Images

Isu BERSIH Malaysia

semalam ada beberapa kenalan bertanyakan pendapat aku tentang BERSIH di Malaysia. Tanya mereka lagi kenapa tiada komen atau update tentang BERSIH nih kat blog aku. sebab sebelum ini kalau ada isu politik, cepat cepat aku akan keluarkan pendapat.

Bagi aku, aku dah malas dan 'fed up' untuk mengambil tahu cerita cerita politik kotor manusia. Yang sebelah sini ada agenda tersendiri. Yang sebelah sana ada agenda tersendiri. Maka manusia yang konon kononnya setia, menjadi boneka kepada dua dua kepala 'gila dunia' ini.

Biarlah apa nak jadi. selagi Malaysia tiada peperangan sampai beribu dan beratus orang terkorban bagi aku itu masih aman.

2 pendapat aku:

a) kita mesti respek pandangan orang lain. Sekurang kurangya belajar respek. Kau ada pandangan sendiri dan dia ada pandangan sendiri. Mungkin dia datang dari latar belakang yang berbeza buat dia pilih jalan yang berbeza & dia ada cara berbeza untuk suarakan pendapat dia. Respek!

b) Kalau satu satu perkara yang hendak diperjuangkan tidak menampakkan hasil yang terang, jelas & nyata (hukum izhar halki). Maka tukarlah strategi. Bila manusia selalu sangat tonton drama & filem yang sama akhirnya penonton jadi cepat muak dan cepat bosan.

dalam kedua dua pendapat aku cuba jauhkan sifat obses dan terlampau. itu sahaja.


p/s: manusia di jalanan. manusia di pejabat. sama sama dahiat.
p/s/s: post aku sebelum ini yang bertajuk Bersih (dengan nombor) bukan pasal isu BERSIH. itu cuma hasrat hati yang BERSIH :P


Hafeez Darraji


Images

Bersih 3.0 : Mata

mata kau penuh persoalan
tidak selesa
atau menunggu sapaan

yang pasti
pada aku tiada jawapan
dalam bisik kata hati
dan nyaringan bunyi
tanda soal

gemersik
tapi aku hanya jumpa jalan mati

p/s: terus curi curi pandang. itu sahaja yang mampu aku lakukan

Hafeez Darraji



Images

Hilang

entah.
aku pandang belakang.
hitam legam pekat
cuma ada satu dua lubang
yang dilalui cahaya
itupun ada tiada

p/s: betul kata seorang manusia. rasa sayang semakin lama akan hilang dengan sendirinya.

petik jari,
Hafeez Darraji




Images

Nitrus - Sisa


"mungkin kau akan terseksa tika bersamaku"

p/s; mungkin jua suratannya begitu


serik,
Hafeez Darraji



Images

Bersih 2.0 : Enti

putih melepak kolam mata
timbul anak mata hitam bulat bulat
senyuman yang kau tebarkan
menampakkan gigi berpagar rapi

beri aku kesempatan
untuk buat senyuman kau punya erti
boleh?

p/s: kalau kita tanam dalam dalam hasrat kita, satu hari ianya kan menjadi kenyataan

yang pasti bukan kisah lama,
Hafeez Darraji


Images

Letak Pergantungan Kau Pada Allah

Wahai Tuhan
bagiMu segala pujian
memenuhi sekalian langit
memenuhi sekalian dunia
memenuhi apa sahaja selepas daripada itu

aku berlindung dengan redhaMu
daripada marahMu
Aku berlindung dengan afiatMu
dengan kesejahteraanMu
daripada hukumanMu
Aku berlindung daripadaMu
daripada tindakanMu

Tidak dapatlah aku ini untuk menghitung
pujian kepadaMu
Engkau itu wahai Allah
sepertimana yang Engkau puji diriMu

Allah itulah yang berhak untuk dipuji dan diagungkan
sebenar benar perkara apa yang diperkatakan
oleh seorang hamba
kami ini semua hambaMu

Tidak ada apa apa
yang dapat menghalang apa yang Engkau berikan
Tidak ada apa apa
yang dapat memberi apa yang telah Engkau halang

Bila engkau minta, mintalah pada Allah

p/s: Orang sangka dengan itu telah memasukkan dukacita kepada dirinya. Bahkan dia bahagia. Sakinah(kebahagiaan) itu hanya milik Allah.

Hafeez Darraji


Images

Jumaat

dalam jauh perjalanan
berhenti menyahut seruan Tuhan
dalam keberkatan penghulu segala hari.

di luar dan tepian
ibu dan anak anak kecil
berbaris, duduk
setia menunggu
dalam kepanasan menyinga
mengharap redha buat sekaliannya.

p/s: aku sangat bersyukur dikurniakan rahmat pada setiap Jumaat.

Hafeez Darraji


Images

Dua Dunia

sinar mentari takkkan menyinari
pabila mendung hari kan tiba
luaskan mata berbicara
senandung syair dua dunia

luaskan pandangan
hamparkan perasaan
tak mudah
terima prasangka
di antara dua

lautan biru megah tampaknya
warisan alam demi pujangga
jawapan hidup bukannya seksa
pantas mengira kelak adanya

buka matamu
buka mindamu
warna bunga bukan hanya satu

saat kau jumpa
jangan tergoda
melutut melulu

singkapan takbir
dibalik redhaMU
pantas kau usir dari genggamanku
terus terjaga panahan sedar
mimpi telah dimungkiri

p/s: hadir aku hanya salah satu pelajaran dalam hidup kau. dan kita memang tidak ditakdirkan untuk bersama

kembali pada Tuhan,
Hafeez Darraji


Images

melalak

1)

video

2)

video


it's been a while since we had our last 'melalak' session. rindu!


p/s: guest the songs!

latar masa: usai majlis syukur seorang bapa baru

enjoy,
Chester See




Images

Bersih 1.0 : Kalau Sudi

katakanlah
aku ingin bawa kau naik ke langit yang tinggi
melompat dari satu awan ke awan yang lain
meniti lengkungya warna warni pelangi
merasa tempias pada hujan yang dingin

berlapikkan awan empuk
sambil kaki tergantung
melihat karenah manusia
dari atas
pandangan yang maha luas.

lalu berbicara
tentang kita
dan masa depan

sudikah kau?

p/s: hidup bukan semakin muda untuk cuba, lihat dan terus menunggu. Mulakan langkah untuk masa depan yang jelas.

pelan-pelan,
Hafeez Darraji


Images

hari kematian

dan hari ini
hari kematian
saat terputusnya hubungan
aku susun batu nesan
jadi tugu peringatan
agar tidak keliru
bila aku rindu
dan hari ini
hari kematian
bakar kertas kertas
sebagai satu simbolik
biar jadi abu
agar sampai
nanti padamu
dan hari ini
hari kematian
tidak lagi dapat hidup
terkubur pada asal jadian
terpaku pada dinding hiasan
segala perkataan
bukan lagi satu pertolongan
dalam kenangan 2502 - 2504
gila,
hafeez darraji


Images

Rindu

rindu kita
nyanyi lagu yang sama
tonton siaran yang sama
lihat gambar beku yang sama
dengar siaran radio yang sama
pandang bulan terang yang sama
termenung pada waktu yang sama

kau tanya adakah aku begitu
aku tanya adakah kau begitu
tiada jawapan.

masing masing tidak tahu
rindu.


p/s: rupa rupanya benda yang berlaku bukan bermaksud beri harapan apa apa. cuma ianya satu kebetulan


rindu Tuhan,
Hafeez Darraji



Images

rehat #4

setiap pagi
lazim menggeliat patah
klik pada main
dalam tetapan 'bass'
berdentum dentum bunyi

goyang goyang melenggokkan tubuh
makin lama makin lincah
gosok gigi cuci muka
sambung. lebih ligat

rasa hidup
bahasa badan untuk gembira
sejak kebelakangan ini

p/s: setiap hari aku tidak sabar menanti pagi.
p/s/s: ada yang rindu?


mencuri keluar dari rehat,
Hafeez Darraji




Images

Rehat #3

OPTIMIS

Ketika aku tersasar
ada tangan menyambut
terikat di bingkai hati
terbelai rambut
dalam janji
sampai mati

aku tahu cintamu tersiksa panjang
optimis sampai kepada Tuhan

- Minda Besi

p/s: rindu? tangguh dahulu

Hafeez Darraji




Images

Rehat #2


p/s: kalau kalau ada yang mula merindu.

dalam rehat.
Hafeez Darraji


Images

Selamat

selamat
untuk sekalian manusia
mencari rahmat
mencuri hikmat

hidup dalam cacian
mati dalam kemuliaan
kerana manusia bukan Tuhan

p/s:
- mereka boleh cuba pujuk, mereka boleh kata, mereka boleh yakinkan. tapi mereka tetap tidak akan tahu rasa itu bagaimana. saat itu kita dalam dilemma.
- sayangnya, lepas kita berusaha membentuk perkenalan kita berhenti dan hidup seperti tidak pernah kenal.


bukan Tuhan,
Hafeez Darraji


Images

Mahukan yang terbaik

bagi aku tidak salah untuk menerima kelemahan dan keburukan seseorang. tapi bukan terima bulat-bulat. dengan tidak bermaksud untuk mengubah secara total, kita jadikan orang itu lebih baik dari sebelumnya. walaupun sesetengah manusia fikir kita cuba untuk mengubah diri mereka dan tidak menerima diri mereka seadanya. tapi sebenarnya kita cuma mahu yang terbaik untuk sesiapa sahaja. dengan harapan, manusia itu dapat terus berdiri bila bila kita tidak ada bersama dia untuk mengingatkan. supaya dia jadi lebih baik dari kita.

macam guru yang memberi banyak kerja rumah kepada muridnya. Murid itu sudahlah kurang bijak, malas. pada fikiran murid itu guru itu sengaja memberi kerja rumah yang banyak supaya dia rajin. murid itu tidak mahu rajin, dia lebih sukakan hidup dalam kemalasan yang lebih banyak masa dapat digunakan untuk melakukan perkara yang dia gemar. tapi sebenarnya kerja rumah itu untuk kebaikan murid itu sendiri. supaya satu hari nanti murid itu tidak menyesal dengan masa silamnya.

dan kita masih boleh menjadi diri sendiri walaupun dengan perubahan yang baik itu. Malah lebih baik dari yang dulu. Life is Changing dan kalau kita berdegil untuk menidakkan perubahan dari orang yang mahukan yang terbaik untuk kita maka kita takkan ke mana.

Bukan mudah untuk berubah. Walaupun kita terpaksa berpura pura, tapi sebenarnya kita sedang menjalani latihan ke arah itu.

sebab semua manusia mahukan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang sekeliling. cepat atau lambat, pasti ada satu hari.


p/s: pengkritik terbaik adalah orang sekeliling kita. Jadi berlapang dada *senyum


pakar motivasi,
Hafeez Darraji




Images

Ego

10 tahun
100 tahun
1000 tahun
biar Tuhan perkenalkan kita semula
nanti
itupun kalau aku mahu

p/s: pergi jauh jauh.

Hafeez Darraji



Images

Renovation

Harap Maaf !
buat masa ini
hati dalam proses pengubahsuaian
ditutup sementara dari diisi.
maaf atas segala kesulitan

kalau ada
yang berani
silakan

p/s: aku benci smiley ! lebih baik *benci

Hafeez Darraji



Images

Rehat #1

makin aku banyak menulis makin mengarut. bukan mengarut apa cuma kualiti karya aku makin menyedihkan jatuh di tahap yang paling membimbangkan. aku perlu berehat sementara untuk aku kembali hidangkan karya segar yg lebih kualiti. banyak je karya yang belum aku klik pada panel 'publish'. buat sementara ni biar duduk dalam 'draft' dulu. ini minat aku, kalau aku tulis pun nanti, aku akan peram dulu. macam jeruk asam, makin lama peram makin sedap!
p/s: karyalah sangat, kalau pro baca mesti dia gelar sampah. hahaha...
p/s/s: rehat ini mungkin sementara atau selamanya? entah. aku pun tak tahu.


Hafeez Darraji



Images

Impian


impian ini
sudah lama aku simpan
sampai terbawa bawa dalam mimpi
hendak capai
tapi aku tak pasti

cemburu aku lihat
manusia bersamamu
tersenyum bangga
tersipu malu

hari ini
kau sudah pasti
milik aku

kali ini
biar aku cuba
rasa bangga.
malu malu.





Bill Shankly Retro Jacket


p/s: sudah 6 tahun aku bermimpi. Terima Kasih manusia jauh !

Hafeez Darraji


Images

saat itu

dicelah kesesakan manusia
ada sepasang mata mengintai
bayang bayang hitam
dari satu susuk tubuh.
gerun untuk bertentang mata
apatah lagi melihat raut muka

menang berlakon
memakai topeng ketawa
untuk sorokkan resah hati
supaya dapat nikmati sisa sisa masa
dan cuba hidup berani

saat itu kakinya melangkah pergi...

p/s: 13/4/2012, 8.45pm

Hafeez Darraji








Images

Lagu Negaraku

suara menghilang
yang tinggal sisa sisa
menjadi serak.

(Lagu Negaraku berkumandang)

jatung berhenti seketika
saat alunan padu
dari seluruh rakyatnya



p/s: tak pernah rasa sepatriotik begini. International Culture Day. 13/4/2012.



Images

Pertolongan

saat langit runtuh
hendak menghempap jasad kaku
dunia seakan faham
ia memujuk dan terus memujuk

manusia manusia
mengangkat tangan minta pada Tuhan.
menepuk bahu menenangkan
menyebut rangkap indah
menyanyi lagu jiwa yang sama
yakinkan palat itu ujian dunia
cuba menyapa dengan tawa
melayan kata kata bisu
Semuanya...

secara terus
tidak secara terus
tapi dia tahu

dari manusia yang dia tidak sangka
bukan dari manusia yang dia sangka

satu hari
pengen sekali dia
balas kembali kekuatan sekeliling
yang bangunkan kayu menyokong
memaku, memahat, mengetuk
untuk pastikan dia terus kukuh
berdiri

katanya;
"Moga rahmat Tuhan selalu disamping kalian ! "

p/s: kebesaran Tuhan memperlihat siapa setia. Tidak hanya menunggu gembira dan berlalu di masa kau susah. sudahlah berlalu, mempersoal pula.


Hafeez Darraji




Images

bintang

aku bawa kau ke satu tempat tinggi
kita menunjuk ke arah ribu juta bintang
yang berpijar, bersepah.
Kau pilih satu
Aku pilih satu
kita namakan bintang masing masing
dan mengandaikan
satu garisan yang menemukan
kita di satu titik.
abadi.

p/s: tergelak aku pada manusia yang tidak faham perkataan "selamanya". guna secara semborono!

tetamu sementara,
Hafeez Darraji


Images

gerak geri

dari kiri ke kanan
dari kanan ke kiri
manusia sibuk
mengejar masa
mengimpi urusan
ada dua tiga yang menoleh sekali sekali
bagi aku
yang melihat dari dalam
mengagak manusia
meneka gerak geri selamba
dari kanan ke kiri
dari kiri ke kanan
setakat yang itu.
kalaulah aku tahu
apa kan berlaku
perlukah aku kisah?
perlukah aku mengawal?
ke mana pergi, buat apa
kemudian apa, sudah ke belum?
perlu?!
aku terus duduk.
biar sahaja manusia
dengan rasa hati mereka
samada jadi Tuan
atau
jadi Hamba
p/s: kalau aku tahu semua tak perlu pening pening kepala
Istana kenyang,
Hafeez Darraji
Images

molekul udara

moga molekul molekul udara
antara langit dan bumi
buat kita lupa
kewujudan masing masing

supaya lepas ini
fikir kita hanya untuk sedut
molekul udara dalam dalam
dan bukan lagi masa silam

supaya lepas ini
fikir kita hanya untuk hembus
molekul udara jauh jauh
supaya tiada lagi yang terluka

moga molekul molekul udara
buat kita syukur
dan hargai nikmat
masing masing

*senyap...
(betulkan peti suara)

kalau satu hari
dunia sesak dengan manusia
sampai molekul udara
tidak lagi cukup

aku nanti di hujung sana
untuk beri kau yang aku punya


p/s: inhale dan exhale puas puas
p/s/s: perempuan palat untuk lelaki murah kata WaniArdy [Iklan]

Hafeez Darraji




Images

hamba cinta


aku tak mahu menjadi hamba cinta
yang menjijit rasa sakit
buat manusia yang bahagia didamba, dirayu
puas dan untung
dua dalam satu!

p/s: sebab itu aku di sini


psycho,
Hafeez Darraji





Images

kisah mimpi

malam sunyi seperti biasa biasa
tidak mudah untuk lelapkan mata
walau berkatup kuat
tunggu masa menidurkan manusia
entah jam berapa
diri hanyut dibuai mimpi
antara dua
permainan syaitan
atau
petunjuk Tuhan
bersenandung...
" pada suatu perayaan, tampak raut wajahnya yang tiada penyesalan, bersih, gembira, ceria. bersyukur dengan kurniaan Tuhan"
tertulis pada kitab rahsia
segala perjalanan dunia
yang sengaja hari itu
dibongkarnya
" 3 purnama sahaja... "
perenggan lain:
"selama 46 tahun bahagia dan masih menghitung"
*lalala hari hari kerja*
(pekikan dari telefon genggam)
ahhh kacau sahaja...
dalam mamai
membilang 3 purnama dengan jari
lantas berkata " lamanyaaa..."
Hafeez Darraji



Images

malapetaka

8.9
pernah dulu maha dahiat
membunuh satu satu nyawa
yang berdosa yang suci
semua sekali
tak termampu kudrat manusia
tak tekap kaki mereka
atas khilaf sendiri sendiri
dosa sudah bagai emas kilat
yang dikejar
berlumba lumba
mahu cepat kaya
semua itu
buat manusia bahagia
buat Raja murka
Lalu, nikmat Tuhan yang mana hendak kamu dustakan?
p/s: Tuhan aku percaya kau bukan selalu Al Qahhar, kau juga Al Ghaffar! #prayforsumatera #prayformalaysia
Images

Pendek

duduk kebah.
di luar riang bermain kata
angin nikmat alam
nikmati sementara

buat apa terburu buru
perlahan lahan, ada menunggu
masa sudah milik manusia bebas macam aku

sambil menyanyi,
Hafeez Darraji



Images

sakit

tajam berkarat
masih lagi diketuk dalam dalam
lambat, makin dibedal kuat
biar benam dalam dinding kukuh

dinding itu ibarat hati
yang penat aku kandung
sebab sengsara aku sebarkan

tak akan tenang
selagi tak berpeluang

p/s: mana kekuatan dari Tuhan?

Hafeez Darraji



Images

asing

bermula dengan asing
ramai perihal manusia
menari di atas pentas peribadi
dalam samar samar cahaya dan silaunya
mata memerhati dan meneka

bertambah meriah pentas bahagia
sempadan tidak lagi satu perkara
bebas untuk meneroka
bebas untuk berjaya

bila wadun bosan
tekadnya terpahat dalam
menuruni pentas
untuk cari kehidupan
kali ini
yang lain biarkan
tidak lagi memerhati
tidak lagi meneka

sejak itu dia melangkah
lebih menjumpai bahagia
melihat di jalanan
manusia dengan peran perannya
bagi mereka itu cuma budaya orang orang lama
mujur ada satu dua yang masih setia
berakhir dengan asing

si watak utama
harapnya asing ini bukan selamanya
dia lumpurkan seluruh badan
untuk lihat wadun menari semula
bukan sekarang tapi mungkin nanti
masa yang tidak pernah manusia ketahui
di alam yang baru nanti

p/s: kita bermula dengan asing dan berakhir dengan asing. terpaksa?

bilik termenung,

Hafeez Darraji


Images

manusia laknat

berhati hati dengan manusia laknat.
berbuat jahat untuk kenyang.
saat manusia enak dibuai mimpi
waktu indahnya bermula.

manusia laknat
sudah lama perhati
setiap pergerakan dan langkah
peluang dan waktu
tetapkan masa kerjanya

perlahan-lahan, berhati-hati
sesekali resah
titik peluh tetap keluar

gembira
merampas gembira
gembira
esok dia tidak lapar lagi
laknat!

p/s: manusia...apa yang orang lain ada, itu juga yang mereka mahu curi.

Hafeez Darraji



Images

Tinggal

malam berteleku
dingin tak lagi singgah
seperti selalu selalu
tak ada lagi angin
untuk dilawan arusnya

aku kambus kesan kesan
tekanan kaki pada pantai
aku sapu kotor kotor
corak sandal pada lantai
buat lindung dari musuh
supaya terus aman

p/s: selalu menulis buat aku lembut hati & tenang, kadang kadang lemah. tapi bukan pondan! maka...



Images

panas

pulas tombol
terus rasa bahang

capai tuala
mencari segar
perlahan-lahan air jatuh
hingga ke lubang pusar

sejuknya air!
sampai terlompat lompat mandi
paling nikmat
untuk cuaca sebegini


p/s: esok exam round pediatric (O&G). all the best everyone!


Images

PengetahuanMu

Maha Pemurah
kenapa perlu yang ini
kenapa rasa yang ini
kau temankan
dalam hari hari aku
Maha Pengasih
setiap kali aku cedera
aku takut
kalau kalau aku masih buat Kau murka
Maha Penyayang
Kau tidak timpakan melainkan dengan kemampuan aku
aku sudah letih
dan dengan namaMu aku sudah tidak mampu
Maha Mendengar
dengar rayuan dan doaku
cetuskan aku dengan ilhamMu
ilham yang jelas
untuk aku tenang selalu
Maha Segalanya
aku sudah tidak kisah dengan harapanku.
pada manusia, padaMu,
masih wajib tanggunganku
biarkan ia cepat berlalu
ada rahsia
bila aku sudah bersedia
Engkau paling tahu
p/s: setidak tidaknya kurniakan aku kekuatan para Nabi dan Sahabat.


Images

belum pernah mati

tujuannya satu
hidupnya untuk puaskan rasa
melihat pada cita & matlamat
itu senjata terkuat
masa itu langit mendung kelabu
datang seorang tua bertongkat
mata liar berlari perhati
sambil mulut kumat kamit laju
hari itu harapannya musnah
duduk merenung
langit makin rendah
kotak rokok sudah kosong
bekas putung makin penuh
dibeleknya kitab hikmat lama
tertulis kata kata panjang berjela
seorang diri
dia bangun, sarung pakaian hebat
aura hitam kuat
fikirannya tekad
sampai bila mesti begini
bisik hati Tuhan sentiasa bersama
hari ini dia masyhur
dibahunya dia galas
setiap kawasan dan wilayah
malahan terus mendatang
lisannya jelas
untuk hati hati gelap
untuk kata kata tajam
untuk watak watak jahat
semua tak bisa
lunturkan dakwat yang pekat
p/s: untuk pengetahuan kau, aku masih belum jatuh. belum pernah mati.



Images

cepatlah masa

musim panas begini
dingin pagi masih membeku
nyaman manusia bermimpi
harap esok ada lagi

bagi aku
musim begini tak tahu
tidur tak lagi mudah
badan bermandi peluh basah

bila agaknya
setiap pagi aku terjaga
aku akan lupa
tidak lagi mengingati
seperti aku berharap dapat mengelak
jatuhnya airmata ibu bapa, anak, isteri
akan jugah yang hilang ingatan
biar aku yang mengganti

apakah bisa
kalau ada takdir satu masa
aku ingin menolak takdir itu?
kerana aku tidak sehebat Attar
yang besar jiwanya
yang malaikat pun tunduk malu
yang bidadari turut cemburu
dengan kesanggupannya


sama yang aku rasa : "takkan ada lelaki di dunia ini yang mahu mengorbankan harga diri untuk menjadi lelaki dalam hidup orang yang pernah menolaknya"

p/s: batuk ohhh batuk







Images

tenang jiwa

di sebalik relung relung
yang melingkar hati
masih ada sudut segar
yang belum mati
kalau kita tahu
sekalian dunia sengsara dan sedih
pasti kita lega
kerana kita tidak keseorangan
bagi manusia seperti aku
setiap perkara ada dua
berpasangan atau berlawanan
seperti kuasa ying yang
yang wajib untuk sebuah kehidupan
setiap perkara bakal berubah
tidak duduk beku selamanya
tugas manusia
asah senjata, tapau bekalan
bersedia!
hidup ini benar sebuah lakonan. yang digerakkan oleh satu permainan.
permainan takdir!
p/s: practise small kindness
Images

Taufan Kabut




No matter how many times that you told me you wanted to leave
No matter how many breaths that you took you still couldn’t breathe
No matter how many nights did you lie wide awake to the sound of the pausing rain
where did you go? where did you go? where did you go?

[Kanye West] heart beat, a heart beat, i need a heart beat, a heart beat..
[Chorus]
tell me would you kill to save your life?
tell me would you kill to prove you’re right?
crash, crash, burn let it all burn
this hurricane’s chasing us all underground

no matter how many deaths that I die, I will never forget
no matter how many lies that I live, i will never regret
there is a fire inside that has started a riot about to explode into flames
where is you God?
where is you God?
where is you God?

do you really want?
do you really want me?
do you really want me dead or alive to torture for my sins

[Kanye West]
a heart beat, a heart beat, i need a heart beat
you know i gotta leave, i can’t stay, i know i gotta go, i can’t stay

do you really want?
do you really want me?
do you really want me dead or alive to live a lie

[Chorus]
[Kanye West]
You say you wrong, you wrong, I’m right, I’m right, you’re wrong, we fight
Ok, I’m running from the light, running from the day to night
lyrics courtesy of killerhiphop.com
Oh, the quiet silence defines our misery
The riot inside keeps trying to visit me
No matter how we try, it’s too much history
Too many bad notes playing in our symphony
So let it breathe, let it fly, let it go
Let it fall, let it crash, burn slow
And then you call upon God
ohhh, You call upon God

[Chorus]
Oh Oh woah
This Hurricane
Oh Oh woah
This Hurricane
Oh Oh woah
This Hurricane

do you really want?
do you really want me?
do you really want me dead or alive to torture for my sins

do you really want?
do you really want me?
do you really want me dead or alive to live a lie

(KW: running away from the light, running away from the light)

************

Moga ada kesempatan untuk aku tebus kesalahan aku
buat sesiapa sahaja bakal jendera jiwa terindah yang Engkau pilih.
dan bukan telunjuk nafsu




Images

pilih

tiada yang lebih baik dari pilihan Tuhan.
mungkin kebaikan itu bukan pada yang terpilih.
tetapi pada jalan yang Kau pilih.
semoga cinta ini bukanlah sebuah nasib.

tetapkan yang terbaik untukku Ya Allah


Images

jumaat

jumaat ini aku rasa paling sunyi sekali
tapi hati dan fikiran
bising. banyak bunyi
aku harap ini rahmat
bukan apa apa alamat
p/s: jumaat barakah. ridz cafe! walawehhhh
Images

watak antagonist

aku rindu watak antagonist
yang dulu dulu
tiada sebab untuk aku lemah
buat ikut kemahuan
perasaan bukan galangnya
yang penting fizikal dan akal
lalu dunia aku yang punya
ada satu sebab sahaja
untuk rasa tewas, rasa lemah
bila kalah bertumbuk
tapi sekejap
puas! lepas musuh berlutut
sekarang
ada 2 jalan
terus rasa lemah, tewas
atau
pulang, turut
jadi kuat
dalam bayang bayang antagonist
sudah tentu aku tidak mahu lemah dan tewas lagi.
masa aku sudah tidak mampu aku kan pulang
berjumpa kawan lama
si antagonist hebat
p/s: si antagonist pasti sedih lihat aku begini



Images

inspirasi

aku suka membaca sesuatu yang ada nilai sasteranya. yang orang kata ada udang disebalik batu, tersirat. yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah juga tidak terlalu panjang. yang buat aku berfikir, sekali dua aku baca berulang kali hanya untuk pahamkan. bila aku mula membaca, aku teruja dan terus membaca. lalu memberi aku angan angan kalau aku sehebat begitu, paling kurang tidak pun aku menulis hanya untuk pemahaman aku.
p/s: dari membaca kita mampu cipta pengalaman kita sendiri tanpa peduli kata kata yang entah sahih atau tidak




Images

duduk

bawah satu sudut terang
bertengah gelap
hujung sana ada satu sudut
empat segi bercahaya
untuk melangkah
berapa meter dan kilometer
hati dan otak ketika itu
tidak sehala
pilih antara mati dan mati
aku pilih untuk tetap di situ
menunggu...
p/s: kadang kadang yang kita rasa perlu dan mahu tidak sesuai untuk semua keadaan...
Images

lekat sampai gila

rapatnya umum ke tengah
tapi kali ini entah
kekanan atau kekiri
pernah ada yang gelarkan sampah
tapi dia melindungi
lalu bola mata memerhati
hairan dan pelik pada asasi
seakan bersungguh sungguh
bukan yang baru
tapi lebih baik dari yang lama
sesekali bertanya
apa sudah terjadi pada nafsi
perlu satu anjakan
atau sekadar menghias paradigma?
atau berikan pada yang sepatutnya
mungkin itu mungkin ini
tidak tahu
lalu buka akhbar yang hujung sekali
baca ramalan diri untuk hari ini
gila!
terus lagi...
tanpa setitis kumuhan
untuk cuba percaya
lalu yang kecil
mendongak ke langit
seperti sudah pasti
tapi masih mencari
walau ketika itu banyak darah membasahi bumi
dia terus mencari...
masih belum jumpa
sesekali dia berhenti dan berfikir
sudah cukupkah setakat ini?
apa beza itu dengan yang ini?
p/s: teringin menulis sebuah buku bertajuk 'cinta hypogula - kurang manis, kurang rasanya'
Images

sederhana; tidak terlalu selesa

aku lahir dari keluarga yang sederhana. sangat sederhana. gambar gambar lama menjadi bukti dari mana ibu bapa aku bermula. aku masih ingat walaupun ketika itu kecil, pada masa itu emak sudah beranak 3 termasuk aku. ketika itu ibu bapa aku masih jurutera biasa, yang gaji mereka cukup untuk 3 orang anaknya dan makan sehari hari. terpaksa menumpang tempat berteduh di rumah mak cik sementara ada pendapatan lebih untuk beli rumah sendiri

ayah aku bukan askar. tapi dia garang. mungkin turun temurun dari datuk aku yang merupakan seorang askar. dalam bekeluarga ayah penuh displin, dalam umur awal 30-an darah muda menyirap hingga ke kepala setiap kali tidak selesa. mudah sahaja meninggikan suara, setiap sudut rumah ada rotan supaya mudah dicapainya. jika tiada, maka tali pinggang akan dibuka pada saat itu juga.

pada masa itu, ayah sudah mampu membeli sebuah rumah sendiri yang kami diami sehingga kini. masa aku kecil dahulu, rumah aku ada jadual tugasan harian yang perlu aku dan adik beradik lain laksanakan. rumah kami tiada pembantu. tambah-tambah lagi, 5 anak pertama mereka semuanya lelaki. maka pasti penat untuk emak melakukan semua tugas rumah seorang diri. dilekatkan jadual itu dengan magnet bercorak buah pada peti ais untuk tatapan kami. dalam jadual harian berkenaan, punya 5 baris menegak dan 6 baris melintang. setiap baris melintang terisi "laundry" "basuh pinggan" "buang sampah" "kemas rumah" "sidai baju" "kemas meja". manakala 5 baris menegak di penuhi setiap satu dengan nama aku dan 4 beradik yang lain.

maka kerana kami takut akan rotan yang akan melibas, penyangkut baju yang bakal patah, tongkat atuk yang bakal memukul, dan tali pinggang yang akan menyengat maka kami lakukan tugas harian kami dengan patuh sekali. setiap hari pulang dari sekolah, emak akan memanggil untuk mengingatkan tugas yang perlu dibuat.

dari displin itu kami belajar agar tidak terlalu selesa untuk hidup goyang kaki seperti anak raja mahupun seperti anak orang kaya yang manja. agar pandai hidup berdikari bila hidup jauh dari keluarga. sekurang kurangnya pandai melaksanakan tugas yang asas bila dan di mana jua berada.

masa kecil dulu mungkin aku dan adik beradik lain banyak mengomel, mengeluh, mengadu penat, letih, berharap supaya emak cepat melahirkan anak perempuan untuk mengambil alih semua tugas ini dan sebagainya. tapi kini lihat sampai mana kami dapat berada?!

bagi aku, untuk tugas2 di dapur itulah yang menjadikan tangan aku lembut dan cantik.

p/s: abaikan perenggan terakhir (walaupun benar). hahaha...
p/s/s: mengingati asal usul dahulu menjadikan kita humble dan membuatkan kita sanggup melakukan kerja yang orang lain tak sanggup buat. kerja yang halal pastinya....





Images

Tatih

manusia apa tanpa harapan
untuk hari hari aku terus berharap

biar orang kata aku bodoh
melalui fitrah tanpa malu
masih menjaja walaupun lumpuh
asalkan aku terus hidup

manusia bukan tahu
dicarinya hanya untung
lalu yang buruk
itu yang selalu tersorok

tunggu nanti sampai waktunya
waktu aku sudah tersimpul ketat
biar pedang tajam akan tumpul
biar pendekar hebat pun parah

buat masa ini
aku bagai baru lahir
semampu mana?
biar aku ALLAH tatihkan

p/s; cuba, lepas penuh. maghrib jangan lupa!






Images

Lanun




Hidup ini macam jadi seorang lanun. masa lanun jajah satu tempat memang dia rasa tempat tuh yang paling terbaik sampai lanun tuh decide nak stay kat situ je. tapi bila satu hari lanun tuh keluar menggembara lagi tengok tengok dia jumpa tempat baru yang jauh lebih baik dari tempat lama.
hidup macamtuh je...


p/s: Thanks Man!






Images

sekolah rendah

masa sekolah rendah aku nakal. nakal je tak jahat taw. aku termasuk dalam group budak-budak yang nakal, tak boleh duduk diam, buat apa suka, peningkan kepala cikgu, kacau budak perempuan, tak ikut peraturan dan sebagainya. senakal nakal aku, aku pandai. maintain kelas top 3 setiap tahun. kalau ikut kedudukan dalam kelas nama aku mesti top 10.

dahlah pandai, aktif kokurikulum pulak tuh. aku banyak amik bahagian dalam sukan sekolah, suka tolong cikgu, senakal-nakal aku dulu, aku coach tarian and kompang. jangan tak tahu.
sejak sekolah rendah aku dah pandai panas baran. lagi-lagi bergaduh dengan budak-budak kelas belakang yang bajet gangster.

masa sekolah rendah aku jenis yang tak suka duduk diam. pernah sekali aku bosan, aku conteng pemadam dengan pen dakwat basah pastuh cop kat muka member yang tidur, pastuh gaduh besar.
aku pernah sound cikgu sebab dia banyak membebel, tapi sekali tuh jelah pastuh aku tak buat dah.

walaupun aku nih nakal tapi aku suka mengelat. bila time nak kena denda je aku mengelat. aku lari selamatkan buntut aku sendiri. pernah sekali darjah 6, masatuh famous dengan breakdance. so masa cikgu takde apalagi praktis lah skill masing-masing. termasuk aku.
cikgu naik pening bila budak-budak dah terjebak dengan budaya barat nih. so cikgu displin masatuh panggil siapa yang pernah buat breakdance turun ke tapak perhimpunan. aku buat bodoh, buat tak tahu. yang lain semua mengaku, sampai kat tapak perhimpunan kena rotan. member-member aku bengkek je aku tak mengaku. ada jugak yang tak puas hati. padahal aku yang duk ajar diaorang skil breakdance tuh.
abestuh siapa suruh korang mengaku?

sampai habis sekolah, sebab kepandaian aku dalam pelajaran dan mengelat so setiap kali mak ayah aku amik report card, cikgu selalu puji aku baik dan pandai. hahaha

p/s: bak kata orang: sedap sama-sama tapi last-last yang tanggung seorang jer.