang kita langsung tidak suka. Bila kita menerima pelajaran dari alam atau Tuhan, perkara yang sama juga kita lakukan. Rendahkan diri, letakkan diri kita di tempat yang paling kerdil, seperti kesanggupan seorang murid yang mahu belajar.

Dari situ kita berupaya untuk lebih arif dan tahu akan perkara perkara yang kita tidak tahu. Hidup ini putaran roda. Satu masa kau ajar orang yang tidak tahu, tapi nanti di masa yang lain dia pula akan mengajar dan kau belajar.


oh ye: Pilihan raya Egypt baru sahaja selesai. Ada 2 calon yang bertanding untuk jawatan Presiden. Moga antara satu yang menang, dapat belajar dari sejarah, membawa seluruh rakyat Egypt kepada kejayaan dan keredhaan Tuhan.


Hafeez Darraji



Images

Dua Puluh

Yang ke 20. Aku masih ke hadapan, mahu jadi lebih baik dari semalam. Memenuhi masa masa yang ada dengan perkara perkara yang aku suka dan merancang sesuatu agar masa masa di hadapan dapat dipenuhi sebaiknya. Supaya nanti aku tidak pandang ke belakang dan berkata "Kalau aku dulu..."

Banyak perkara telah aku isikan satu persatu di dalam minda, mana mana yang masih muat aku rasa tidak keterlaluan jika aku ingin tambah dengan apa apa yang aku rasa aku mahu lakukan. Samada sendirian atau berkumpulan, perkara perkara yang telah aku list kan akan juga aku turutkan. Kerana itu yang aku mahu.

Misalnya, mahu menawan seluruh Egypt dengan hanya tinggal baki beberapa tempat yang belum pernah aku jejak. Yang lainnya, banyak. Sangat banyak.


oh ye: cause you're a sky full of stars.

Hafeez Darraji



Images

Sembilan Belas

Kita ini manusia. Kadang kadang kita ini lupa. Ketahuilah bila hidup kita smooth, indah, berjalan lancar seperti yang dirancang tapi secara tiba tiba it turns out bad, serabutkan kepala hotak, buat kita berfikir banyak, masalah itu masalah ini; itu tandanya Tuhan masih sayang pada kita. 

Tuhan beri kita peluang untuk kembali berfikir, sejauh mana kita telah pergi tanpa kembali kepadaNYA. Dalam waktu waktu sebegini, ia juga memberi kita peluang untuk set back our life, tune mana mana kekurangan dan kembali mengorak langkah, membawa amanah sebagai hamba di atas muka bumi Tuhan yang Maha Hebat ini.

Bawa aku berfikir, siapa kita tanpa kasih sayang Tuhan?


oh ye: berhenti sekejap. Buang amarah kita ke tepi dan kembali berfikir akan nikmat nikmat yang telah kita perolehi sepanjang jalan.



Hafeez Darraji.



Images

Lapan Belas

Satu perkara telah aku belajar tentang kehidupan adalah bagaimana marah boleh menghancurkan banyak perkara. Aku juga pernah dahulu marah tak tentu pasal, ini tak kena itu tak kena. Sedikit demi sedikit ia menghancurkan apa apa yang ada di sekeliling. Membuat orang jauh. 

Even, emak juga tahu aku seorang yang panas baran. Jadi mana mana teman wanita yang aku bawa berjumpa dengan emak, perkara pertama yang diterangkan adalah tentang sifat panas baran aku. Sedih. Hahahaha. 

Manusia kah kita jika kita biarkan darah panas anak muda menguasai diri? Anak yang baik kah kita bila mana emak juga tersinggung dengan perangai panas baran kita? Jadi perkara perkara sebegini banyak membawa aku berfikir, keinginan untuk Keep Calm & Dont Get Mad itu senantiasa ada di dalam hati.

Dan apa apa keputusan yang dibuat ketika marah, sudah pasti ianya bukan satu keputusan yang waras.

"Asyik asyik nak marah, cakap elok elok tak boleh ke?"

oh ye: Marah takkan bawa apa apa penyelesaian, malah ia menghancurkan apa apa yang ada di hadapan kita. Membawa kepada penyesalan atas apa apa yang telah kita cuba bina selama ini. Terpulang.


Hafeez Darraji

Images

Tujuh Belas

Orang kata, bukan aku kata. 

Masa lelaki akil baligh, dia akan mimpi perempuan. Dan wajah perempuan yang kita mimpi itu adalah bakal isteri kita. Tak perlulah aku cerita apa jadi sewaktu lelaki akil baligh. Nanti korang dah kahwin tanya suami masing masing atau adik beradik lelaki korang.

Macam aku, aku mimpi masatuh tengah mandi dalam swimming pool. Apa yang aku nampak adalah dua orang perempuan masatuh dengan aku. Kedua dua orang perempuan tuh memang cantik sekali. Tapi aku takdelah ingat muka perempuan dua orang tuh. Biasalah mimpi, bangun bangun dah lupa. Tahu tahu "Oh, ini tanda akil baligh, aku sudah dewasa!"

Tapi cerita ini tidak dipastikan samada sahih ataupun tidak. Kalau ia sahih, maknanya aku akan ada dua isteri :O

YAHOOOO!!!


Hafeez Darraji


Images

Enam Belas

Kita cuma mahu jatuh cinta dengan orang yang sama buat selama lamanya. Atas sebab itu, kita cuba mengekalkan sebab sebab sama yang telah buat kita jatuh cinta. Kerna sebab sebab itu menjadi penyebab samada cinta dapat bertahan atau tidak.

Sebab sebab itu juga yang memberi warna warni dalam setiap hubungan, mengutuhkan lagi ikatan cinta dan mengeratkan satu sama yang lain. Sebab itu aku kurang percaya "terima diri mereka seadanya" sedangkan yang seadanya itu dapat ditingkatkan kepada yang lebih baik. Tipulah kalau cinta tak merubah kau walau sedikit. Sedangkan 'Life is Changing.'

Mungkin niat dan keinginan kita untuk mengekalkan sebab sebab itu disalah erti oleh orang yang kita cinta. Bila cinta tak lagi hidup antara satu sama lain, maka apakah SEBAB yang membawa kepada mati nya 'kita'?


oh ye: Aku selalu percaya bahawa setiap manusia boleh menjadi seribu kali lebih baik dan hebat dari yang lama. Jika kita tidak suka bilamana orang memaksa kita menjadi lebih hebat, kenapa tidak mula dari diri sendiri? Atau kita mahu berada di takuk yang sama buat selama lamanya? Terpulang.


Hafeez Darraji


Images

Indah

Dalam berjuta bintang
di angkasa
Hanya namamu
dalam doaku

Kita kan berdua 
menikmati cinta
Waktu suka dan duka
tetaplah terus bersama

Kau dan aku
kan menyatu
hingga ke hujung syurga

Kan ku bawa
kau mengembara
bersama selamanya



Hafeez Darraji



Images

Lima belas

Kita ini terhasil dari apa apa yang ada di sekeliling kita. Laki laki dan perempuan yang kita gaul, kekasih yang kita cinta, rumah rumah berbatu dan sebagainya. Dari penghasilan itu ia secara automasi nya telah membantu kita membuat pilihan yang mendatang.

Mungkin kerana ibu kita cantik dan kurus, jadi kita merasakan bakal ibu kepada anak anak kita juga perlu seperti yang sama. Secara tidak langsung ia sudah sebati. Pada apa apa yang kita mahu, kita mahu seperti yang kita sudah biasa. Kerana yang biasa itu biasanya memudahkan kita.

Bila mana ada siapa siapa yang telah hadir, mengangkat darjat kita ke satu tahap yang dapat dibangga. Membuat kita ketawa dan jadikan aku seorang 'aku'. Untuk manusia sebegini, tiada kata yang dapat diartikan pada mana mana maksud. 

Simpan.
Jangan lepaskan.


oh ye: Kita tak semestinya perlu terbiasa dengan apa apa yang kita sudah biasa. Menginginkan keturunan yang lebih hebat dari keturunan emak, ayah, nenek, moyang yang di atas; itu adalah orang yang berjaya.


Hafeez Darraji




Images

Empat Belas

Setiap kali aku pergi night round di hospital di Egypt nih, setiap kali itu jugalah aku jadi saksi gugurnya air mata seorang ibu. Air mata yang tumpahnya tidak kira masa, kalau anak anak atau mana mana ahli keluarga mereka ditimpa celaka.

Satu perkara tentang hospital di Egypt ini, suasana dan keadaan didalamnya tak ubah seperti sebuah pasar. Sangat bising dan sesak. Itu dah kira nasib baik kalau takde mana mana ahli keluarga pesakit yang panas baran dan bergaduh dengan ahli keluarga pesakit lain. Hahaha.

Ada pesakit yang melecur 90% badannya, setiap kali dia meraung kesakitan maka semakin laju air mata ibunya jatuh berjujuran. Itu hipotesis yang boleh aku simpulkan. Dan hipotesis itu menyokong kesimpulan case yang kita bincangkan dalam post kali ini. Amboi tak? 
Ada pula seorang budak perempuan berusia lingkungan 5 tahun sedang menerima jahitan di kepala sambil ditemani bapanya. Dalam masa yang sama di luar bilik stitching, ada seorang perempuan yang sedang menangis tak henti henti. Aku naik hairan, "kenapa teruk nau menangis mak cik?, seperti kera kehilangan anak sahaja". Setelah beberapa minit menangis, dia melangkah dan menunggu di hadapan bilik stitching. Tak semena mena kedengaran tangisan dan jeritan daripada budak perempuan tadi dari dalam bilik, lalu menangis lah perempuan itu semula sehingga terduduk dia tersandar di tepi pintu. Rupa rupanya perempuan itu adalah ibu kepada budak perempuan yang sedang menerima jahitan tadi. "Waddehek man! It's not her child gonna die pun." Tapi itulah hati seorang ibu. Sangat fragile. Halus.

Aku tidak berpeluang seperti kalian, berada di samping ibu tercinta dan menyaksikan mereka grow old. Takdir Tuhan membawa aku menuntut ilmu jauh dari keluarga sejak dari bangku sekolah lagi. Sebab itu aku terkejut bila melihat gambar emak baru baru ini yang sudah nampak tua pada fizikalnya. But i know deep in her heart, she always young and energetic kind of person. May Allah bless her so much for what she has done to our family. 

Tadi, aku tiba tiba teringat bila emak suapkan makanan masa dolu dolu. Mulalah berangan, isteri aku nanti will do the same to our children. Sampai tingkatan 3, pun aku masih makan disuap tangan emak. Walapun kadang kadang rasa sabun Lux atau sabun pencuci pinggan, tapi yang penting perut kenyang. 


oh ye: Selamat Hari Ibu buat ibu ibu seluruh dunia! Tak lupa juga bakal ibu kepada anak anak gua :p


Hafeez Darraji


Images

Tiga Belas

buat mika hatiku;





Karl : Mika! lihat pada bintang bintang itu. Apa yang kau lihat?

Mika : Bintang yang banyak?

Karl : Aku cuma nampak satu. Dan saat ini aku ingin ia jatuh padaku, jadikannya ia milik abadi aku selamanya. Cuma aku.

Mika : Jadi?

Karl : Sayang, dari saat aku melihatmu aku mula mengimpikan syurga yang indah dan mengharapkan kau menjadi bidadari aku selamanya di sana.


Hafeez Darraji

Images

Dua Belas

Kita ini semua punya keinginan. Keinginan apa? itu aku serahkan pada kalian untuk memilih. Dan kadangkala keinginan itu menghasut supaya kau mendapatkannya. Membuatkan jiwa kau tidak tetap akan satu perkara yang kau sendiri telah pastikan in the first place. Itu lah perangkap dalam jiwa jiwa manusia. Membawa manusia kepada dilemma.

Apa apa perkara yang akan/telah membawa hidup, personaliti, langkah kau ke satu tahap lagi, yakni ke tahap yang lebih baik atau yang lebih tinggi aku nasihatkan jangan berhenti. Terus tetaplah disitu menikmati kehebatan nilai nilai yang mendatang bersama dengan pilihan yang telah kau pilih. Pedulikan keinginan yang datang sekali sekala yang hanya akan merosakkan jalan jalan kau di hadapan.  

Ketawalah semahunya pada keinginan yang menyergah, katakan padanya bahawa ia tidak akan sesekali mengganggu pilihanmu. Bermain sedikit imaginasi dengan perkara perkara yang kotor dan buruk di fikiran supaya kau boleh terus ketawa mengejek keinginan itu.

Tetap tenang dan hayati!


Hafeez Darraji
Images

Sebelas

"huhhhh" Karl mengeluh panjang.

Dia rasa kesal kerana melayan Mika sebegitu. Bukan dia sengaja tapi kadangkala dia tewas melayan keletihan yang dihadapi sehari hari. Dengan jadual kelas yang padat, ditambah dengan beberapa perniagaan yang diuruskannya membuatkan Karl letih dan sibuk lebih dari biasa. Lewat ini Karl sendiri merasa dia kurang meluangkan masa dengan Mika.

Mika itu gadis yang memahami, kalau Karl penat dan tidak mahu diganggu maka Mika tahu yang waktu itu bukan waktu terbaik. Tidak pernah ada terdengar keluhan sekali pun yang terhambur dari mulut Mika apatah lagi mahu menarik muka atau meninggikan suara bila dirinya dilayan sebegitu. Bak seorang pelajar, Mika akur dengan apa apa arahan dari gurunya. Namun Karl tidak mahu mengambil kesempatan atas kebaikan itu. Segala masanya adalah milik Mika, baginya Mika punya kuasa untuk menuntut hak hak masa itu supaya diperuntukkan ke atas dirinya.

Karl tahu betapa gembiranya seorang perempuan apabila dapat meluangkan masa bersama orang yang tersayang. Seperti excited nya mereka untuk bangun di setiap pagi, menerima mesej atau panggilan selamat pagi. Tidak sabar menunggu kepulangan pasangan mereka ke rumah, memeluk dan berinteraksi antara satu sama lain sambil bertanyakan 'how was your day?' dengan senyuman yang mekar terlukis di bibir. 

Karl juga tahu, jauh di lubuk hati Mika ada sedikit terasa dan terguris dengan sikap dirinya. Karl tidak pernah berniat mahu menyakiti dan membiarkan Mika memendam rasa sebegitu. Tidak mahu ada sedikit pun buruk buruk kesedihan bersarang di hati Mika. Itu belum lagi menempuh kesibukan bekerja nanti.  Karenah pesakit yang pelbagai ragam, dimarahi doktor doktor senior dan nurse yang buat perangai di setiap hari. Bagaimana agaknya dia akan melayan Mika nanti?

Hati perempuan itu hanya ingin disayangi. Mahu seorang lelaki mendengar cerita cerita yang ingin mereka kongsi di penghujung hari. Mereka mahu tahu samada kamu akan berada di sisi saat mereka memerlukanmu. Supaya nanti mereka dapat menemukan jawapan kepada persoalan mereka, "is he worth it?"

"Mika, maafkan Karl"


Hafeez Darraji



Images

Sepuluh

Semalam, baru pulang dari hospital plastic surgery. Hospital khusus untuk merawat pesakit yang memerlukan 'kulit baru' disebabkan celaka yang menimpa. Tak semestinya plastic surgery itu merujuk kepada kecantikan dan hospital hospital kerajaan atau teaching hospital di Egypt tidak sesekali menyediakan perkhidmatan tersebut. Sebaliknya mengkhususkan kepada kes kes yang terlibat dengan 'trauma'.

Pesakit di hospital ini kebanyakannya terdiri daripada kes kes berkaitan 'burn' atau melecur. Dari kanak kanak hingga dewasa, yang disebabkan oleh chemical/ electric voltage/ flame/ fluid which get in contact with patients.  

Usai kami mengambil 'full history' pak cik Ismail, sempat kami berborak sedikit sebanyak bilamana dia menanyakan kami ini dari mana.

Kami jawab kami dari Malaysia dan kami Mosleem.

"Mashaallah" ucap pak cik Ismail.

Sebelum kami beredar, dia sempat menyatakan yang dunia itu hanya sementara dan akhirat juga yang kekal. Tangan yang terbakar dalam kesakitan itu masih cuba menunjukkan kepada satu bungkusan, disuruhnya kami mengambil bungkusan itu. Lalu dia berkata, "walaupun sakit tak boleh kena air, kita gunakan ini dan bertayamum yang penting mesti solat!"


oh ye: dengan pesakit pun dapat tarbiyah (ayat usrah sikit ;p)


Hafeez Darraji


Images

Sembilan

Mantera.

Keep going. 
No matter what you do, no matter how many times you screw up and think to yourself  
"there is no point to carry on", 
no matter how many people tell you that you can't do it.
 Just keep going. 
Don't quit. 
Don't quit, 
because a month from now you will be that much closer to your goal than you are now.


oh ye: letih doh final year! Mohon doa kekuatan dari kalian.


Hafeez Darraji


Images

Lapan

Ringkas.

Aku cuma mahu mendoakan jiran yang dibawah, 

'Moga Tuhan permudahkan urusan, murahkan rezeki dan berikan kau kejayaan wahai saudaraku.' 

Dalam terkejar solat Maghrib berjemaah di masjid, dia sempat tolong mengangkat beberapa beg yang penuh dan berat. Rasa malu benar mendapat pertolongan dari manusia yang aku tidak kenal, tak putus putus ucapan terima kasih aku berikan. Cuba cuba juga untuk menolak pertolongan dia bila aku katakan "nevermine i can do it", dia tetap mahu menolong dan berkata

"It's okay. You are mosleem, you are my brother"

tergamam.


oh ye: masih ada lagi orang yang hebat di dunia ini. Mashaallah.


Hafeez Darraji


Images

Tujuh - Jemputan Kahwin


Gua tak pasti samada cerita yang gua dengar ini benar, tapi orang Cina kalau kahwin - tetamu yang hadir wajib sediakan satu hadiah dan juga satu angpow untuk pengantin. Angpow bukan setakat duit sikit sikit, tapi agak banyak. Tuan rumah pula kena sediakan arak yang mahal mahal untuk para tetamu yang hadir.

Berbeza dengan perkahwinan melayu - tuan rumah sediakan majlis yang grand grand, makanan yang sedap sedap tapi tetamu datang bawa hadiah yang dibeli di kedai Rm 2. Itu kalau datang bawa hadiah, ada yang datang tak bawa hadiah langsung tapi sebaliknya bawa perut je. Naya.

Akhirnya lepas majlis selesai, siapa yang untung? Cina atau melayu? Nilai sendiri. Ini bukan soal ikhlas atau tidak, 'bapak tak bersyukur dia nih, tak Qanaah langsung, bla bla bla'. We are talking about mentality here. Pengantin tuh baru nak start bina kehidupan, bila tetamu yang datang bagi hadiah and angpow like Chinese did, bukankah itu dikira menolong dan sedekah? Melayu should stop berkira, pada hari kegembiraan ini raikanlah like you really mean it.

Nanti majlis kahwin gua, tetamu akan dapat tempat duduk berdasarkan hadiah yang dibawa. Meja yang dekat dengan stage, buffet and tempat duduk pengantin untuk tetamu yang bawa hadiah Gred A, macam peti ais, TV 50 inch etc. Then Gred B, yang bawa hadiah klise macam toaster, set pinggan mangkuk, iron, periuk nasi etc akan duduk dekat dengan pintu masuk, biar dia rasa serabut orang duduk lalu lalang kat situ. Gred C, tetamu yang tahu bawa perut je duduk kat luar dewan, dengan takde air cond and jauh dari buffet table. Sekian.


oh ye: Mentaliti melayu perlu diubah. Melayu perlu disogokkan dengan 'ingin membuat yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan'. Termasuklah ketika membeli hadiah untuk pengantin baru.


Hafeez Darraji



Images

Enam

Hidup sentiasa bermula dari kosong. Sebab itu aku boleh katakan yang Najwa Latiff itu sangat genius kerana berupaya menghasilkan lagu kosong. Okay sebenarnya lagu tuh sangat annoying. Kosong kosong

Kosong ini ibarat titik tengah dalam satu paksi, dan kita mengelilingi paksi itu dalam urutan yang semakin jauh dari titik tengah tersebut. Sejauh mana pun kita beredar kita tetap akan terikat pada titik tengah itu. "Tak boleh lari doh".

Saat kau berhati hati merencana hidup, mengumpul kekayaan dan tidak membenarkan walau sedikit kesilapan; Tuhan jatuhkan kau dan kau terpaksa bermula dari kosong. Begitu juga dengan rutin exercise, baru sebulan stop dah macam macam tak boleh buat. Back to square one.

Setelah penat kita berusaha, menggadai nyawa dan melawan penat akhirnya kita terpaksa bermula dari kosong semula. Mengapa Tuhan jadikan fitrah hidup begitu? Entah. Aku pun masih belum ketemu jawapannya, tapi yang pasti Dia ada rencanaNya yang tersendiri.

Sekurang kurangnya, kita ada solid foundation dalam setiap perkara yang kita lakukan. Dan itu yang membuatkan kita senatiasa boleh bergerak maju ke hadapan, walaupun terpaksa bermula untuk sekali lagi. 


oh ye: Even when i lose I'm winning. 


Hafeez Darraji




Images

Lima

Ada masa, identiti atau trademark yang kita lazimkan selama ini memerlukan kepada satu perubahan. Hanya kerana mahu keluar dari cacat hidup yang lama dan tidak ingin dikaitkan walau sedikit dengan cerita cerita yang dulu. Itu sahaja.

Tidak perlu apa apa yang kita hadirkan menjadi penyebab kepada kesakitan orang lain; kerana mengenangkan memori lama yang menyapa secara tiba tiba. Atau mungkin, mungkin cukuplah rasa jelik yang bersarang selama ini dan mengetahui ia perlu ditemukan dengan satu pengakhiran. Kerana cerita yang telah tamat tidak memerlukan satu penghidupan semula. 

Rentas hidup yang baharu, dan bawalah cerita masing masing.


Oh ye: Itulah yang dimaksudkan dengan menjadi lebih baik dari dahulu.


Hafeez Darraji
Images

Empat

Bila kita duduk antara satu sama lain sambil mengetengahkan satu satu fasal atau topik, kita cenderung untuk pergi lebih dalam dan akhirnya menghamburkan satu atau dua komen tentang topik tersebut. 
"Apa yang kurang? Ini tidak cantik. Eh, sepatutnya ini begini, bukan begitu." 
Ceruk mana perbincangan itu di bawa, pasti ada baziran terakhir untuk telinga mendengar baik atau nista nya sesuatu perkara. 
Kalau tidak bercakap, dituduh tidak mengambil bahagian pula.

Manusia lebih menumpukan kepada apa yang dia mahu dengar dan lihat. Kalau terkena batang hidung sendiri, mereka jadi sentap. Itu pilihan abadi.
Sekurang kurangnya ia lebih mudah daripada memahami dan menyelidik perkara perkara yang tersirat, fakta dan  benar disebalik bukti yang telah dilihat atau didengar. Dua puluh empat jam sehari tidak cukup untuk itu. Kata mereka. 

Sayang, kita sebenarnya punya lebih masa untuk saling menyayangi semahunya. Itupun kalau kau mahu.


oh ye:  Epic! Sambutan yang EPIC!!!


Hafeez Darraji



Images

Perjalanan Yang Membawa Erti

telah kita payahkan
satu perjalanan
untuk mencari erti dan maksud
yang diam tersembunyi

di celah celah ketenangan
latar latar yang asing
duduk sendiri mahu menyendiri
di temani segalanya alam semulajadi

melihat kepada satu satu perincian
tin minuman yang statik di tepian
kepul kepul asap yang terhembus dari mulut
melarutkan jiwa dalam masa
yang terus berlalu pergi

dan perjalanan diteruskan
kaki terus melangkah tanpa rela
walau tidak tahu mana pengakhiran
di sebelah mana kan temu pelajaran

telah ditinggalkan segala kehidupan
demi untuk mencari
sebuah erti dalam perjalanan.


oh ye: inspirasi dari filem The Journey. Produk terbaru dari Malaysia.


Hafeez Darraji




Images

Tiga

Aku bukanlah yang paling pakar tentang cinta. Tapi mana pengalaman dan pandangan yang aku boleh kongsikan, aku gembira untuk memberi. Mana mana pun yang bernama manusia itu, setiap dari mereka pasti menagih satu cinta. Rasa awang awangan dalam sketsa yang terlakar oleh tangan tangan berdua.

Aku pernah di alam pra persekolahan (baca: Tadika) cuba cuba untuk menawan hati satu nyawa. Asalkan perhatiannya tertumpu hanya pada aku, sanggup apa jenis perkara; pasti aku lakukan. (Nak dijadikan cerita) Waktu pulang dari tadika, kebetulan kereta bapanya berada betul betul di belakang kereta bapaku. Lantas aku ke tempat duduk paling belakang sambil melihat wajahnya yang sedang tersenyum ke arah aku. (Kebetulan lagi sekali) Ada tin kosong minuman bergas berjenama 100 plus di satu sudut kerusi. (Waktu itu siapa siapa yang minum 100 plus, Kickapoo atau Mountain Dew akan dianggap dan dilihat sebagai benar benar cool. Terima kasih pengaruh iklan TV!) 
Aku capai tin kosong itu lalu acah acah meneguk, sambil tekak bergerak ke atas dan ke bawah tanda minuman itu benar benar melalui salurah esophagus. 
It was perfectly done i must say!

Aku beranggapan, di dalam hati Puteri Syaza Erina itu sedang berteriak menjerit:

"Oh My God, my prince is so cool"

hahahaha.


oh ye: this was a TRUE love story. Kau orang ada cerita yang sama? 


Hafeez Darraji


Images

Dua

Kita ini adalah pengarang untuk novel novel yang kita cipta. Ia memerlukan kebergantungan dan kaitan antara satu bab ke bab yang lain; supaya jalan cerita mudah untuk difahami. 


Memiliki sesuatu yang benar benar kita inginkan adalah satu jackpot. Wanita yang satu masa dahulu aku reka reka bayangannya di dalam fikiran, kini berada di sisi untuk satu sebab yang istimewa; itu jackpot terindah. Magisnya adalah bila she can know and tell what is going on in your mind. And whenever she doesn't like something, she tell you in a proper way. Kau pernah lihat aku segembira ini? Kerana aku sendiri tidak pernah melihat diri sendiri gembira sehebat yang kali ini. 

Dalam dunia yang serba moden dan berteknologi tinggi ini, manusia memilih untuk terus meluang masa bersama gajet gajet yang mempunyai nilai susut. Walau duduk bersebelahan, air liur tidak lagi dibazirkan untuk satu komunikasi dua hala dan momen ketawa yang menarik urat perut. Ada cerita yang masih terpendam dan hanya akan terungkai melalui sapaan "apa citer doh hari ini?"

Pokoknya, menumpukan perhatian kepada satu bab sahaja tidak salah tetapi it is essential untuk setiap bab yang lain dihabiskan atau sekurang kurangnya menuju penghabisan. Persoalannya, bab mana yang kita akan pilih untuk dihabiskan dahulu.
Itu pilihan masing masing.


Oh ye: One of the most amazing things that can happen is finding someone who sees everything in you, and won't let you be anything less.


Hafeez Darraji




Images

Satu

Kaki melangkah seperti kebiasaannya. Bertemu kembali ia pada jalan jalan tar yang tidak rata. Syukur hari masih lagi ada.

Tidak ada satu jalan yang dipilih telah mendatangkan sesal apatah lagi ada suara suara mambang dari dalam yang turut mempersoal. Hidup yang baharu, mungkin it's my forte

Dalam sejuta manusia - yang bangga hanya kerana 'nama negara' terselit beberapanya di dalam kitab Tuhan yang mulia dan dipasangkan pula dengan perangai perangai jelik mereka ada satu daripadanya telah mendapat segala rasa hormat dan kagum dari aku. Dalam rongak rongak manusia yang pilih untuk tidak hadir ke clinical training, barangkali aku terpilih untuk mendapat dapatan yang bernilai ini. 

Penerangan breast cancer yang diatur lima kali kuliah telah diringkaskan ke dalam masa 10 minit. Disusuli dengan 'teka teki' case dan diagnosis menampakkan jalan penutup aku di sekolah perubatan ini semakin jelas. All my respect to you Dr Beheir Goheir!

Hidup bukan sekadar menerima bulat bulat. Pemerhatian dan kesimpulan harus dirumuskan sendirian untuk diguna pakai sebagai petunjuk atau tanda arah (kita) manusia yang tidak pernah tahu ini.

oh ye: perlu melatih otak untuk sentiasa cepat menerima, memproses dan mengingat segala maklumat.


Hafeez Darraji


Images

Aku Putus Cinta Lagi.

entah berapa lama aku tidak merasa penat sebegini. keluar rumah dari pagi, konon konon gigih mahu menuntut ilmu. terkadang tewas dan tersengguk sengguk sewaktu pensyarah di depan menerangkan sesuatu. pulang di lewat petang sambung pula dengan kelas tambahan dan terus ke hospital di sebelah malam untuk menyelami sendiri hidup hidup realiti sebagai seorang doktor di masa akan datang. 

entah berapa lama aku tidak merasa penat sebegini?

lama. sangat lama seingat aku. selama ini hidup hanya tertumpu kepada kemahuan diri sendiri tanpa aku sedar yang aku hanya tinggal beberapa bulan sahaja untuk memberi bakti kepada masyarakat. kena mula bersusah susah separuh mati dari saat ini supaya nanti dapat membiasakan diri dengan kehidupan yang dua atau tiga kali lebih penat dari ini.

moga Tuhan beri aku kekuatan. mohon juga doa dari kalian.


p/s: bikin gempak bukan tajuk kali ini? har har har!



Hafeez Darraji
Images

Notes

seperti selalunya
dia jadikan malam ku lebih indah
jadikan siangku lebih cerah
saban hari tak pernah goyah
tak penah gusar
cintanya padaku

selamanya hanya kamu.

- Mei Ling

p/s: Her first try! I guess "woman is the reflection of her man, if you love her to the point of madness, she will become it." :p
Images

Kehilangan

waktu datang menduga
jarak terus meluka

antara sela sela itu
aku keseorangan.

rasanya seperti aku telah kehilangan
setiap dari wujud wujud kamu
yang selalu menghidupkan hari hari aku

tak mampu lagi 
untuk aku terus berjauhan
berbicara dalam sepi sepi
seorang diri

menahan rindu
dari terus kehilangan kamu.

p/s: LDR tak pernah mudah. Namun setiap dari kita ada cara tersendiri untuk kembali memberi ia nyawa.


Hafeez Darraji
Khamis, larut malam.

Images

Kronologi MH370

24.3.2014
Hari Hitam
Hari Air Mata.


"MH370 dikatakan berakhir di Lautan Hindi."
"529 manusia yang memperjuangkan kemuliaan dijatuhkan hukuman mati di Egypt."

telah kita tewas pada tangan tangan kotor manusia. Telah terbuka mata akan hikmah rencana Tuhan Maha Kuasa.

p/s: Moga Tuhan mengganjarkan setiap satu dari mereka.


Hafeez Darraji


Images

Kembara

Setelah kesekian kali lamanya tak travel seorang diri, hari ini aku berpeluang untuk kembali merasai peluang itu. Lama tak petik kata kata imam shafie yang berkata lebih kurang terjemahannya 'berjalanlah / menggembaralah kamu nescaya kamu akan pelajari sesuatu' .

Along the way, sambil ditemani lagu lagu 'manis', aku kerap kali mengucapkan syukur sebagai simbolik rendah diri atas keindahan hidup yang dikurnia Tuhan yang Maha Tinggi. Betapa indah percaturan hidup yang dikurnia Dia sehingga menemukan aku pada titik yang sekarang ini. 

Selain syukur, aku ingin sekali lagukan ucap kata terima kasih buat insan insan yang ada dan hadir di waktu ini ke dalam hidup aku. Pengalaman dan senyuman yang ditemankan telah beri aku ketawa yang terlalu riang untuk aku sembunyikan. Buat manusia yang paling aku sayang, terima kasih kerana sudi berada sebelah sebelah walau hujan turun bertimpa timpa. 

Dan kali ini Tuhan, jadikan aku hamba yang bersyukur yang acapkali mengucapkan syukur atas syukur syukur yang aku perolehi. 

 P/s: dalam hujan yang turun bertimpa timpa itu pun kita seringkali membiarkan ia terus turun sambil bergelak ketawa bersama di dalamnya. 

travelling is really my thing;
Hafeez Darraji


Images

Yang Aku Perlu

tahukah kau
berapa ribu batu perlu aku terbang
untuk sampai kepadamu?

menempuh taman taman awan
yang tak pernah senang.
tak pernah senang.

namun itu bukan alasan
untuk aku untuk tidak terus terbang
menegapkan dada
mengepak sayap sayap yang hampir pecah

kembali membalut tubuhmu dengan dakapan
berada sebelah sebelah
sambil kenyang menghirup tawa tawa gembira mu
terus ke dalam jiwa

kerna
hanya itu yang aku perlu.

p/s: tercipta sempena World Poetry Day.


Hafeez Darraji


Images

Hiasan Dunia

Sesekali terpana melihat kecantikan gadis gadis di instagram. lalu bermainlah kata kata antara dua hemisfera minda akan 'kalau' yang mengelirukan, nafsu yang tidak pernah puas memainkan peran tatkala waktu yang lain ia diam membisu tapi kali ini dia mendominasi:

'perfect dia nih'

'cantiknya, rusuk kiri siapa lah ni'

'woahh rambut dia'

'sexy bakhanggg'

'so talented lah ini perempuan'

'awat selfie comel sangat'

'memang ikut trend lah dia nih, tudung lilit melilit warna warni dan sinsing lengan'

'ini gadis idaman untuk dibuat isteri'

dan pada masa itu muncul satu penegasan yang entah dari mana dan siapa yang menjetik akan ia untuk mengingatkan:

'cantik memang cantik, tapi agama dia bagaimana? boleh ke dia seiring mendidik bakal keluarga yang bakal terbina? setakat mahu berbangga mempunyai isteri yang cantik yang perfect tapi bagaimana keperluan rohani nanti? apakah kecantikan yang dinilai Tuhan?'

*tersedar*

terus menutup aplikasi yang diguna manusia untuk memberitahu sesuatu dari foto foto mereka, menguraikan fizikal fizikal yang entah benar entah tidak. lalu, membuka foto jiwa yang satu lagi dan tersenyum:

"Inshaallah yang ini punya agama!"

Terus berjalan. Aku mahu memilih agama.


p/s: Mei Ling, maaf kalau tulisan ini buat hatimu terguris. Pilihan di hati saya masih lagi awak. Selagi awak juga mahu memilih agama :)



Hafeez Darraji

Images

Jatuh Cinta Lagi.

Pada hari hari yang berlalu.
Sepertinya baru benar kita mengenali sesama sendiri.
Menuturkan lagi bunga bunga cinta yang segar.
Seakan bermula untuk pertama kali.


Hafeez Darraji

Images

Beredar

perpisahan itu sakit. ia merobek setiap hati hati kita dan memaksa air mata jatuh menitis. Dalam ketidakhendak badan meninggalkan gelak tawa, bahagia, jatuh naik dan segala cerita dibelakang, masa hadapan sudah menunggu dan melambai menjemput dengan senyuman. Menjanjikan kehidupan yang lebih baik dan lebih bahagia dari yang lama.

Lalu kaki melangkah pergi, kepala tertoleh mata tertumpu ke arah jiwa jiwa yang akan ditinggalkan. Tidak ada lagi gelak tawa si dia, puncline lawak yang selalu tidak kena, sindiran tajam yang berguna. Tidak ada lagi.

Kalau ini kehidupan, kenapa perlu ada yang ditinggalkan?
Kenapa yang dibimbit hanya beg beg kukuh yang terisi memori?
Kenapa ada yang perlu meninggalkan?

Moga ada jodoh lagi di masa hadapan. Terjumpa dan mempersoal nama di setiap kali kembali berjumpa. Cuba cuba mengingati cerita cerita lama. Ketawa pada sebahagian fail yang tersimpan bertarikh sekian sekian. Cerita yang rindu sekali kita mahu berada untuk sekali lagi dan...
ada yang namanya masih di kepala, manakala yang lain tidak terlintas mungkin kerana sudah tua. Lupa.

Waktu itu bagaimana hidup kita yang masing masing ini?



p/s: Selamat jalan buat sahabat sahabat yang baru sahaja menamatkan pelajaran mereka.


Hafeez Darraji



Images

Dewasa

Aku pernah muda. Pernah beberapa kali tidak matang dalam melakukan keputusan.  Sangka sangka yang selama ini benar rupanya hanya palsu sahaja.

"Too young, too dumb to realize"

Thats the exact word. Dalam melalui jalan masuk ke fasa matang itu ada banyak kesulitan yang perlu aku tempuh. Sampai menjadikan aku yang hari ini.

Ya! Seperti melangkah ke lembah yang baru, cuma kali ini aku lebih senang sedikit sambil duduk bergoyang kaki memerhati manusia membuat kesilapan yang sama aku lakukan dahulu.

Jangan menangis. 
Nanti satu masa mereka juga akan merasa. Bahagia.

Aku ketawa (Hahahaha).


Hafeez Darraji
Kotaraya.


Images

Takdir

Berakhir sudah enam tahun sebagai pelajar perubatan dan malam ini Benz menganjurkan parti graduasi untuk meraikan kejayaan ini. Termasuk Karl, dia hadir dan sudahpun berada di luar kediaman rumah istirehat empat tingkat milik keluarga Benz yang terletak hujung di utara. Sebelum masuk, Karl mengeluarkan kembali satu kertas, kertas yang tertulis dialog untuk nanti dia melamar seorang gadis bernama Joanne; pelajar paling terkenal di institusi tempat mereka sama sama belajar. Gugup, cuba menghafal satu persatu dialog yang sudah disusun sejak seminggu lalu. Momen ini perlu sempurna. Walaupun Karl hanya seorang pelajar biasa yang tidak dikenali di universiti tetapi sejak terpandang senyuman Joanne yang dilemparkan terhadapnya sewaktu kertas Internal Medicine peperiksaan tahun akhir tempoh hari, dia sudah jatuh cinta. Bagaikan Joanne memberi hint yang nyata supaya Karl datang menyapanya. 

Sedang Karl sibuk menghafal dialognya, seorang perempuan genit keluar lalu menyapanya.

"Kau akan berucap di dalam nanti?"

"Err...Maafkan aku, aku tidak jelas dengan pertanyaan kau tadi."

"Aku melihat kau seorang diri di sini sedang menghafal sesuatu, adakah kau akan berucap selepas ini?"

"Hahaha. Tidak tidak. kenapa perlu aku berucap, aku bukannya ada orang kenal. Entah mungkin ada di antara mereka yang satu kelas juga tidak mengenali aku"

"Habis, itu untuk apa?" mulut Mika mencebik menunjuk ke arah kertas yang dipegang Karl.

"Mana? Ini?" sambil Karl mengangkat kertas yang mengandungi dialog dialognya. 
"Hahahaha. Takde apa, takde apa pun yang perlu diketahui tentang kertas ini" lalu kertas tadi dimasukkan ke dalam poketnya. 
"Aku tidak pernah nampak kau sebelum ini? Adakah kau juga berada di dalam kelas kami? tanya Karl.

"Aku datang bersama kawan, mungkin dia sekelas dengan kau. Btw nama aku Mika" 

"Mika Mika Mika, nama aku Karl."

Mereka berdua terdiam sebentar. Yang kedengaran bunyi meriah rentak rentak techno Wake me up yang kuat dimainkan dari dalam. 

"Aku suka lagu ini" Karl bersuara untuk memecahkan kesunyian di antara mereka. 
"Kau mahu menari?"

"Hahahaha. kau ajak aku menari? Kenapa aku perlu menari dengan strangers seperti kau?" jawab Mika.

Keadaan kembali sunyi, kali ini lagu Dont you worry child yang berkumandang.

"Bagaimana mahu meluahkan perasaan aku pada seorang perempuan?" tiba tiba Karl berani bertanya.

"Oh jadi pertanyaan kau ada kena mengena dengan kertas yang kau pegang tadi? Hahahaha. Lihat dunia, malam ini akan menjadi saksi seorang lelaki melamar seorang perempuan!" Laung Mika sambil gelak tidak berhenti.

"Aku serius ini."

"Karl, perempuan seperti kami ini sukakan lelaki yang berani. Ya, mungkin sesekali kami menjual mahal cuba berlagak sombong di hadapan lelaki tetapi itu tandanya kami mahu tetapi masih lagi dikuasai malu. Padahal di dalam hati sudah menjerit sesukanya. Kalau di belakang kamu, orang mungkin gelar kami gila kerana berjoget tanpa muzik sambil mengukir senyum sampai ke telinga seorang diri. Lalu kami beri peluang sekali lagi untuk lelaki itu mencuba dan melihat apakah benar lelaki itu betul betul mahukan kami."

"Oh begitu, mengapa mahu disusahkan sehingga begitu sekali?"

"Hahaha. Entahlah Karl mungkin itu sudah jadi hukum dunia. Sifat kami mungkin begitu rupa." 

"Ohhh I see...Do you know what is the strongest force on earth?" Karl cuba membawa perbualan ke satu topik yang lebih dalam.

"Sudah tentu graviti."

"Itu jawapan kamu, tapi bagi aku the strongest force on earth is love. sehingga ia bisa membuat manusia seperti aku tidak keruan. Sesekali aku rasa aku tidak tahu matlamat yang hendak aku kecapi tapi cinta menetapkan aku kembali di dunia dan memberi tujuan dan arah menujunya. Dengan cinta aku rasa lebih kuat, jiwa aku lebih bahagia dikerumuni wajah seorang wanita yang aku cinta sehinggalah aku terlena dalam keindahan kami berdua."

Mata Mika memandang tepat ke arah mata Karl. Di balik anak mata yang keperangan itu, Mika merasakan satu keindahan. Keindahan yang sudah lama di carinya. 

"Karl, kau mahu keluar dari parti ini?"

"Tapi hendak ke mana?"

"Mari, nanti aku tunjukkan ke mana kita akan pergi. Mari. Mari!!!" sambil cepat cepat Mika menarik tangan Karl dan mengenggamnya erat.



Hafeez Darraji





Images

Singkapan

sambil mendengar lagu berentak perlahan, gambar gambar lama ditatap satu persatu. Melihat akan perubahan yang menimpa tubuh di balik foto foto hidup itu membawa khayalnya ke masa silam. Terus, tepat berada di tahun kecekelakaan yang dilaluinya.

Terbawa sosoknya di satu titik, saat jatuh sewaktu mencuba untuk bangun lalu dihentam batu batu besar menghempuk tubuhnya - sakit dan terjatuh kembali. Berkali kali ia mengulang rutin, ingin sekali dia merasa nikmat berlari tetapi dia hanya insan yang lemah.

Menghadapi duga duga, menyeduk ilmu ilmu dunia, belajar sehingga tahu dan terus mencelikkan mata. Pagi dan malam terus menjadi persinggahan sang duka, mahu berhenti tiba tiba cemeti melibas di bahu bahunya, bertakung sengsara di akal fikirannya. Jalan jalan yang maha dahsyat ditempuh bukan kerana rela. Sial.

Namun di balik tertumpu anak matanya pada foto foto tadi. Ia melihat satu binaan yang utuh, baik perhiasannya dan kuat jiwanya. Segala keterpaksaan dan gila gila yang pernah ditempuhi dia ukirkan dengan senyuman girang di hari ini. Hari ini. 

Namun, apakah dia mahu berpatah kembali? nyatanya dia tidak mahu berjalan kembali atau cuba cuba melihat satu permandangan sadis dan menyedut partikel berudara bangsat. 


Hafeez Darrajij