Images

iklan tuala wanita


baru saja menonton "mentor musim 4" secara atas talian. al-maklumlah mana ada siaran malaysia kat egypt nih, iklan kat tv pun banyak da baru. di tengah2 itu ruang pengiklan untuk mempromosikan iklan mereka. pelik sampai 3 kali berterusan iklan yang sama. yang membezakan bahasa dan juga model dalam iklan berkenaan.

iklan pertama menampilkan Yuna, iklan kedua menampilkan 2 orang model yang aku tak kenal dan iklan yang ketiga menampilkan adibah noor. rupa-rupanya, semuanya sibuk mempromosikan tuala wanita terbaru di pasaran barangkali iaitu "Libresse".

nampaknya Yuna dah jadi 'satu peluang' untuk ditampilkan dalam promosi2 iklan oleh pihak pengiklan. almaklumlah banyak anugerah sejak kebelakangan ini. pada mulanya aku fikirkan iklan yuna nih berkaitan dengan iklan makanan/minuman. nah! sekali iklan tuala wanita.

yang aku tak tahan sekali masa adibah noor jadi model tuh. "mana ada 2 wanita sama"...hahaha
aku pikirkan iklan apa, sekali iklan tuala wanita lagi. yang tak boleh blah tuh masa adibah noor cakap "paham2 lah"...hahaha...tergelak aku sorang diri...iklan camtuh pun boleh lepas erk. macam2 pengiklan sekarang. makin 'kreatif'!

"lebar di depan, tirus di tengah, berbelah di belakang" Libresse. Cubalah!

0 comments: