Images

peluang tipis

aku terbaring lesu. tak perlu keluarkan sedikit tenaga untuk mendapat penat sepenat tenat. laju jantung bedegup. sakit hati melara. semua orang sukakan kau. bukan macam aku. seperti potret mahal yang tak laku. tak guna kalau mereka sanggup berdiri lama. melihat lukisan selama-lama. dengan pujian berkata-kata. akhirnya aku masih tetap di sana. aku malas berharap. aku mahu berhenti berharap. bukan aku yang melukis. aku hanya hasil lakaran minda dari Sang Pencipta. tak perlu kau fikir lama-lama. aku lebih rela tersadai di setor lama. daripada menjadi bual kata manusia yang pandangnya melalui ekor mata
Images

muak sendiri

aku muak dengan perjalanan hidup aku. semakin hari semakin tersasar dari paksi kejadian. semakin hari semakin lari dari penciptaan. bila manusia cemburu mereka sakit di dada. bila aku jatuh mereka duduk di belakang mentertawa. aku tak paham dengan sikap ini. kalau kau rasa kau berjaya akhirat nanti tak mungkin bisa. selagi tidak nampak pengakhirannya manusia sendiri lupa. aku juga begitu. ada longgar di sini sana. penetapan jiwa tak seperti yang mereka sangka. kalau kau rasa jahat itu bangga. lebih baik jangan terfikir untuk mulakannya. untuk seketika aku bagi kau fikir jawapannya. aku sudah bersalah dan giliran kau hendak menghukumnya. aku masih percaya. tapi aku tak boleh katakan apa-apa. kerna tugas aku di dunia. berusaha untuk kehidupan abadi selamanya.