Images

.::aku pergi bukan kerna pentingkan diri::.


28th september 2009-29 september 2009
dah lebeyh kurang 4 bulan 2 hari aku bercuti kat malaysia. dan angka itu diakhiri dengan keberangkatan aku ke tanah air kedua ku mansourah, egypt...
pejam celik pejam celik 4 bulan tuh cepat jerk, dan skunk aku kat airport bahrain membuat blog ini. rase cam semalam jerk ade kat airport neh nak balik malaysia masa bulan jun arituh...hahaha
tapi nih ar org yg belajar luar negara neh terpaksa merelakan diri untuk pulang menuntut kembali ilmu bagi masa depan aku. lagi2 keberangkatan aku kali nih di susuli dengan perkahwinan mak cik aku, memang tak dapat spend time n berjumpe sanak saudara yg bakal mendiami rumahku ar, dan wat kali ketiga aku terlepas open house yg akan emak aku anjurkan..
hahahaha...
biarlah, kekadang kita kerna korbankan sumthing utk sumthing ye len... u guys got it?? hahaha

p/s: mensyukuri syawal

sementara menunggu,
aphids
Images

.::indahnye raye saban tahun::.


hari pertama setelah tujuh hari di kampung...
seperti biase raye terBAEEKKK!!! kemeriahan; nak kata best tapi, nenek aku raye kat mekah, korum meeting kiteorg kat kampung tak cukup sorang. tapi sememangnye best sebab, mak cik aku paling last melangusngkan perkahwinannye, sepupu2 aku yg sekian lama tak pulang juga ikut beraya di ganu kali ini.

kat kampung...

aku tahu aku tak bangun kol 4am utk tolong pak cik2 aku menumbangkan lembu, aku tak tolong pak cik aku basuh kuali kat belakang umah, aku tak tolong cucuk sate, aku tak tolong susun meja dan dirikan khemah, aku tak tolong potong daging, aku tak tolong kemas umah...

tapi...

aku tolong cat umah, aku tolong kupas bawang, aku tolong jadik runner g beli barang, aku tolong kemaskan pinggan dan cawan kotor, aku tolong lipat,kemaskan meja, aku tolong teman mak cik aku pegi pasar, aku tolong lipat2 khemah, aku tolong mak cik aku jage anak dieorang, aku tolong bakarkan mercun2 dan bunga api, aku tolong makan nasi dagang, nasi minyak, gulai kawah, laksa, nasi ayam, nasi air, nasi dan bihun goreng, mee hailam, akok, sate...

tapi semua tuh membuat aku sedar yang mane kekuatan hubungan kekeluargaan kembangan membuatkan kita rasa seronok beraya. beraya bersama mereka yg tersayang. walau kau orang ade di rumah orang tua sekali pun kau orang akan berasa seronok kerana dapat beraya bersama kawan2 tua kau orang yang tersayang...

walaupun terengganu tuh panas di tengah hari dan hujan di petang hari(kacau nak pegi pantai jerk...haha) tapi seronok. walau aku sakit perut di hari raya pertama tapi aku seronok. walau hari terakhir berpuase tuh aku tak sabar nak berbuka tapi seronok. walau petang2 aku dan sepupu2 serta mak cik ku lari dari membuat persediaan perkahwinan tapi seronok. walau hiasan inai di tangan nih tak kekal lama, tapi seronok. walau mak cik and pak cik aku merungut anak buah dia malas tapi seronok. walau tak dapt duit raye yg banyak tapi seronok. walau nenek aku beraya di mekah tapi seronok SEBAB semua keluarga ada di kampung...

p/s: anda juga boleh merasai kesoronokan raya saya di sini...

seronok beraya di desa,
aphids:)
Images

.::salam aidilfitri kepada anda semua::.

aphids akan memulakan perjalanan ke kampungnye pada hari2 jumaat. awal2 lagi selepas subuh. bukan bermaksud utk ponteng semayang jumaat, tapi inilah rasanya hari yg sesuai utk memulakan perjalanan pada hemat bapa tercinta. destinasi lazim di hari raya ini adalah BESUT,TERENGGANU DARUL IMAN. doakan kami selamat sampai dan pulang...



"selamat hari raya aidilfitri diucapkan kepada anda semua dan maaf zahir dan batin."
moga anda semua bergembira menyambut syawal pada tahun ini bersama mereka yang tercinta...





p/s: HARI RAYA "penuh kemaafan, penuh keceriaan"


Images

.::jenis aku::.

jenis aku...

aku manusia sendiri
xperlu bebelan busuk menyanggah telingaku
biar alam yg mematangkan aku

aku manusia sendiri
sesekali angin menyapa
sesekali aku terasa gembira
tapi aku tak perlukan itu semua

aku manusia sendiri
yang aku hanya aku fahami
tiada dahan tuk berpaut ketika alam banjir
tapi aku reti berdikari

aku manusia sendiri
menyandarkan kuasa pada Sang Khaliq
ada Dia sudah cukup buat diriku
dari yang beribu ribu tak mmpu puaskan hatiku

aku manusia sendiri
biar aku terus sendiri sampai akhir nanti
biar apa yang mereka fikir
kerana...
ini jenis aku...

belum berbuka sambil sakit terasa,
raja murka,
(8.16pm;malam khamis yg ke 27)
Images

.::hati yang sepi pernahkah ia tahu dirinya sepi???::.

baru sebentar tadi aku menangis dalam solat. bukan menangisi akan dosa diri yg menggunung tinggi, tapi mengenangkan beberapa persoalan yang tak akan orang lain mengerti selain diri ini...

mengapa perlu ada 2 hati yg berbeda?? yang sang ego melawan si skema...
mengapa perlu ada pangkat majikan dan pekerja?? yg berkuasa salah berkuasa...
mengapa begitu sukar utk saling memahami?? kan manusia itu pelupa...
mengapa sukarnya untuk menghargai?? walau kau ratu, aku hamba...

lantas, aku menulis blog ini utk tatapan diri sendiri. apalagi yg harus aku lakukan?? hampir segalanya tertulis akulah punca. dari dulu lagi, ya!!! dari dulu lagi, umpama si penagih yang sudah bersih, tapi adakah kau orang percaya??

bagi dirinya... lebih baik hidup sendiri, rasa sendiri, tahu sendiri, bangun sendiri, berjalan sendiri semuanya sendiri kalau inilah PENYUDAHNYA...

p/s:tahun depan nk raya kat egypt or kalau balik malaysia pun tak nak balik umah. bole??

belum berbuka,
raja durja.
Images

.::Salam Aidilfitri Ayah dan Bonda; Raihan&Hujan::.

terbaru videoklip dari Raihan dan Hujan; Salam Aidilfitri Ayah Dan Bonda. tiada di laman web lain, khas untuk readers Emansipasi...


video
Images

.::salam perantauan@ UTUSAN::.

check out this one...fucking awesome...hahahaha

SALAM PERANTAUAN@ UTUSAN
Images

.::aku cuma pelajar medic kerdil::.


baru balik dari old town white coffee, ampang.
tgah duk lepak2 tuh kecoh2 kat meja belakang. ade sorang mamat neh cam nak pitam,pastu member dia papah gi hospital then tetibe dia jatuh kat jalan raya.
even b4 dis pon aku dah selalu ternampak org sakit depan mata. sawan, pitam, pening, takle nafas, tercekik makanan, pengsan, kene langgar, tangan patah, kejang otot dan lain2 ar. tapi aku sebagai pelajar medic hanya boleh memerhati dari jauh dan melihat kekecohan itu berlaku.
jauh di sudut hati jikalau aku dapat menyumbang atau memberi bantuan kecemasan kepada si mangsa.
kalau aku boleh pergi dan tanya:
"bang kenapa ni??"
Kalau aku boleh pergi dan kata:
"saya pelajar medic, biar saya tgk apa yg boleh saya tolong"
kalau aku boleh pergi dan buat:
"kakak kena baring mengiring taw"
kalau aku boleh pergi dan arahkan:
"waiter, amikkan kain, air dan tray"


tapi...
aku hanya pelajar medic kerdil...
tak mampu nak tolong si mangsa, tak tahu camne nak wat bantuan kecemasan, tak bole teka penyakit apa melalui simptom2 pada si mangsa, takde nasihat utk si mangsa dan segala macam rasa serba salah timbul di benak hatiku ini...
dahla masa cuti dihabeskan dengan tidak menyentuh langsung buku, ilmu2 medic pada tahun pertama hampir 70% sudah lupa, lecturer2 yg mengajar pun sudah tak ku kenali...

inilah aku seorang pelajar medic yg kerdil......

p/s: kan bagus kalau aku...
haisshhh camne nak jadi seorang doktor yg hebat???

bakda lepak2,
aphids
Images

.::lambungan bola pertama ke matahari::.

aku teringin sekali menulis walau sebuah buku
yang tajuknya aku sendiri tak tahu
tapi aku percaya pada satu
kalau sudah nyata takdir penentu

p/s: cita-cita, cita rasa...
Images

.::bukan aku mahu ia terjadi::.

aku cuma manusia hina
berkereta di tengah jalan raya
tak memberi masyhur jua rupa

aku cuma manusia kerdil sahaja
ditengah lambakan manusia
mencari juadah berbuka
aku tiada apa

aku cuma manusia dhaif
tak bisa menghalang semuanya
walau ada iman di dada
nafsu menyungkur segala

aku cuma manusia porak peranda
menambahkan dosa
yang jumlahnya entah berapa

aku cuma manusia durjana
dari kesilapan lalu
aku tidak reti mengubahnya

aku cuma manusia leka
hanyut dengan arus kemodenan
bodoh di sini sana

aku cuma manusia insaf
yang ingin lepas dari segala
hina, kerdil, dhaif, porak peranda, durjana, leka
dan ingin kembali kepadaNya...


pasca sahur,
aphids
Images

.::berakhir segala permulaan dan penantian::.


31st aug come again dan seperti tahun lalu tarikh inilah juga aku berhenti atau erti kata lain hari terakhir aku bekerja sebagai staff secret recipe taman melawati. segala penantian aku selama 2 bulan setengah akhirnya terhenti suda dan sudah pasti berbaloi kerana dapat duit ma~ sape tak nak duit an...
penat sungguh bekerja nih an, nak melayan karenah customer ag, karenah bos ag, smue tuh perlu kesabaran yg tingg. sbb tuh aku tak ske keje bawah org, aku lagi ske jadi bos berbanding pekerja. tapi dlm penat2 tuh ade juga kawan yg menceriakan dan menyeronokkan keadaan. hidup sentiasa adil, ade keburukan ada juga kebaikan an. tapi life as a worker pada usia aku seorang pelajar memang menyeronokkan. ko da boleh berangan2 sebagai pekerja yang sebenar, ada duit sendiri pegi keje pakai keta sendiri(padahal keta mak bapak), lepas keja lepak2 tmpt 'org dewasa'...hahaha
yeah maknanya selepas ini aku boleh menumpukan kehidupan ku semula, beristirehat, bermain muzik, bersenam, dan yang paling penting aku ada banyak masa untuk diri aku sendiri. susah bila bekerja nih, sangat terikat and nak lepak2 pun susah...hahaha
tapi tak bermakna aku free sepenuhnya, kerna sebenarnya aku masih ada komitmen ag dgn beberapa pihak tertentu yang perlu aku selesaikan sehingga hujung bulan sep...
at least dengan berhentinya aku sebgai staff secret recipe nih ade lah juga masa untuk aku and masa untuk semayang tarawikh...haha...

p/s: merdeka!!!! tak dpt nak tgk awek2 comel yg dtg singgah di secret lagi...