Images

Akademi Fantasia 9

selalunya aku tak amik port pasal akademi fantasia nih. lagipun dah lama aku tak follow program2 dia dan takde rasa ghairah pun nak amik tahu. tapi disebabkan dalam akademi fantasia 9 ni ada member aku, so aku terpanggil untuk mempromote dia agar diserap sebagai pelajar akademi fantasia ke 9. nama dia AZHAR. kalau pergi sini cari nama azhar dan UNDI!

aku bukan nak promote dia sebab dia kawan aku je. tapi memang dia berbakat. betul! aku tak pernah tipu orang dan tak pernah paksa orang lain pasal sesuatu yang tak benar. semuanya benar2 belaka. AZHAR nih memang dahsyat suara dia dan berbakat. dia ada tone suara zamani, ala zamani kumpulan Slam tuh. masa sekolah dulu dia vokalis utama nasyid, kalau qasidah yang panjang meleret tuh si AZHAR ni xde hal punye. aku memang jeles dengan suara dia, AZHAR nih pernah amik kelas vokal dengan guru vokal terkenal, aku dengar2 dia pernah dpt tawaran syarikat rakaman tapi sebab belajar lagi dia terpaksa tolak. bukan takat suara je sedap, muka pun jadi pujaan ramai wanita2. kawan-kawan pun ramai, AZHAR nih dia tak sombong and mudah mesra dengan orang. kalau baru kenal kemesraan dia dgn orang lain mcm dah kenal lama pulak.

Pada penilaian aku kat peserta2 lain yang dapat undian tertinggi setakat nih, aku rasa si AZHAR nih lagi better. bukan sebab aku bias ke apa, korang tak percaya tgk video audition dia and bandingkan dgn peserta lain. aku just xnak orang yang betul2 berbakat tak dapat peluang seperti mana yang berlaku kat program2 realiti selama nih.


nak mengundi?
pergi http://web03.astro-emails.com:81/video_list.php?uid=undefined&page=2#aMsg lepas tuh cari nama AZHAR dan undi tiap2 hari!
Images

mansoura - alexendria - jeddah - jakarta - malaysia

pengalaman tak dapat dilupakan dalam ops piramid- proses evakuasi pelajar malaysia dari mesir.
sejak bermulanya ops piramid nih, aku dgn budak2 umah aku dalam dilemma. balik malaysia free kot sape tak nak kan? dalam masa yang sama kelas dah nak start. so nak balik ke tak nak. last2 balik jugak tapi packing baju last minute. pkul 3am nak gerak kol 12am baru start packing baju.

so nak dijadikan cerita pada 4/2/2011 pelajar mansoura dibahagikan kepada 3 zon. zon - istad gamaah (11pm, 4/2) , zon 2- masakin gamah (7am,5/2) zon 3- shaimaa (3 am, 5/2). nama aku termasuk dalam zon 3 shaimaa. so pukul 3 am berkumpul gerak ke bangunan mara di alex. sampai dalam pukul 9am di alex. kat luar bangunan tuh penuh pelajar malaysia sampai kena beratur kat luar nak tunggu turn masuk bilik. sementara nak tunggu turn aku letak bag kat restoran G floor pastuh pergi sarapan sket kat bangunan belakang blok mara. malam tuh tidur kat tingkat 1 dengan budak2 mansoura lain. kat alex kitaorang duduk dalam 2 malam sebelum di bawa ke lapangan terbang untuk ke jeddah.

jadi dari jeddah naik flight Hercules c-130 kepunyaan TUDM. ingatkan naik air asia, so berebut rebut lah kitaorang supaya dapat seat yang best sekali naik charlie plak. naik charlie semua duk bersila dalam tuh. ada lebih 2++ orang dalam tuh duduk bersila, bersempit2. dalam perjalanan memang tak selesa lah, so ada beberapa orang yg berdiri sebab tak selesa duduk. dari alex- jeddah amik masa 3 jam. sampai kat jeddah airport lebih kurang pukul 3am. lega rasanya, walaupun kaki dah lenguh2 naik charlie. turun pesawat, tentera bagi plak rangsum tempur (set makanan asas mcm garam, gula, biskut, beberapa pack brahim, teh dll). masuk airport jeddah kena tunggu lagi nak dptkan cop visa. aku antara last grup dapat balik passport. hanpeh!!!

kat luar airport ada bas dah tunggu nak bawak kitaorang pergi madinatul hujjaz (tempat penginapan jemaah haji milik tabung haji). aku tertdiur dalam bas, bukak2 mata dah sampai. aku igt cuaca kat jeddah sama macam egypt tapi sebenarnya lagi panas. sampai2 kitaorang kena lepak kat gudang besar. terkejut aku! hanya beralaskan karpet dan kipas pun ada beberapa biji beberapa pelajar malaysia ditempatkan untuk berehat kat situ. member aku tak puas hati dengan keadaan itu, pergi lah round2 kat blok2 cari bilik. sekali terjumpa 1 bilik, apa ag kitaorag pindah masuk bilik tuh. selesa skit kat bilik tuh ada kipas, ada tilam, ada bantal, ada selimut. hahaha

5 hari kitaorang duduk kat jeddah. duduk kat jeddah heaven gila. makanan, pakaian, keperluan asas, selipar, minuman semua dia kac free. makan 3 kali sehari dihantar terus ke bilik, pastuh dapat lagi makanan macam megi, buah, biskut percuma. kalau tak suka makan kat situ lepak kafeteria ada jual roti canai dengan kuah kari tapi kena bayar la. lepak punya lepak punya lepak 12/2 giliran kitaorang naik flight ke malaysia. num giliran aku 7004. budak bilik aku terpisah kepada 2 group. satu ke jakarta dulu satu ag terus ke malaysia. bertolak from madinatul hujjaz pkul 4pm sampai di airport 1 jam lebih kemuadian dan lepak airport sampai kol 9.25 pm. aku dapat group yang pergi jakarta. sampai di jakarta 11am waktu jakarta. kat jakarta dapat berita naik charlie lagi. aduhhhhhhhhhhhh! apa ke malang naik charlie 2 kali. tunggu sampai pkul 2pm waktu jakarta naik flight charlie ke malaysia. pukul 645pm 13/2/2010 sampai di airport tudm malaysia. lepas amik bag dihantar ke masjid tudm menaiki bas yang telah disediakan.
aku sampai umah pukul 10.30 pm

kenangan manis lah dalam perjalanan nih. walaupun naik charlie 2 kali tapi seronok.

p/s: korang ada pengalaman macam aku? hahaha
Images

sekitar protest di Mansoura

dilaporkan 10,000 warga mesir di mansoura berarak memprotest kedudukan Presiden Egypt Hosni Mubarak. warga egypt dilaporkan berada di sepanjang jalan di mansura, seperti di stadium mansoura, toiron, syarik port said, dan kawasan-kawasan bangunan kerajaan. seterusnya mereka berarak di kawasan syarik jihan, syarik tirah dan syarik gala'. rusuhan berlaku di syarik port said di mana beberapa warga Egypt membakar balai polis menggunakan getah tayar.

di kawasan masakin gamaah di mana kebanyakan pelajar malaysia tinggal tidak mengalami sebarang masalah besar memandangkan beberapa warga egypt bertugas untuk mengawal kediaman di sebelah malam. kebanyakan kedai telekomunikasi kehabisan stok top up walaubagaimanapun masih ada bekalan top up di beberapa kedai yang dijual pada harga yang tinggi. perkhidmatan sms masih lagi di sekat sehingga kini. kedai2 di mansoura masih beroperasi seperti biasa tetapi semakin kekurangan bekalan.

terdapat berita mengatakan proses evacuate pelajar mansoura akan berlangsung pada 5.2.2011 di hotel new marshall sebelum pkul 10am. walaupun begitu berita ini masih lagi belum disahihkan

di bawah merupakan video protes warga mansurah yang berlaku di syarik tir'ah




video


video






video