Images

Selesai Ujian Dunia

Syukur! tamat sudah segala exam, ujian, peperiksaan dan swaktu dengannya! Aku kini bebas! nak ajak keluar? jom!!! ahahaha...

Secara umumnya tahun 2 nih aku jatuh teruk. Prestasi menurun, konsentrasi terganggu. secara hakikinya aku tak tahu sebab apa aku sangat teruk tahun nih. ada beberapa sebab yang boleh disenarai pendekkan untuk aku perbaiki pada tahun depan.

bayangkan dalam satu semester tuh kau boleh tak tahu sebijik apa yang kau patut belajar! apa fungsi kau belajar? untuk ilmu kah untuk exam kah? untuk semester 4 nih, secara rekodnya aku telah mendapat markah terteruk dalam seumur hidup aku. dalam kelas blur2 sahaja. kuliah kadang2 ada kadang2 takde. dan perlu cover lebih 70 tajuk dalam masa sebulan. boleh buat aku jadi gila.

Syukur! semuanya berjalan lancar. masih memohon dan memohon pada Ya Rabb moga ada peluang untuk aku berjaya dengan cemerlang tahun ini. tahun depan? perlu usaha lebih dari ini!

p/s; doa untuk kejayaan kau dan aku

2 comments: