Showing posts with label politik. Show all posts
Images

Isu BERSIH Malaysia

semalam ada beberapa kenalan bertanyakan pendapat aku tentang BERSIH di Malaysia. Tanya mereka lagi kenapa tiada komen atau update tentang BERSIH nih kat blog aku. sebab sebelum ini kalau ada isu politik, cepat cepat aku akan keluarkan pendapat.

Bagi aku, aku dah malas dan 'fed up' untuk mengambil tahu cerita cerita politik kotor manusia. Yang sebelah sini ada agenda tersendiri. Yang sebelah sana ada agenda tersendiri. Maka manusia yang konon kononnya setia, menjadi boneka kepada dua dua kepala 'gila dunia' ini.

Biarlah apa nak jadi. selagi Malaysia tiada peperangan sampai beribu dan beratus orang terkorban bagi aku itu masih aman.

2 pendapat aku:

a) kita mesti respek pandangan orang lain. Sekurang kurangya belajar respek. Kau ada pandangan sendiri dan dia ada pandangan sendiri. Mungkin dia datang dari latar belakang yang berbeza buat dia pilih jalan yang berbeza & dia ada cara berbeza untuk suarakan pendapat dia. Respek!

b) Kalau satu satu perkara yang hendak diperjuangkan tidak menampakkan hasil yang terang, jelas & nyata (hukum izhar halki). Maka tukarlah strategi. Bila manusia selalu sangat tonton drama & filem yang sama akhirnya penonton jadi cepat muak dan cepat bosan.

dalam kedua dua pendapat aku cuba jauhkan sifat obses dan terlampau. itu sahaja.


p/s: manusia di jalanan. manusia di pejabat. sama sama dahiat.
p/s/s: post aku sebelum ini yang bertajuk Bersih (dengan nombor) bukan pasal isu BERSIH. itu cuma hasrat hati yang BERSIH :P


Hafeez Darraji


Images

Permasalahan PCM.

Sebelum membaca isi kandungan seterusnya. Sila buka hati seluas-luasnya, dan berfkir dengan hati yang terbuka. Berikut hanya merupakan pendapat peribadi dan tidak dipengaruhi atau mempengaruhi mana-mana pihak.

tengah-tengah stalk orang kat fb aku terlihat satu video yang bertajuk "SURVEY PCM 2010-2011: Permasalahan ? " untuk pengetahuan orang ramai PCM (Perubatan Cawangan Mansoura) bakal melalui 1 pilihan raya untuk memilih ketua baru. Mesir nak buat pilihan raya dia pun nak buat.



Pada pandangan aku secara umumnya, permasalahan pelajar di Mansoura datang dari latar belakang yang pelbagai. sudahlah begitu, tak semua pelajar berperangai sama. Jadi kerana itu, penyatuan menjadi masalah utama yang tak sudah-sudah dari dulu.

1. KEnapa penyatuan tak settle?
katanya terdapat banyak persatuan di Mansoura. Boleh pakai? Sebenarnya dengan kewujudan banyak persatuan, pelajar-pelajar sepatutya dapat more benefit. takde keburukan dengan wujudnya banyak persatuan di Mansoura.
Kenapa saya kata alasan tuh tak boleh pakai? Setelah berapa tahun organisasi GMMSC tidak wujud, paling akhir tahun 2009/2010. dan beberapa persatuan yang wujud juga sudah tidak aktif sejak itu. Tapi selepas itu ada atau tidak hasil penyatuan dari PCM? tepuk dada tanya selera.

2. Ramai orang takut dekati PCM
PCM yang katanya bertanggungjawab mendekati pelajar dan menjaga kebajikan mereka secara keseluruhan. kalau orang takut dekati PCM bagaimana objektif itu hendak dicapai? sampai ketika masuk majlis PCM kita rasa sangat asing sekali.

3. Oranisasi PCM datang dari dari golongan mereka sendiri
satu soalan. PCM milik semua bukan? kalau jawapannya YA, saya tak nampak dalam organisasi mereka itu. Berani saya katakan Exco2 PCM semuanya datang dari golongan mereka sendiri. dah ikut Mubarak nak pakai sistem warisan? Timbul pulak soalan, ada hari pencalonan, kenapa kau tak calonkan calon?
Jawapan saya ringkas. Sila rujuk num 2.

4. Slogan
Kalau tengok di laman web JPC mansoura. Setiap calon-calon mempunyai slogan sendiri. ada juga antara mereka yang slogannya tak masuk akal langsung. atau mungkin tak jelas. Lihat sahaja slogan calon Pengerusi. "kemenangan satu, kemenangan semua" & "Mahasiswa Ideal, pencetus transformasi". Pada fikiran anda, apa agaknya yang mereka hendak perjuangkan dalam komuniti Mansoura? Dan kalau kita lihat slogan-slogan ini hanya gah ketika hari berkempen tapi setelah tamat tempoh atau tiba pilihan raya sesi baru, slogan itu tidak tercapai walau sedikitpun.

5. PERUBATAN & PEMRAM
Bagi mereka yang tahu latar belakang PERUBATAN dan PEMRAM. itu juga salah satu sebab dan asbab mengapa dan kenapa

Solutionnya apa? jawab dan tunaikan sahaja persoalan-persoalan di atas.

p/s; hanya pendapat peribadi. kalau mahu baca silakan, kalau tak mahu baca, anda tahu mana yang perlu di click.
Images

Emansipasi

sayang. bila negara lain hura hara dek demostrasi Malaysia sibuk promote demokrasi seperti yang diamalkan Malaysia. Padahal negara sendiri bukan amalkan demokrasi pun. Pelajar Universiti tak boleh participate dalam politik. nak dibandingkan kepala otak belia nih lagi kreatif dan bernas berbanding politician yang dah tua dan menopause. Peranan belia dalam negara dah dihadkan sebab tuh graduan diploma last-last kerja Pak guard je. Ini ke demokrasi?
Guru-guru pun tak boleh terlibat langsung. Kalau terlibat diugut dengan dibuang kerja serta merta. siapa tak takut? ingat balik perjuangan Melayu mendapatkan kemerdekaan, majoritinya datang dari golongan guru dan pendidik. sekali lagi, ini ke demokrasi?

Kalau dah tak boleh sepakat dengan alasan parti kau dan aku berbeza. amik inisiatif keluar parti masing-masing dan berpakat tubuh parti baru. tarik balik sokongan orang melayu. Wujudkan negara yang betul betul Islamic dan berkebajikan. Kekalkan Perlembagaan lama, hak bumiputra atas tanah melayu. Bukan berniat racist, tapi asal usul jangan lupa. "Masuk kandang kambik mengembek, masuk kandang harimau mengaum", itu je. Bukannya hak kau 100% dinafikan tetapi keistimewaan diberikan kepada kaum, pemilik asal tanah melayu.

p/s; ingat kita takut? apa mengarut!




Images

Tercemar Imej Al Azhariyun

"Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga"

Semua sedia maklum bahawa penuntut yang menuntut di Universiti Al Azhar semuanya dalam jurusan Pengajian Islam. Ada sebilangan yang mengambil perubatan tapi mereka ini sedikit sahaja bilangannya. Sebut sahaja belajar di Universiti Al Azhar, pada pandangan pertama ramai yang kagum bukan kerana ilmu yang mereka ada tetapi status sebagai penuntut Al Azhar. Mudahkan untuk buat orang lain kagum dengan diri kita? cuma masuk Universiti Al Azhar.

Yang terbaru wujud page "Bantah Maksiat di Mesir (BMM)". Sungguh memalukan! cara pemilik BMM menyuarakan bantahannya dengan mendedahkan keaiban orang lain. Sudahlah memaparkan gambar yang rata-ratanya penuntut Mansoura di tambah lagi pemilik BMM mengambil gambar-gambar tersebut tanpa izin. Yang peliknya gambar beberapa orang penuntut lelaki sedang melepak pun turut disiarkan.

Kecoh malam tadi. Banyak panggilan telefon yang saya terima menyuruh untuk melihat page BMM dan ada pula yang meneka-neka siapa pemilik page BMM. Sebentar tadi, ada seorang sahabat mengatakan perkara yang sama sudah kecoh di Universiti di kalangan penuntut Melayu. Lantas ada yang meneka yang page BMM di buat oleh PMRAM, ada juga yang meneka Ustaz-Ustaz Azhar dan mungkin ini perbuatan khianat oleh penuntut PERUBATAN sendiri.

Harus siapa yang hendak dipersalahkan di sini?

Perbuatan 'baling batu tangan di sorokkan' sudah lama menular di kalangan 'pak-pak kopiah' di bumi Mesir ini. Sejak dari tahun pertama saya di bumi Mesir sehingga sekarang apa yang ada hanyalah kontroversi jalang dan murahan puak-puak KECUT di blog dan facebook. Lantas apa solusi yang dapat dicapai? yang dapat dicapai hanyalah pergaduhan dan kata-kata nista yang membawa kepada perpecahan. Tidak pernah lagi ada pihak yang sanggup turun padang duduk bersama dengan penuntut ini dan membincangkan perkara ini secara mata ke mata. Yang ada menyalahkan 100% penuntut perubatan. Habis sampai bila isu ini dapat diselesaikan?

Saya sudah jelik dan muak dengan isu-isu ini. Bila disuruh berdakwah secara berhikmah nanti dikatanya 'kau tuh budak medic mana tahu apa-apa pasal agama'. Saya puji dan menyanjung tinggi golongan yang dalam ilmu agamanya. Saya akui tanpa bimbingan ibu bapa dan ahli keluarga di Mesir sedikit sebanyak ada kesilapan yang kita lakukan dan jika tiada orang yang mengingatkan sudah tentu hidup lebih jauh menyimpang dari paksi TAKWA. Jangan pula golongan 'pengingat' ini 2X5 sahaja dengan orang yang lalai. Sibuk membantah itu ini, cakap pasal ikhtilat, cakap pasal maksiat tetapi si 'pengingat' sendiri buat pekara yang sama. Akhir sekali ditangkap kerana kes "Guru Agama Mencabul pelajar bawah umur." HIPOKRIT! MUNAFIK!

" buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
kami budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan. "

Akhir kalam Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Images

Bunyi Bertih Jagung Digoreng

pernah dengar bunyi bertih jagung digoreng? kalau tak pernah cuba dengar bunyi bertih jagung digoreng. bagai bunyi bertih jagung digoreng adalah perumpamaan melayu yang membawa erti bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti henti. itulah juga apa yang terjadi sejak berlangsungnya tragedi 'maksiat' Medic Got Talent 5.5.2011 tempoh lalu. Tak berhenti-henti; ada sahaja page, blog yang secara ikhlas mengiklankan program Medic Got Talent ini ke peringkat seterusnya.

Penulisan ini bukan bertujuan untuk menempelak mana-mana penulisan sebelum ini apatah lagi ditujukan kepada penulis-penulis berkopiah yang khusus. Penulisan ini layak dilabelkan hanya sebagai tontonan umum sahaja.

Berkenaan isu Medic Got Talent ada beberapa penulisan yang saya baca katanya Program Maksiat; pesertanya membuka aurat dan menayangkan aksi menghairahkan. Dikatakan lagi ada peserta dan penonton bercumbu-cumbuan sehingga membawa kepada persetubuhan. Ada juga mengatakan antara sebab lahirnya lambakan Doktor yang tidak berkualiti. tak di lupa ada juga yang terus melabelkan tempat Medic got Talent berlangsung yakni di University of Mansoura adalah lembah maksiat dan tidak digalakkan untuk melakukan ziarah ke situ. Ini satu tuduhan yang keras yang sepatutnya ditimbang kerasionalannya sebelum tuduhan ini dilemparkan.

“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah ”

Satu persoalan yang hendak saya bawa untuk sama-sama kita fikirkan. Adakah kerana pelajar ini menyertai Medic Got Talent maka mereka ini celaru identiti? dan adakah disebabkan penyertaan mereka terus dikatakan mereka bakal menjadi seorang Doktor yang tidak berkualiti tetapi hanya kuantiti semata-mata? Never Judge a Book by its Cover, dalam Islam juga ada mengajar umatnya bersangka baik bukan?

“Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta”

-HR. Muttafaqun alaihi.

Seperti yang semua maklum, sejurus tamat tempoh pengajian pelajar perubatan maka pelajar-pelajar ini akan menyambung bakti mereka sebagai seorang Doktor. Semua orang tahu itu. Pelajar perubatan sama sahaja seperti pelajar pelajar dalam jurusan Pengajian Islam, Kejuruteraan, Undang-undang dan sebagainya. Semua mereka ini adalah golongan yang menjadi harapan masyarakat di masa akan datang. Tetapi tak semua yang kita rancang menjadi kenyataan. Akhirnya wujud di dada-dada akhbar mengatakan Ustaz merogol anak murid, peguam menerima rasuah, doktor menyalahgunakan lesen ubat-ubatan dan sebagainya.

Adakah ini golongan yang tidak berkualiti dan kuantiti semata-mata?

1. Mansoura yang dikatakan lembah maksiat sebenarnya hidup dengan pengisian rohani tersendiri. Ada kelas-kelas pengajian agama yang giat dijalankan untuk pelajar perubatan di setiap hujung minggu. Ada juga diantara mereka yang 'jahil agama ini' mengadakan usrah di setiap hujung minggu dengan pengisian seperti solat berjemaah, tadarus al-quran dan juga tazkirah. ada juga usaha pelajar membuka perpustakaan dan memberi pinjam buku-buku agama miliknya kepada pelajar lain. Sewaktu Medic got Talent tempoh hari juga ada beberapa senior mengajak sahabat dan junior lain untuk menunaikan solat Maghrib di surau berdekatan. Riadah-riadah bagi memantapkan ukhwah sesama sendiri masih menjadi tradisi setiap hujung minggu di Mansoura.

2. Menyentuh kepada persoalan kualiti. Dalam Kamus dewan bahasa perkataan Kualiti membawa erti 'Darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi'. Maka jika seorang manusia itu boleh menguasai lebih dari satu bidang maka ini juga dipanggil KUALITI. Ahmad cemerlang dalam ilmu kedoktoran dia KUALITI. Ahmad boleh menguasai bidang muzik dia KUALITI. Ahmad cemerlang dalam masakan dia KUALITI. Kalau diletakkan kata hubung maka ayatnya menjadi seperti: Ahmad cemerlang dalam ilmu kedoktoran, bidang muzik dan masakan. Dia seorang yang BERKUALITI.

Siapa yang tidak kenal pada Al-Farabi. Beliau seorang Ilmuan Islam yang tersohor dan terkenal dengan kemahiran dalam banyak bahasa, cabang ilmu dan muzik. Tambahan beliau yang mencipta alat muzik yang diberi nama gambus. Walaupun begitu Al Farabi mempunyai pengetahuan yang sangat luas dalam ilmu perubatan.
Al Khindi Bapa Falsafah Islam juga mempunyai kemahiran dalam bidang muzik dan perubatan.
Al-Harth ibn Kaladah merupakan seorang Ahli Perubatan Islam paling awal. sempat bersahabat dengan Rasulullah dan 4 Khalifah juga merupakan pencinta muzik dan berkebolehan dalam Muzik.
Menurut kajian yang dilakukan Tony Buzan, seseorang yang boleh bermain alat muzik mudah mempelajari sesuatu berbanding orang yang tidak mengetahuinya.

"Bukankah 1 keuntungan jika seseorang itu boleh menguasai bidang selain yang di pelajarinya sahaja??? Dianalogikan produk shampoo di sebuah pasaraya. Produk A sama kualitinya dengan produk B, tetapi produk B ada promosi 'beli 1 percuma 1' lalu yang manakah kita semua akan pilih??? Ditambah lagi produk B menyatakan 'dengan setiap pembelian RM 2 akan diinfakkan kepada rumah anak yatim' lalu yang manakah terus kita semua akan pilih? Begitu juga dalam apa-apa jua bidang sekalipun tidak kisah perubatan, kejuruteraan, pengajian islam, undang-undang dan lain-lain. Dan tidak inginkah kita melihat di masa akan datang ada diantara kita menjadi sehebat tokoh-tokoh seperti Al Farabi, Alkhindi yang mempunyai 1001 penguasaan dalam pelbagai bidang?"

3. Bagaimana untuk kita mahir dalam sesuatu perkara? Jawapan saya: Praktikkannya selalu. Anda Setuju? begitu juga dalam apa perkara yang kita lakukan. dalam kerjaya seorang doktor sosial network dan communication skil merupakan item atau skil yang amat penting. ini kerana doktor akan berhadapan dengan pelbagai orang yang berlainan latarbelakang, masyarakat, pendidikan, karenah dan sebagainya. Oleh itu, pelajar perubatan yang hanya 'duduk di bawah termpurung' tidak akan mampu survive dalam bidang kedoktoran. Tak percaya tanya doktor-doktor yang anda kenali. Skil ini dipupuk dalam pelbagai cara seperti pergaulan harian, perkongsian bakat, cara percakapan dan pertandingan. selain itu,

"Pengalaman tidak dapat dibeli dari buku-buku terlaris melainkan melaluinya sendiri"

"Communication - the human connection--is the key to personal and career success."
Paul J. Meyer

4. Ada pelbagai cara manusia melepaskan kepenatan setelah penat melakukan sesuatu pekerjaan. Begitu juga pelajar perubatan yang juga merupakan manusia seperti anda. Kami melakukan aktiviti harian yang sama seperti anda. Anda makan, kami makan. anda mandi, kami mandi. Setelah penat belajar maka kami memerlukan sesi 'release tension'. Maka menyanyi, bermain snuker, bowling, bermain game, berjogging, memasak, berjumpa rakan-rakan, berchatting, melepak, menonton movie; semua ini kami lakukan untuk menghiburkan hati setelah penat menghadam ilmu physiology, anatomy, pharmacology, biochemsitry, dll. Kalau tiada sesi release tension maka semakin menaiklah graf pesakit mental di kalangan pelajar perubatan dan doktor khususnya.

Akhir kata janganlah dipandang hina anak-anak mama dan papa di Mansoura ini. Semuanya berusaha menjadi yang terbaik buat diri, agama, bangsa dan negara. Penat lelah dan usaha yang dilaburkan dicalar oleh manusia yang hanya pandai bercakap tetapi tidak merasai sendiri ranjau dan onak yang dihadapi pelajar perubatan ini. Kata-kata yang dihamburkan bukan sahaja di rasai oleh pelajar perubatan di Mansoura tetapi juga anak-anak Melayu yang mengambil perubatan di seluruh dunia. Kami sangat menghormati anda seperti mana manusia lain, jangan sampai satu masa penghormatan itu kami sarungkan ke tapak kaki kami.

p/s: Jangan jadi seperti ibu ketam yang mengajar anak ketam berjalan lurus.
Images

resah manusia

politik dunia sekarang dah semakin bercelaru. propaganda media massa bukan kerana tanggungjawab tapi wang dan gelaran semata-mata. demi harta dan kuasa inilah manusia sanggup buat apa saja. fahaman mereka, tidak ada yang paling baik selain diri atau kelompok mereka

untuk apa semua ini?

ambil contoh suasana politik malaysia.( sibuk-sibuk nak pergi berjuang untuk palestin tapi negara sendiri carca marba). dek keadaan ini, tempias nya mengena sehingga dlam organisasi masjid yang dipandang mulia itu sendiri. kecoh berebut jawatan pengerusi masjid, penceramah tak boleh ditegur ada juga bekas mufti memberi pendapat mengikut hawa nafsu sahaja.

jangan nak putarbelitkan sesuatu perkara, jika kita menyokong satu-satu pihak jangan sesekali menulis menggunakan nama yang umum. nanti pendapat dan luahan mengikut perasaan dan hawa nafsu semata tanpa ada rasionalnya. akhir sekali berlakulah sepeti media massa yang tanggungjawab utamanya sudah beralih kepada wang dan kuasa.
Images

Keluar, Lihat Dunia!

aku bukan suka sangat nak kutuk2 orang nih. yela orang kate aku nih jahil, xdela bagus sgt, tak taw pape pasal protokol. wah2! mereka kenal kah aku? kita pernah lepak minum sama2 ke? samalah cam orang2 duk kata orang yang pakai serban tuh terorist, padahal orang yang pakai serban tuh ar alim sekali.

orang duk kata aku memecah belahkan, orang duk kata aku berat sebelah. Bila kita tak tahu cerita sebenar, kita boleh cakap ikut suka kita. pernah main 'telefon buruk' masa kecik dulu? di mana buat satu bulatan dalam 10 orang, then orang pertama bisik satu ayat kat orang kedua, orang kedua bisik kat orang ketiga dan sampai orang yang ke10. akhir sekali suruh orang ke 10 tuh cakap ayat apa yang dia terima. nah! ayat orang ke 10 cakapkan berbeza sekali dengan ayat orang pertama. macamtuh gak la dgn kes liwat Anwar dengan Saiful. macam mane korang taw Si Saiful tuh betul2 fitnah Anwar? dan camne korang taw Si Anwar tuh mereka2 cerita?

Keluar dari kepompong wahai rama2! Jangan bila hujan sahaja baru nak keluar dari tempurung wahai katak! Keluar dari kelompok sendiri dan lihat dunia luar. Jangan takut risiko, jangan takut kegagalan. sebab kita belajar dari kegagalan. Bersosial dengan orang bukan dari golongan kita jangan sebab dia tak sealiran dengan kita, kita merendahkan dia, langsung letak ke tepi.

ini orang kata, bukan aku kata "jangan beredar dari seseorang sehingga kita belajar sesuatu daripadanya".
dan ini pengalaman bukan permainan; seorang jurujual bertekad menghabiskan barang jualannya sebanyak 100 set pada hari ini juga. Tetapi dia tidak akan berjaya menghabiskan barang jualannya dengan hanya bertemu dengan 100 orang. Dia perlu bertemu lebih daripada itu, 200, 300 dan seterusnya. Kalau dalam 100 orang yang dijumpainya dan hanya 20 orang yang membelinya maka secara puratanya dia harus bertemu dengan 500 orang untuk menghabiskan barang jualannya.

bila kita keluar dari keselesaan kita, kita bercampur dengan orang. baru kita dapat tahu sendiri cerita sebenarnya macam mana. dari situ baru kita boleh menilai dan membuat sesuatu rumusan. dalam penulisan aku, aku tak pernah mendedahkan nama orang2 tertentu, sapa makan cili dia rasa pedas sendiri dan bila pedas mesti cari air untuk hilangkan pedas, dan kalau dah pedas tuh tapi takde tindakan nak hilangkan pedas. Itu Luar Biasa Hebat!

semoga kita semua mendapat kejayaan dalam peperiksaan nanti

apa2pun "hidup indah dengan iman dan islam"

p/s: pakai otak la der...heeee :)


ahmad afiq bin mohd rozain
syarik rabik
0119163741
Images

jangan pakai purdah untuk menutup kejahatan



JANGAN PAKAI PURDAH KALAU NAK WAT KEJAHATAN!
kamu2 yang pakai purdah tuh, kenapa? marah ke tajuk blog aku camtuh? sorila, at least korang boleh cari aku and cakap ngn aku yang benda tuh tak elok. Cuba kalau blog nih aku rahsiakan nama! camne korang nak cari aku???? terpaksa la korang memendam rasa marah itu sahaja, kan3?

ok katakan kalau ade 2 geng. satu geng pakai purdah and satu lagi geng tak pakai purdah.
Geng2 pakai purdah nih dah panas la kan, sebab blog nih cam mengutuk diaorang. Manakala,
Geng2 tak pakai purdah nih menyokong penulisan blog nih atas alasan2 tertentu!
Katakan sekali lagi, korang tak kenal siapa penulis blog nih. Sebagai contoh aku taruk nama profile aku "hang jebat". Abes tuh, korang pun tak kenal sape Hang Jebat nih, tgk gambar profile, taruk gambar orang lain, profile semua takde clue.

Bergaduh lah geng2 purdah nih dengan geng2 yang tak pakai purdah, Geng2 yang pakai purdah nih sibuk menuduh si A dari Geng tak pakai purdah yang wat blog "hang Jebat" kerana kononnya Si A nih asyik mengutuk geng2 pakai purdah. Si A nih pula tak puas hati la kena tuduh membabi buta, dia attack balik Geng2 pakai purdah nih!!!

Abes tuh sampai bila nak settle menda nih? Yang salahnya bukan geng pakai purdah dan bukan juga geng tak pakai purdah. Yang Salahnya si "hang Jebat' penulis blog tuh. sebab penulisan dia, berjaya memecahbelahkan umat dan juga menimbulkan perbalahan antara 2 geng nih.

JANGAN DAYUS WAHAI SI JEBAT!!! kl nak diikutkan kau juga pengkhianat pada zaman kesultanan melayu melaka dulu.
Sampai bila nak menyorok, asyik2 baling batu tangan menyorok. orang sibuk bergaduh kau pula happy menyorak!
Orang kata kalau kau ada TELUR mengaku je, taruk nama sebenar, gambar sebenar. Kita berentap kita tengok keris sapa lagi tajam!
Apa Kejadahnya kau Jebat! sejarah takkan sama, jangan ingat kau hebat zaman dulu kala kau tetap hebat. Orang dah tak pakai keris dah JEBAT, orang pakai pistol dah sekarang.
Jangan nak mengutuk atau menjatuhkan orang tanpa guna nama sebenar! PENGECUT namanya, TAKDA TELUQ! PONDAN, takkan JEBAT PONDAN kot!!!! ahahahhaha...

Tak payah bersembunyi JEBAT, kau keluar jerk. Kalau kau takut JAKUN dengan kecanggihan zaman sekarang, aku bole tunjuk ajar kan!

tapi aku tak salahkan orang pakai purdah pun, yang mana niat ikhlas ALHAMDULILLAH. Ini just perumpamaan atau kiasan yang sama waktu dengannya.

pandangan peribadi,
AHMAD AFIQ BIN MOHD ROZAIN
semester 4, Mansoura Manchester
Syarik Rabik
0119163741
Images

apa ini semua???

belum selesai isu panas berkaitan email 'misteri' dari seorang parent yang mendesak pihak GMN membatalkan Annual Dinner Gmmsc kerana dikatakan pemenang Lucky Draw (seorang lelaki & seorang perempuan) akan mendapat sebuah bilik bersama di Hotel Ramada. Kini muncul pula 'isu' terbaru "gmmsc sial" dan "Hairi Tanta".
apa lagi yang dimahukan oleh pihak2 terbabit dalam membangkitkan isu2 ini. Isu2 yang mengarut dan berniat untuk menjatuhkan persatuan lain.
bak kata pepatah "baling batu, tangan menyorok". dengan menggunakan nickname "gmmsc sial" secara tidak langsung menjatuhkan maruah dan kredibiliti gmmsc itu sendiri.



*klik imej untuk paparan lebih jelas

bila penulis menghubungi num yang terkandung dalam komen "Hairi Tanta" rupa2nya num itu tiada dalam perkhidmatan. cuba try kl tak percaya!
Blog yang dikatakan milik Persatuan hebat dan masyhur di Mansoura yang dengar katanya ISTIQAMAH dalam menegak makruf mencegah munkar, dijadikan tempat untuk memalukan dan menjatuhkan pihak lain. Sungguh memalukan, ibarat Gajah sama Gajah bergaduh, Semut mati ditengah2. Gunala medium lain, jangan gunakan medium berpengaruh untuk menjatuhkan orang lain. Secara tidak langsung menggambarkan keperibadian buruk kepada blog dan persatuan tersebut.

apa kejadahnya semua ini? siapa yang sebenarnya dalang kepada semua ini? apa tujuan mereka sebenarnya?

sekian, terima kasih.

ini pandangan peribadi ahmad afiq bin mohd rozain.
semester 4, Mansoura Manchester
Syarik Rabik
0119163741
Images

.::bila orang politik bercakap tentang agama::.

susulan daripada "ahli UMNO tak akan masuk syurga" yang hingar bingar di akhbar Utusan bangsat beberapa hari lalu. ini semua gara-gara Tuan Guru Nik Aziz yang membuat kenyataan berikut telah menyebabkan semua yang kroni2 yang terasa ibarat ditusuk keris ke ulu hati terus membuat kenyataan peribadi utk disiarkan di surat khabar No 1 Malaysia, Utusan Malaysia...
"Tuan Guru sesat"
"Tuan Guru mesti bertaubat"
"tuan Guru berdosa besar"
"tuan Guru penipu kuat"
"tuan Guru penyeleweng Agama"
dan banyak lagi kenyataan2 yang dilakukan berikutan ketidakpuashatian pihak2 tertentu.
apa yang diaorang tahu halal, haram, dosa besar, masuk neraka, tak masuk syurga. bila disuruh mengamalkan agama islam, disoal tentang hukum2 islam semua lari, semua senyap. bila ditanya tentang masalh umat di malaysia semua pakat cakap "kita ada ulama' lebeih baik kita rujuk mereka", pandai pula bercakap. abes nak menentukan seseorang berdosa ataupun sesat boleh pula....

bukan itu sahaja, tidak sampai beberapa hari keluar pula Fatwa mengatakan kenyataan Tuan Guru menyeleweng dari agama Islam. "memfitnah itu lebih bahaya dari membunuh", mana pergi kekuatan ayat ini dlam surah al baqarah??? tak rujuk kepada Tuan Guru terus siarkan yang Tuan Guru menyeleweng. menunjukkan kepada kita kemungkinan ada sedikit bias dalam organisasi fatwa masa kini. kl suami orang kuat fatwa tapi isteri di rumah sidai baju depan rumah pon tak menutup aurat ape cerita!!!!

pikirlah doe gune kepale otak, blaja tinggi2 jadi org besar2 tak gune gak kl otak tak gune!!!

buka mata hati, tutup mata dengki...

P/S;bukan memihak sesiapa cuma luahan rase.
1mALAYSIA, islam didahulukan, akhirat diutamakan...

viva la vida,

aphids