Images

.::berkorban dan terus berkorban::.


salam eid adha.
aphids sangat sibuk kebelakangan ini, kerana itu blog ini tidak terisi dengan post2 baru...
baru sahaja selesai dengan program sambutan eid adha anjuran GMMSC. aphids di beri tugas yang sangat berat sebagai Pengarah Program perlu memastikan program ini berjalan dengan sangat lancar. walaupun banyak dugaan dan cabaran di dalam merancang program ini, Alhamdulillah akhirnya program ini mendapat feedback yang positive dari semua pihak...setinggi2 penghargaan ditujukan kepada barisan ajk2 program ini dalam memastikan program ini berjaya dengan lancarnya. akhirnya segala penat lelah terbalas dengan kejayaan ini...syukurrrr....

sejenak hari raya ketiga eid adha, kelihatan satu keluarga arab berkumpul di hadapan blok. aphids memerhatikan sahaja tindak tanduk keluarga itu. satu persatu beg dimasukkan kedalam 'buntut' kereta, kemudian dikeluarkan balik dan kemudian dimasukkan semula tidak muat barangkali...
mengingatkan aphids kepada suasana eid adha di Malaysia bersama keluarga. saat ini, kami sekeluarga bersiap2 untuk pulang ke kampung. bersama2 hendak meraikan hari yang mulia ini...tapi itu ingatan di malaysia, realitinya di bumi mesir ini aphids berada dan hidup perlu diteruskan sebenarnya. itu semua pengorbanan yang sangat mulia demi mencapai cita2. moga peluang itu akan hadir kembali...

p/s: salam eid adha ditujukan utk famili di Malaysia...kullu sanah antum taibb...

sangat berat pengorbanan ini,
aphids
Images

.::kehidupan, ini aku rasa...::.


Hidup ni penuh dengan pura pura.Betul ? Sebagai manusia paling tidak mesti kita impi menjadi somebody.Tak kisah sama ada kaya, terkenal, berjaya dan sebagainya.Paling tidak pun jika tak berjaya, kita berusaha untuk mendekati mereka.
Mengaku atau tidak,kita selalu ingin dikelilingi mereka yang terkenal.Kita cuba menarik sejalur perhatian yang ada dari mereka.Supaya kita boleh berbangga kerana kita memiliki mereka.Sedangkan kita tiada apa.
Satu kisah, kisah yang aku percaya kamu juga merasa.Mana-mana manusia juga merasa.Kalau kamu lelaki kamu cuba mendampingi wanita yang cantik dan jelita.Yang ada gaya.Perempuan yang tidak punya rupa,kamu buang ke tepi.Kalau kamu wanita,Kamu cuba dampingi lelaki yang punya kuasa dan pengaruh,yang memiliki rupa wajah yang menawan manakala yang sebaliknya kamu pandang enteng.
Dalam satu kelompok,mereka yang berkuasa, mereka yang ada sesuatu seperti rupa dan sebagainya sentiasa menjadi perhatian.Kadang kala kamu yang tidak punya apa ini,tersorok sendiri di balik tiang kecil merenung nasib diri.Dan bila kamu berjaya dekati mereka, kamu berusaha pula untuk menarik perhatian mereka supaya kamu boleh berkata dengan bangga yang kamu bersahabat dengan mereka.Dan bila mereka dikalangan ‘mendapat perhatian’ ini berinteraksi sesama mereka,kamu dipinggirkan.Ahhh sentap jiwa,terobek hati kecil dan kamu kecewa.Kenapa dunia ini tidak pernah adil ?
Kamu sedar,aku sedar.Kita didunia ni memang memerlukan perhatian.Untuk senang dikenali,untuk senang didekati.Kemana pergi tak lekang ucapan hi,paling tidak pon senyum mesra.Itulah hakikatnya.Kadang kadang hati kecil turut bertanya untuk apa semua ini ? Tapi lumrah manusia tiada yang dapat lari daripadanya.
Kadang kadang kamu bertanya kenapa semua ini terjadi ? Dan di akhirnya kamu tiada jawapan untuk itu,Aku juga.Tapi percayalah nikmat kemahsyuran itu tidak lama.Sebentar sahaja.
Hari ini kamu di atas,esok lusa siapa tahu kamu dibawah pula mungkin tidak akan naik semula.Bersyukur untuk segala yang ada,peringatan untuk aku juga.
Mungkin ada sesuatu yang terbaik dicipta untuk kamu pada masa akan datang.Tunggu dan terus bersabar dalam menunggu ’sesuatu’ yang boleh membuat kamu tersenyum sendiri.Smile makes everything beautiful.Dan ketika itu kamu akan berkata,inilah diri aku yang sebenarnya.
p/s: thanks En. kembar si pemikir bijaksana, sang lincah menyusun kata
aku juga rasa ini,
aphids
Images

.::melodrama::.



"kadang2 waktu 'gile babi' camni byk idea menulis lagu datang"

p/s: aku bukan orang musik

pagi hari,
aphids
Images

.::jangan salahkan sesiapa kalau hidup kau sangat busy::.



bcoz...

"life is what happen when you busy making other plan"

...so risk it to get it!!!

p/s: holiday ke mari la engkau!!!

mesir kalah(haha),
aphids
Images

.::sudah ini cara manusia::.


"kau bagi bunga kau dapat bunga, kau beri tahi kau dapat tahi"
mudah...


p/s: mmg dengki itu 'makanan' manusia, satu masa dia akan cari kita...

malas fikir,
aphids
Images

.::ini aku sekarang::.

(smile-charlie chaplin)




p/s: apa kau boleh buat selain senyum?? senyum jela...



masih tersenyum,
aphids
Images

.::music kiss my life::.

bagaimana dunia tanpa muzik?


p/s:hidupkukan damaikan hatimu

keluar peluh,
aphids
Images

.::dasani, air minerral water::.

aku rase nak menulis blog malam nih, tapi aku sgt malas, tapi aku gagahkan diri gak nak tulis blog nih. kepala aku nih da berat da memikir banyak benda, segala benda kat dunia nih. aku nak lari, nak cari ketenangan, ketenangan yang boleh buat aku tenang yang boleh kasi aku hamburkan senyuman di bibir merahku ini...

orang duk sibuk cakap pasal cinta, pasal awek ko, awek mereka juga skandal2 mereka. orang juga sibuk berdua2an ke mana2 sahaja, melakukan rutin harian sebagai pasangan kekasih, orang duk sibuk kata i love u, tapi u sendiri tak love i tadik. orang duk sibuk wat semuanya. kenapa aku yang tolong fikirkan masalah diaorang?? sampai tempiasnya kena kat aku yang masih single nih. tapi aku tahu itu semua kerja Tuhan dan bagi aku masa ini nak memikul tanggungjawab cinta ini sangatlah payah. kau bercinta bagai nak rak last2 skali putus, padahal dah bajet nak kahwin la itu la inilah. so buat apa bercinta?? last2 JODOH itu sendiri yang menentukan, bukan kita!!! tapi...

kesibukan yang aku hadapi sekarang ini, menyebabkan aku terkeluar dari landasan sebenar aku iaitu belajar. sampai satu masa aku sangat menyesal amik tanggungjawab ini, setiap hari, setiap masa aku jadi tempat rujukan, kl ada ape2 plan akulah di cari. entahlah, kl begini aku rasa aku nak berundur dari tempat aku sekarang ini. tak sanggup aku pikul, ditambah agi caci maki orang yang dengki dengan aku. nak wat camne?? tapi siapa yang boleh menjayakan semua perkara ini tanpa ada sokongan dari setiap ahli?? tapi...

sejak sibuk juga, sahabat2 juga semakin menjauh. mungkin ada khabar2 angin busuk menyanggah di telinga diaorang, aku tak taw. atau mungkin mereka tahu aku busy so tak nak kacau. tapi itulah tanpa sahabat siapalah sesiapa. dengan sahabat kita gelak tawa, kita kongsi duka, kita segalanya. tapi itulah, aku cuba untuk menyeimbangkan atau mungkin taruk tepi kerja2 aku nih. tapi...

jpa, satu agi memeningkan kepala otak aku. bila aku check result jpa tadik terus server dia menyatakan aku tak berjaya. kesian parents aku, kl ada jpa kurang skit dieorang keluar duit, ada lah skit duit aku nak menggembirakan diri aku nih, harapan seterusnya pada zakat selangor, moga pihak mereka menyambung penajaan aku, insyaallah, amin...aku tahu rezeki tuh di tangan Tuhan, kl ada rezeki adalah.tapi...

pasal hilang wallet tuh agi lah, tak taw ar nak wat cane, berharap dan bertawakkal aje ar. minta Tuhan tunjukan dan temukan aku dengan wallet aku tuh.

entahlah aku nak release pon camne masalah2 ini. pergi mane2 pun tak boleh release, still ade and mungkin bertambah masalh tuh. last2 skali aku rasa nak duduk bersendirian, tempat yang takde orang yang aku kenal, tempat yang boleh menenagkan aku...tapi itulah...

p/s: byk sgt tapi...

tapi kerna dilemma,
aphids
Images

.::kau rakus wahai manusia::.


1 november, hari baru di bulan yang baru. apakah bulan baru menjadi penanda aras dalam setiap rencana? mengapa tidak 15 nov? mengapa tidak di pengakhirannya?? mungkin betul kata trainer the biggest loser asia; "if today is friday dont wait till sunday to start it. start it right now!!!" tapi itu sebenarnye motivation utk memperbaiki diri, membawa diri ke arah kebaikan dan keuntungan bagi manusia sejagat.

tapi berbeza dengan kisah aku dan kisah si pencuri ini. 1 november 2009 inilah wallet aku hilang, dan tarikh ini jugalah si pencuri ini dengan jayanya telah mencuri wallet aku. bukan aku sahaja terkena!!! kawan serumah aku, sito pula kehilangan telefon bimbitnya.
mana tak bengang!!! pertama kali dalam hidup aku, wallet aku hilang. belum pernah sebelum ini kejadian ini terjadi bagi diri aku. tambahan pula macam2 dalam wallet tuh, 3 sim card malaysia aku yang masih berfungsi, 1 pick guitar, kad pengenalan Malaysia, gambar cool aku, kad2 bank, kad rawatan, business card, kad kedutaan, beberapa keping not 20 US dollar yang kalau di tukar di money changer boleh berbelanja sakan dan lebih kurang 200 lebih not egyptian pound. SIALAN tol si pencuri, nak kata member2 amik, smue dah bersumpah tak amik, nak kata arab camne plak dia masuk??
aku tak taw nak wat camne, selepas ini sumber kewangan aku semakin terhad. mujur ada sejumlah wang yang aku asingkan untuk kegunaan kecemasan.

wahai pencuri!!! harapan aku satu sahaja; kau pulangkan wallet aku beserta isi2nya. semua sekali, kalau kau nak amik 100 genih, amiklah!! yang lain kac aku balik.juga telefon bimbit sahabatku sito. ingat doa orang teraniaya itu makbul. jadi fikir2 kan dan selamat beramal...

kalau sesiapa ada terjumpa wallet DKNY berwarna hitam dan telefon bimbit nokia 5800 sila pulangkan ke restoran GMN. sumbangan anda amat dihargai...

p/s: apa dia lakukan, biar Tuhan tentukan. Aku, Berserah...

hati membengkak,
aphids
Images

.::pagi celaru, perangai hantu::.


3.34am, mcam tuh ar paparan jam pada skrin laptop aku. masih belum tido alashan eh? alasahn bukra mafish kulliah. jadi time2 takde kuliah nih, aku mmg tido lambat sket. lately aku dah kurang busy, perhatian perlu ditumpu pada hala tuju utama aku di sini iaitu belajar!!! junior2 pun aku malas layan sangat, nak dekat sebulan lebih duk sini patutnya dah pandai berdikari, junior kalau dilayan sangat pun menambah kebusyan aku saja. dan urusan internet aku serahkan sahaja tanggungjawab urusan internet pada syarikat, kira aku percaya 100% la kat dieorang wlupun aku taw kl arab mmg arab la juga. habes cite tuh.

skunk mesir pelan2 nak masuk musim sejuk, hujan batu beberapa hari lalu merupakan tanda bagi itu. seiring gak dengan bulan ini dah masuk november. member2 aku pun dah ramai yang pulang, mansurah nih pon akan kembali penuh, mana2 kau pergi kau akan nampak pelajar malaysia itu sudah pasti. dan beberapa tanggungjawab masih belum selesai, lebih2 lagi urusan student council, harap dapat settle dengan segera. dan bulan ini kat malaysia bulan exam sbb ujung taun an, dak2 uuniversiti semua sibuk post status kat fb; exam, exam dan exam. so all da best kat korang semua, moge bagi mana2 yang berhajat nak dapat dean list tuh tercapai la hendaknya...hehe

erk, korang pula camne? semua ok ke? hidup mmg camtu, korang wat lek suda, kl nak dilayan maslah2 tuh sampai bila pun tak habes. so jadi cam aku, masalah kau tinggal je kat mane2, tepi jalan ke, dalam kedai makan ke. so that bila balik umah ke pergi kuliah ke, lapang dada nak makan pun berselera. datu agi, hidup kasi enjoy ngn member2, jgn enjoy sorang2 tak seronok. kl nak wat jahat sekalipun buat le, lantak korang ar tapi pandai2 jawab nanti...hahaha

malam yang sepi, pak mat jual roti,
aphids...