Images

1 soalan 1 pengalaman

Hari nih, pergi kelas macam biasa. Kelas pagi tak pergi sebab benda ulangan, pergi PBL dapat case yang menjentik urat ketawa. Igatkan case tuh ada typo ke ape ke then bila doctor masuk rupa-rupanya memang case dia macamtuh. cuba korang translate kalau korang terror english? hahaha.

"Suppose i didn't get off to a good start; fell pregnant when i was 14 in the bus shelter didn't know you could get caught standing up"

balik dari pbl ingat nak pergi kedai buku jap, tapi tukar plan gerak Restoran GMN. kat GMN kecoh plak pasal video clip prema yin. sikit2 'marilah engkau mari'. yang tak tahan budak2 nih kata si Prema Yin nih ada bela 2 ekor ular kat ketiak. nak tengok ular belaan dia tengoklah kat Prema Yin - Marilah

pastuh lepas makan, amik keputusan untuk ke kedai buku. beli peralatan dalam senarai keperluan. ingat lepas beli peralatan nak balik rumah naik taxi, tapi nak kena beli ayam plak. so decide nak jalan kaki je balik rumah. dalam perjalanan nak ke kedai ayam tuh lalulah di jalan samanoudy lorong kedai basikal tuh. tengah jalan punya jalan tiba-tiba dengar satu hentakan kuat. toleh kiri je nampak sorang mamat arab nih kena langgar.

aku kenal mamat arab nih, dia pemandu taxi. pernah sekali dia cekik duit kitaorang. dari shaimaa ke kuliah tibb di caj le 5. dahla xsmpi kuliah tibb pun pastuh hantar kitaorang sampai baron(belakang) je. Aku pun tak tahu macam mana dia kena langgar sebab masa berjalan tuh fikiran aku merewang memikir bukak ke tidak kedai ayam nih. sebab kedai ayam tuh selalu tutup. abes kalau tutup nak kena patah balik pergi syarik Rabik.
Tup Tup Tup aku dah nampak dia terbaring. pastuh kereta merah yang langgar dia berhenti 10 meter dari tempat mangsa nih terbaring.

Kebetulan masatuh ahli keluarga mangsa ada kat tingkap rumah "tengah mengira berapa bilangan orang yang lalu di sepanjang lorong Samanoudy tuh." adalah 2 orang perempuan tua dengan budak kecik perempuan sorang. Terus menjerit orang tua tuh macam orang meroyan. menjerit tak tentu arah. pastuh budak kecik perempuan tuh pulak menjerit. meroyan jugak. bila 2 orang tua tuh keluar menuju ke arah mangsa tuh ada plak sorang perempuan (aku rasa isteri dia) pun menjerit-jerit. pun meroyan gak.

aku yang duk tak sampai semeter perhati je mangsa tuh. tak tahu nak buat apa, tak terpikir plak nak tgk siapa pemandu kereta merah itu. tak semena-mena aku rasa kepala aku berat. aduhhh nih vaso vagal attack la nih, aku pun blah pergi beli ayam yang kedainya tidak sampai 5 meter dari tempat kejadian. Nasib baik bukak. lepas beli ayam aku pergi balik tempat kejadian dah ramai dah orang kumpul. adalah 40 orang arab berkerumun menjerit-jerit kat situ. pastuh ada 2-3 orang lelaki muda suruh orang ramai bukak ruang supaya mamat tuh boleh bernafas. masalah nye semua arab nak jadi hero, nak kerumun gak tapi bukan buat apa-apa pun. rilek je sorang bawab kat situ sambung cuci kereta tuan dia balik.

aku terpikir nak apply ilmu basic life support yang aku belajar. aku pun mendekatkan diri dengan tempat orang ramai berkerumun tuh and tanya salah sorang mamat arab kat situ kalau-kalau ada patah mana-mana ke kat badan mangsa. Arab tuh cakap ada kat leher dengan kaki. aku pun tengok lah mangsa nak konfemkan diagnosis si arab tadi, tengok ok je mangsa tuh boleh angkat leher lagi. pastuh tengok kaki takde bleeding pape, cuma menggigil je. Tapi sebab ramai sangat arab kat situ, aku malas lah.

aku sambung tengok dari tepi. niat di hati tak nak blah sampai aku dapat tolong apa2. pastuh kat sebelah aku nampak ada seorang mak cik tengah tenangkan mungkin ibu mangsa kot. elok je mak cik tuh pujuk ibu mangsa tuh. katanya "kau kena bersyukur Allah tak tarik nyawa dia, dia masih hidup sekurang-kurangnya dia masih ada." sedikit sebanyak yang apa yang aku paham lah. sejuk je hati tengok makcik tuh pujuk ibu mangsa. nampak keharmonian manusia yang saling memerlukan antara satu sama lain.

kereta merah tadi dah kosong. salah seorang dari 2 orang tua tadi tengah hentak2 bumbung kereta merah tuh. entah yang mana satu tuan punya kereta pun aku tak taw. aku rasa tuan punya kereta dah cabut awal2. sebab nampak ahli keluarga mangsa nih bawak keluar beg tangan perempuan from kereta merah tuh bawa masuk rumah si mangsa. elok sangat lah tuh, dah langgar cabut lari plak.

salah seorang yang kerumun di situ mintak dibawakkan air sejuk utk mangsa. jerit punya jerit takde orang bawakkan. mintak sekali lagi. takde orang bawakkan gak. dalam hati aku nak je pergi kedai beli air mineral tapi nih lah keburukan aku. takut2 bila aku pergi beli dah ada dah air untuk mangsa tuh. Damn! selalu camtuh. sampai ke sudah takde orang bawak air. huhuhuhu.

agak-agak takde apa yang dapat aku tolong aku pun memblahkan diri sambil menyesal sebab tak dapat tolong apa apa tadi

p/s: hati2 kat jalan raya. kalau jalan sempit biar kereta lepas dulu baru kita jalan. tak pasal2 kereta laju kang kena langgar. nauzubillah.


Images

Lepas ni Jemputlah Datang Selalu

aku dah tekad mulai hari ini aku nak update blog selalu. dah xnk miss dah, xnk kac harapan palsu kepada orang yg excited nk baca blog aku. Lepas nih boleh lah datang jenguk selalu ye?

eh malas lah plak, xboleh spend lama2 taip blog. bazir masa. esok exam round, so nanti2 kalau ada masa aku post la benda2 yang menarik. ingatkan aku nak post pasal "pilih pasangan'. dah lama aku nak tulis tapi terlupa, exam dan alasan-alasan yang sewaktu dengannya.

ape ape pun doakan kejayaan aku. moga korang juga berjaya.

p/s: apa pun tak bleh!
Images

Tercemar Imej Al Azhariyun

"Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga"

Semua sedia maklum bahawa penuntut yang menuntut di Universiti Al Azhar semuanya dalam jurusan Pengajian Islam. Ada sebilangan yang mengambil perubatan tapi mereka ini sedikit sahaja bilangannya. Sebut sahaja belajar di Universiti Al Azhar, pada pandangan pertama ramai yang kagum bukan kerana ilmu yang mereka ada tetapi status sebagai penuntut Al Azhar. Mudahkan untuk buat orang lain kagum dengan diri kita? cuma masuk Universiti Al Azhar.

Yang terbaru wujud page "Bantah Maksiat di Mesir (BMM)". Sungguh memalukan! cara pemilik BMM menyuarakan bantahannya dengan mendedahkan keaiban orang lain. Sudahlah memaparkan gambar yang rata-ratanya penuntut Mansoura di tambah lagi pemilik BMM mengambil gambar-gambar tersebut tanpa izin. Yang peliknya gambar beberapa orang penuntut lelaki sedang melepak pun turut disiarkan.

Kecoh malam tadi. Banyak panggilan telefon yang saya terima menyuruh untuk melihat page BMM dan ada pula yang meneka-neka siapa pemilik page BMM. Sebentar tadi, ada seorang sahabat mengatakan perkara yang sama sudah kecoh di Universiti di kalangan penuntut Melayu. Lantas ada yang meneka yang page BMM di buat oleh PMRAM, ada juga yang meneka Ustaz-Ustaz Azhar dan mungkin ini perbuatan khianat oleh penuntut PERUBATAN sendiri.

Harus siapa yang hendak dipersalahkan di sini?

Perbuatan 'baling batu tangan di sorokkan' sudah lama menular di kalangan 'pak-pak kopiah' di bumi Mesir ini. Sejak dari tahun pertama saya di bumi Mesir sehingga sekarang apa yang ada hanyalah kontroversi jalang dan murahan puak-puak KECUT di blog dan facebook. Lantas apa solusi yang dapat dicapai? yang dapat dicapai hanyalah pergaduhan dan kata-kata nista yang membawa kepada perpecahan. Tidak pernah lagi ada pihak yang sanggup turun padang duduk bersama dengan penuntut ini dan membincangkan perkara ini secara mata ke mata. Yang ada menyalahkan 100% penuntut perubatan. Habis sampai bila isu ini dapat diselesaikan?

Saya sudah jelik dan muak dengan isu-isu ini. Bila disuruh berdakwah secara berhikmah nanti dikatanya 'kau tuh budak medic mana tahu apa-apa pasal agama'. Saya puji dan menyanjung tinggi golongan yang dalam ilmu agamanya. Saya akui tanpa bimbingan ibu bapa dan ahli keluarga di Mesir sedikit sebanyak ada kesilapan yang kita lakukan dan jika tiada orang yang mengingatkan sudah tentu hidup lebih jauh menyimpang dari paksi TAKWA. Jangan pula golongan 'pengingat' ini 2X5 sahaja dengan orang yang lalai. Sibuk membantah itu ini, cakap pasal ikhtilat, cakap pasal maksiat tetapi si 'pengingat' sendiri buat pekara yang sama. Akhir sekali ditangkap kerana kes "Guru Agama Mencabul pelajar bawah umur." HIPOKRIT! MUNAFIK!

" buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
kami budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan. "

Akhir kalam Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Images

Bunyi Bertih Jagung Digoreng

pernah dengar bunyi bertih jagung digoreng? kalau tak pernah cuba dengar bunyi bertih jagung digoreng. bagai bunyi bertih jagung digoreng adalah perumpamaan melayu yang membawa erti bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti henti. itulah juga apa yang terjadi sejak berlangsungnya tragedi 'maksiat' Medic Got Talent 5.5.2011 tempoh lalu. Tak berhenti-henti; ada sahaja page, blog yang secara ikhlas mengiklankan program Medic Got Talent ini ke peringkat seterusnya.

Penulisan ini bukan bertujuan untuk menempelak mana-mana penulisan sebelum ini apatah lagi ditujukan kepada penulis-penulis berkopiah yang khusus. Penulisan ini layak dilabelkan hanya sebagai tontonan umum sahaja.

Berkenaan isu Medic Got Talent ada beberapa penulisan yang saya baca katanya Program Maksiat; pesertanya membuka aurat dan menayangkan aksi menghairahkan. Dikatakan lagi ada peserta dan penonton bercumbu-cumbuan sehingga membawa kepada persetubuhan. Ada juga mengatakan antara sebab lahirnya lambakan Doktor yang tidak berkualiti. tak di lupa ada juga yang terus melabelkan tempat Medic got Talent berlangsung yakni di University of Mansoura adalah lembah maksiat dan tidak digalakkan untuk melakukan ziarah ke situ. Ini satu tuduhan yang keras yang sepatutnya ditimbang kerasionalannya sebelum tuduhan ini dilemparkan.

“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah ”

Satu persoalan yang hendak saya bawa untuk sama-sama kita fikirkan. Adakah kerana pelajar ini menyertai Medic Got Talent maka mereka ini celaru identiti? dan adakah disebabkan penyertaan mereka terus dikatakan mereka bakal menjadi seorang Doktor yang tidak berkualiti tetapi hanya kuantiti semata-mata? Never Judge a Book by its Cover, dalam Islam juga ada mengajar umatnya bersangka baik bukan?

“Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta”

-HR. Muttafaqun alaihi.

Seperti yang semua maklum, sejurus tamat tempoh pengajian pelajar perubatan maka pelajar-pelajar ini akan menyambung bakti mereka sebagai seorang Doktor. Semua orang tahu itu. Pelajar perubatan sama sahaja seperti pelajar pelajar dalam jurusan Pengajian Islam, Kejuruteraan, Undang-undang dan sebagainya. Semua mereka ini adalah golongan yang menjadi harapan masyarakat di masa akan datang. Tetapi tak semua yang kita rancang menjadi kenyataan. Akhirnya wujud di dada-dada akhbar mengatakan Ustaz merogol anak murid, peguam menerima rasuah, doktor menyalahgunakan lesen ubat-ubatan dan sebagainya.

Adakah ini golongan yang tidak berkualiti dan kuantiti semata-mata?

1. Mansoura yang dikatakan lembah maksiat sebenarnya hidup dengan pengisian rohani tersendiri. Ada kelas-kelas pengajian agama yang giat dijalankan untuk pelajar perubatan di setiap hujung minggu. Ada juga diantara mereka yang 'jahil agama ini' mengadakan usrah di setiap hujung minggu dengan pengisian seperti solat berjemaah, tadarus al-quran dan juga tazkirah. ada juga usaha pelajar membuka perpustakaan dan memberi pinjam buku-buku agama miliknya kepada pelajar lain. Sewaktu Medic got Talent tempoh hari juga ada beberapa senior mengajak sahabat dan junior lain untuk menunaikan solat Maghrib di surau berdekatan. Riadah-riadah bagi memantapkan ukhwah sesama sendiri masih menjadi tradisi setiap hujung minggu di Mansoura.

2. Menyentuh kepada persoalan kualiti. Dalam Kamus dewan bahasa perkataan Kualiti membawa erti 'Darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi'. Maka jika seorang manusia itu boleh menguasai lebih dari satu bidang maka ini juga dipanggil KUALITI. Ahmad cemerlang dalam ilmu kedoktoran dia KUALITI. Ahmad boleh menguasai bidang muzik dia KUALITI. Ahmad cemerlang dalam masakan dia KUALITI. Kalau diletakkan kata hubung maka ayatnya menjadi seperti: Ahmad cemerlang dalam ilmu kedoktoran, bidang muzik dan masakan. Dia seorang yang BERKUALITI.

Siapa yang tidak kenal pada Al-Farabi. Beliau seorang Ilmuan Islam yang tersohor dan terkenal dengan kemahiran dalam banyak bahasa, cabang ilmu dan muzik. Tambahan beliau yang mencipta alat muzik yang diberi nama gambus. Walaupun begitu Al Farabi mempunyai pengetahuan yang sangat luas dalam ilmu perubatan.
Al Khindi Bapa Falsafah Islam juga mempunyai kemahiran dalam bidang muzik dan perubatan.
Al-Harth ibn Kaladah merupakan seorang Ahli Perubatan Islam paling awal. sempat bersahabat dengan Rasulullah dan 4 Khalifah juga merupakan pencinta muzik dan berkebolehan dalam Muzik.
Menurut kajian yang dilakukan Tony Buzan, seseorang yang boleh bermain alat muzik mudah mempelajari sesuatu berbanding orang yang tidak mengetahuinya.

"Bukankah 1 keuntungan jika seseorang itu boleh menguasai bidang selain yang di pelajarinya sahaja??? Dianalogikan produk shampoo di sebuah pasaraya. Produk A sama kualitinya dengan produk B, tetapi produk B ada promosi 'beli 1 percuma 1' lalu yang manakah kita semua akan pilih??? Ditambah lagi produk B menyatakan 'dengan setiap pembelian RM 2 akan diinfakkan kepada rumah anak yatim' lalu yang manakah terus kita semua akan pilih? Begitu juga dalam apa-apa jua bidang sekalipun tidak kisah perubatan, kejuruteraan, pengajian islam, undang-undang dan lain-lain. Dan tidak inginkah kita melihat di masa akan datang ada diantara kita menjadi sehebat tokoh-tokoh seperti Al Farabi, Alkhindi yang mempunyai 1001 penguasaan dalam pelbagai bidang?"

3. Bagaimana untuk kita mahir dalam sesuatu perkara? Jawapan saya: Praktikkannya selalu. Anda Setuju? begitu juga dalam apa perkara yang kita lakukan. dalam kerjaya seorang doktor sosial network dan communication skil merupakan item atau skil yang amat penting. ini kerana doktor akan berhadapan dengan pelbagai orang yang berlainan latarbelakang, masyarakat, pendidikan, karenah dan sebagainya. Oleh itu, pelajar perubatan yang hanya 'duduk di bawah termpurung' tidak akan mampu survive dalam bidang kedoktoran. Tak percaya tanya doktor-doktor yang anda kenali. Skil ini dipupuk dalam pelbagai cara seperti pergaulan harian, perkongsian bakat, cara percakapan dan pertandingan. selain itu,

"Pengalaman tidak dapat dibeli dari buku-buku terlaris melainkan melaluinya sendiri"

"Communication - the human connection--is the key to personal and career success."
Paul J. Meyer

4. Ada pelbagai cara manusia melepaskan kepenatan setelah penat melakukan sesuatu pekerjaan. Begitu juga pelajar perubatan yang juga merupakan manusia seperti anda. Kami melakukan aktiviti harian yang sama seperti anda. Anda makan, kami makan. anda mandi, kami mandi. Setelah penat belajar maka kami memerlukan sesi 'release tension'. Maka menyanyi, bermain snuker, bowling, bermain game, berjogging, memasak, berjumpa rakan-rakan, berchatting, melepak, menonton movie; semua ini kami lakukan untuk menghiburkan hati setelah penat menghadam ilmu physiology, anatomy, pharmacology, biochemsitry, dll. Kalau tiada sesi release tension maka semakin menaiklah graf pesakit mental di kalangan pelajar perubatan dan doktor khususnya.

Akhir kata janganlah dipandang hina anak-anak mama dan papa di Mansoura ini. Semuanya berusaha menjadi yang terbaik buat diri, agama, bangsa dan negara. Penat lelah dan usaha yang dilaburkan dicalar oleh manusia yang hanya pandai bercakap tetapi tidak merasai sendiri ranjau dan onak yang dihadapi pelajar perubatan ini. Kata-kata yang dihamburkan bukan sahaja di rasai oleh pelajar perubatan di Mansoura tetapi juga anak-anak Melayu yang mengambil perubatan di seluruh dunia. Kami sangat menghormati anda seperti mana manusia lain, jangan sampai satu masa penghormatan itu kami sarungkan ke tapak kaki kami.

p/s: Jangan jadi seperti ibu ketam yang mengajar anak ketam berjalan lurus.
Images

I stalk your profile

"I stalk your profile when I miss you. tengok semua gambar you tanpa jemu..."
aku bukan nak post pasal lirik lagu jazz Hayat kat sini. Sambil-sambil jari jemari aku lincah menekan kekunci laptop, bulu telinga aku juga ingin turut menari bila dengar lagu Jazz Hayat nih. one more time, "I stalk your profile when I miss you, adakah kau juga memikirkanku".

Dekat dunia nih banyak yang boleh beri motivasi ataupun rangsangan ataupun semangat ataupun apa-apa yang korang gelarkannya. Selama aku dah lama tak post kat blog nih, ada banyak benda yang aku jumpa, yang aku tak sangka betapa hebatnya manusia ciptaan Allah nih boleh lakukan. Begantung kepada individu bagaimana dirinya sendiri ingin meraih semangat. Samada ingin atau tidak semangat/motivasi itu juga bergantung kepada manusia.

*gambar hiasan

Ada manusia rangsangannya ialah seorang classmate yang berjantina perempuan. Oklah aku tukar, bukan rangsangan tapi motivasi. Sampaikan sanggup hari-hari pergi ke kelas semata-mata nak usha budak perempuan nih. Sambil-sambil usha sambil dengar lecture kat depan. kan 2 in 1 tuh... Lain pulak cerita manusia bila dia baca blog2 di alam maya yang kini tumbuh bagaikan cendawan. Baru baca tajuk dah semangat berkobar2 dah. Aku salah seorang manusia dalam golongan tuh. Sanggup menghabiskan masa membaca blog daripada post pertama yang penulis tuh post sampai post terbaru. habis kalau dah dari 1987 tak sejuta??? Bagi mereka yang kata baca blog orang nih ntah apa-apa, aku bantah 100%. kalau tak percaya cuba kau try dulu blog BLOGSERIUS & FAIZALBOBBY
Gerenti ketagih wa cakap sama lu!

Ada orang lain jadikan makanan semangatnya. pantang ada makanan sedap terus naik semangat. betul tak? ada yang jadikan gambar anjelina jolie, dr fadzillah kamsah, zizan Raja lawak sebagai pembakar semangat. tak lupa jugak alat-alatan seperti kamera, alat muzik dsb termasuklah binatang pun ada orang jadikan sebagai penaik semangat. Lain orang lain pe'el nye en?

So bagi yang takde benda sebagai motivasi or penaik semangat tuh better cari cepat-cepat. Sebab ada ketikanya kita akan jatuh semangat. Aku tak nak percaya kau sampai bila-bila kalau kau kata kau tak pernah jatuh atau takde semangat. Takut kalau tak ada booster nih kita jadi culture shock, bila ditimpa musibah macam kematian, kecelakaan, terbuat salah, terpecahkan kamera nikon kawan semangat nih lah buat kita bangkit dan menghindarkan dari jadi psychotic atau bahasa pasarnya orang gila!

p/s: Walau apapun jenis dan jantina booster atau penaik semangat atau motivasi kita tuh jangan kita lupa, ALLAH lah sebaik-baik pemberi dan pengambil rezeki which semangat tuh termasuklah dalam rezeki dia.