pernah dengar bunyi bertih jagung digoreng? kalau tak pernah cuba dengar bunyi bertih jagung digoreng. bagai bunyi bertih jagung digoreng adalah perumpamaan melayu yang membawa erti bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti henti. itulah juga apa yang terjadi sejak berlangsungnya tragedi 'maksiat' Medic Got Talent 5.5.2011 tempoh lalu. Tak berhenti-henti; ada sahaja page, blog yang secara ikhlas mengiklankan program Medic Got Talent ini ke peringkat seterusnya.
Penulisan ini bukan bertujuan untuk menempelak mana-mana penulisan sebelum ini apatah lagi ditujukan kepada penulis-penulis berkopiah yang khusus. Penulisan ini layak dilabelkan hanya sebagai tontonan umum sahaja.
Berkenaan isu Medic Got Talent ada beberapa penulisan yang saya baca katanya Program Maksiat; pesertanya membuka aurat dan menayangkan aksi menghairahkan. Dikatakan lagi ada peserta dan penonton bercumbu-cumbuan sehingga membawa kepada persetubuhan. Ada juga mengatakan antara sebab lahirnya lambakan Doktor yang tidak berkualiti. tak di lupa ada juga yang terus melabelkan tempat Medic got Talent berlangsung yakni di University of Mansoura adalah lembah maksiat dan tidak digalakkan untuk melakukan ziarah ke situ. Ini satu tuduhan yang keras yang sepatutnya ditimbang kerasionalannya sebelum tuduhan ini dilemparkan.
“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah ”
Satu persoalan yang hendak saya bawa untuk sama-sama kita fikirkan. Adakah kerana pelajar ini menyertai Medic Got Talent maka mereka ini celaru identiti? dan adakah disebabkan penyertaan mereka terus dikatakan mereka bakal menjadi seorang Doktor yang tidak berkualiti tetapi hanya kuantiti semata-mata? Never Judge a Book by its Cover, dalam Islam juga ada mengajar umatnya bersangka baik bukan?
“Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta”
-HR. Muttafaqun alaihi.
Seperti yang semua maklum, sejurus tamat tempoh pengajian pelajar perubatan maka pelajar-pelajar ini akan menyambung bakti mereka sebagai seorang Doktor. Semua orang tahu itu. Pelajar perubatan sama sahaja seperti pelajar pelajar dalam jurusan Pengajian Islam, Kejuruteraan, Undang-undang dan sebagainya. Semua mereka ini adalah golongan yang menjadi harapan masyarakat di masa akan datang. Tetapi tak semua yang kita rancang menjadi kenyataan. Akhirnya wujud di dada-dada akhbar mengatakan Ustaz merogol anak murid, peguam menerima rasuah, doktor menyalahgunakan lesen ubat-ubatan dan sebagainya.
Adakah ini golongan yang tidak berkualiti dan kuantiti semata-mata?
1. Mansoura yang dikatakan lembah maksiat sebenarnya hidup dengan pengisian rohani tersendiri. Ada kelas-kelas pengajian agama yang giat dijalankan untuk pelajar perubatan di setiap hujung minggu. Ada juga diantara mereka yang 'jahil agama ini' mengadakan usrah di setiap hujung minggu dengan pengisian seperti solat berjemaah, tadarus al-quran dan juga tazkirah. ada juga usaha pelajar membuka perpustakaan dan memberi pinjam buku-buku agama miliknya kepada pelajar lain. Sewaktu Medic got Talent tempoh hari juga ada beberapa senior mengajak sahabat dan junior lain untuk menunaikan solat Maghrib di surau berdekatan. Riadah-riadah bagi memantapkan ukhwah sesama sendiri masih menjadi tradisi setiap hujung minggu di Mansoura.
2. Menyentuh kepada persoalan kualiti. Dalam Kamus dewan bahasa perkataan Kualiti membawa erti 'Darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi'. Maka jika seorang manusia itu boleh menguasai lebih dari satu bidang maka ini juga dipanggil KUALITI. Ahmad cemerlang dalam ilmu kedoktoran dia KUALITI. Ahmad boleh menguasai bidang muzik dia KUALITI. Ahmad cemerlang dalam masakan dia KUALITI. Kalau diletakkan kata hubung maka ayatnya menjadi seperti: Ahmad cemerlang dalam ilmu kedoktoran, bidang muzik dan masakan. Dia seorang yang BERKUALITI.
Siapa yang tidak kenal pada Al-Farabi. Beliau seorang Ilmuan Islam yang tersohor dan terkenal dengan kemahiran dalam banyak bahasa, cabang ilmu dan muzik. Tambahan beliau yang mencipta alat muzik yang diberi nama gambus. Walaupun begitu Al Farabi mempunyai pengetahuan yang sangat luas dalam ilmu perubatan.
Al Khindi Bapa Falsafah Islam juga mempunyai kemahiran dalam bidang muzik dan perubatan.
Al-Harth ibn Kaladah merupakan seorang Ahli Perubatan Islam paling awal. sempat bersahabat dengan Rasulullah dan 4 Khalifah juga merupakan pencinta muzik dan berkebolehan dalam Muzik.
Menurut kajian yang dilakukan Tony Buzan, seseorang yang boleh bermain alat muzik mudah mempelajari sesuatu berbanding orang yang tidak mengetahuinya.
"Bukankah 1 keuntungan jika seseorang itu boleh menguasai bidang selain yang di pelajarinya sahaja??? Dianalogikan produk shampoo di sebuah pasaraya. Produk A sama kualitinya dengan produk B, tetapi produk B ada promosi 'beli 1 percuma 1' lalu yang manakah kita semua akan pilih??? Ditambah lagi produk B menyatakan 'dengan setiap pembelian RM 2 akan diinfakkan kepada rumah anak yatim' lalu yang manakah terus kita semua akan pilih? Begitu juga dalam apa-apa jua bidang sekalipun tidak kisah perubatan, kejuruteraan, pengajian islam, undang-undang dan lain-lain. Dan tidak inginkah kita melihat di masa akan datang ada diantara kita menjadi sehebat tokoh-tokoh seperti Al Farabi, Alkhindi yang mempunyai 1001 penguasaan dalam pelbagai bidang?"
3. Bagaimana untuk kita mahir dalam sesuatu perkara? Jawapan saya: Praktikkannya selalu. Anda Setuju? begitu juga dalam apa perkara yang kita lakukan. dalam kerjaya seorang doktor sosial network dan communication skil merupakan item atau skil yang amat penting. ini kerana doktor akan berhadapan dengan pelbagai orang yang berlainan latarbelakang, masyarakat, pendidikan, karenah dan sebagainya. Oleh itu, pelajar perubatan yang hanya 'duduk di bawah termpurung' tidak akan mampu survive dalam bidang kedoktoran. Tak percaya tanya doktor-doktor yang anda kenali. Skil ini dipupuk dalam pelbagai cara seperti pergaulan harian, perkongsian bakat, cara percakapan dan pertandingan. selain itu,
"Pengalaman tidak dapat dibeli dari buku-buku terlaris melainkan melaluinya sendiri"
"Communication - the human connection--is the key to personal and career success."
Paul J. Meyer
4. Ada pelbagai cara manusia melepaskan kepenatan setelah penat melakukan sesuatu pekerjaan. Begitu juga pelajar perubatan yang juga merupakan manusia seperti anda. Kami melakukan aktiviti harian yang sama seperti anda. Anda makan, kami makan. anda mandi, kami mandi. Setelah penat belajar maka kami memerlukan sesi 'release tension'. Maka menyanyi, bermain snuker, bowling, bermain game, berjogging, memasak, berjumpa rakan-rakan, berchatting, melepak, menonton movie; semua ini kami lakukan untuk menghiburkan hati setelah penat menghadam ilmu physiology, anatomy, pharmacology, biochemsitry, dll. Kalau tiada sesi release tension maka semakin menaiklah graf pesakit mental di kalangan pelajar perubatan dan doktor khususnya.
Akhir kata janganlah dipandang hina anak-anak mama dan papa di Mansoura ini. Semuanya berusaha menjadi yang terbaik buat diri, agama, bangsa dan negara. Penat lelah dan usaha yang dilaburkan dicalar oleh manusia yang hanya pandai bercakap tetapi tidak merasai sendiri ranjau dan onak yang dihadapi pelajar perubatan ini. Kata-kata yang dihamburkan bukan sahaja di rasai oleh pelajar perubatan di Mansoura tetapi juga anak-anak Melayu yang mengambil perubatan di seluruh dunia. Kami sangat menghormati anda seperti mana manusia lain, jangan sampai satu masa penghormatan itu kami sarungkan ke tapak kaki kami.
p/s: Jangan jadi seperti ibu ketam yang mengajar anak ketam berjalan lurus.
0 comments: