Images

Enam Belas

Kita cuma mahu jatuh cinta dengan orang yang sama buat selama lamanya. Atas sebab itu, kita cuba mengekalkan sebab sebab sama yang telah buat kita jatuh cinta. Kerna sebab sebab itu menjadi penyebab samada cinta dapat bertahan atau tidak.

Sebab sebab itu juga yang memberi warna warni dalam setiap hubungan, mengutuhkan lagi ikatan cinta dan mengeratkan satu sama yang lain. Sebab itu aku kurang percaya "terima diri mereka seadanya" sedangkan yang seadanya itu dapat ditingkatkan kepada yang lebih baik. Tipulah kalau cinta tak merubah kau walau sedikit. Sedangkan 'Life is Changing.'

Mungkin niat dan keinginan kita untuk mengekalkan sebab sebab itu disalah erti oleh orang yang kita cinta. Bila cinta tak lagi hidup antara satu sama lain, maka apakah SEBAB yang membawa kepada mati nya 'kita'?


oh ye: Aku selalu percaya bahawa setiap manusia boleh menjadi seribu kali lebih baik dan hebat dari yang lama. Jika kita tidak suka bilamana orang memaksa kita menjadi lebih hebat, kenapa tidak mula dari diri sendiri? Atau kita mahu berada di takuk yang sama buat selama lamanya? Terpulang.


Hafeez Darraji


0 comments: