Images

Dua Puluh Dua

Malam tadi, sempat berjalan jalan di stadium universiti ataupun dikenali sebagai Mansoura Olympic Village tidak jauh dari tempat aku menginap. Kalau sebut pasal stadium sudah tentu aktiviti aktiviti di sini banyak tertumpu pada sukan. Selama 30 minit meluangkan masa, melihat dan memerhati, berikut antara beberapa kesimpulan yang aku dapat buat:

1. Mula awal
Egyptian; dalam perihal sukan, mereka sudah bermula sejak dari akar umbi lagi. Yakni dari umur semuda 6 tahun. Tapi ini adalah inisiatif ibu bapa sendiri yang mahu mendaftarkan anak mereka dalam akademi akademi seperti bola sepak, bola baling, fitness, swimming dan sebagainya. Umur 6-12 tahun diletakkan dalam satu kumpulan untuk menjalani latihan yang berbentuk fitness, circuit ataupun larian.

2. Perempuan terlibat dalam akademi ini.
Anak anak perempuan tidak hanya duduk di rumah, dibiarkan duduk terperuk dalam bilik seharian.  Mereka ini dihantar oleh ibu bapa bersama sama anak lelaki untuk join akademi fitness dan balapan. Supaya mereka ini membesar in shape dan diajar kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan. Di samping menambah kawan. 

3. Cara latihan
Tidak ada diskaun atau kesempatan untuk lari dan beralasan daripada membuat segala jenis exercise yang diatur trainer. Once you enroll in their program, you must learn to follow the rules. Jadi, jika trainer melihat ada di antara mereka yang curi curi rehat atau menipu dalam exercise, mereka akan ditarik keluar dan dipukul. Atau sekiranya form mereka tidak betul, trainer akan put some pressure supaya form mereka benar benar seperti yang dikehendaki. 

4. Teguran
Trainer mereka professional. Biasalah budak budak, suka bermain dan tidak ambil latihan secara serius. Jadi kalau perkara seperti ini berlaku, mereka akan dipanggil dan ditegur/dimarah berjauhan dari tempat latihan atau dari kawan kawannya. Bukannya ditengking di depan kawan kawan lain sehingga malu menyebabkan mereka down dan tidak mahu datang untuk latihan minggu hadapan.

5. Masa dengan keluarga
Malam, adalah masa yang diluangkan oleh ibu bapa bersama anak anaknya. Jadi setiap malam, samada ibu bapa menemani anak anak mereka menjalani latihan ataupun ibu bapa membawa anak mereka untuk bersukan atau berjalan jalan di kawasan stadium. Ada bapa bermain bola dengan anaknya atau kalau malas anak anak dibiar berlari, berseronok dan bermain bersama adik beradik yang lain manakala ibu bapa memerhati dari jauh. 

We are talking about 6- 12 years old kids here. Kepentingan untuk menanamkan minat atau displin dalam jiwa anak anak sedari awal lagi. Atau sekurang kurangnya beri mereka kesempatan untuk menyelami keseronokan berada di zaman kanak kanak dengan cara meluangkan masa bersama mereka. That's one of many ways how future leader being created.


Hafeez Darraji





0 comments: