Syukur !
Sudah tertutup tahun 2012, dan hey tahun 2013 aku datang !
Sepertimana di awal tahun penuh kegembiraan bersama kawan dan keluarga, pengakhiran 2012 ini lebih bermakna. Walaupun keadaannya tidak sama, tetapi kemanisan itu berganda. Mari ramai ramai, 'puji dan syukur pada Illahi, anugerahNya tiada terhingga...'
Kamu tahu tahun 2012 ini tahun kegemaran aku, segala pengalaman dan sentuhan orang orang sekeliling memberi pengajaran, membawa aku ke ruang yang kurang aku gemari iaitu kedewasaan ;D
'It doesn't matter how fast you are going, as long as you are making progress.'
Progress.2012?
Satu benda yang paling aku bangga.
Pokoknya walau kita hidup pada dunia yang sama, walau kita menerima kegembiraan ataupun dugaan yang sama tapi kita mendapat dan belajar sesuatu yang berbeza. Apa yang lebih baik daripada memberi yang terbaik untuk diri sendiri? demi kepuasan peribadi.
Letaklah tujuan dalam hidup sendiri. Tidak kira susah atau senang kita pasti mampu terus 'survive' jika punya tujuan. Realisasikan tujuan dan yang lain akan datang dan tiba dengan sendirinya.
Apakah tujuan hidup yang sebenarnya? Cinta? Kahwin? Lepak? Berseronok? Belajar? Kerja?
Bagaimana kita mengatur perjalanan untuk mencapai impian atau perkara yang sudah lama kita impikan?
Menggapai dan merealisasikan setiap 'childhood dream' satu masa dahulu.
Bagi aku itu perkara terpenting.
Aku? Selalu mengimpikan di awal alam pekerjaan masih terus gagah memegang status bujang, punya rumah dan kereta sendiri, berjogging di taman setiap pagi hujung minggu dan bersarapan dengan ditemani tompok tompok peluh pada baju. antaranya.
Aku percaya, kalau kita beri ruang dan peluang kepada diri sendiri sepenuhnya satu masa nanti kita tidak akan pandang masa silam dengan sia sia. Perjalanan masa depan selari seperti yang kita idamkan ditambah lagi kejutan yang hadir pada setiap perjalanan itu. Tiada kata dapat menggambarkan situasi itu nanti
Tujuan sudah dipenuhi,apa lagi yang kita mahu?
Teruskan mencari kegembiraan dan kebahagiaan bagi diri kalian. Aku sentiasa doakan kamu, kamu dan kamu yang dirundum duka akan beransur pulih dengan kemolekan yang lebih bahagia. Tapi kalau hati kalian masih lagi kosong walaupun banyak kegembiraan di sisi, tanyalah diri kalian samada kegembiraan itu palsu atau berpura pura. Berhati hati jangan sampai terperangkap.
Abadi pada Tuhan
Persembah pada bonda berdua
Masyhur buat kekanda dan adinda.
Assalamualaikum 2013.
p/s: Terima Kasih kerana terus membaca :)
salam kasih,
Hafeez Darraji