Images

.::lagus umum::.



penat semalaman, tak tahu nak dikatakan bagaimana. cuba untuk rehat&makan tapi tiada masa. penuh sahaja waktu2 semalam. dengan kuliahnya, dengan kawan-kawannya, dengan perjumpaannya, dengan persembahannya, dengan segala-galanya. tambahan lagi hari sebelumnya lewat pagi baru sahaja tiba di mansoura. terus bila malam tiba, badan jadi lemah lesu, kepala jadi berat batu dalam dada masih tersimpan niat untuk ke kuliah hari ini. tapi perancangan buntu, dengan hp sudah mati, kawan kejut tidak peduli terus membuka laptop di sisi untuk lihat jam berapa sekarang ini. rupa-rupanya sembilan pagi. sumpah seranah sana sini, laju-laju sahaja membangkitkan diri, mengemaskan diri. siap semuanya jam sembilan lima belas pagi. otak keliru, dilemma menguasai diri, orang kata "beter late then never" aku peduli apa. terus merebahkan diri, dan lemas dalam dakapan perdu. Selamat Pagi Dunia...

p/s: sori, my hp abes bateri...

pagi kecewa,
aphids
Images

.::25th on 25th::.



to : Mohd Rozain B Yahya & Noraini A Aziz

Another year to create
precious memories together.
Another year to discover
new things to enjoy about each other.
Another year to build
a life rich in love and laughter.
Another year to strengthen
a marriage that defines "forever."
best love,
afiqrozain; egypt

Happy 25th Anniversary...semoga terus berkekalan & berbahagia hingga ke akhirnya, dijauhkan segala masalah, dimurahkan rezeki dipanjangkan usia....InsyaAllah...
always by ur side: adam,afiq,akid,aqil,arif,ainaa,ammar

best love,
afiqrozain;mansoura,Egypt
Images

.::tvayi snihyaami::.


ditepian ini
antara gelap dan terang bulan
penuh manusia segerombolan
ditebingmu
ada ibu bersuara sayu
mencari suara puteranya yang hilang

bagi pemuda ini
duduknya bersebab
merenung bulan dari tenangnya air
baginya belum pernah bulan secantik ini
sambil itu
terhambur kata-kata segar dari bibirnya

bulan
kalau bisa dia berkata-kata
cerita, rasa manusia
sudah dia sampaikan
selain memberikan cahaya
apa lagi dayanya

di tepian ini
berakhirlah tari malam riaknya
berakhirlah penipuan sang pendusta
penuh harapan di esok hari
bertemu jodoh kumbang dan bunga
ditebingnya

sepertimana jodoh sg nil dan mesir
sepertimana jodoh Adam dan Hawa

jodoh yang dari hati
dekat sekali

hampir 2010,
aphids: 4.06am (23/12/2009)
Images

.::Nigella Sativa::.

hari ini hari isnin...aku keliru, masa dan hari seperti tidak jelas bagi aku. aku pun tidak tahu mengapa, aku tidak tahu mana silapnya....pagi2 bangun, niat untuk pergi ke kelas Group lagi satu terbantut melihat jam yang suda melepasi 10.30am. lalu dibukakan sahaja laptop ini, untuk melihat apa yang berlaku di seluruh dunia di ketika ini.
Pagi-pagi begini pun internet lembap! Ping tinggi-tinggi belaka, membentak jiwa ini kerana rasa bohsan menunggu. nak kata semua berjaga, mereka ini bukan boleh percaya...hahaha...semuanya seperti aku juga barangkali.
Seperti aku telah berubah dari satu dimensi ke satu dimensi yang lain. apa buktinya??? Blog ini sudah tidak ku guna lagi sebagai tempat meluahkan kata-kata, hidup ku juga sudah tidak seperti biasa semuanya luar biasa, masa dan waktu kali ini sangat tinggi rasa cemburunya. tapi yang aku bangga, jiwa aku tetap kuat bila dirundum malang tetap sabar bila dilanda nestapa. betul kata mereka, hidup ini pasti berubah dan kerananya kita pelajari, rasai segala pengalamannya.
begitu juga aku, tidak sama besar kuntum bunganya tidak sama sedap rasa buahnya tapi TETAP kepada yang ESA....

p/s: aku rasa aku sudah kembali

pagi hari,
aphids
Images

.::muscle pull & jose reina::.


ini bukan cerita pasal jose reina yang kene muscle pull ataupun muscle pull yang kena jose reina...
ini cerita pasal aku...
semuanya gara-gara tournament futsal semalam yang mengakibatkan muscle pull. abes sendi2, urat2, muscle2 aku tertarik akibat terlalu 'galak' bermain. ini tidak sepatutnya berlaku oleh kerana aku hanya memegang posisi sebagai seorang goalkeeper sahaja...
atau mungkin sudah lama aku tidak turun bermain, dan tournament ini pula menuntut aku lebih fokus dan bekerja keras untuk menyelamatkan gawang goal daripada dibolosi...
tapi serius nak buat ape pun susah, benda senang pun jadi malas nak buat gara-gara muscle pull ini. dah ar makan masa untuk pulih. tahukah anda? penantian itu satu penyeksaan...

p/s: tolong suapkan makanan, malaslah nak makan...

van de sar,
aphids
Images

.::hidup kabus ribut::.

perghhh bangun2 tdo 'petang' tadi tetibe dapat byk task. task dari mahmud, dari Gmmsc, dari restoran dari semua. adessss...trus jadi kelam kabut hidup aku. kiri ada kertas kerja, kanan ada planner, depan smue ym tny pasal trip tuh belakang ada katil. kl ikutkan aku biarkan semua and trus baring atas katil, tap sebab tanggung jwab maka perlu dilaksanakan. dah la lapar, tak dan makan lagi.



jadi satu persatu aku rancang, aku aturkan mengikut kepentingan walaupun deadline masing-masing dah dekat. aku bahagikan tugas2, aku cari orang nak buat tapi still aku pening memikirkan semua tuh. tapi biarlah buat pelan2 tapi pantas. agar semua task dapat diselesaikan tepat pada masanya...

p/s: aku nak cuti!!!

terkejut,
aphids
Images

.::eksistensial sial::.

sudah tamat cuti eid adha, sudah tamat cuti exam, sudah tamat cuti-cuti...aku paling xske bila da cuti panjangg then tiba2 nak start balik kelas. perasaan malas itu membuai-buai di segenap tubuh aku.




'hampa' sekali lagi menjadi simbolik kepada cuti aku kali ini. pengkhianatan terhadap peluang cuti yang telah di beri membuatkan sentimen penyesalan itu berulang kembali. nampaknya akulah orang yg paling rugi sekali!!!

walaupun begitu, keperluan dan kewajipan sebagai seorang pelajar berjaya mematahkan anasir-anasir malas yang cuba menggoda diri ini. sesuatu perlu dilakukan untuk kembali ke landasan sebenar dan demi meraih kejayaan di final nanti...

p/s: hidup memang begini, kau takkan suka sampai bila-bila

eksistensialism,
aphids
Images

.::terbang lah wahai diri::.




kau ingin tahu
terbang tinggi apa pengertiannya?
dengar ini...

kau perlahan lahan melangkahkan kaki
cuba mendaki sejauh lelangit yang tinggi
seperti mereka yang telah merasa
terbang tinggi ape pengertiannya

hidupnya bagaikan satu yang asing
si musafir berkelana di bumi yang lain
tiada bermegah, tidak terlalu lemah
sebaik perkara yang sederhana

katakan hidup dengan pujian manusia
atau mati dengan cacian mereka
pengertian hidup bukan apa yang engkau sangka
jangan kesal, jangan sesal dengan siapa sebenarnya kita

dan terbang tinggi di langit yang luas
terima dirimu seadanya

jangan caci pada si dia yang terhina
jangan benci pada yang tak mengertinya
kasihanilah dia yang tak menghayatinya
jangan takut kiranya kau berbeza

perbezaan kita antara ilmu dan sikap
mungkin kau akan jelas pengertiannya

p/s: ape salah aku??? aku pun tak tahu...

hendak terbang,
aphids

Images

.:: kek layer pandan::.





lihat bintang di angkasa
lihatlah keindahannya
jauh nan sepi antara berjuta sinar cakerawala

lihat si kecil yg tertawa
dengar bahagia di suaranya
rasakan masa bagaikan terhenti untuk seketika

rasakan...
degupan kalbu
di sunyi merentas liku
memendam seribu syahdu

rasalah...
tiupan angin bayu
yang menyanyikan lagu rindu
rindu yang sekian lama bertamu

rasakanlah
cinta dan hawanya
buktikanlah citra bayang cinta
jadikan hakikat yang nyata
terbit di alam maya mata

dengarkan
bisikan hati sayu
memanggil-manggil setiap pelusuk jiwa
tanpa merasa jemu

menghantui setiap langkahku
menghampirkan aku kepadamu
dalam kesamaran waktu

p/s: eksistensial, eksperimental, mental

cuak exam,
aphids
Images

.::ironi ini ::.



Tuan Pengarah Raya Haji Mansoura

disember malam,
aphids