Images

Kutip Pengalaman dari Sebuah Kehidupan

mesti kena ingat! hidup ini ibarat roda yang kekadang dekat atas, kekadang dekat bawah. ibarat cuaca yang kekadang hujan kekadang panas.

dari kehidupan yang engkau jalani jangan pernah endahkan setiap minit. belajar sesuatu dari setiap minit kehidupan. hidup memberi pengalaman yang tak ada dalam buku2 terlaris di dunia.
jangan ingat hidup engkau selamanya berada di atas. satu hari nanti Wajib jatuh tanpa engkau tahu dan sedar bila tarikh keramat itu. pada ketika itu, jangan terkejut bila musuh engkau mendabik dengan kejayaan mereka.

TAPI. jangan ingat kehidupan yang buruk selamanya buruk. itu sebabnya pengalaman itu penting. orang yang tak belajar dari pengalaman akan mengulanginya. bencana bukan?

pengalaman beri kekuatan untuk menghadapi hari-hari seterusnya. memberi aura positif sewaktu engkau jatuh dan bila mana engkau rasakan tak ada peluang untuk bangkit. jangan salahkan kehidupan jika hidup engkau yang paling teruk dan hidup mereka yang paling indah dan untung. hidup bukan pada saat itu sahaja tapi perjalanan panjang yang memerlukan manusia untuk memenuhinya. sesungguhnya engkau lah orang yang paling berjaya berbanding mereka.

apa yang perlu lakukan?
terima hakikat engkau makhluk paling hina di dunia. engkau bukan sempurna dan engkau hanya manusia biasa.
kesilapan di hari lalu dimuhasabah dan diperbaiki untuk hari seterusnya
belajar terima kekalahan tetapi bukan belajar untuk kalah
mengalah dengan manusia, tak pernah mengalah dengan dunia
lihat hidup mereka yang berjaya

mula mengatur langkah untuk mencipta hari-hari sempurna.
perlahan-lahan mengesot, merangkak kemudian berjalan SEMULA.
mula dari bawah SEMULA. rasa rendah diri SEMULA.
itu semua akan meletakkan diri di tempat engkau SEMULA.

4 comments:

  1. kdg2 kita kene berada dibawah spy bila kita berada diats, kita tak nah lupa kita pernah berada dibawah...

    ReplyDelete
  2. @iqbal
    thnks...utk kebaikn smue :)

    ReplyDelete
  3. @ ann
    btol tuh. dan tak pernah sombong dengan orang yg dibwh kite

    ReplyDelete