aku terbaring lesu. tak perlu keluarkan sedikit tenaga untuk mendapat penat sepenat tenat. laju jantung bedegup. sakit hati melara. semua orang sukakan kau. bukan macam aku. seperti potret mahal yang tak laku. tak guna kalau mereka sanggup berdiri lama. melihat lukisan selama-lama. dengan pujian berkata-kata. akhirnya aku masih tetap di sana. aku malas berharap. aku mahu berhenti berharap. bukan aku yang melukis. aku hanya hasil lakaran minda dari Sang Pencipta. tak perlu kau fikir lama-lama. aku lebih rela tersadai di setor lama. daripada menjadi bual kata manusia yang pandangnya melalui ekor mata
wah! potret lama.
ReplyDeletenice post, power betul.