Images

bila mata ada fikiran buka


baru pulang dari kaherah (satu tempat di egypt) berjumpa dengan Tuk Guru yang lama dah tak berjumpa. Alang-alang membawa golongan VIP untuk pakej umrah, bolehlah melepas rindu yang sudah 2 tahun tertanggung. Sama, masih tidak berubah, beliau tetap beliau yang dulu.

Dalam perjalanan pulang, sempat melihat ragam manusia yang jelas di mata. terfkir sejenak akan aktiviti sama yang dilakukan oleh mereka di pagi hari. melaung2 mencari pelanggan, si bapa menolak anak cacat menggunakan troli, buruh mengimpal besi di atas bumbung, pemandu meredah kesesakan menuju ke destinasi, wanita memakan kacang di balik cermin ruang membeli tiket, lelaki berebut2 mendapatkan pengangkutan, menunggang himar ke pasar, mengutip bawang segar dari pokoknya.
maka timbul satu persoalan. tidak bosankah mereka? melakukan perkara yang sama setiap pagi?
lalu membayangkan diri ini berada di tempat mereka. Sudah tentu bosan! setiap pagi hanya ditemani rutin2 yang sama. kalau berubah pun tetap sama!

jadi pelajar juga terbaik. di tika ini, banyak pengalaman mudah diperolehi. mengenal budaya manusia, membeza yang baik dan buruk, berkenalan sesama manusia, menilai darjat dan juga harta, mengukur sejauh mana kemampuan kita, berpeluh bersama sama, berjalan jalan di atas muka dunia. BEBAS. tak perlu ada had untuk membatasi segalanya. tak perlu terikat dengan apa-apa.

sempat aku, beramah mesra dengan kumpulan Dato' & Datin yang mengikuti travel umrah. ramah-ramah sahaja tapi ada juga yang masih mementingkan pangkat dan nama! semua itu menjadi penanda ukur diri kita. kita nak jadi yang mana? status sebagai pelajar yang memberi kita rasa itu semua. dan beri kita pilihan untuk jadi sesiapa.

berfikir pula, rutin itu cerita kehidupan. kita cuma enjoy sahaja dengannya. orang kata, "kalau kita enjoy dengan pekerjaan yang kita lakukan kita tidak mudah kebosanan." ada juga orang kata, "belajar untuk enjoy dengan pekerjaan kita kerna dengan cara itu sahaja kita dapat menghadapi hari hari kita."

pulang,
aphids
Images

buka twitter tanpa login pada mainpage

sebelum aku bercerita panjang, lebih baik korang tekan pada advertisement nuffnang aku dulu...hahaha. tolong menolong apa salahnya, kan3?
dah tekan belum? bagus!!! seterusnya apa kata korang add aku kat twitter pulak. tekan je kat sini: Follow aphidsparasit on Twitter

ok, kali ini macam mana nak bukak twitter 24 hours, 7 days a week tanpa perlu log in ke mainpage? so dengan cara ini korang tak perlu setiap kali nak update twitter or check updated twitter kena buka browser baru or kene log in dulu... nak taw camne?? mudah saje...langkah2nya seperti berikut:

1) korang pergi ke http://echofon.com/
then korang akan nampak page ni:



2) Then, pilih mengikut pilihan browser korang.
cam aku nye mozila firefox then aku tekan (download now) kat tgh tuh

3) bila dah download, mestila kene install.

4) kemudian, tak semena-mena akan ada objek bulat di sebelah bawah kanan browser korang.
lihat error hitam tuh:


5) nampak error tuh? sebelum active, warna dia akan berwarna MERAH and kalau dah active warna dia berwarna BIRU.

6)right click kat objek bulat tuh, then tekan preferences pada menu


7) akan keluar new window seperti gambar di bawah. then tekan add account. masukkan username dan password korang 'sebijik' yang korang daftarkan pada akaun twitter milik korang.


8) selesai kesemuanya, tekan 'OK'. dan korang akan melihat objek bulat itu berwarna Biru. itu bermakna sudah active dan korang boleh menggunakannya.

9) untuk menggunakannya, korang cuma tekan pada objek biru itu. dan akan kelihatan seperti ini.

10) dengan ini aku mengumumkan yang korang semua sudah berjaya dan boleh mengupdate twitter dengan mudah!
selamat mencuba dan selamat beramal:)

cukup mudah,
aphids
Images

camne nak wat simbol2 pada post or komen facebook

Bagi Mereka Yang Guna Laptop

1) makesure keyboar korang berada dalam mode NUMLOCK
2) tekan button (alt)
3) (Fn) & button huruf secara serentak
♥ - huruf L
☻ - huruf K
☺ - huruf J
♠ - huruf O
♣ - huruf I
♦ - huruf U
• - num 7
◘ - num 8
○ - num 9


Bagi Mereka Yang Guna Desktop

1) makesure keyboard korang dalam mode NUMLOCK
2) tekan lama2 button (alt)
3) pastuh serentak dengan langkah 1, tekan KEY NUM kat numeric keypad (sebelah kanan laptop korang-yang cashier slalu dok tekan2 tuh)
hasilnya:

for ☺ 1
for ☻ 2
for ♥ 3 <===
for ♦ 4
for ♣ 5
for ♠ 6
for • 7
for ◘ 8
for ○ 9
for ◙ 10
for ♂ 11
for ♀ 12
for ♪ 13
for ♫ 14
for ☼ 15
for ► 16
for ◄ 17
for ↕ 18
for ‼ 19
for ¶ 20
for § 21
for ▬ 22
for ↨ 23
for ↑ 24
for ↓ 25
for → 26
for ← 27
for ∟ 28
for ↔ 29
for ▲ 30
for ▼ 31
4) korang juga boleh tekan (alt) dan seberapa banyak nombor yang korang suka (contoh alt + 163/198/200). dan lihat hasilnya!

selamat mencuba!
Images

Tragedi berdarah Valentine's Day

Valentine day! orang duk sibuk bercakap nak pakai seluar dalam ke tak nak! kenapa perlu ada valentine day? untuk meraikan hari kekasih? tak perlu sebenarnya, tanpa valentine day, hubungan korang masih boleh survive sampai ke jinjang pelamin. raikan setiap hari sebagai hari kekasih sebagai penghargaan kepada kekasih, sebagai tanda sayang kepada kekasih. SETIAP HARI!!!
kadang2 impian kita untuk mengekalkan perhubungan tidak menjadi kenyataan, terputus di tengah jalan. lelaki of course la suka sbb boleh cari lain, yang seksa nya perempuan. sebulan menangis sebab sayang kat ex-boyfriend dia nye pasal. so masatuh korang mesti fikir kan, camne lelaki sebenarnya? camne perasaan mereka dan apa yang mereka fikirkan???


25 tips yang wajib perempuan tahu tentang lelaki!!!

*korang(perempuan)
1) baca fikiranku...
Marah kat lelaki sebab tak reti baca pikiran korang?
Sape je reti baca fikiran korang? lainlah dia ada ilmu ke ape!

2) kisah silam & ex-boyfriend
Lelaki tak nak tahu pun pasal ex boyfriend korang. Walau sikit pun, walau ex boyfriend korang tuh hans isaac sekali pun, lelaki tak berminat nak taw!

3) Lelaki bukan tak kesah.
Lelaki cuma tak nak kongkong hidup korang. sebagaimana mereka nak ade life sendiri camtuh juga mereka nak korang ada life sendiri

4) Lelaki memang pelupa
lelaki bukan tak nak ingat tarikh anniversary or tarikh lahir korang. tapi mereka ada banyak lagi benda nak fikir dan sebenarnya mereka cuba berusaha untuk ingat tarikh2 penting itu

5) Berikan pujian
Sapa tak suka di puji? kalau hari ni korang rasa mereka sangat smart. so puji aje, tak kene bayar pun nak puji

6) lelaki paling frust kalau...
pernah tengok tak lelaki bergaduh ngn member2 mereka ??
sebab tuh lelaki paling frust bila bergaduh dgn korang

7) hormat lelaki
lelaki tak suke korang perbodohkan @ buat lawak tak menjadi pasal mereka. lagi2 depan member2 mereka sendiri

8) percaya pada lelaki
kalau korang dah serahkan jiwa dan raga korang pada mereka. percaya mereka! jangan ada keraguan sedikit pun

9) lelaki takpe, perempuan tak boleh
lelaki tak kesah kalau korang menggedik2 tapi bukan dengan orang lain

10) Jujur
korang memang cantik bila memakai mekap, tapi lagi CANTIK bila tak pakai

11) Jangan over sangat boleh tak?
lelaki tak cakap apa mereka tak suka, tapi korang boleh perasan melalui body language mereka

12) Lelaki hargai apa yang korang lakukan
walaupun korang masak tak sedap tapi mereka tetap hargai. Terima Kasih!

13) Jadi diri sendiri
jangan nak berlakon jadi se'perfect' maya karin bila bersama lelaki, yang mana kurang or silap lelaki akan tegur

14) Lelaki perlukan masa sendiri
tak semestinya lelaki kena ada dengan korang 24 jam. pernah dengar tak: "absence makes the heart grow fonder"

15) Bukan bermakna tak sayang
lelaki susah nak tunjukkan kasih sayang mereka. tapi korang akan nampak banyak kejutan sepanjang perhubungan korang.

16) takde ape2 bererti TAKDE APE2!.
kalau lelaki mendiamkan diri ataupun dahinya berkerut lain macam, jangan fikir korang dah buat silap ke ape. TAKDE APE2 pun, mereka tengah berfikir lah tuh

17) perigi pula cari timba
bila korang dah bertakhta dekat hati seorang lelaki. tak pernah wujud perkataan GANGGU @ KACAU bagi korang untuk mereka. so korang plak start hantar sms @ call, selagi mereka tak cakap mereka busy

18) Lelaki is simple
korang sangat over ambil berat dengan penampilan lebih daripada lelaki.
gaya ni tak kenala, gaya tu out of dated la. sebenarnya sama aje.cuba korang berbogel, mereka tetap tak merintih

19) lelaki pantang kalau...
jangan sesekali cerita pasal kelebihan lelaki lain pada mereka

20) lelaki tak berniat langsung
walaupun lelaki suka usha dan puji awek2 lain, tapi percayalah mereka masih sayang dan rasa korang yang terbaik!

21) kalau ada masalah beritahu
lelaki tak suka bila korang bersecret2 dengan mereka. jangan sampai mereka dah tak memaksa korang menceritakan secret itu. buruk padahnya!

22) lelaki sudah merancang
kalau lelaki sanggup berkorban dan memberikan barang kesayangan mereka kepada korang itu juga bermaksud mereka sudah membayangkan korang menjadi ibu kepada anak2nya nanti.

23) perempuan yang kuat cemburu
lelaki tak suka pasangan mereka yang cemburu buta. dengar dulu apa penjelasan mereka!

24) alasan, alasan, alasan
bila korang call dan lelaki asyik memberi alasan dan jarang membalas mesej korang, itu bermakna mereka dah takde hati dengan korang

25) hormat orang tua
sejahat jahat lelaki mereka tetap suka dan memilih perempuan yang pandai menghormati orang tua
Images

artis-artis buat kita bersatu!

bila dengar lagu nih, sayu je hati. buatkan aku nak tolong mereka2 di haiti sana. ye la harini kita tolong diaorang, esok lusa orang tolong kita plak. ada klip video begini membuatkan kita pun tertarik sama dan merasai sama kesusahan orang2 haiti...
so! WE ARE THE WORLD. LETS MAKE THE WORLD A BETTER PLACE...yeeehaaaa!!!

Images

Muzik Hongga Bongga

Valentine's Day mengingatkan aku kat kekasih aku. Buat pengetahuan korang semua aku memang minat dengan muzik and baru ajer berjinak2 dengan instrument guitar nih. so lagu nih aku tulis masa aku nak memikat awek aku dulu2. Sedap kah? tak sedapkah? style ke? ntah ape2 kah? bagi komen korang di bawah nanti & jangan lupa support adv nuffnang aku!!! Terima Kasih Dunia!!!

salah satu cara untuk mengisi kekosongan holiday korang:)P



kalau nak dengar lagu2 ciptaan aku & lagu2 yang aku cover tekan sini

p/s: aku tahu tak sedap...so sorila...hehehe:)P
Images

tips maintain berat badan semasa cuti


cuti merupakan perkataan keramat bagi pelajar-pelajar sekolah mahupun universiti. tak kurang juga cuti memberi makna yang cukup bereti kepada pekerja-pekerja. Berat badan pula merujuk kepada berat badan seseorang(hahaha). perkataan berat badan cukup sensitif bagi kaum wanita. cuba korang tanya berat badan salah seorang kawan perempuan korang. mesti dia malu nak jawab... hahaha
cuti memberi peluang kepada semua orang untuk makan melebihi kadar yang biasa. selain tiada apa yang nak dibuat, menjadikan makan sebagai hobi menyebabkan berat badan korang naik.
so, bagi mereka2 yang amat sensitif dengan isu berat badan, ikuti langkah ini supaya ayat "sarah, kau nampak makin gemuk" dan "cuti arituh mesti kau banyak makan!" dapat dielakkan.

1) SEDIAKAN SNEK RINGAN
ke mana-mana korang nak pergi jangan lupa selitkan snek2 ringan seperti biskut, gula2, kacang dalam poket korang. selain seseorang akan menegur korang "kalau memang dah kuat makan, kat mana2 pun ada makanan" korang juga dapat mengelakkan daripada memakan makanan yang berat

2) MAKAN APA YANG KORANG SUKA
sekiranya ibu anda memasak lauk pauk kegemaran anda. almaklumah anak pulang sekali sekala. pilih satu lauk yang korang paling suka selain nasi (nasi lauk ke?). tapi dah kalau semua lauk pun korang PALING! suka, pesan ibu anda yang lauk feveret korang dah bertukar kepada telur mata dan ikan bilis!

3) MAKAN PERLAHAN-LAHAN
Perut korang mengambil masa lebih kurang 20 minute untuk 'full'. jadi makan perlahan-lahan. selain dapat mengelak daripada tercekik, kunyah banyak kali kan sunah!

4) DUDUK BERAMAI-RAMAI
Bila korang tiada aktiviti korang akan duduk sorang2. bila korang duduk sorang2 maka akan cepat merasa bosan. bila dah berasa bosan korang akan merasa hendak makan. jadi duduk bersama-sama kawan2 sambil membincangkan perihal isu semasa ataupun berdebat tentang nak ke tak nak pakai seluar dalam semasa valentine day nanti. ini dapat melupakan hasrat korang untuk makan.

5) CERGAS SELALU
orang selalu kaitkan seseorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan nih sebagai seorang yang tak suka bersenam, duduk umah-makan tidur, makan tidur. jadi dengan mengambil masa 10-20 minit sehari berjalan-jalan di kawasan perumahan ataupun menjemur kain, anda dapat usha anak jiran sebelah dan kekal cergas dalam masa yang sama
Images

tips mengatasi bosan semasa holiday???


kebanyakan orang mengadu bosan ketika cuti datang. sekiranya hari bercuti selama 10 hari, maka 5 hari pertama tentunya seronok dan 5 hari terakhir dah tak tahu nak wat ape! pastuh bila dah camtuh, mulalah berdoa supaya cuti cepat habis, nak mula balik belajar jumpa kawan-kawan. Tapi bila dah start belajar sibuk pula berdoa supaya cepat bercuti. itulah manusia, aku sendiri pun tak paham! jadi bagaimana hendak menjadikan cuti anda efektif, kalau 10 hari cuti sampai rasa tak cukup, harap-harap cuti tuh jadi 11 hari.
dan kalau korang betul-betul tak tahu nak wat pe semasa cuti nih jadi cuba ikuti langkah-langkah pelik di bawah:

1) RANCANG PERCUTIAN
untuk mereka yang ada bajet lebih, rancang percutian. ke luar negeri or luar negara. make sure percutian anda melebihi daripada kadar tempoh cuti anda. kalau tempoh cuti anda 10 hari, bercuti la 11/12 hari. walaupun cara ini dapat membuatkan korang ketinggalan kelas tapi percayalah korang akan merasa puas dengan cuti korang dan lambat bosan menghadapi hari2 pembelajaran

2) VARIASI
hidup mesti ada variasi, kalau sama je semua mestila buhsan. cuba bayangkan kalau muka korang semua sama dengan muka aku, nak tengok cermin pun meluat! jadi variasi kan segala-galanya. dari tempat melepak, masa melepak, dengan siapa kita melepak, dan juga kenderaan yang digunakan untuk melepak. sebagai contoh, kalau malam nih lepak dekat KLCC, esok malam lepak dekat midvalley dan malam seterusnya lepak kedai mamak cukupla, minum ais kosong!

3) KELUAR DARI RUMAH
ada benda menanti korang kat luar sana. kalau asyik duk umah main game, mana korang nak sedar. keluar rumah jalan2 tengok apa ada kat sekitar rumah tuh. sambil2 hirup udara segar boleh usha2 anak jiran sebelah mandi swimming pool. takpun pergi tidur rumah kawan semalam dua sambil layan2 movie terbaru yang baru didownload secara haram. nanti masa nak bersembang takdelah kekeringan idea

4) TINGKATKAN SKILL
lelaki sangat mudah tertarik dengan perempuan yang skilfull begitu juga sebaliknya. jadi kalau rasa2 umur tuh dah sesuai nak kahwin tingkatkan lah skill masak korang ye wahai kaum perempuan, takkan nak berharap lelaki yang masak pula! bagi lelaki pulak, cuba korang belajar main gitar or piano, mane taw boleh wat lagu lelehnya konfem2 ramai perempuan cair. bagi yang tak boleh merenggang dengan buku, makesure improve skill membaca sehelai muka surat daripada setengah jam kepada 10 minit.

5) KEMAS BILIK
semangat je time raya cat bilik, kemas bilik. pastuh baju pun dalam tong sampah, tupperware aiskrim pun bawah bantal. takkan nak tunggu raya kot, raya setahun sekali je akak oiii! so start mengemas bilik korang,kalau rajin ubah susunan perabot dalam bilik. kalau sebelum nih katil depan pintu masuk tandas, kali nih ubah pulak katil kat depan pintu masuk bilik. dengan cara ni dapat memberi mood baru untuk belajar pada penggal seterusnya.

6) ORANG GILA
bukan bermaksud jadi betul2 gila, tapi buat something yang gila2. biar orang nak kate korang nih gila asalkan korang seronok masa cuti nih. sebagai contoh, selepas korang check out daripada hotel korang kembali ke hotel itu semula dan check in semula buat2 lah korang baru nak start holiday ataupun gelak ketika orang lain bercakap walupun benda tuh tak lawak tapi gelak jerk sampai menitis air mata TAPI jangan buat dengan mak bapak korang kang kena penampor free plak!

7) MAKAN-TIDUR
kalau dah memang pemalas and malas sangat nak wat aktiviti kat atas makan-tidur ajela. sape kata makan tak best? sape kata tidur tak best? masa cuti nih la korang nak qada balik waktu tidur and makan korang. tidur dan makan sepuas2nya seperti hari ini hari terakhir kita hidup di dunia. tapi cuba letakkan VARIASI sket dalam aktiviti nih, cabar diri korang untuk buat rekod. misal kata buat rekod tidur selama 72 jam tanpa berjaga ataupun makan tanpa henti selama 24 jam. mesti style and seronokkkkkk

cuti boleh jadi membosankan tapi tak bermakna korang perlu rasa bosan semasa cuti. penuhi keperluan dan keinginan semasa cuti dan korang takkan sedar yang cuti dah pun tamat!
Images

Happy Ending Story

kekadang aku jeles gak ngn member2 yang dapat belajar kat Malaysia. Diaorang boleh lepak memalam, banyak tempat lepak, kumpul kawan lama ramai2 hampir setiap hari, mendapatkan makanan mamak dengan mudahnya, bermain futsal lewat pagi, hari minggu konvoi reramai ngn bebudak myvi club. ada banyak advantage kalau dapat belajar kat Malaysia dan bukannya tersesat dekat negara orang yang tak seronok ini.
tapi in other view,
aku juga berasa sangat beruntung dapat belajar kat negara orang. Kau boleh tahu tempat orang, kau boleh belajar bahasa orang, kau boleh belajar culture orang, kau boleh rasai sendiri tempat yang ada dalam filem2 blockbuster, tiket nak ke negara europe lebih murah berbanding dari malaysia dan yang paling penting aku baru sahaja selesai bercuti di selatan Egypt dan percutian ini sangat menyeronokkan...
berikut merupakan tempat-tempat percutian yang aku lawati:

1) Sharm al sheikh
sharm's view

Pesisiran Pantai

Glass Boat

Melihat dasar laut dari Lantai BoatNaama Bay Casino

2) Dahab
snorkellingquad biking

3) Sinai
makam Nabi SalehLembu Samiri, ada bentuk lembu pada batu di belakang sinai

Walaupun penat tapi percutian ini memang berbaloi. Bagi mereka yang sukakan pantai, Dahab dan Sharm Al Sheihkh merupakan tempat paling terbaik. Manakala mereka yang sukakan cabaran, mendaki bukit tursina(tempat nabi musa munajat) merupakan cabaran yang tak akan dapt dilupakan. Banyak view menarik dapat dilihat sepanjang perjalanan ke tiga2 tempat ini. view yang berlatar belakangkan bukit bukit dan padang pasir mendamaikan suasana dan keindahan pantai dapat menenangkan fikiran yang serabut. Banyak lagi tempat menarik di Egypt dapat kita lawati dan nikmati. cuma untuk kali ini Sharm al sheikh, Dahab dan Sinai menjadi destinasi terbaik setakat ini.

bagi mereka yang berminat untuk melawat ke tempat2 di atas ataupun tempat menarik sekitar Egypt, samada sebagai lawatan berkumpulan, keluarga ataupun individu bolehlah menghubungi saya di amr_usb@yahoo.com. kami menyediakan perkhidmatan tour guide yang berpatutan!

p/s: macam biasa jgn lupa tekan iklan nuffnang di sebelah post ini. terima kasih:)

puas,
aphids





Technorati Tags:, , , , , , , , , , , , , , , , ,
Generated By Technorati Tag Generator
Images

Hotels and Camp In Dahab, Egypt. Review

I just got back from Dahab for my Winter Break vacation. Such a beautiful place with peaceful environment make me fall in love with Dahab. its not a realy nightlife type of place with bars and clubs, but its very safe, quiet and a great place to relax. don't limit yourself to the beach though, go out and walk through the village. in dahab you can do many activities there, such as snorkelling, quadbike, cycling along the beach, ride camel in the desert, drink bedouin tea(delicious), play soccer, eat seafood, etc.

i went snorkeling, and took a jeep to reach the blue hole. I went and snorkeled in fairly shallow (2 feet deep) water with chunks of coral, some fish, and lots and lots of sea urchins. such a beautiful environment you can see down there in the sea.
Quad Biking in dahab is simply fantastic. It is a great way to explore the coast and mountains. A lot faster than a camel and much more fun! The bikes, powered by a hefty 200cc engine, tear you around the baron landscape. The guide will take you off the beaten track and around the beautiful valleys that are dug out by the Sinai Mountains, you will explore the coastline and skid through a few sand dunes all in a few hours.
but my holiday were spoiled by the accommodation service by AUSKI CAMP. Low standard service, smelly toilet, itchy bed, bad condition of cooking space and unclean places. Since i heard they offer among of the lower prices for traveler in dahab but with that kind of services I am so disappointing. Auski Camp owner also not friendly, he and I keep arguing for some small thing and no respect at all to me as a traveler. The Auski Camp workers also make me annoying when they acting jerk when welcome me on the first day.
if i'm not staying in Auski Camp, maybe my journey and travel will be a lot and much fun. I need to read all the reviews about the hotels and camp before i booked and stay there...

p/s: take your time to click on the advertisement beside this post. just click!

, , , ,
Generated By Technorati Tag Generator
Images

.::beri aku rasa tenang itu bagaimana::.

exam kali ini luar biasa
persiapannya di akhir akhir sahaja
tekanan, kegilaan, makanan, pelajaran
membuat aku hampir berputus asa

gara-gara sibuk tak beringat, semua last minute...
last minute pun ada advantage nya, perkara2 yang baru dibaca lebih segar dalam kepala. cuma kalau last minute jangan gelaba lebih! tenang, kunyah satu persatu patah perkataan yang tertera dalam nota. baca dan baca, hafal dan hafal sampai tiba waktu peperiksaan. kalau agak2 tak boleh habes tuh, terus lagi membaca, kalau ada 10 case and sempat baca sampai case 5 pun da memadai. benda dah belajar cuma tinggal nak menghadapi sahaja dan perkuatkan ataupun kembalikan memori jangka panjang itu. ingat setiap benda yang kita usahakan pasti ada hasilnya!

yeah! terbagi motivasi pula.
sekarang exam dah tamat. tiba masanya berehat
aku hendak rehat, tenangkan minda yang berselerak. pulihkan rasa yang tak enak. theraphy, aku inginkan theraphy yang boleh menengkan segala diri. yang boleh jauhkan aku dari bau2 physiology, anatomy, pharmacology, clinical aspect, pathology dan segala macam perubatan.
beri aku rasa tenang itu bagaimana...

p/s; syukur tamat exam...sekarang tawakkal

tawakal,
aphids
Images

.::inipertamakalibegini::.

kelmarin 1.2.10 exam essay-malasdahnakpeduli, dan semalam tidur selepas subuh berikutan program yang abes lewat dan berjaya bangun pukul 6pm ditambah lagi dengan phone yang abes bateri makatiadasiapayangdapatmengangguakuyangsedanglena. akibat daripada itu, aku berjaya untuk tidak dapat tidur pada malam tadi...yeah!!! padahal exam osce pasni je kol 10am.

ahahaha...untuk exam osce nih, PASRAH dan TAWAKAL menjadi idola utama dalam mengharungi exam lebih kurang 2 jam lagi nih. dengan perut yang sedang sakit, lamasangatsimpan dan mata yang terasa membengkak kerana masih belum dapat tidur.

bercadang untuk menyelesaikan beberapa perkara pada hari ini dan akibat dari mata yang sedang membengkak dan menangkung air, 'to do list' yang datelinenya wajib selesai pada hari ini telah berjaya diubah kepada 'kalau larat settlekan, kl tak larat lain hari'. hahaha...

ada satu berita gembira!
habes je exam OSCE arini ni, maka graduate la aku daripada semIII...ahahaha...seronok2.
dan selepas itu, keindahan pantai dan minah2 salih menuggu aku! awak jangan jeles! wekkk...hehe:)P

p/s; balik exam aku nak makan & ZZZZzzzzZ(13jam)Zzzzzzzzz........

yang benar,
aphids
Images

.::alkesah exam suasa::.

bila tekad sudah membulat
takde apa lagi dapat menghalang...

yela2, aku tak guna bahasa pelik2 dah!
back to normal, berikutan ade beberapa menyuarakan rasa mereka
yang tidak dapat memahami dan mengikuti rasa yang terasa kat blog nih...

exam kali ini aku rasa down gila,
soalan kalau senang tapi bila nak buat tak ingat satu hape pun tak guna gak...
kira susah gak ar...

aku da malas da nak memikir
tinggal satu ag exam untuk aku merdeka
rilek2 di bawah pancaran matahari dingin
tepi pantai indah
dengan minah2 saleh

tawakal je la, itu yang termampu...

p/s: rasa pelik plak post guna bahasa biase nih....ahahaha

ngantuk,
aphids