Images

Greatness

aku ada satu diari (bukan diari sangat pun lebih kepada organizer, sebab diari untuk perempuan je :D) yang aku percaya salah satu benda penting yang wajib ada untuk diri aku. itu dulu. tapi kepercayaan aku itu terbantut sampai ke matrikulasi sahaja, keluar matrikulasi aku percaya smartphone lebih compatible dan mudah untuk dibawa ke mana mana. Jadi, aku berhenti membawa organizer ke mana mana dan angkat satu smartphone yang pasti akan aku bawa ia ke mana mana.

cukup cerita smartphone, kita fokus pada cerita diari/organizer tadi. dalam diari/organizer tuh banyak menceritakan tarikh tarikh penting dalam hidup aku dari tingkatan 3 sampai habis matrikulasi. dari alam cintan cintun tali kecapi cinta terbang patah hati kemudian kisah ligament lutut kanan aku putus terus ke cerita aku wakil itu dan ini di sekolah, aku pergi conference sana sini di matrikulasi dan achievement sepanjang zaman, target yang hendak aku capai 10 tahun akan datang dan banyak lagi. 

tak perlu aku nak cerita details apa yang berlaku kan, yang aku nak tekankan beberapa target yang hendak aku capai 10 tahun akan datang tuh. Target tuh aku tulis sejurus sahaja keluar matrikulasi, sementara menunggu tawaran menyambung pelajaran. ada target yang BESAR telah aku tulis. dan sejak dari tarikh itu, hari ini sudah 5 tahun tempoh itu berjalan dan tinggal 5 tahun lagi. 

Untuk sekarang ini aku sangat berpuas hati kerana hampir 50% target yang aku sasarkan telahpun tercapai. more or less nak mencapai target/kemahuan itu bukan semudah yang disangka. Hanya aku sahaja yang tahu berapa banyak celaka dah aku temu, berapa banyak mulut laser dah menembak ke muka, berapa banyak lif yang aku ambil kebanyakannya stuck kat tingkat entah berapa dan ada satu satu masa kau rasa kau tidak layak untuk perkara yang kau impikan dan semakin kau cuba berdiri ada satu daya yang menolak kau duduk semula. Itu Hidup.

50% lagi target aku rasa tak realistik untuk dicapai dalam masa 5 tahun akan datang. sebab itu semua realistik untuk dicapai masa aku dah kerja sekurang kurangnya berpuluh tahun nanti. Kata pun target, selalu main tulis je tak pakai otak. Samada kau boleh cabar diri atau tidak. Itu sahaja.



lapuk


p/s: You want to be great? Then have a courage to fail big and stick around. Make them wonder why are you still smiling. 



Hafeez Darraji



0 comments: