Images

Lemah







" Kalau tiba-tiba kita rasa dengki pada seseorang, terus doakan kebaikan pada orang itu.
Nescaya hati kembali tenang"










Images

Dream






"If you have a dream, Keep it in your heart
because ONE DAY God will make it happen for you"







Images

Meter & Waktu

umpama mata kail dan ikan
bila tarik, ikan ikut sama.

mandi resah
perlu mengejar waktu sebelum meter turun
kalau lambat
sejuk

pernah cuba?
mandi dalam bilik gelap
malap sumber cahaya
macam lilin?

masa itu
entah dari bahagian otak yang mana
1. tenang
2. inspirasi
3. sisi diri

belum cuba?
cuba untuk rasa

mana tahu
jugah bakal lahir?



Images

Muzik Malaysia

saya hargai lirik dan lagu yang bagus. adunan yang 'kena' antara lagu, lirik & suara. Genius!




Images

Visiting Aswan & Abu Simbel

menaiki train/bus/kereta untuk ke Aswan. Memakan masa selama 3 jam dengan menaiki train. bayaran 2nd class seat dari Luxor - Aswan sebanyak EGP 25.
manakala 2nd class seat dari Aswan - Cairo sebanyak EGP 55 dan mengambil masa selama 15 jam

tempat yang boleh dilawati di ASWAN seperti:
* harga yang dipamerkan adalah untuk student dan penduduk mesir. untuk pelancong, harga tiket masuk adalah 2x ganda
** dinasihatkan untuk mendapatkan tour guide supaya dapat tahu cerita dan sejarah di sebalik tempat-tempat lawatan

abu simbel EGP 53.50
memakan masa 3 jam pergi dan 3 jam balik dari/ke Aswan. bergerak seawal 4.30am dan melalui gurun sahara. konvoi beramai2 ke abu simbel berikutan dikuathiri ada ancaman oleh lanun padang pasir dalam perjalanan. terletak bersebelahan tasik nasser, menyebabkan abu simbel sangat sejuk.

nama diambil dari orang yang menjumpai tempat ini iaitu simbel. lalu ayah simbel sedih kerana simbel tidak letak namanya sekali. lalu diletakkan 'abu' simbel yang bermaksud ayah simbel.
terdapat 2 temple iaitu temple ramsis ii dan temple nefertari. temple nefertari dibina oleh ramsis ii yang sangat sayang dan cinta kepada isterinya nefertari. dikelilingi oleh tasik nasser yang sangat cantik

philae temple EGP25
terletak di sebuah pulau. tambahan le 7 untuk pergi dan balik menaiki boat.
orang2 nubian menggendalikan boat-boat ke temple.
campuran pengaruh rom, greek dan mesir dapat dilihat di tiang-tiang dan dinding temple.
seorang lelaki yang bekerja sebagai badut menyamar sebagai egyptologist, mencuri dan membawa pulang arca ke negaranya di uk

high dam EGP 20
terdapat tugu sebagai tanda persahabatan egypt dan soviet.
terbahagi kepada old dam dan new dam. dibina untuk mengharungi banjir besar yang sering berlaku di egypt.
perkampungan nubian tenggelam dek banjir besar yang melanda egypt satu ketika dahulu.

unfinished obelisk
ketika pekerja zaman firaun hendak membuat obelisk dengan mengukir dari sebuah batu yang besar, obelisk tersebut pecah lalu mereka membiarkan obelisk itu di situ tanpa menyambung proses pembuatan obelisk


penginapan di Aswan berdekatan souq aswan sebanyak EGP 55 (single bed), EGP 70 (2x bed), EGP 105 (triple), EGP 140 (4 beds)


Images

Visiting Luxor

menaiki train/bus/kereta untuk ke Luxor. Memakan masa selama 12 jam dengan menaiki train. sepanjang perjalanan, train akan stop lebih kurang 10 kali di stesyen untuk penumpang turun dan naik. bayaran 2nd class seat dari Cairo - Luxor sebanyak EGP 46

tempat yang boleh dilawati di LUXOR seperti:
* harga yang dipamerkan adalah untuk student dan penduduk mesir. untuk pelancong, harga tiket masuk adalah 2x ganda
** dinasihatkan untuk mendapatkan tour guide supaya dapat tahu cerita dan sejarah di sebalik tempat-tempat lawatan
*** Luxor terbahagi kepada east bank(karnak & luxor temple) dan west bank (Hatshepsut temple, Valley of the Queen, Valley of the king, Colossi of memnon)


karnak temple (EGP35)
temple terbesar di egypt dan dunia. ada 10 pintu yang memisahkan ruangan untuk orang biasa, raja, dan pendeta.
mengambil masa keseluruhan 1000 tahun untuk menyiapkan temple ini. di bahagian pintu masuk, kubu sebelah kiri tidak siap sepenuhnya kerana Alexandar the Great telah menawan Egypt pada ketika itu. Alexandar The Great bukanlah rakyat Mesir tetapi kerana ingin mengambil hati rakyat mesir beliau tidak menghancurkan temple berkenaan. Di sini juga terdapat obelisk yang dibina oleh Hatshepsut. Setelah kematian suami hatshepsut iaitu Thutmose ii dan ketika itu anak mereka masih berumur 9 tahun. Lalu hashepsut menghantar anaknya thutmose iii ke tempat lain dan dia memerintah egypt pada ketika itu.
setelah kematian hatshepsut, kerana marah dengan tindakan ibunya, thutmose iii menutup obelisk yang dibina oleh ibunya dengan membina batu-batuan disekeliling obelisk.
malangnya gempa bumi yang menimpa mesir menyebabkan batu-batuan itu runtuh dan mendedahkan obelisk berkenaan.
Di sini juga terdapat ukiran yang menunjukkan negara-negara yang dikuasai mereka pada ketika itu seperti palestin.
terdapat juga tiang-tiang yang disusun sebanyak 16 baris dan setiap baris mempunyai 7 tiang. ada ukiran yang dalam dan ada juga ukiran yang timbul. ukiran dalam ketika pemerintahan ramses ii dan ukiran timbul oleh ramses iii yang tidak mahu orang ramai mengingat pemerintah lampau sebaliknya mengingat ramses iii sebagai pemerintah egypt.
juga terdapat sacred lake untuk untuk orang-orang dahulu membersihkan diri mereka sebelum masuk ke temple.

luxor temple EGP 25
dari karnak temple ada jalan menuju ke luxor temple sepanjang 3 km. 2 tahun yang lepas egyptologist telah menemui jalan tersebut yang mana sepanjang jalan tersebut ada patung sphynx di kanan dan kiri. disebabkan sekarang ada masjid dan gereja yang dibina di sepanjang jalan tersebut maka laluan tersebut tidak dapt disiapkan sepenuhnya.
di pintu masuk dapat lihat obelisk beserta baboon. salah satu obelisk dihadiahkan kepada raja france ketika itu sebagai pulangan raja mesir mendapat hadiah mangga dan kunci. baboon tersebut simbolik kepada penjaga kepada api neraka.

dalam luxor temple terdapat sebuah masjid yang dibina abu el haggag. di akhir temple terdapat sebuah gereja yang diubahsuai oleh orang
kristian pada ketika itu. mereka menutup ukiran-ukiran dan menghiaskan tempat itu dengan seni lukis yang berwarna warni


Papyrus factory

dalam perjalanan pulang akan dibawa ke kedai papyrus. cara pembuatan papyrus menjadi kertas pada zaman firaun. juga menjual lukisan yang dilukis atas kertas papyrus.

valley of the king EGP40
menempatkan lebih ratusan tomb atau kubur pemerintah firaun silih berganti.
valley of the king memerlukan pelancong menaiki tuftuf untuk ke kawasan tomb sebanyak LE 7 setiap seorang .di sini juga pelancong dilarang membawa masuk kamera.
LE 40 merangkumi 3 tomb dan tomb yang lain ditutup untuk kerja-kerja membaiki.
tambahan le 50 untuk masuk ke tomb of tutankhamun menempatkan mumia tutankhamun dalam kaca untuk tontonan pelancong

colossi of memnon percuma

2 arca Amenhotep III yang sangat besar.

ablaster factory

dalam perjalanan pulang akan dibawa ke kedai ablaster. ditunjukkan bagaimana memproses batu untuk dijadikan perhiasan rumah.
pelbagai jenis batu seerti ablaster, phosporus, granite, sand stone dan sebagainya. boleh di beli sebagai cenderamata.

hashepsut temple EGP15
temple ketika zaman pemerintahan hashepsut. wanita pertama menjadi raja pada zaman firaun. ketika hasehpsut sampai ke tempat tersebut sudahpun terdapat satu temple disebelah hashepsut temple. lalu beliau meruntuhkan temple tersebut lalu membina dan meniru seni bina seperti temple lama tetapi lebih besar. setelah masa berlalu, ketika zaman pemerintahan firaun thutmoses 3, menghancurkan semua nama hashepsut dan menggantikan dengan nama beliau. akibat tiada masa (asyik berperang) beliau tidak sempat untuk memadam nama2 hashepsut di sebuah bilik yang hanya boleh dimasuki oleh raja-raja dan tidak kepada orang biasa.


penginapan di Luxor lebih kurang EGP 140 semalam untuk double bed.
di television st. banyak tempat penginapan dan kedai makan, mcdonald di mahattah st, sungai nil di cornish st.
tmbg taxi dari television st ke mahattah st sebanyak EGP 10, naik kereta kuda EGP 2 per person bergantung kepada orang yg membawa kereta kuda tersebut.
jangan lupa untuk mencuba 1/4 ayam bakar di LUXOR. tersangatlah sedappp



Images

luxor dan aswan

subhanallah. kembara ke selatan egypt- Luxor & Aswan benar benar meninggalkan 1001 persoalan. zaman kegemilangan firaun turun temurun yang penuh rahsia dan tanda tanya merangsang diri untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana manusia dahulu menjalani kehidupan mereka. berpeluang bertemu dengan rakan baru dari egypt dan korea dan betapa mulia dan gahnya nama MALAYSIA dalam diri dan fikiran rakyat egypt.
tempat yang wajib dilawati bagi mereka yang mahu mengetahui tentang sejarah lama egypt.

terima kasih kepada nasser yang bercita cita untuk membuka syarikat travel untuk negara islam, ceria dan lazim dengan 'oh my gaddd'. mahmoud yang mesra dan fasih berbahasa sepanyol. muhammad tour guide yang tegas dan arif tentang sejarah memberi penerangan yang cukup mantap, muhammad seorang egyptologist yang hebat dan begitu menghargai sejarah sejarah ini. Taha yang sabar melayan karenah semua dan tak lupa kepada zakariya yang sanggup menunggu lebih 2 jam untuk menyambut dan menghantar kami ke stesyen. harap ada peluang lagi bersua muka dengan mereka ini

p/$: nnti akan update cerita dan sejarah yang ada di luxor dan aswan

dari dalam keretapi egypt. 15 jam sebelum tiba di stesyen cairo