Images

Emansipasi

sayang. bila negara lain hura hara dek demostrasi Malaysia sibuk promote demokrasi seperti yang diamalkan Malaysia. Padahal negara sendiri bukan amalkan demokrasi pun. Pelajar Universiti tak boleh participate dalam politik. nak dibandingkan kepala otak belia nih lagi kreatif dan bernas berbanding politician yang dah tua dan menopause. Peranan belia dalam negara dah dihadkan sebab tuh graduan diploma last-last kerja Pak guard je. Ini ke demokrasi?
Guru-guru pun tak boleh terlibat langsung. Kalau terlibat diugut dengan dibuang kerja serta merta. siapa tak takut? ingat balik perjuangan Melayu mendapatkan kemerdekaan, majoritinya datang dari golongan guru dan pendidik. sekali lagi, ini ke demokrasi?

Kalau dah tak boleh sepakat dengan alasan parti kau dan aku berbeza. amik inisiatif keluar parti masing-masing dan berpakat tubuh parti baru. tarik balik sokongan orang melayu. Wujudkan negara yang betul betul Islamic dan berkebajikan. Kekalkan Perlembagaan lama, hak bumiputra atas tanah melayu. Bukan berniat racist, tapi asal usul jangan lupa. "Masuk kandang kambik mengembek, masuk kandang harimau mengaum", itu je. Bukannya hak kau 100% dinafikan tetapi keistimewaan diberikan kepada kaum, pemilik asal tanah melayu.

p/s; ingat kita takut? apa mengarut!




Images

sampai akhir

dalam satu perkara yang kita lakukan, kadang-kadang kita salahkan faktor persekitaran di atas asbab kegagalan. tapi sebenarnya bagaimana kita mengatasi faktor persekitaran itu dan sejauh mana kita mahukan satu satu perkara itu mencapai kejayaan atau paling kurang mencapai target yang kita kehendaki. dan kadang-kadang faktor persekitaran itu sebenarnya asbab ke arah selangkah kegagalan sebelum selamat di sempadan kejayaan. Sebab kita yang tentukan bagaimana sesuatu itu akan berakhir.


p/s; exam mode
Images

Siapa Sangka

aku ingat lagi masa aku darjah dua. masa tuh cuti sekolah. jadi selalunya di siang hari aku dan adik beradik akan ikut ayah ke pejabat. sebab di rumah tiada orang nak menjaga kami. malam hari pula selepas makan malam terus duduk di meja belajar untuk menghafal sifir. aku masih ingat lagi alunan lagu yang digunakan untuk menghafal sifir.

masatuh ayah memiliki sebuah Van warna emas bernombor pendaftaran WBX 6568. dalam perjalanan pulang ayah akan menanyakan tentang sifir yang telah kami hafal. ketika giliran sulung membaca sifir aku pasti cemas sambil melihat bahagian belakang kulit buku pada sifir 6. kemudian tiba giliran aku membaca sifir, waktu itu sudah sampai di rumah. tapi kami adik beradik tidak dibenarkan keluar dari van sehingga habis sifir 6 aku dendangkan. segalanya lancar sehingga tiba pada 6X10. aku tersangkut di situ. setelah beberapa minit aku tersangkut maka singgahlah tangan ayah yang besar itu pada badan aku. sungguh sakit penangannya membuatkan airmata aku mengalir kerana rasa sakit. lalu ayah menjerit "apa-apa yang dikali 10 jawapannya mesti kosong dibelakang pastuh kalau sifir tuh sifir 6 taruk 6 jadi 60."

pada waktu malam pula. ayah akan duduk di kerusi luar rumah sambil memegang rotan atau tali pinggang yang dililit pada tangannya. kami pula akan menghafal sifir di ruang tamu di dalam rumah. bergilir-gilir kami menghadap ayah untuk mengalunkan lagu sifir yang telah kami hafal. rasa takut dan gugup sekali untuk berhadapan dengan ayah. satu salah maka satu libasan hinggap di tapak tangan kami. setelah itu kami akan kembali ke dalam rumah dengan linangan air mata. emak juga yang datang menenangkan dan membantu kami menghafal sifir. rutin itu berterusan di waktu petang dan malam serta setiap hari sehingga kami lancar mengalunkan sifir 1 sehingga sifir 12.


**********************************

waktu itu darjah 3. Cikgu Julia merupakan guru kelas 3 Murni kelas di mana aku berada. Selain guru kelas, Cikgu Julia juga guru Matematik kami. jadi setiap kali sebelum kelas bermula semua murid akan diminta berdiri dan sesiapa yang hendak duduk perlu menjawab soalan sifir yang ditanyakan oleh Cikgu Julia. setiap kali Cikgu Julia kemukakan soalan sifir, akulah murid pertama yang akan menjawab dan dapat duduk. Sehinggakan, adakalanya Cikgu Julia berpura pura tidak nampak bila aku mengangkat tangan dan memilih pelajar lain dahulu berbanding aku.

p/s; siapa sangka kan?


Images

I Love You This Big


Gila Babi! perkataan pertama keluar dari mulut aku bila tengok gambar nih. si Arif lah duk post gambar nih kat twitter. Rindu gila zaman-zaman kecik dulu. kerja aku dulu gaduh je dengan abang sulung n kembar aku. gaduh sampai tumbuk2, guling2 atas padang, sepak2, sampai dalam swimming pool pun gaduh nak lemaskan antara satu sama lain. Pernah sekali gaduh, si Akid amik pengait buah pastuh rodok kaki aku, habis kena jahit. Ngan Adam bergaduh remote tv, sampai hentak2 kepala kat cermin pastuh kena marah ngan Ayah. kalau tak bergaduh 3 orang tuh, adik-adik lah kena. tumbuk, cubit, lempang, sepak. paling teruk kena si Arif ngan Aqil lah. sapa suruh nakal kan dah kena. kalau rindu nak kena tumbuk, lempang buatlah perangai lagi. sampai si Ainaa ngan Ammar tak sempat buli dah sebab aku dah belajar jauh dah sejak diaorang lahir. cuma sesekali balik rumah adalah menyakat sikit-sikit.

sekarang semua dah besar. dah belajar nak jadi orang berguna. dah pandai berpikir guna otak. dah matang orang kata. semua pun dah makin hensem, kacak n cantik. 2-3 tahun lagi ada karier sendiri. Aku bersyukur gila dikurniakan keluarga sebegini hebat. Betul kata pepatah "Air yang dicincang takkan putus". bergaduh tahap gaban pun last2 baik jugak. tolong antara satu sama lain. bukan sahaja adik beradik yang cool, mak n ayah pun cool gak. SyukuR!


p/s: ahhhhh! miss the good old days
Images

eh, sama plak!

kebetulan hari bapa dan hari jadi mak aku jatuh pada hari yang sama tahun ini. kalau aku nak katakan mereka sudah melunaskan tanggungjawab mereka sebagai ayah dan emak sepanjang aku hidup di muka bumi ini. tunggu giliran aku pulak nak kasi cucu kat diaorang sebagai salah satu cara untuk membalas pengorbanan mereka.

SELAMAT HARI BAPA
EN ROZAIN BIN YAHYA


PUAN NORAINI A AZIZ
SELAMAT HARI JADI

19th June 2011

p/s; tak sempat mesej diaorang lagi. nanti2 lah aku mesej. hehe


Images

Satu Kosong

kadang kadang kita ingin menjadi orang paling hebat di dunia sehingga kita tak sedar yang kita ini milik Allah semata-mata. Allah bahagikan secara adil kebolehan untuk setiap manusia supaya manusia ini lebih erat, dan saling memerlukan. Sebab itu kita tak boleh perkecilkan orang lain atau yang tak sehaluan dengan kita. Asal pandangan pertama je dah judge orang tuh, asal sebelum ini dia pernah buat kesalahan terus tak percaya. Nampak aje rambut panjang, pakaian serabai tapi sebaliknya manusia paling dekat dengan Allah. Nampak aje hitam, muka skema tapi hakikatnya Allah bagi dia kelebihan yang orang lain impikan.

Aku bersyukur diberi kesempatan untuk melihat sendiri kekuasaan Allah, untuk bertemu dan percaya sendiri dengan makhluk ghaib. untuk sedapkan rasa hati supaya tidak takut dengan makhluk ghaib kerana Allah sentiasa ada bersama aku setiap masa.

p/s: malam tadi mimpi pindah and belajar kat Manchester Uni. Biar Betulllll
Images

Letto - Relung Hati


Ketika kau bertanya ku tak bersuara
Ketika kau mencoba ku takkan percaya
Karena semestinya kata-kata cerminkan jiwa

Jangan coba engkau katakan lagi
Janji-janji yang kadang kau ingkari
Sekarang saatnya engkau berhenti
Melukai relung hati

Perlu kita renungkan arti kesetiaan
Mungkinkah kau resapi dengan kejujuran
Karena semestinya kata-kata cerminkan jiwa

Jangan coba engkau katakan lagi
Janji-janji yang kadang kau ingkari
Sekarang saatnya engkau berhenti
Melukai relung hati

Jangan coba engkau katakan lagi
Janji-janji yang kadang kau ingkari
Sekarang saatnya engkau berhenti
Melukai relung hati

Jangan coba engkau katakan lagi
Janji-janji yang kadang kau ingkari
Sekarang saatnya engkau berhenti
Melukai relung hati

Jangan coba engkau katakan lagi
Janji-janji yang kadang kau ingkari
Sekarang saatnya engkau berhenti
Melukai relung hati

p/s: kemas beg dan teruskan perjalanan
Images

Potong Rambut Lelaki

Ayah aku merupakan salah satu orang yang aku jadikan sebagai sumber inspirasi. Dari cara dia bertutur dengan rakan sekerja, ketegasan dia mendidik anak-anak dia, kecerdikan dia dalam bidang pelajaran sehingga dapat further study oversea bawah tajaan, kecekapan dalam membuat planning, keselambaan dia dalam berjenaka, keluhuran hati dia dalam membantu orang, keterbukaan minda dia dalam menerima pendapat, kebolehan dalam sukan, kerja, ilmu, bahasa, rumahtangga sehinggalah cara dia marah. semua tuh aku tiru dan belajar satu persatu dari dia.


Muka masih maintain muda walaupun umur dah nak cecah 50 tahun

DAN!

pada satu hari ketika umur aku 13 tahun, aku sedang menyelongkar gambar-gambar lama ayah dan emak masa di zaman universiti dulu. aku terjumpa satu gambar yang mana dalam gambar tuh ada beberapa keping gambar passport ayah dengan pelbagai fesyen rambut. dalam 6-7 fesyen rambut gak lah. ada gambar botak licin, afro, rambut pendek dan lain-lain aku tak ingat. aku ingat nak tunjuk kat sini tapi masalahnya gambar tuh kat Malaysia. Jadi tepatlah pepatah lama yang mengatakan "bapak borek anak rintik" atau "dimana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi". Sejak aku lihat gambar tuh aku berazam untuk simpan macam-macam style rambut yang mana akan aku abadikan dalam 1 foto. So sejak 2008 aku telah berjaya merealisasikan cita-cita itu. Setiap kali ada fesyen rambut baru aku pergi kedai gambar pastuh tangkap gambar passport. dan hasilnya dari 2008 sehingga sekarang:






Num 1: Rambut Cornrow. aku buat rambut nih masa JUN 2010. 100% original rambut aku takde sambung-sambung rambut. pastuh sebab tak tahan gatal yang amat sangat aku potong rambut tuh pada AUGUST 2010. Sedih aku masa potong rambut tuh sampaikan aku simpan rambut yang dah kena potong dalam plastik, sampai nak balik Egypt bulan OCT baru aku buang. Saja-saja lah nak try je. ada kisah lucu di sebalik rambut nih. Boleh baca kat aku kini di malaysia

Num 2: Rambut Panjang. 2 Tahun aku amik nak bela rambut sampai paras lower border of scapula. dari tahun SEP 2008 aku sampai Egypt aku tak pernah potong sampailah MAY 2010 rambut dah jadi panjang cam gitu. dia tak menggerbang jadi afro sebab masa balik Malaysia aku g saloon n wat relaxing sebab tuh nampak macam 'pakai jari saje'

Num 3: Rambut Mowhawk. Aku tak pandai nak menggayakan rambut sebenarnya. dari kecik sampai sekolah menengah kalau aku sikat rambut aku sikat tepi je. sampailah matrik baru kenal apa itu saloon, baru pakai rambut mowhawk nih. sampailah sekarang kalau rambut aku pendek aku gayakan mowhawk je.

Num 4 : Rambut Amboi2. Haha, aku tak tahu apa nama fesyen rambut nih. tapi budak2 gelarkan fesyen rambut amboi2 sebab katanya serupa macam rambut Azwan Ali. Kebetulan je rambut nih, pakai sehari je pun. kena air dah jadi rambut biasa balik. Ceritanya rambut nih lepas aku dye rambut org saloon tuh blow rambut aku sampai jadi camni

Num 5: Rambut Afro. Dah memang sinonim dengan aku dah rambut nih. sampai sekarang. dah ayah aku pun rambut camni, takkan anak dia nak rambut macam Beckham plak en. Kalau kat rumah memang aku malas sikat rambut so jadi afro lah. tapi kalau aku keluar rumah aku sikat elok2 tuh yang korang xnmpk ke afro an nye tuh

Num 6: Botak Licin. Lepas aku gatal dengan rambut cornrow tuh aku decide untuk potong botak licin je. senang. mudah. cepat.

Num 7 : rambut pendek. Bagi aku nih kira rambut pendek lah. rambut nih senang je, kalau dah lambat nak ke kelas tak sempat nak gayakan mowhawk or rambut dah panjang sket bila buat mowhawk nampak pelik so rambut nih jela. Tepek2 dengan tangan, SETTLE!

sekarang nih aku nak simpan rambut panjang balik. tapi kali nih sampai bahu cukuplah. macam Rasulullah :)

p/s: aah. mata aku memang sepet. Moyang aku cina plak!