perpisahan itu sakit. ia merobek setiap hati hati kita dan memaksa air mata jatuh menitis. Dalam ketidakhendak badan meninggalkan gelak tawa, bahagia, jatuh naik dan segala cerita dibelakang, masa hadapan sudah menunggu dan melambai menjemput dengan senyuman. Menjanjikan kehidupan yang lebih baik dan lebih bahagia dari yang lama.
Lalu kaki melangkah pergi, kepala tertoleh mata tertumpu ke arah jiwa jiwa yang akan ditinggalkan. Tidak ada lagi gelak tawa si dia, puncline lawak yang selalu tidak kena, sindiran tajam yang berguna. Tidak ada lagi.
Kalau ini kehidupan, kenapa perlu ada yang ditinggalkan?
Kenapa yang dibimbit hanya beg beg kukuh yang terisi memori?
Kenapa ada yang perlu meninggalkan?
Moga ada jodoh lagi di masa hadapan. Terjumpa dan mempersoal nama di setiap kali kembali berjumpa. Cuba cuba mengingati cerita cerita lama. Ketawa pada sebahagian fail yang tersimpan bertarikh sekian sekian. Cerita yang rindu sekali kita mahu berada untuk sekali lagi dan...
ada yang namanya masih di kepala, manakala yang lain tidak terlintas mungkin kerana sudah tua. Lupa.
Waktu itu bagaimana hidup kita yang masing masing ini?
p/s: Selamat jalan buat sahabat sahabat yang baru sahaja menamatkan pelajaran mereka.
Hafeez Darraji
0 comments: