Images

peluang tipis

aku terbaring lesu. tak perlu keluarkan sedikit tenaga untuk mendapat penat sepenat tenat. laju jantung bedegup. sakit hati melara. semua orang sukakan kau. bukan macam aku. seperti potret mahal yang tak laku. tak guna kalau mereka sanggup berdiri lama. melihat lukisan selama-lama. dengan pujian berkata-kata. akhirnya aku masih tetap di sana. aku malas berharap. aku mahu berhenti berharap. bukan aku yang melukis. aku hanya hasil lakaran minda dari Sang Pencipta. tak perlu kau fikir lama-lama. aku lebih rela tersadai di setor lama. daripada menjadi bual kata manusia yang pandangnya melalui ekor mata
Images

muak sendiri

aku muak dengan perjalanan hidup aku. semakin hari semakin tersasar dari paksi kejadian. semakin hari semakin lari dari penciptaan. bila manusia cemburu mereka sakit di dada. bila aku jatuh mereka duduk di belakang mentertawa. aku tak paham dengan sikap ini. kalau kau rasa kau berjaya akhirat nanti tak mungkin bisa. selagi tidak nampak pengakhirannya manusia sendiri lupa. aku juga begitu. ada longgar di sini sana. penetapan jiwa tak seperti yang mereka sangka. kalau kau rasa jahat itu bangga. lebih baik jangan terfikir untuk mulakannya. untuk seketika aku bagi kau fikir jawapannya. aku sudah bersalah dan giliran kau hendak menghukumnya. aku masih percaya. tapi aku tak boleh katakan apa-apa. kerna tugas aku di dunia. berusaha untuk kehidupan abadi selamanya.
Images

Hari Raya Jatuh Pada Hari Khamis

Sekarang ni aku update blog kalau ada event-event besar je. rasa cam malas dah update blog. Kesian kat readers2 aku semua. hehehe. nak wat camne, malas nak update. doa2kan lah aku punye semangat datang balik nak update blog.

mana ada raya hari khamis! o0o0o0o puasa banyak alasan. gastrik la period la tak sahur la raya nak cepattt. hahaha. berikut penerangan bahawa insyaallah hari raya aidilfitri 2010 jatuh pada hari Jumaat 10/9/2010.

"Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri akan disambut pada hari Khamis, sebaliknya menunggu sehingga pengumuman dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata ia sekadar khabar angin itu dan tidak semestinya betul." "Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, menganggap khabar angin itu diada-adakan oleh pihak yang enggan menyambut Aidilfitri pada hari Jumaat kerana perlu melakukan dua solat dan mendengar dua khutbah." (berita harian)

Lagipun apa salahnya puasa lebih sikit. boleh menebus keburukan kita yang lalu. ye dok?



Di kesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Kepada keluarga, rakan2, readers dan seluruh umat islam yang merayakannya.
"Rayakan Kemenangan, Hidupkan Kesyukuran"
Images

ramadhan al kareem


awal rahmat, pertengahan pengampunan dan akhir terselamat dari azab api neraka.

Ahlan ya ramadhan. Alhamdulillah masih sempat dipertemukan dengan ramdhan kali ini. pejam celik dah kembali ke mega sale of ibadat. senang je nak dpt ganjaran in this month. seperti tahun baru, ramadhan kali ini juga perlu ditetapkan azamnya. moga ramadhan kali ini tidak seperti ramadhan 2 tahun lalu yang sia-sia.

Selamat berpuasa untuk semua. Malam solat tarawikh pagi jangan lupa sahur. semoga dipermudah segala urusan kita di bulan mulia ini.
Images

famous amos femes!

tiba-tiba keluar pasal isu famous amos yang femes kat facebook kebelakangan nih. bukan sekali aje, sebelum2 ni pun dah banyak kes2 orang menghina dan mengutuk.

yang pertama, bukan sahaja agama islam walhal agama lain juga tidak membenarkan penganutnya menghina atau mengutuk sesama sendiri apatah lagi mengutuk mereka yang tidak sefahaman dengan agama tersebut. selain itu, adat melayu sendiri juga terkenal dengan sifat lemah lembut, bersopan santun dan mementingkan kesepaduan. di malaysia, untuk mengekalkan persefahaman kaum juga menuntut setiap rakyatnya menjaga sensetiviti dan menghormati budaya dan adat kaum masing-masing

yang kedua, sebenarnya rakyat telah diracuni dengan slogan negara demokrasi yang sebenarnnya tidak seratus peratus dipraktikkan di negara berdaulat ini. kebebasan bersuara hanya di atas kertas dan bukan secara praktikalnya. oleh kerana itu, yang kaya terus kaya dan yang miskin terus kedana. rakyat tiba-tiba jadi sensitif dengan isu yang kecil dan remeh dan tidak pada perkara yang sepatutnya memerlukan penglibatan mereka. tidak ada lagi pejuang yang ingin berjuang dan tiada rekrut baru yang dapat membentuk satu angkatan melaungkan kebebasan bersuara.

yang ketiga, kalau rakyat boleh bersatu menentang dan mengutuk sikap peribadi orang lain mengapa tidak salurkan kekuatan ini untuk menuntut hak dan masa depan yang lebih jelas dan stabil?

ini semua salah siapa?
Images

resah manusia

politik dunia sekarang dah semakin bercelaru. propaganda media massa bukan kerana tanggungjawab tapi wang dan gelaran semata-mata. demi harta dan kuasa inilah manusia sanggup buat apa saja. fahaman mereka, tidak ada yang paling baik selain diri atau kelompok mereka

untuk apa semua ini?

ambil contoh suasana politik malaysia.( sibuk-sibuk nak pergi berjuang untuk palestin tapi negara sendiri carca marba). dek keadaan ini, tempias nya mengena sehingga dlam organisasi masjid yang dipandang mulia itu sendiri. kecoh berebut jawatan pengerusi masjid, penceramah tak boleh ditegur ada juga bekas mufti memberi pendapat mengikut hawa nafsu sahaja.

jangan nak putarbelitkan sesuatu perkara, jika kita menyokong satu-satu pihak jangan sesekali menulis menggunakan nama yang umum. nanti pendapat dan luahan mengikut perasaan dan hawa nafsu semata tanpa ada rasionalnya. akhir sekali berlakulah sepeti media massa yang tanggungjawab utamanya sudah beralih kepada wang dan kuasa.
Images

salah satu

dalam dunia nih, macam-macam benda bole jadi. untuk satu-satu benda menjadi kena ada rasa atau minat untuk memulakannya. orang lain minat kumpul setem, kumpul syiling, memancing. tapi aku rasa salah satu minat aku ialah mengumpul koleksi fesyen rambut. lihat sajalah saban tahun pasti ada perubahan pada fesyen2 rambut aku. dan ini yang terakhir buat masa ini:

selesa dan menang memakai. cubalah!
Images

sekian lama

sudah lame tak mengupdate blog ini. alasan: malas. padahal byk je cerita sensasi yg ingin dimuatkan. nak wat cane, tarak konsisten. tapi kira aku bagi peluang kat korang la untuk membaca satu persatu post2 aku terdahulu. sebelum aku wat post berikutnya.
selamat membaca lah~
Images

Simcard baru.


hari ini 1 july 2010. maksudnya dah 3 hari aku kat Malaysia dan 4 hari aku dah meninggalkan Egypt. baru aku tahu banyak lagi gerai nasi lemak yang aku tak pernah try di malaysia nih.

baru beli simcard baru. yayyy!

p/s: nak num malaysia aku, pm aku kat facebook. thanks:)
Images

Aku kini Di Malaysia


sebenarnye aku malas nak update blog nih. memandangkan kebosanan melebihi tahap kemalasan maka lebih baik aku mengisi masa2 aku dengan mengupdate blog nih.

Yeah! kini aku di Malaysia. bukan lagi di Egypt. tak perlu lagi mendegar bunyi2 hon tengah2 malam. tak perlu lagi berpura2 memahami setiap percakapan egyptian. tak perlu lagi memikirkan santapan untuk pagi keesokan harinya.

28 June seawal 9.30am lagi dah tunggu depan istad gamaah. bayang tremco tak nampak2 ag. sekali ada arab dtg tny yang aku ni nak g airport ke. rupa2nya dia sorok kan tremco dalam lorong nak elak kena tahan dengan polis. kata arab tuh da tunggu dari kol 8am ag. so naik tremco sampai la airport kol 12.30pm. check in then makan2 kol 3.05 pm naik kapal terbang.

sampai bahrain kol 7.00pm transit 2 jam then naik flight g kuala lumpur jam 9.30 pm. keesokannya 29 june 2010 sampai kuala Lumpur jam 10am waktu tempatan.

check out je, mak aku kata dia dah sampai. aku pun call la menggunakan duit RM yang baru aku tukar di money changer. dia kata dia tunggu kat gate num 5. sampai kat gate num 5 aku terus masuk. masatuh troli aku berhadapan dengan mak aku. dia dah pandang aku tapi dia wat tak taw dan mata dia terus meliar mencari anak dia yang katanya dah sampai. pastu aku cakap perkataan MAK!!! baru dia perasan. kata mak aku dia tak perasan aku, sebab rambut aku dah lain. takut salah orang plak katanya.

lantas sampai di rumah jam 12.00pm. kemas2 dan tidur sehingga petang. sebelah malam keluar tengok portugal vs spain. sekian.
Images

lain dari biasa

korang normal jika ternampak perubahan pada blog aku ni. sekarang ni lebih trendy, sedap mata memandang, simple, sidebar lebih tersusun rapi untuk keselesaan para pengguna.

dah lama aku nak tukar background blog aku nih. cuma tak menyempat. seperti korang tahu aku dah abes exam an. masa nih orang2 cam aku nih, kena tunggu result dulu baru boleh balik ke tanah air. so nak dijadikan cerita adalah masa untuk aku menyempurnakan hajat diri yang sekian lama terpendam. malam tadi tak tidur kot edit dan siapkan semua.

masih lagi guna nama emansipasi. blog nih dibahagikan kepada beberapa bahagian. header, body, footer dan side bar. biar aku tekankan pasal sidebar je, malas aku nak cerita pasal benda lain. korang pun dah tahu kan?

side bar:
1) share : sila lah share blog aku yang menarik nih
2) suka-suka : semaikan sikap korang yg suka2 je tekan
3) post semasa : untuk baca 5 post yang terbaru
4) post lama : banyak cerita menarik kat blog aku nih. tak caya tekan la
5) tukang tengok : a.k.a follower la
6) kepala batu : siapa lagi kalau tuan punya blog ni
7) nota cinta : cari jodoh, berkenalan, jejalan, promote. semua kat sini
8) label : terbaru!
9) logo Gb : klik la utk join

Images

Selesai Ujian Dunia

Syukur! tamat sudah segala exam, ujian, peperiksaan dan swaktu dengannya! Aku kini bebas! nak ajak keluar? jom!!! ahahaha...

Secara umumnya tahun 2 nih aku jatuh teruk. Prestasi menurun, konsentrasi terganggu. secara hakikinya aku tak tahu sebab apa aku sangat teruk tahun nih. ada beberapa sebab yang boleh disenarai pendekkan untuk aku perbaiki pada tahun depan.

bayangkan dalam satu semester tuh kau boleh tak tahu sebijik apa yang kau patut belajar! apa fungsi kau belajar? untuk ilmu kah untuk exam kah? untuk semester 4 nih, secara rekodnya aku telah mendapat markah terteruk dalam seumur hidup aku. dalam kelas blur2 sahaja. kuliah kadang2 ada kadang2 takde. dan perlu cover lebih 70 tajuk dalam masa sebulan. boleh buat aku jadi gila.

Syukur! semuanya berjalan lancar. masih memohon dan memohon pada Ya Rabb moga ada peluang untuk aku berjaya dengan cemerlang tahun ini. tahun depan? perlu usaha lebih dari ini!

p/s; doa untuk kejayaan kau dan aku
Images

ada kuasa meramal 20 tahun akan datang

kalau kau 10 tahun maknyanya boleh tahu macam mana masa umur 30 tahun. kalau umur 40 tahun boleh tahu macam mana masa umur 60 tahun. hebat bukan? tengok dia ramal aku 20 tahun akan datang.

wa kacaknyeeeeeeeeeeeeeeeee!!!

ahahhaa...kacak kan? alah malu nk mengaku pulak! kalau nk tahu macam mana diri kau umur 20 tahun akan datang. buatlah kat sini

selamat mencubaaaaaa....

p/s; last paper esok. doakan aku!
Images

Rahsia Israel-Malaysia???



menurut perbahasan MP Pokok Sena di atas, semua pun akan setuju! Selama ini banyak kita dengar "bermula dari akar umbi". dari pembangunan bola sepak sehingga melibatkan kakitangan sektor awam dan swasta. apa yang diperkatakan juga merupakan satu langkah "bermula dari akar umbi" iaitu menghapuskan secara total sebarang perhubungan yang berkaitan dengan barangan Israel. Kenapa kita tidak keluar dengan cara kita jika kita rasa kita tidak mampu hidup tanpa barangan mereka? tepuk dada tanya selera!


p/s; tinggalkan perbezaan pendapat politik sementara. Malaysia Boleh!

semua pasti mahu melihat kedamaian
Images

tutup facebook dan buat millatfacebook

JOM RAMAI-RAMAI TUTUP FACEBOOK DAN BERALIH KE MILLATFACEBOOK(MFB).



nak taw apa millatfacebook?
tekan sini @ sini

dalam beberapa bulan lagi aku mungkin akan bertukar ke millatfacebook. hidup millatfacebook!

p/s: exam da dekat!
Images

ini bukan masa yang sesuai


hahahaha...
sejak akhir2 ini dah kurang terisi blog nih. sana sini sawang dah boleh nampak. selain berkabung untuk gaza aku juga sibuk dalam menyediakan diri menuju peperiksaan final. al maklumlah stadi last minute, sampai yang lain pun tak de masa nak peduli dah. so mintak maaf lah kepada mereka yang menanti post2 daripada aku( macam ada je). bermula 8hb-12hb nih final aku akan menjelma. tinggal beberapa hari lagi.
xde masa dah nih kena sambung stadi balik nih. tata!

p/s; oh ye! jgn lupekan doa utk aku berjaya! terima kasih
Images

Cari Berkat Dalam Hidup


sejak keluar dari perut ibu sampai masuk sekolah rendah benda yang paling senang dalam fasa hidup. tak payah nak pikir apa-apa. main saje setiap masa. bila dah akil baligh masuk alam remaja, daftar untuk sekolah menengah, kena belajar yang susah, masatuh baru tahu kompleks nya dunia nih. setiap benda yang dibuat perlu ada rasionalnya. setiap pilihan yang dibuat perlu fikir sedalam-dalamnya.

hidup nih tak boleh dikategorikan sebagai perkara yang sangat susah ataupun perkara yang sangat mudah. tapi tengah2. antara langit dan bumi kat situ HIDUP! hidup nih bukan setakat kau dah mencapai apa yang kau inginkan dan terus berpuas hati ataupun kau tak dapat apa yang kau cita-citakan lalu kau bunuh diri. nak hidup senang jadi khalifah DIA di muka bumi ini sebaiknya.

dalam hidup cuba cari berkat. bukan setakat ala-ala kadar ataupun sehabis baik saje. kalau ada berkat kiranya macam kau beli sebotol shampoo kau dapat percuma satu lagi. untung bukan? benda2 macam ni selalu manusia amik mudah. yang mereka tahu benda percuma!

macam mana berkat dalam hidup nih?
sebagai contoh;
situasi 1:
seorang pelajar yang dalam mode peperiksaan. sampai satu tahap kau dah malas gila nak belajar. lalu kau pun baringkan diri di atas tilam yang empuk dikelilingi anak-anak patung comel. lalu mata tertutup dibuai mimpi indah

situasi 2:
masih seorang pelajar dalam mode peperiksaan. sampai satu tahap memang malas gila nak belajar. lalu membaringkan diri di atas tilam empuk dikelilingi anak-anak patung comel. TAPI tetap gagahkan diri untuk membaca nota2. walaupun apa yang dibaca tuh tak masuk dalam kepala otak

apa perbezaan situasi 1 & 2 di atas?
terus ke situasi 2. walaupun tak masuk apa yang kau baca ketika itu dan kau masih tak dapat menjawab peperiksaan dengan sebaiknya tapi bila tengok keputusan peperiksaan, kau berjaya. kenapa? sebab usaha kau untuk membaca nota itu ada berkat disebaliknya.

banyak lagi 'berkat' yang perlu kau cari dalam dunia nih. cubalah cari dan kau akan rasa hidup tak sekompleks yang kau fikirkan satu masa dulu.
Images

Kutip Pengalaman dari Sebuah Kehidupan

mesti kena ingat! hidup ini ibarat roda yang kekadang dekat atas, kekadang dekat bawah. ibarat cuaca yang kekadang hujan kekadang panas.

dari kehidupan yang engkau jalani jangan pernah endahkan setiap minit. belajar sesuatu dari setiap minit kehidupan. hidup memberi pengalaman yang tak ada dalam buku2 terlaris di dunia.
jangan ingat hidup engkau selamanya berada di atas. satu hari nanti Wajib jatuh tanpa engkau tahu dan sedar bila tarikh keramat itu. pada ketika itu, jangan terkejut bila musuh engkau mendabik dengan kejayaan mereka.

TAPI. jangan ingat kehidupan yang buruk selamanya buruk. itu sebabnya pengalaman itu penting. orang yang tak belajar dari pengalaman akan mengulanginya. bencana bukan?

pengalaman beri kekuatan untuk menghadapi hari-hari seterusnya. memberi aura positif sewaktu engkau jatuh dan bila mana engkau rasakan tak ada peluang untuk bangkit. jangan salahkan kehidupan jika hidup engkau yang paling teruk dan hidup mereka yang paling indah dan untung. hidup bukan pada saat itu sahaja tapi perjalanan panjang yang memerlukan manusia untuk memenuhinya. sesungguhnya engkau lah orang yang paling berjaya berbanding mereka.

apa yang perlu lakukan?
terima hakikat engkau makhluk paling hina di dunia. engkau bukan sempurna dan engkau hanya manusia biasa.
kesilapan di hari lalu dimuhasabah dan diperbaiki untuk hari seterusnya
belajar terima kekalahan tetapi bukan belajar untuk kalah
mengalah dengan manusia, tak pernah mengalah dengan dunia
lihat hidup mereka yang berjaya

mula mengatur langkah untuk mencipta hari-hari sempurna.
perlahan-lahan mengesot, merangkak kemudian berjalan SEMULA.
mula dari bawah SEMULA. rasa rendah diri SEMULA.
itu semua akan meletakkan diri di tempat engkau SEMULA.
Images

Durjana, Laknat sahaja

Kadang-kadang berkata-kata dapat memuaskan rasa tapi selalunya diam lebih baik daripada berkata-kata. Lihatlah ulama' agung tak cepat melatah dengan apa2 keadaan dan situasi walhal islam sudah tersedia cara dalam menangani keadaan dan situasi tersebut.

mula diri, keluarga, sahabat seterusnya negara. sibuk dengan cerita orang lain, sibuk nak jadi hero dalam permasalahan orang lain kadang2 benda jadi ada hikmah. perjalanan pemikiran manusia berlainan semuanya. mana tahu dia lebih berfikir rasional dari engkau berfikir bodoh?

tak salah nak memberi nasihat kerana nasihat itu dapat menenangkan. tapi list 'keperluan' dan 'kehendak' wajib pandai diurus @ diselia. bila begitu, yang sia-sia pasti terhindar dan yang paling penting pahala tak dipersia selain malaikat Atid tak perlu menulis yang dosa-dosa sahaja.

Jangan salahkan orang lain kalau satu hari orang sibuk berkata-kata tentang permasalahan engkau. kerana dunia ini bulat."What goes around comes around"
Images

Aku Pari-Pari

malam gelap gelita
bulan bercahaya
bintang berkelipan
angin bertiupan

turunlah aku
dari suatu
mencari-cari
apa yang dinama cinta

akulah pari-pari
walau berkuasa
buat orang gembira
aku masih begini

tunjukkan aku cinta
berikan aku rasa
walau ku pari-pari
namun ku tak mengerti

beri aku rasa
bagaimana cinta
bukan dalam cerita
tapi realiti dunia

di sisi sebatang rokok & minuman bergas,
aphids
Images

Teka Teki Paling susah Di Dunia (Part 2)

1) kalau Al fonso de al burquerque masih hidup dia jadi apa?

2) mana nak jumpa bulan August lagi awal dari bulan july?

3) anda sedang menuggang kuda. di depan anda ada kereta bomba. anda diekori oleh helikopter. sebelah kiri ada orang memandu sports car. jarak dari kuda dan darat sangat tinggi. bagaimana nak memberhentikan kesemua kenderaan termasuk kuda tanpa berlaku kemalangan?

4) Tempat apa yang ramai tapi sunyi sekali

5) kotak apa yang berdosa?
Images

Lagi-Lagi Adamaya

akhirnya abes semua episod adamaya aku berjaya khatamkan. berdebar-debar jantung nak tgg next episod keluar. lepas nih, aku boleh belajar dengan tenang dan kembali fokus untuk exam dalam masa sebulan lagi.(yelah tuh)....

last-last sekali menyesal tengok adamaya. ending bapak buhsan. alang-alang buat citer episod kasi lah menarik kaw2 punyer. nih ending simple-mimple. macam mana nak angkat martabat filem or drama2 melayu cam ginih? haih~

p/s; apa la nasib...
Images

Teka Teki Paling Susah Di Dunia

sejak kebelakangan nih, teka teki semakin berleluasa dengan bumi bertuah mesir nih. di samping menguji minda, kita tengok sapa yang kenaaaa.....

1) jauh di mata dekat di hati

2) kalau tutup dia akan mengintip, kalau bukak dia akan marah-marah. apa dia?

3) beca apa yang tak boleh dicat?

4) tulang apa yang biru?

5) saya ada 3 kepala, 3 tangan, 3 kaki, 3 mata. siapa saya?

6) kenapa negara Afrika sebuah negara yang miskin?

7) ayam apa yang bertelur di dalam reban, di atas pokok, di tepi sungai, di dalam hutan?

8) orang yang berenang tapi rambut tak basah?

9) kenapa manusia hidung di depan?

10) 3 orang kurus, 2 orang gemuk jalan di bawah satu payung. tapi tak kena hujan. kenapa?

11) apa yang akan menyebabkan seorang lelaki jadi sangat kecewa?

12) bagaimana nak tukar telur jadi nanas?

13) haiwan apa yang ada 6 kaki dan boleh terbang?

15) kenapa batman tak kawin dengan cat woman?

16) aku ada 5 batang pensel. kau mintak satu. baki dia berapa?

17) ada atau tidak buah rambutan yang sangat bahaya di makan?

18) rambut putih namanya uban, rambut merah namanya perang, rambut hijau namanya apa?

19) 2 bulan lalu, berita melaporkan seorang lelaki sesat di padang pasir. lelaki itu kelihatan seperti penggembara. tapi dalam berita yang lain padang pasir itu sudah tidak dijejaki selama 3 bulan yang lalu. kenapa?

20) 1+1 jawapannya 2. jawapan lain?

p/s: ade berani jawab ke??? ahahaha...
Images

Doktor Juga Manusia & ada perasaan

I read an interesting article today about a few prominent figures addressing their concern over the increasing UKM and UM medical graduates who have left the country to continue their medical practice overseas.
After reading the news for 3 times, I called a very close friend, an MD (UKM) graduate to ask his opinion on how the news might have affected him. He has been working in Singapore for more than a decade as a Consultant Surgeon with a certain sub-specialty
"Why be a slave in your own country, when you are a king in another?" He replied.
Indeed, if anybody would want to find a reason why all of us left, either after housemanship, after being a specialist, or even after sub specializing, and now, even prior to doing housemanship, they need not look at our payslip, or the wealth that we have gained overseas, but only to the Medical System that has been rotting in the ignorance and politic-based stupidity that Malaysia has been well-known for (in the medical field).
I have served the system for nearly 2 decades of my career, waiting for it to improve for so long, and only finding myself in despair, quitting with a 24-hour notice and serving abroad. The system is, in my opinion, keeping doctors, since the beginning of their career as House Officers to the end of it, in the lowermost priority. When I was working there, doctors are so ill-treated, while the nurses and the medical assistants are overpowering us.
I still remember the days when I was doing seeing patients and rounds as an MO, while the staff nurses would mind their own business, having breakfast in the pantry, or having gossip chats at their own leisure. My House Officers would then have to do merely all the labour-work, up to the extent of setting intravenous drips, and serving medications. If I am to expect the nurses, my patients would have been dead, or the work would have been too slowly or incompletely done.
When I was a House Officer, I had to run down 4-5 floors just to review a blood investigation of a dying dengue patient. The ward staff would either be nowhere around, or will say that he is busy (busier than the doctor?) or the answer I got at that time:
"Doktor nak cepat, doktor turun sendirilah, gaji doktor lagi banyak dari saya"
Even when I was a Specialist, the staff nurses had to be called again and again just to make sure the management plan for the patient would be done. I was already used to answers from them:
“I’m busy with something else"
“My shift is already over"
...it was routine for me.
The Medical Assistants were worse. They would hide behind their so-called boss, the Head of Medical Assistant. They feel hiding behind him would make them not under our jurisdiction, that we have no power to instruct them in managing the patient, that they have power to manage own their own. I've seen them giving medications not as we prescribed, performing procedures without our knowledge, as if they are the actual "Doctors". They are in their own world, and we have to do their job, taking blood, labelling samples, and even cleaning gadgets from the procedures that we have done.
Oh, but the ministry loves this group. They even let them run a clinic now, instead of upgrading the clinics already run by doctors. The government feels that the MAs are very important and should never be ill-treated by those big bad doctors. One time when I was a District Hospital Medical Officer, I was conducting a delivery of a baby. An MA insisted that I remove my car which was block-parking his car. I answered through the phone that I was busy.
He came to the labor room and yelled "Semua orang pun sibuk jugak, macamlah doktor seorang yang sibuk!”
It is insulting that an MA or a staff nurse claims that they are BUSY, as busy as a doctor? As a Malaysian Doctor, I have even worked for 72 hours straight. I have experienced working until my 6 month old daughter did not recognize me at the end of the week.
Is that how busy they are? I am very sure that they are so busy, that they can only spend 2 hours at the nearby Mamak stall, or can only leave at 5:10 PM instead of 5, or can only have 1 hour of lunch.
The management staffs are worse. I have to beg and plead so that I can get my on-call claims, of RM25 per 48 hours of work. While sitting in an air-conditioned office, they will at their own leisure, process my call claims so that I will receive them by the next decade.
The state health or Hospital Director would just give another inspirational talk (of bollocks) on team effort and beauty of teamwork.
That is how Malaysian doctors are treated in the government sector: without respect, without dignity and without significance. Why?
It is because we are bound by ethics to try our best to save lives, despite how ill-treated we are. We hardly have time to complaint because we are too busy or tired, and we would rather spend the precious time resting or seeing our loved ones. The burden of trying to save lives is on our shoulders alone. No MAs or Staff nurses would shoulder it with us. They have their own bosses: the Sisters, Matrons, or Head of MAs, which job description is to ensure that the big bad doctors will not ask their underlings to do extra work.
This is how the Malaysian Ministry of Health have treated their doctors. I am very sure that in each and every doctor, there is a slowly-burning patience in serving the Malaysian people, which will eventually fade and cause them to surrender to serving a place that treats them better.
A few colleagues who graduated from UK choose to serve there:
"The pay is more, and we get the respect we deserve"
Another works in Brunei:
“Here the staff nurses respect Malaysian doctors, and they are very co-operative" (He ended up marrying one)
A few are consultants in Singapore (working with me):
"Here we are treated well, we spearhead the management, and every else do their work to the best of their capabilities".
A few even enjoys working in Indonesia:
“The work-load is horrible since there are a lot of patients, but we are well respected by every hospital personnel" (They have migrated there for nearly a decade)
I am sure that people will see doctors as power-hungry individuals who want to be the boss in the hospital. Trust me, after having graduated 6-7 years of medical school, earning a DEGREE, and subsequently MASTERS, and SUBSPECIALITY, you would expect a degree of respect and being considered important. We are trying our best to improve patient's quality of life, or making sure he lives another day. Is it too much to ask from the system that we are important?
I find that Malaysia is the only country that is making doctors' lives miserable and treated like rubbish. It was never about the pay in the first place. It is about the treatment we are getting and the false political-based promises. Do you know that the so-called circular about doctors can have the day off after working 24 hours straight released JULY 2009 is not yet implemented? Do you know that the raise of UD 41 to 44 does not involve every doctor in the government service?
We are waiting for improvement. We have waited a long time when we were working in the system. Somewhere along the line we decided to leave and wait outside the system. Until the system changes, we will continue to work overseas, in countries which are appreciative of us. Trust me, Malaysian-graduate doctors are considered highly skilful and competent in neighbouring countries, and the 15 % brain drain is more significant than you think.
We will return when the system prioritize us and gives us the quality of life we deserve.
If it stays the same, Malaysian Hospitals would end up having Staff nurses and Medical Assistants as "Doctors", and we would have to send patients to Indonesia for an appendicectomy.
Hear our voice. We hardly speak, but will usually fade away from conflict (and fly to another place).
p/s; even student medic yg kat luar negara pun dihormati patient and nurse...
source: thestar
Images

Lagu Untuk Ibu (MESTI DENGAR!!!)

SELAMAT HARI IBU TERUTAMA SEKALI KEPADA EMAK, NORAINI A AZIZ.
ANAKMU JAUH DARI MU, JADI LAGU SAJALAH YANG DAPAT MEMBERITAHU ISI HATIKU
BUAT KAUM KELUARGA, MAKCIK-MAKCIK, NENEK, SEDARA-MARA, SEPUPU...
DAN KEPADA SEMUA IBU WALAU DI MANA ANDA BERADA.
TERIMA KASIH ATAS JASA KALIAN.
WE ♥ YOU! SELAMAT HARI IBU!!!
DENGARKAN LAGU UNTUK IBU, KHAS UNTUK SEMUA INSAN YANG BERGELAR IBU:


p/s: apsal ucapan aku macam orang menang anugerah?
Images

Mentor 4


aku baru abes tengok Mentor 4 Konsert Pengenalan sempena menampilkan secara rasminya 6 protege dan 6 mentor. sebenarnya aku tak pernah pun tengok program realiti mentor dari musim 1 sampai musim 3. yang aku tahu pemenang untuk musim ke2 Fiq dan musim ke3 Black. yang lain habuk pun aku tak tahu. alasan aku tengok musim ke 4 nih sbb dah takde benda lain nak layan maka dengan secara tiba-tibanya mentor musim 4 jadi pilihan...ahahhaa...
so aku nak komen cerita skit sape mentor and sape protege musim ke4 nih:

Mentor: Dayang NurFaizah
Protege : adi
seperti yang semua tahu dayang nih penyanyi Rnb Malaysia. suara dia boleh tangkap lentok gak ar kalau dengar. Dayang dan adi kedua-duanya berasal dari Sarawak. satu kampung pulak tuh an. suratan atau kebetulan? tapi aku suka dengan suara and nyanyian adi nih. ada ala2 penyanyi rnb singapore tuh, sape ntah nama dia. tapi lagi style punya. jangan tak taw! masa konsert pengenalan dia nyanyi lagu sejati versi rnb. nyanyian dia perghhhh memang sedap, tapi lenggok rnb terlebih sudah pulak.

Mentor: Azmeer
Protege: nani
bak kata elly iskandar, azmeer nih dulu penasihat mentor and ajai mentor kepada protege. tapi untuk musim 4 exchange plak. azmeer plak jadi mentor. azmeer nih sapa tak kenal producer hebat gak ar. teringat aku kat lagu2 senario, banyak yang azmeer produce. kesian kat nani, azmeer dera nani jadi bibik plak. alasannya untuk bina jati diri. suara si nani nih ada ala-ala shahila sket. lagu awan yang terpilu best la dia bawak tapi untuk lagu english dia kene blaja pronounciation sbb tak paham apa dia nyanyi tuh...

mentor : mus may
protege: ayim
mus may rockers dulu2. kira otai la. caya sama lu bro! kate mentor rockers, protege pun mau kene rock jugak ar. ayim berasal dari lahad datu. gaya dah rockers abes, gitar dah gantung. last2 nyanyi lagu 'bila aku sudah tiada'. huk ela...kecewa giler. tak mencabar suara langsung. wa nak dengar rock! play safe agaknya. play safe pun suara terkucil gak

mentor : joe flizzow
protege : ila
siapa tak kenal joe flizzow, ala ngn malique dulu dalam too phat. lagu do it, duit taw? wa respek sama lu joe! ahahhaha. ila nih adik beradik dengan si adi, protege dayang tuh. ila nih bawak rnb kira tak lari jauh lah dengan hip hop tuh. bawak lagu unfaithful. entah le. suara sedap tapi cara nyanyian pelik sket

mentor: ziana zain
protege: thalia
lame tak dengar cite pasal ziana zain. penyanyi yang ada vokal tinggi, ada 'ala-ala the rock' sbb angkat kening masa nyanyi. thalia nih dah macam klon ziana zain aku tengok. nyanyi lagu akhirnya kini pasti by anita sarawak. konfiden je masa nyanyi tetiba tersalah lirik. huhuhu

mentor: mas idayu
protege: shaq
mas idayu, ratu dangdut malaysia. whoa! musim lepas bawak Black jadi juara. siap pakai rotan masa jadi mentor kepada black dulu.. sekarang dengan shaq pakai tali pinggang. whoa! shaq berasal daripada kelantan. orang kata shaq nye suara mirip black. entah le. black lagi sedap kot. bawak lagu kasihnya laila. masa part qasidah sedap giler, lu orang kena dengar. tapi sampai tengah2 lagu. hancussss. tuh yang mas idayu stop kan tuh. alasan shaq nih baru lepas kena inject, ada masalah suara. tak taw la nak cover ke ape...kihkihkih

feveret aku Adi protege dayang tuh. suara sedap, muka ada, stage present good. lengkap ar pakej tuh...hahaha


p/s; ini pandangan peribadi aku. kalau tak setuju sorry la yerk.
p/s; nas ahmad, lu tak best la bro!
Images

Iklan susu


hahahaha...bercerita pasal iklan lagi. almaklumlah, orang jauh dari malaysia. tanya ajer pelajar2 yang belajar kat luar negara. pergi russia ke, india ke, mesir ke, UK ke. last-last nak tengok cerita melayu jugak. macam aku, baru je lepas tengok adamaya episod 19. secara atas talian (online) la apa lagi. selalunya masa iklan tuh aku skip je. tapi kali nih, terasa plak nak tengok iklan2 kat Malaysia. memang banyak perubahannya.

aku nak cerita pasal KUASA IKLAN nih. Iklan nih memang kasi pengaruh besar kepada penonton2nya. tak kisahlah iklan telepon ke, iklan pakaian ke, iklan susu ke, iklan tuala wanita ke. tapi iklan2 yang menarik akhirnya berjaya mempengaruhi penonton untuk membeli produk keluaran mereka.

bukan tuh saja KUASA IKLAN. iklan nih pun boleh kac education la kat orang2 cam aku. tak taw la korang camne kan. tapi bila aku tengok iklan susu ANMUM ESSENTIAL, lakonan wardina dengan seorang budak (kalau tak silap aku).

agak-agak korang, "beruang kutub makan penguin tak??" terkial jugak nak jawab kan?
bila aku tengok iklan susu tuh, baru aku tahu yang beruang kutub tinggal kat utara and peguin tinggal kat Kutub Selatan. sebelum nih, aku ingat penguin ngan beruang kutub, dua-dua tinggal kat kutub utara and kutub selatan. hahahaha...

tak tahulah bentul ke tak fakta tuh. tapi aku terima bulat2 je. tengok! tulah kuasa iklan educate aku secara langsung. ahhaha...

penting kan iklan dalam masyarakat? jangan lupa klik IKLAN nuffnang aku...hehehe
Images

iklan tuala wanita


baru saja menonton "mentor musim 4" secara atas talian. al-maklumlah mana ada siaran malaysia kat egypt nih, iklan kat tv pun banyak da baru. di tengah2 itu ruang pengiklan untuk mempromosikan iklan mereka. pelik sampai 3 kali berterusan iklan yang sama. yang membezakan bahasa dan juga model dalam iklan berkenaan.

iklan pertama menampilkan Yuna, iklan kedua menampilkan 2 orang model yang aku tak kenal dan iklan yang ketiga menampilkan adibah noor. rupa-rupanya, semuanya sibuk mempromosikan tuala wanita terbaru di pasaran barangkali iaitu "Libresse".

nampaknya Yuna dah jadi 'satu peluang' untuk ditampilkan dalam promosi2 iklan oleh pihak pengiklan. almaklumlah banyak anugerah sejak kebelakangan ini. pada mulanya aku fikirkan iklan yuna nih berkaitan dengan iklan makanan/minuman. nah! sekali iklan tuala wanita.

yang aku tak tahan sekali masa adibah noor jadi model tuh. "mana ada 2 wanita sama"...hahaha
aku pikirkan iklan apa, sekali iklan tuala wanita lagi. yang tak boleh blah tuh masa adibah noor cakap "paham2 lah"...hahaha...tergelak aku sorang diri...iklan camtuh pun boleh lepas erk. macam2 pengiklan sekarang. makin 'kreatif'!

"lebar di depan, tirus di tengah, berbelah di belakang" Libresse. Cubalah!
Images

Menangi Wang Tunai Sehingga RM 10, 000

Pernah ingat tak macamana suasana ketika ibu bapa membawa korang ke restoran pizza hut? menikmati hawaian pizza ditambah lagi garlic bread di cicah dengan mushroom soup. perghhh... meleleh air liur bila ingat balik.
Jika anda seorang peminat pizza, ada berita baik! PIZZA HUT akan memperkenalkan pizza baru iaitu Fish King Pizza. kalau korang nak taw macam mana pizza tuh tengok gambar kat bawah nih. dan kalau nak taw macam mana rasa dia kena lah kunjungi Restoran Pizza Hut berdekatan dengan anda.
di samping merasai keenakan Fish King Pizza, korang semua boleh menang sampai RM 10 000 taw! jangan tak taw. Pizza Hut sedang menganjurkan Pertandingan sempena Pizza terbaru mereka, Fish King Pizza. syarat2 pertandingan mudah ajer...seperti di bawah:

  1. Tulis cerita di blog anda bertajuk 'Big Fish Moment With Pizza Hut'. ceritakan pengalaman anda menikmati Fish King Pizza di Restoran Pizza hut kegemaran anda. Jangan lupa untuk letakkan gambar-gambar sewaktu menikmati Fish King Pizza.
  2. bila dah selesai isikan borang penyertaan di blog nuffnang
5 blog paling kreatif akan memenangi RM 2000 untuk setiap satu.
Peraduan bermula 6 May 2010-30 May 2010

Jangan lepaskan peluang anda!



untuk maklumat lanjut lawati www.pizzahut.com.my
Images

10 hadiah terhebat sempena Hari Ibu

hari ibu dah tak lama lagi dah. orang putih kata just around the corner. anak2 yg sygkan ibu dia dah sibuk pakat adik beradik nak buat suprise utk ibu tersyg sempena hari ibu. ada gak yang duk pikir2 lagi, takde idea nak kac hadiah apa. walaupun hadiah tak dapat membalas jasa ibu yang banyak berjasa pada kita. tapi itu tandanya kita menghargai mereka. hargai mereka sebelum terlambat.

mari2 adik, kakak, abang, pak cik, mak cik. yang jauh kita rapat2 yang dekat kita mesra2...

10 HADIAH TERHEBAT
SEMPENA HARI IBU

10 KAD UCAPAN
bila nak dekat hari ibu, dekat pasaraya, kedai buku, farmasi dah mula jual kad-kad ucapan yang kiut miut. ada dalam pelbagai bentuk dan warna. di samping harganya yang murah, ianya juga sangat bermakna dan simple


9 BUNGA
menurut pakar, perempuan ada kebolehan untuk menilai kualiti satu2 bunga itu. maksudnya ibu anda pasti dapat mengagak nilai atau harga bunga tersebut. tapi jangan risau, walaupun anda beli jambangan yang paling murah tapi ibu anda tahu yang anda telah melakukan sesuatu yang istimewa bagi mereka. di samping bunga merupakan hadiah paling popular, di mata seorang perempuan bunga merupakan antara benda yang tercantik di dunia



8 LILIN AROMA
Ramai perempuan sukakan lilin aroma dan seringkali meletakkanya di dalam bilik mahupun di setiap penjuru rumah. baunya yang wangi dan nyalaanya yang tenang pasti mengikat ketenangan. siasat bau aroma yang disukai ibu anda dan hadiahkan mereka seberapa banyak yang anda suka.



7 GIFT BASKET
walaupun hadiah ini lebih sesuai untuk majlis2 tapi sebenarnya isi yang menjadi pengukur. isikan dengan makanan2 kesukaanya atau buah-buahan kesukaannya atau mungkin biskut buatan anda sendiri. berikan mereka gift basket dengan corak bakul yang menarik. pasti tertawan hati ibu anda




6 HIASAN RUMAH
hadiah ini sesuai diberikan oleh anak lelaki. hiaskan rumah mereka dengan hiasan terbaru dan aksesori menarik di sekitar rumah. padankan warna perabot dan kain langsir di ruang tamu mereka. ini akan memberi kesegaran baru di hari-hari baru mereka. keselesaan ini akan mengingatkan ibu pada si anak ketika si anak tiada di samping mereka


5 SWEET TREATS
bagi ibu yang sukakan manisan, hadiah ini hadiah yang sangat sempurna. manisan seperti coklat, ice cream, ataupun kuih muih pasti menceriakan hari mereka. hiaskan pemberian anda dengan secantik-cantik nya supaya ia kelihatan sangat sedap untuk di makan.



4 TANAMAN HIJAU
hijaukan laman rumah ibu anda dengan tanaman-tanaman baru. dan juga bunga pelbagai warna. binakan satu kolam dengan air mengalir di samping tanaman-tanaman tersebut. sekurang-kurangnya mereka ada teman di kala kebosanan


3 PERFUME
sebahagian ibu pakai perfume setiap hari dan ada juga yang menyimpannya untuk majlis2 tertentu. dengan memberikan perfume kesukaanya, mereka dapat menjimatkan masa untuk membeli perfume di butik dan pasti senyuman terukir tanda permintaanya dipenuhi.



2 MASSAGE & SPA TREATMENT
hari ibu berkaitan dengan membuat ibu gembira dan bahagia. dengan penat lelah menjaga anda "massage & spa treatment' memberi peluang kepada mereka untuk relax dan menenangkan diri sepanjang hari. Setiap ibu harus diingatkan akan kecantikan yang mereka ada.


1 MASA
paling berharga sekali. masa bersama ibu anda. adakan family gathering sempena hari ibu atau makan2 luar untuk anda dan ahli keluarga lain meluangkan masa sebaiknya bersama ibu anda. bagi mereka yang tinggal jauh dari ibu, hantarkan mesej tanda ingatan anda pada mereka. jangan lupa doakan mereka setiap masa





lagu untuk ibu

Images

suami toreh anu isteri

MELAKA: “Saya amat terkejut apabila suami tiba-tiba datang dari belakang sebelum merodok bahagian sulit dengan pisau pemotong buah menyebabkan saya menjerit kesakitan,” kata seorang jururawat yang menjadi mangsa kekejaman suami sendiri yang didakwa menoreh kemaluan wanita itu ketika memasak di dapur.
Wanita berkenaan berkata, suaminya, anggota tentera berpangkat sarjan, seolah-olah hilang pertimbangan apabila menoreh kemaluannya dalam kejadian di rumah mereka di sebuah taman perumahan di Bertam Ulu, dekat sini, kelmarin.


Akibatnya, wanita berkenaan yang parah terpaksa dikejarkan ke hospital dan menerima lebih sembilan jahitan pada kemaluan.


Mangsa yang berusia 40-an berkata, sebelum kejadian dia mahu memasak nasi untuk makan tengah hari dan membongkok untuk mengambil beras dalam tong apabila suaminya tiba-tiba datang dari belakang lalu merodok kemaluannya dengan tidak semena-mena.


Menurutnya, dia yang terkejut, terduduk dan meraung sambil menahan kesakitan manakala darah mula menitik ke lantai.


“Walaupun terkejut dan dalam keadaan kesakitan, saya tidak panik dan sempat mencapai telefon untuk menghubungi ambulans bagi mendapatkan rawatan.


“Suami pada masa sama seolah-olah tersedar daripada khayalan lalu cuba menawarkan bantuan untuk menghantar saya ke hospital sambil memujuk berulang kali, tapi saya menolak dengan baik walaupun dia turut menghubungi ambulans kerana sudah trauma dan ketakutan.


“Dalam tempoh 30 minit itu, saya terpaksa menanggung kesakitan sambil menahan darah mengalir kerana turut memikirkan anak bongsu berusia empat tahun yang melihat kejadian,” katanya ditemui di wad Hospital Melaka di sini, petang semalam.


Terdahulu, mangsa yang berasal dari Muar, Johor, dikunjungi rombongan Pembela BN Negeri Melaka diketuai Ketua Penyelianya, Amir Hamzah Aziz dan Penyelianya, Melvin Tan.

Jururawat berkenaan berkata, dia pelik apabila melihat perubahan tingkah laku suaminya apabila lelaki berkenaan yang tidak pernah memasak, tiba-tiba mengambil jurusan perhotelan di sebuah kolej di negeri ini bagi kursus peralihannya sebelum menamatkan perkhidmatan dalam tentera.


Malah, katanya, seminggu sebelum kejadian suaminya juga menunjukkan sikap berbeza apabila dua kali mencekiknya menyebabkan timbul persoalan kemungkinan dia mengalami tekanan.


“Berikutan itu, saya mungkin tidak akan tinggal bersama suami untuk sementara waktu kerana bimbang kejadian sama berulang.


“Namun, saya masih sayang padanya (suami) dan sudah memaafkan perbuatannya,” katanya

p/s: ya allah kau selamatkan manusia dari syaitan yang direjam.


sumber :harian metro online
Images

World Cup 2010 @ South Africa

tahun ni, giliran South Africa jadi tuam rumah World Cup. siap dah buat raptai dari segi keselamatan, persembahan dan sebagainya. Siapa yang akan memenangi world cup tahun ni? itu yg menjadi tanda tanya. so sama2 menanti kehangatan world cup pada bulan june nanti.

tadi aku baru je balik dari "MSSS Football Tournament". Nih bukan kejohanan kat Malaysia tapi kat Egypt. Format permainan berdasarkan format futsal.
untuk makluman korang aku bukan penonton. tapi aku salah seorang player dalam salah satu team Malaysia. Ada 4 team melayu dan kitaorang antara 2 team yang berjaya melayakkan team ke semi final.

semi final tadi kiteorang lawan team Saudi. Game penuh kontroversi. 1st half kitaorang dibantai 3-0. then 2nd half kena bantai ag satu. then kitaorang mendapat semangat dari para penonton dan berjaya merapatkan kedudukan sebanyak 4-2. berbaki 15 minit nak abes game. sorang player team saudi kena buang padang. so advantage tuh menyebabkan kitaorang dapat score sebijik. kedudukan 4-3.

beberapa minit sebelum perlawanan tamat, kitaorang ada banyak peluang tapi sia-sia saje. pengadil meniup wisel dan harapan kitaorang nak masuk final berkecai lebur.
jadi kitaorang hanya dapat bermain di tempat ke 3/4 melawan satu lagi team melayu. dan akhirnya menang dengan jaringan 5-3. jadi tempat ketiga kitaorang punya...


World Cup South Africa 2010

p/s: sape menang world cup tahun nih??
Images

jalan mudah cari jodoh

1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)
9)
10)

buat apa aku bagi sampai 10 tips, tapi satu pun korang tak guna. so sebelum menyesal baik cuba. nih tips dia. dengar lagu di bawah




p/s:cuba click CINTA
Images

sesak

sesak. terpinga-pinga. guru ada murid sesat pula. di satu bahagian penuh manusia. tempat teduh. kotak jadi alas. kain buat pembalut badan. panas yang menyinga. di sini. yang kaya megah. yang miskin menganga. aku? begini saja. masih memerhati. bunyi-bunyi kereta benda biasa. manusia berebut-rebut ambil giliran. mahu rawatan. jaga di tepi menggeleng kepala. laluan jadi berliku. jiwa meronta tak setuju. akhir sampai tempat tuju.

p/s; kalau ada cendol ke abc ke sedap gak
Images

bye2 gengblogger

ahahahha...bkn ape...aku nak pergi kelas. dah seminggu aku tak pergi atas sebab2 tertentu. so pasni nak pergi pun sempat berblogging lagi...
wish u guys have a superb n fantastic day:)
Images

IP MAN 2 vs IRONMAN 2

sekarang kat golden screen cinema (gsc) or kat tanjung golden village cinema (tgv) berpusu2 manusia beratur nak beli tiket. kedua-dua cerita ada satu persamaan iaitu 2. tulah aku suh beli home theater ngn hdtv tak mau, kan dah kena susah payah beratur. baru-baru ini aku dengar kedua-dua cerita nih kira cam dapat sambutan hangat gak ar kat malaysia. sampai tiket iron man untuk minggu seterusnya pun dah habis orang beli.

IP MAN 2IP MAN 2 nih berlatarbelakangkan masa Japan memerintah negara China. dalam IP MAN 1 Jeneral Japan (Fosha) mengadakan pertarungan dengan Ip Man (hero). Last-last sekali Jeneral Japan nih kalah dan semua orang ingat Ip Man nih dah mati sebab kena tembak ke ape (tak ingat). Rupa-rupanya dalam IP MAN 2 nih dia hidup lagi. dengar kata dia pindah ke Hong Kong dan bukak sekolah mengajar Kung Fu kat situ. Kat Hong Kong pula adalah Guru2 kung fu tak puas hati pastuh ajak bertarung. Salah seorang daripadanya Sifu Hung. agak2 korang sape menang? dalam masa yang sama seorang peninju (Twister) tak puas hati pulak dengan orang yang berkungfu nih so ajak lah Ip Man bertarung. demi mempertahankan maruah orang China, Ip Man pun bersetuju. nak taw kesudahan cerita kena lah tengok, kalau aku cita jadi tak best pulak...hehehe


IRON MAN 2

Iron Man 1 tak begitu menarik hati aku sangat. entahlah aku semacam tak puas je tengok Iron Man 1 nih. pelik jugak bila aku dengar tiket Iron Man 2 dah sold out. biasalah lain orang lain rasa kan? dalam Iron Man 2 nih kononnya 6 bulan lah lepas Iron Man 1. Iron Man 2 dikatakan lebih mantop daripada Iron Man 1. cerita bermula dengan adegan2 panic then disudahi dengan pengakhiran yang boleh tahan lah from director nya Jon Favreau...

so kalau nak taw keseluruhan cerita pergi beratur beli tiket. cam aku tunggu member download aje...hehehe
Images

Jaga



Jaga. kelopak mata masuk cahaya. kanan dan kiri tetap serupa. bunyi azan lazim tandanya. seperti biasa. manusia dengan katilnya. nikmat tidur tak boleh dipersia. bagi aku tak ada betulnya. kalau berjalan di luar. angin mencucuk sampai ke tulang. ada satu dua lembaga dengan langkahnya. aku tak peduli. tenang itu sangat selesa. sesekali. mata meliar. jaga. takut-takut ada makhluk binasa. kalau engkau ada. pasti kan rasa.
Images

Facebook, bola & Google

tags: facebook login, facebook, welcome

minggu lepas, tetiba kawan aku call nak ajak main keeper untuk team dia. korang pun sendiri dah jarang baca pasal keeper kat blog aku nih kan. bukan apa, aku pun dah lama tak main. zaman kegemilangan aku sikit-sikit dah pergi. kalau nak diikutkan aku nih dah dalam golongan 'kuda tua' dah. bayangkan lah kalau kuda tua main camna, sengat dia dah hilang langsung.
tapi sebab dah takde orang lain, apa salahnya tolong member2. setakat nih da 2 game settle. 1 menang and 1 kalah. hasilnya memang apa yang aku jangkakan. banyak gak lah aku bolos, 1st game 2 goal, 2nd game 3 goal plak.
tapi tak semestinya aku kuda tua aku main ala kadar aje. aku cuba untuk elakkan daripada gawang aku dibolosi. tengok macam mana game esok

oh ye! kepada keeper yang 'newbies' aku ada tips sket;
1) jadi keeper jangan diam aje, kene communicate. kalau defender salah sound je
2) agak-agak team kau dah leading, try to lengah-lengah kan masa
3) mata focus on bola & kaki opponent, bukan pada muka atau anggota lain
4) jangan mengelamun, kalau gaduh dengan awek buang awal2 b4 game start
5) tak payah takut injured, lanyak je

apa kene mengena tajuk tuh? kat facebook ada gmbr aku tgh main semalam, dan gambar kat atas tuh aku dapat dari google...ahhahaha...

p/s; korang smua doakan aku
Images

Facebook : nak bunuh Nik Aziz

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit menyiarkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman web sosial, Facebook.
Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, lelaki yang berumur dalam lingkungan 20an itu diberkas sepasukan polis di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.

"Sepasukan polis menahan suspek itu di satu kawasan di Butterworth kira-kira pukul 9 malam berhubung kes penyiaran ugutan bunuh terhadap Nik (Abdul) Aziz," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman sosial itu dan juga individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh terbabit.

Sabtu lalu Dewan Pemuda PAS membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman web sosial milik seorang lelaki terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas itu.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At-Tantawi di Balai Polis Chow Kit selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook.

Dalam laman webnya lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh 'Nik Aziz'.

Zulkarnain berkata, bagaimanapun polis belum dapat mengenal pasti sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman itu dan individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh berkenaan.

"Kami sedang mendapatkan tempoh reman terhadap suspek bagi menjalankan siasatan lanjut sebelum dia dibawa ke sini (IPD Dang Wangi) untuk disoal-siasat," katanya.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah

sumber: mymetro
Images

Yahoo beri percutian percuma

anda berpeluang untuk memilih tempat yang anda ingini dari 10 tempat yang mempunyai 'World's Most Amazing Hotel Pools'. Masa yang terbaik untuk anda luangkan bersama yang tersayang dan meneroka ke tempat-tempat yang menakjubkan. maklumat lanjut di yahoo.com


Park Hyatt, Tokyo


Viceroy, Miami

Golden Nugget, Las vegas




Quincy Hotel, Singapore


Hotel Caruso, Belvedere, Ravello, italy


Al Bustan Palace, InterContinental Muscat, Muttrah, Oman

InterContinental, Hong Kong



San Al fonso del Mar, Al Garrobo, Chile

err...silap2...tajuk sebenarnya "Yahoo beri MAKLUMAT percutian percuma. tertinggal pulak perkataan MAKLUMAT...

p/s; best gak kalau menang pergi salah satu tempat di atas nih.
Images

penerima anugerah kesatrian emapayar british

aku dah perasan lama dah kechixx nih bagi komen kat shout out aku. dia suh aku amik award kat blog dia. tapi asal masuk blog aje aku terlupa. masa tengah cuci baju tadi teringat balik then sampai je depan laptop dah terlupa. nak buat camne umur dah makin tua...hukhukhuk
nasib baik hippocampus aku nih masih berfungsi dan tiba2 teringat pasal komen kechixx tuh. nih mesti kau pakai ayat guna-guna supaya aku tak lupa. ekekekeke
Inilah anugerah@award yang aku dapat, bukan cam anugerah yg cam kat tajuk tuh(hehehe):


kene jawab soalan pulak :

1. Thank and link the person that give you the award
Terima kasih bbyk lah kechixx. Syukran. aku tak kenal pun kechixx nih tapi dengan semangat 1 blogger dia boleh menganugerahkan award nih kat aku. hikhikhik


2. Pass this award to 10/20/30/all bloggers you've recently discover

yg num 2 nih males den nak selesaikan...ahahhaha
3. Contact said blogs and let them know they've won this award
num 3 ni pun samo jo

4. State 7 things about yourself
  • seorang lelaki yg cukup sifatnya
  • tinggal di kuala lumpur, belajar di egypt
  • tak pki spek mcm si kechixx
  • besar TAK kechixx
  • suka makan nasi minyak lauk ayam merah. (nak suh mat gebu masakkan)
  • suka warna hijau
  • peminat liverpool fc tegar
TAMMAT
Images

cancer, diabetes, stroke...All in one

bagaimana cara sekalipun anda cuba, makanan tidak berkhasiat amat susah sekali untuk dihindarkan. Junkfood ada dijual di mana-mana. mula dari keluar rumah, di kedai-kedai, dalam perjalanan ke tempat kerja, mahupun di ruangan iklan. walaupunbagaimanapun anda boleh mengelak dengan menggantikan junkfood dengan makanan yang lebih berkhasiat.

nota
: nasihat ditujukan kepada ibu-ibu yang anaknya suka sangat makan makanan tak berkhasiat @ junkfood.
: juga sesuai untuk semua peringkat usia.

1. Popcorn beli ---> Popcorn buatan sendiri

di kawasan kampung-kampung lebih dikenali sebagai bertih jagung. pop corn di pasaraya @ di fun fair merupakan salah satu junkfood yang digemari kanak-kanak. Pop corn boleh jadi salah satu makanan berkhasiat sekiranya bahan-bahan masakannya dari sumber yang berkhasiat. Elakkan penggunaan butter dan gula secara berlebihan. adalah digalakkan ibu-ibu belajar cara buat popcorn. caranya senang dan mudah. search google untuk maklumat lebih lanjut

2. Gula-gula ---> Buah-buahan kering
gula-gula mempunyai kandungan gula yang tinggi. tambahan lagi tiada fiber, tiada mineral, tiada protein. pendek kata tiada zat. dari mengambil gula-gula (mengatasi mengantuk, bosan dll) lebih baik ambil buah-buahan kering di samping rasa manis nya masih ada ianya juga mempunyai kandungan serat yang tinggi. contoh: kismis, peach kering

3. French fries ---> Ubi keledek goreng
french fries digemari oleh manusia di seluruh pelusuk dunia. tambah-tambah lagi sekarang restoran makanan segera tumbuh bagai cendawan. french fries juga mudah di dapati di bahagian frozen di pasaraya berhampiran. walaupun rasanya sangat sedap tetapi ia mengandungi kandungan sodium kalori dan lemak yang tinggi. tidak hairanlah penggemar french fries sering mengalami simptom pening, loya dll. ubi keledek merupakan pilihan yang sesuai untuk menggantikan french fries. ianya manis, sedap dan berkhasiat

4. Ice cream ---> Yogurt
mengikut kajian satu scoop ice cream mengandungi 250-350 kalori dan kandungan fat yang tinggi. yogurt pula mengandungi hampir semua jenis zat seperti protein, calcium dll. juga mengelakkan anda dari mengalami jangkitan pada usus dan perut

5. Air Bergas ---> Air sejuk + limau
semua orang tahu bagaimana air bergas dapat dijadikan sebagai pembersih tandas, penghilang karat dll. Disamping mempunyai kandungan gula yang sangat-sangat tinggi, obesiti, diabetes dan stroke bakal menghantui anda di fasa seterusnya. walaupun ianya diet coke ia tetap mempunyai kandungan gula yang tinggi.
mula gantikan air bergas ---> air sejuk + limau. limau mempunyai kandungan vit C yang tinggi selain sebagai anti-barah dan antibiotic. dan juga menyegarkan.


kesihatan di tangan anda.

p/s; sepatutnya bukan rokok je taruk gambar bayi gugur, junkfood pun kena taruk gambar orang diabetes, cancer or stroke
Images

Gadget yang memang berbaloi-baloi

aku memang suka kumpul gadget2 nih. tapi sebagai seorang pelajar membataskan aku untuk mendapatkan gadget terbaru. al maklumlah mafish fulus (takde duit dlm bhs arab). sebab tuh aku tengah kumpul duit daripada sekarang. bukan apa untuk kepuasan diri jugak.
gadget yang memang berbaloi-baloi dimiliki ialah:
kita mulakan dgn nombor 5 :

5

SET HOME THEATER


tak perlu lagi nak berebut-rebut beli tiket wayang. kalau pergi wayang pun mesti ada orang buat bising. so bila memilik Set Home Theatre nih, dengan screen yang besar dan suara yang WOW! pasti membuat kita tersenyum seorang diri

4
PS3

Yang ni tak payah cakaplah. dari kecik dulu aku mintak mak bapak aku belikan. tapi diaorang tak nak belikan, alasannya nanti tak belajar. dengan bentuk nya yg slim (siap boleh sorok bawah bantal kalau xnk kac org lain main) ps3 ini mempunyai banyak fungsi terbaru seperti online game, voice chat dan sebagainya

3.
3D HDTV
tak payah nak mengada-ngada pergi wayang. kat rumah dah ada home theater + 3D TV. LENGKAP!!! sambil menikmati masakan sendiri, boleh juga menonton cerita-cerita terbaru. bukan 2D tapi 3D!!!

2

DSLR

dslr nih dah popular dah sekarang. lebih puluh ribu orang dah pakai kat seluruh dunia. bak kata orang putih "a picture worth a thousand words". kita pun puas dengan hasil gambar yang kita tangkap.

1

Apple
bukan buah apple. tapi gadget keluaran Apple. bak kata mat salleh "technology in our hand" lah kalau pakai gadget2 nih. dengan ciri2 yang sangat terkini pada barangan Apple seperti iMac, iPhone, iPad, Time Capsule ianya pasti menjadi pujaan dan gilaan bukan sahaja anak-anak dara bahkan semua orang.