sambil mendengar lagu berentak perlahan, gambar gambar lama ditatap satu persatu. Melihat akan perubahan yang menimpa tubuh di balik foto foto hidup itu membawa khayalnya ke masa silam. Terus, tepat berada di tahun kecekelakaan yang dilaluinya.
Terbawa sosoknya di satu titik, saat jatuh sewaktu mencuba untuk bangun lalu dihentam batu batu besar menghempuk tubuhnya - sakit dan terjatuh kembali. Berkali kali ia mengulang rutin, ingin sekali dia merasa nikmat berlari tetapi dia hanya insan yang lemah.
Menghadapi duga duga, menyeduk ilmu ilmu dunia, belajar sehingga tahu dan terus mencelikkan mata. Pagi dan malam terus menjadi persinggahan sang duka, mahu berhenti tiba tiba cemeti melibas di bahu bahunya, bertakung sengsara di akal fikirannya. Jalan jalan yang maha dahsyat ditempuh bukan kerana rela. Sial.
Namun di balik tertumpu anak matanya pada foto foto tadi. Ia melihat satu binaan yang utuh, baik perhiasannya dan kuat jiwanya. Segala keterpaksaan dan gila gila yang pernah ditempuhi dia ukirkan dengan senyuman girang di hari ini. Hari ini.
Namun, apakah dia mahu berpatah kembali? nyatanya dia tidak mahu berjalan kembali atau cuba cuba melihat satu permandangan sadis dan menyedut partikel berudara bangsat.
Hafeez Darrajij
0 comments: