Bila mana kita rasa yang kita tahu tentang semua perkara, sebenarnya kita sedang memperbodohkan diri sendiri. Mana mana kita pergi pasti ada perkara yang kita tidak tahu. Pasti ada manusia lebih power dari kita. Selalunya yang kita rasakan tahu, sebenarnya itulah yang kita tidak tahu.
Dulu, aku rasa aku tahu tentang cinta. Beranggapan mana mana perempuan yang jatuh hati sama aku pasti beruntung. Hahahaha. Ya, aku sebenarnya sedang membodohkan diri sendiri. Satu masa dulu aku memang loser tentang cinta. Dulu, aku tak tahu. Sekarang, aku tahu.
Cukuplah cerita pasal cinta, korang kalau pasal bab bab nih laju je nak tahu. kahkahkah!
Apa yang penting adalah bagaimana kita berlapang dada menerima tunjuk ajar dan nasihat. Merendahkan diri, especially menerima pelajaran dari orang yang kita langsung tidak suka. Bila kita menerima pelajaran dari alam atau Tuhan, perkara yang sama juga kita lakukan. Rendahkan diri, letakkan diri kita di tempat yang paling kerdil, seperti kesanggupan seorang murid yang mahu belajar.
Dari situ kita berupaya untuk lebih arif dan tahu akan perkara perkara yang kita tidak tahu. Hidup ini putaran roda. Satu masa kau ajar orang yang tidak tahu, tapi nanti di masa yang lain dia pula akan mengajar dan kau belajar.
oh ye: Pilihan raya Egypt baru sahaja selesai. Ada 2 calon yang bertanding untuk jawatan Presiden. Moga antara satu yang menang, dapat belajar dari sejarah, membawa seluruh rakyat Egypt kepada kejayaan dan keredhaan Tuhan.
Hafeez Darraji
oh ye: Pilihan raya Egypt baru sahaja selesai. Ada 2 calon yang bertanding untuk jawatan Presiden. Moga antara satu yang menang, dapat belajar dari sejarah, membawa seluruh rakyat Egypt kepada kejayaan dan keredhaan Tuhan.
Hafeez Darraji
0 comments: