"huhhhh" Karl mengeluh panjang.
Dia rasa kesal kerana melayan Mika sebegitu. Bukan dia sengaja tapi kadangkala dia tewas melayan keletihan yang dihadapi sehari hari. Dengan jadual kelas yang padat, ditambah dengan beberapa perniagaan yang diuruskannya membuatkan Karl letih dan sibuk lebih dari biasa. Lewat ini Karl sendiri merasa dia kurang meluangkan masa dengan Mika.
Mika itu gadis yang memahami, kalau Karl penat dan tidak mahu diganggu maka Mika tahu yang waktu itu bukan waktu terbaik. Tidak pernah ada terdengar keluhan sekali pun yang terhambur dari mulut Mika apatah lagi mahu menarik muka atau meninggikan suara bila dirinya dilayan sebegitu. Bak seorang pelajar, Mika akur dengan apa apa arahan dari gurunya. Namun Karl tidak mahu mengambil kesempatan atas kebaikan itu. Segala masanya adalah milik Mika, baginya Mika punya kuasa untuk menuntut hak hak masa itu supaya diperuntukkan ke atas dirinya.
Karl tahu betapa gembiranya seorang perempuan apabila dapat meluangkan masa bersama orang yang tersayang. Seperti excited nya mereka untuk bangun di setiap pagi, menerima mesej atau panggilan selamat pagi. Tidak sabar menunggu kepulangan pasangan mereka ke rumah, memeluk dan berinteraksi antara satu sama lain sambil bertanyakan 'how was your day?' dengan senyuman yang mekar terlukis di bibir.
Karl juga tahu, jauh di lubuk hati Mika ada sedikit terasa dan terguris dengan sikap dirinya. Karl tidak pernah berniat mahu menyakiti dan membiarkan Mika memendam rasa sebegitu. Tidak mahu ada sedikit pun buruk buruk kesedihan bersarang di hati Mika. Itu belum lagi menempuh kesibukan bekerja nanti. Karenah pesakit yang pelbagai ragam, dimarahi doktor doktor senior dan nurse yang buat perangai di setiap hari. Bagaimana agaknya dia akan melayan Mika nanti?
Hati perempuan itu hanya ingin disayangi. Mahu seorang lelaki mendengar cerita cerita yang ingin mereka kongsi di penghujung hari. Mereka mahu tahu samada kamu akan berada di sisi saat mereka memerlukanmu. Supaya nanti mereka dapat menemukan jawapan kepada persoalan mereka, "is he worth it?"
"Mika, maafkan Karl"
Hafeez Darraji
0 comments: