Images

Duka


Pasti kau tertanya tanya kenapa duka kau tak pernah berakhir. Bukan? sedang berbaring hendak tidur dan juga bangun pagi kau jatuh dalam kedukaan yang sama. Setiap kali masa lapang, masih jatuh dalam kedukaan yang sama. Tidak ada peluang untuk lari dan berlari. Walaupun kau cuba buang perasaan itu jauh jauh, berdoa itu ini, merayu dan mengadu acapkali, kau masih dan terus jatuh dalam kedukaan yang sama.

Kau mengeluh bertanya bila semua ini akan berakhir dan menyakinkan diri yang semua itu akan berakhir satu hari nanti lalu meneruskan hidup seperti biasa dengan ketawa dan senyum yang kau reka sendiri. Kekadang kau merasa sesal dengan kedukaan itu dan berharap semua itu tidak pernah berlaku sejak dari awalnya dan tetap menyakinkan diri dengan pujangga pujangga asing dan kitab kitab suci wahyu Nabi. Tapi selepas itu kau tetap jatuh, jatuh dan jatuh dalam kedukaan yang sama.

Apa yang kau perlu/mampu lakukan adalah berdiri, berjalan, dan berlari mengikut kesesesuaian masa. Bergaul, bersosial lebih sedikit dari biasa. Makan dan minum secukupnya. Beribadat sepuas puasnya dan menikmati hidup dalam gerakan takdir yang sempurna dengan redha yang memenuhi setiap aliran darah.

Untuk melihat pelangi yang indah itu kau perlu menikmati hujan lebat dengan guruh dan kilat yang menjadi takut manusia.
Untuk melintas jalanan kau perlu berani menghadapi gertakan kenderaan berbahaya
Untuk mendapatkan pedang yang tajam kau perlu merasa bahang dan lecuran api membara
Untuk memiliki mutiara selamlah ke dasar lautan yang bergelora
Untuk mendapatkan syurga kau perlu diuji dan merasai ujian seperti mana umat terdahulu pernah melaluinya

Akhir sekali, aku doakan moga gembira dan bahagia menjadi asset dalam dakapan pada suatu masa.


p/s: Wahai manusia yang berduka, moga semuanya baik baik sahaja :)


Hafeez Darraji


0 comments: