Images

Limbungan

berlanggar bahu bahu kalut
maka semua buat tak tahu
memandang wajah wajah asing
maka semua buat tak tahu

dalam kesempitan perjalanan
keriuhan kiri dan kanan
masih tinggal sebatang tubuh
mencari destinasi dan pilihan

perlahan lahan mengesot kaki
menjengket tulang kecil
biar luas pandangan
asal tidak terlepas pandang

"rona berselaput mojo"
itu sahaja petunjuknya



*rahsia dalam kata kata



p/s: definisi lebih baik itu memakan masa yang amat panjang dan penuh liku liku. Sekurang kurangnya kita sudah berada pada laluan/jalan yang betul. pegang satu perkara; Yakin.


Hafeez Darraji


0 comments: