Kaki melangkah seperti kebiasaannya. Bertemu kembali ia pada jalan jalan tar yang tidak rata. Syukur hari masih lagi ada.
Tidak ada satu jalan yang dipilih telah mendatangkan sesal apatah lagi ada suara suara mambang dari dalam yang turut mempersoal. Hidup yang baharu, mungkin it's my forte.
Dalam sejuta manusia - yang bangga hanya kerana 'nama negara' terselit beberapanya di dalam kitab Tuhan yang mulia dan dipasangkan pula dengan perangai perangai jelik mereka ada satu daripadanya telah mendapat segala rasa hormat dan kagum dari aku. Dalam rongak rongak manusia yang pilih untuk tidak hadir ke clinical training, barangkali aku terpilih untuk mendapat dapatan yang bernilai ini.
Penerangan breast cancer yang diatur lima kali kuliah telah diringkaskan ke dalam masa 10 minit. Disusuli dengan 'teka teki' case dan diagnosis menampakkan jalan penutup aku di sekolah perubatan ini semakin jelas. All my respect to you Dr Beheir Goheir!
Hidup bukan sekadar menerima bulat bulat. Pemerhatian dan kesimpulan harus dirumuskan sendirian untuk diguna pakai sebagai petunjuk atau tanda arah (kita) manusia yang tidak pernah tahu ini.
oh ye: perlu melatih otak untuk sentiasa cepat menerima, memproses dan mengingat segala maklumat.
Hafeez Darraji
0 comments: