"Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga"
Semua sedia maklum bahawa penuntut yang menuntut di Universiti Al Azhar semuanya dalam jurusan Pengajian Islam. Ada sebilangan yang mengambil perubatan tapi mereka ini sedikit sahaja bilangannya. Sebut sahaja belajar di Universiti Al Azhar, pada pandangan pertama ramai yang kagum bukan kerana ilmu yang mereka ada tetapi status sebagai penuntut Al Azhar. Mudahkan untuk buat orang lain kagum dengan diri kita? cuma masuk Universiti Al Azhar.
Yang terbaru wujud page "Bantah Maksiat di Mesir (BMM)". Sungguh memalukan! cara pemilik BMM menyuarakan bantahannya dengan mendedahkan keaiban orang lain. Sudahlah memaparkan gambar yang rata-ratanya penuntut Mansoura di tambah lagi pemilik BMM mengambil gambar-gambar tersebut tanpa izin. Yang peliknya gambar beberapa orang penuntut lelaki sedang melepak pun turut disiarkan.
Kecoh malam tadi. Banyak panggilan telefon yang saya terima menyuruh untuk melihat page BMM dan ada pula yang meneka-neka siapa pemilik page BMM. Sebentar tadi, ada seorang sahabat mengatakan perkara yang sama sudah kecoh di Universiti di kalangan penuntut Melayu. Lantas ada yang meneka yang page BMM di buat oleh PMRAM, ada juga yang meneka Ustaz-Ustaz Azhar dan mungkin ini perbuatan khianat oleh penuntut PERUBATAN sendiri.
Harus siapa yang hendak dipersalahkan di sini?
Perbuatan 'baling batu tangan di sorokkan' sudah lama menular di kalangan 'pak-pak kopiah' di bumi Mesir ini. Sejak dari tahun pertama saya di bumi Mesir sehingga sekarang apa yang ada hanyalah kontroversi jalang dan murahan puak-puak KECUT di blog dan facebook. Lantas apa solusi yang dapat dicapai? yang dapat dicapai hanyalah pergaduhan dan kata-kata nista yang membawa kepada perpecahan. Tidak pernah lagi ada pihak yang sanggup turun padang duduk bersama dengan penuntut ini dan membincangkan perkara ini secara mata ke mata. Yang ada menyalahkan 100% penuntut perubatan. Habis sampai bila isu ini dapat diselesaikan?
Saya sudah jelik dan muak dengan isu-isu ini. Bila disuruh berdakwah secara berhikmah nanti dikatanya 'kau tuh budak medic mana tahu apa-apa pasal agama'. Saya puji dan menyanjung tinggi golongan yang dalam ilmu agamanya. Saya akui tanpa bimbingan ibu bapa dan ahli keluarga di Mesir sedikit sebanyak ada kesilapan yang kita lakukan dan jika tiada orang yang mengingatkan sudah tentu hidup lebih jauh menyimpang dari paksi TAKWA. Jangan pula golongan 'pengingat' ini 2X5 sahaja dengan orang yang lalai. Sibuk membantah itu ini, cakap pasal ikhtilat, cakap pasal maksiat tetapi si 'pengingat' sendiri buat pekara yang sama. Akhir sekali ditangkap kerana kes "Guru Agama Mencabul pelajar bawah umur." HIPOKRIT! MUNAFIK!
" buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
kami budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan. "
Akhir kalam Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
nice one
ReplyDelete