Images

cancer, diabetes, stroke...All in one

bagaimana cara sekalipun anda cuba, makanan tidak berkhasiat amat susah sekali untuk dihindarkan. Junkfood ada dijual di mana-mana. mula dari keluar rumah, di kedai-kedai, dalam perjalanan ke tempat kerja, mahupun di ruangan iklan. walaupunbagaimanapun anda boleh mengelak dengan menggantikan junkfood dengan makanan yang lebih berkhasiat.

nota
: nasihat ditujukan kepada ibu-ibu yang anaknya suka sangat makan makanan tak berkhasiat @ junkfood.
: juga sesuai untuk semua peringkat usia.

1. Popcorn beli ---> Popcorn buatan sendiri

di kawasan kampung-kampung lebih dikenali sebagai bertih jagung. pop corn di pasaraya @ di fun fair merupakan salah satu junkfood yang digemari kanak-kanak. Pop corn boleh jadi salah satu makanan berkhasiat sekiranya bahan-bahan masakannya dari sumber yang berkhasiat. Elakkan penggunaan butter dan gula secara berlebihan. adalah digalakkan ibu-ibu belajar cara buat popcorn. caranya senang dan mudah. search google untuk maklumat lebih lanjut

2. Gula-gula ---> Buah-buahan kering
gula-gula mempunyai kandungan gula yang tinggi. tambahan lagi tiada fiber, tiada mineral, tiada protein. pendek kata tiada zat. dari mengambil gula-gula (mengatasi mengantuk, bosan dll) lebih baik ambil buah-buahan kering di samping rasa manis nya masih ada ianya juga mempunyai kandungan serat yang tinggi. contoh: kismis, peach kering

3. French fries ---> Ubi keledek goreng
french fries digemari oleh manusia di seluruh pelusuk dunia. tambah-tambah lagi sekarang restoran makanan segera tumbuh bagai cendawan. french fries juga mudah di dapati di bahagian frozen di pasaraya berhampiran. walaupun rasanya sangat sedap tetapi ia mengandungi kandungan sodium kalori dan lemak yang tinggi. tidak hairanlah penggemar french fries sering mengalami simptom pening, loya dll. ubi keledek merupakan pilihan yang sesuai untuk menggantikan french fries. ianya manis, sedap dan berkhasiat

4. Ice cream ---> Yogurt
mengikut kajian satu scoop ice cream mengandungi 250-350 kalori dan kandungan fat yang tinggi. yogurt pula mengandungi hampir semua jenis zat seperti protein, calcium dll. juga mengelakkan anda dari mengalami jangkitan pada usus dan perut

5. Air Bergas ---> Air sejuk + limau
semua orang tahu bagaimana air bergas dapat dijadikan sebagai pembersih tandas, penghilang karat dll. Disamping mempunyai kandungan gula yang sangat-sangat tinggi, obesiti, diabetes dan stroke bakal menghantui anda di fasa seterusnya. walaupun ianya diet coke ia tetap mempunyai kandungan gula yang tinggi.
mula gantikan air bergas ---> air sejuk + limau. limau mempunyai kandungan vit C yang tinggi selain sebagai anti-barah dan antibiotic. dan juga menyegarkan.


kesihatan di tangan anda.

p/s; sepatutnya bukan rokok je taruk gambar bayi gugur, junkfood pun kena taruk gambar orang diabetes, cancer or stroke

4 comments: