Images

Cari Berkat Dalam Hidup


sejak keluar dari perut ibu sampai masuk sekolah rendah benda yang paling senang dalam fasa hidup. tak payah nak pikir apa-apa. main saje setiap masa. bila dah akil baligh masuk alam remaja, daftar untuk sekolah menengah, kena belajar yang susah, masatuh baru tahu kompleks nya dunia nih. setiap benda yang dibuat perlu ada rasionalnya. setiap pilihan yang dibuat perlu fikir sedalam-dalamnya.

hidup nih tak boleh dikategorikan sebagai perkara yang sangat susah ataupun perkara yang sangat mudah. tapi tengah2. antara langit dan bumi kat situ HIDUP! hidup nih bukan setakat kau dah mencapai apa yang kau inginkan dan terus berpuas hati ataupun kau tak dapat apa yang kau cita-citakan lalu kau bunuh diri. nak hidup senang jadi khalifah DIA di muka bumi ini sebaiknya.

dalam hidup cuba cari berkat. bukan setakat ala-ala kadar ataupun sehabis baik saje. kalau ada berkat kiranya macam kau beli sebotol shampoo kau dapat percuma satu lagi. untung bukan? benda2 macam ni selalu manusia amik mudah. yang mereka tahu benda percuma!

macam mana berkat dalam hidup nih?
sebagai contoh;
situasi 1:
seorang pelajar yang dalam mode peperiksaan. sampai satu tahap kau dah malas gila nak belajar. lalu kau pun baringkan diri di atas tilam yang empuk dikelilingi anak-anak patung comel. lalu mata tertutup dibuai mimpi indah

situasi 2:
masih seorang pelajar dalam mode peperiksaan. sampai satu tahap memang malas gila nak belajar. lalu membaringkan diri di atas tilam empuk dikelilingi anak-anak patung comel. TAPI tetap gagahkan diri untuk membaca nota2. walaupun apa yang dibaca tuh tak masuk dalam kepala otak

apa perbezaan situasi 1 & 2 di atas?
terus ke situasi 2. walaupun tak masuk apa yang kau baca ketika itu dan kau masih tak dapat menjawab peperiksaan dengan sebaiknya tapi bila tengok keputusan peperiksaan, kau berjaya. kenapa? sebab usaha kau untuk membaca nota itu ada berkat disebaliknya.

banyak lagi 'berkat' yang perlu kau cari dalam dunia nih. cubalah cari dan kau akan rasa hidup tak sekompleks yang kau fikirkan satu masa dulu.

4 comments:

  1. mybe usaha dak tu menahan ngntuk dlm tuntut ilmu, tu yg terbayar kot tuk dpt keputusan yg elok..

    ReplyDelete
  2. kab ba ro kap ta alip nun,,,
    keberkatan huhu

    ReplyDelete
  3. @ann:
    yeah. itu slh satuu cbg keberkatannnnn:)

    ReplyDelete
  4. @slapmeplez
    npe nk slap plk??? hahaha
    pndi pun eja. anak sapa la nih:)

    ReplyDelete