Images

ramadhan al kareem


awal rahmat, pertengahan pengampunan dan akhir terselamat dari azab api neraka.

Ahlan ya ramadhan. Alhamdulillah masih sempat dipertemukan dengan ramdhan kali ini. pejam celik dah kembali ke mega sale of ibadat. senang je nak dpt ganjaran in this month. seperti tahun baru, ramadhan kali ini juga perlu ditetapkan azamnya. moga ramadhan kali ini tidak seperti ramadhan 2 tahun lalu yang sia-sia.

Selamat berpuasa untuk semua. Malam solat tarawikh pagi jangan lupa sahur. semoga dipermudah segala urusan kita di bulan mulia ini.
Images

famous amos femes!

tiba-tiba keluar pasal isu famous amos yang femes kat facebook kebelakangan nih. bukan sekali aje, sebelum2 ni pun dah banyak kes2 orang menghina dan mengutuk.

yang pertama, bukan sahaja agama islam walhal agama lain juga tidak membenarkan penganutnya menghina atau mengutuk sesama sendiri apatah lagi mengutuk mereka yang tidak sefahaman dengan agama tersebut. selain itu, adat melayu sendiri juga terkenal dengan sifat lemah lembut, bersopan santun dan mementingkan kesepaduan. di malaysia, untuk mengekalkan persefahaman kaum juga menuntut setiap rakyatnya menjaga sensetiviti dan menghormati budaya dan adat kaum masing-masing

yang kedua, sebenarnya rakyat telah diracuni dengan slogan negara demokrasi yang sebenarnnya tidak seratus peratus dipraktikkan di negara berdaulat ini. kebebasan bersuara hanya di atas kertas dan bukan secara praktikalnya. oleh kerana itu, yang kaya terus kaya dan yang miskin terus kedana. rakyat tiba-tiba jadi sensitif dengan isu yang kecil dan remeh dan tidak pada perkara yang sepatutnya memerlukan penglibatan mereka. tidak ada lagi pejuang yang ingin berjuang dan tiada rekrut baru yang dapat membentuk satu angkatan melaungkan kebebasan bersuara.

yang ketiga, kalau rakyat boleh bersatu menentang dan mengutuk sikap peribadi orang lain mengapa tidak salurkan kekuatan ini untuk menuntut hak dan masa depan yang lebih jelas dan stabil?

ini semua salah siapa?
Images

resah manusia

politik dunia sekarang dah semakin bercelaru. propaganda media massa bukan kerana tanggungjawab tapi wang dan gelaran semata-mata. demi harta dan kuasa inilah manusia sanggup buat apa saja. fahaman mereka, tidak ada yang paling baik selain diri atau kelompok mereka

untuk apa semua ini?

ambil contoh suasana politik malaysia.( sibuk-sibuk nak pergi berjuang untuk palestin tapi negara sendiri carca marba). dek keadaan ini, tempias nya mengena sehingga dlam organisasi masjid yang dipandang mulia itu sendiri. kecoh berebut jawatan pengerusi masjid, penceramah tak boleh ditegur ada juga bekas mufti memberi pendapat mengikut hawa nafsu sahaja.

jangan nak putarbelitkan sesuatu perkara, jika kita menyokong satu-satu pihak jangan sesekali menulis menggunakan nama yang umum. nanti pendapat dan luahan mengikut perasaan dan hawa nafsu semata tanpa ada rasionalnya. akhir sekali berlakulah sepeti media massa yang tanggungjawab utamanya sudah beralih kepada wang dan kuasa.
Images

salah satu

dalam dunia nih, macam-macam benda bole jadi. untuk satu-satu benda menjadi kena ada rasa atau minat untuk memulakannya. orang lain minat kumpul setem, kumpul syiling, memancing. tapi aku rasa salah satu minat aku ialah mengumpul koleksi fesyen rambut. lihat sajalah saban tahun pasti ada perubahan pada fesyen2 rambut aku. dan ini yang terakhir buat masa ini:

selesa dan menang memakai. cubalah!
Images

sekian lama

sudah lame tak mengupdate blog ini. alasan: malas. padahal byk je cerita sensasi yg ingin dimuatkan. nak wat cane, tarak konsisten. tapi kira aku bagi peluang kat korang la untuk membaca satu persatu post2 aku terdahulu. sebelum aku wat post berikutnya.
selamat membaca lah~