Images

Dancing In Love

Dancing In Love

kau bidadari yang menyamar manusia
being a beauty at your best
walau awan gelap untuk diteroka
warna bunga tetap mekar dibawahnya

mata kita bertentang mata
tanpa perlu ada sebab dan kenapa
langkah kaki kita bersatu nada
tanpa perlu ada siapa siapa bercerita

angin angin dari syurga ikut turut
menyorak lagu lagu asyik nan indah
agar jiwa kita terlarut berdua
selamanya dalam keharuman cinta.


oh ye: Always by your side Hani!


Hafeez Darraji



Images

Dua Puluh Satu

Bila mana kita rasa yang kita tahu tentang semua perkara, sebenarnya kita sedang memperbodohkan diri sendiri. Mana mana kita pergi pasti ada perkara yang kita tidak tahu. Pasti ada manusia lebih power dari kita. Selalunya yang kita rasakan tahu, sebenarnya itulah yang kita tidak tahu.

Dulu, aku rasa aku tahu tentang cinta. Beranggapan mana mana perempuan yang jatuh hati sama aku pasti beruntung. Hahahaha. Ya, aku sebenarnya sedang membodohkan diri sendiri. Satu masa dulu aku memang loser tentang cinta. Dulu, aku tak tahu. Sekarang, aku tahu. 

Cukuplah cerita pasal cinta, korang kalau pasal bab bab nih laju je nak tahu. kahkahkah!

Apa yang penting adalah bagaimana kita berlapang dada menerima tunjuk ajar dan nasihat. Merendahkan diri, especially menerima pelajaran dari orang yang kita langsung tidak suka. Bila kita menerima pelajaran dari alam atau Tuhan, perkara yang sama juga kita lakukan. Rendahkan diri, letakkan diri kita di tempat yang paling kerdil, seperti kesanggupan seorang murid yang mahu belajar.

Dari situ kita berupaya untuk lebih arif dan tahu akan perkara perkara yang kita tidak tahu. Hidup ini putaran roda. Satu masa kau ajar orang yang tidak tahu, tapi nanti di masa yang lain dia pula akan mengajar dan kau belajar.


oh ye: Pilihan raya Egypt baru sahaja selesai. Ada 2 calon yang bertanding untuk jawatan Presiden. Moga antara satu yang menang, dapat belajar dari sejarah, membawa seluruh rakyat Egypt kepada kejayaan dan keredhaan Tuhan.


Hafeez Darraji



Images

Dua Puluh

Yang ke 20. Aku masih ke hadapan, mahu jadi lebih baik dari semalam. Memenuhi masa masa yang ada dengan perkara perkara yang aku suka dan merancang sesuatu agar masa masa di hadapan dapat dipenuhi sebaiknya. Supaya nanti aku tidak pandang ke belakang dan berkata "Kalau aku dulu..."

Banyak perkara telah aku isikan satu persatu di dalam minda, mana mana yang masih muat aku rasa tidak keterlaluan jika aku ingin tambah dengan apa apa yang aku rasa aku mahu lakukan. Samada sendirian atau berkumpulan, perkara perkara yang telah aku list kan akan juga aku turutkan. Kerana itu yang aku mahu.

Misalnya, mahu menawan seluruh Egypt dengan hanya tinggal baki beberapa tempat yang belum pernah aku jejak. Yang lainnya, banyak. Sangat banyak.


oh ye: cause you're a sky full of stars.

Hafeez Darraji



Images

Sembilan Belas

Kita ini manusia. Kadang kadang kita ini lupa. Ketahuilah bila hidup kita smooth, indah, berjalan lancar seperti yang dirancang tapi secara tiba tiba it turns out bad, serabutkan kepala hotak, buat kita berfikir banyak, masalah itu masalah ini; itu tandanya Tuhan masih sayang pada kita. 

Tuhan beri kita peluang untuk kembali berfikir, sejauh mana kita telah pergi tanpa kembali kepadaNYA. Dalam waktu waktu sebegini, ia juga memberi kita peluang untuk set back our life, tune mana mana kekurangan dan kembali mengorak langkah, membawa amanah sebagai hamba di atas muka bumi Tuhan yang Maha Hebat ini.

Bawa aku berfikir, siapa kita tanpa kasih sayang Tuhan?


oh ye: berhenti sekejap. Buang amarah kita ke tepi dan kembali berfikir akan nikmat nikmat yang telah kita perolehi sepanjang jalan.



Hafeez Darraji.



Images

Lapan Belas

Satu perkara telah aku belajar tentang kehidupan adalah bagaimana marah boleh menghancurkan banyak perkara. Aku juga pernah dahulu marah tak tentu pasal, ini tak kena itu tak kena. Sedikit demi sedikit ia menghancurkan apa apa yang ada di sekeliling. Membuat orang jauh. 

Even, emak juga tahu aku seorang yang panas baran. Jadi mana mana teman wanita yang aku bawa berjumpa dengan emak, perkara pertama yang diterangkan adalah tentang sifat panas baran aku. Sedih. Hahahaha. 

Manusia kah kita jika kita biarkan darah panas anak muda menguasai diri? Anak yang baik kah kita bila mana emak juga tersinggung dengan perangai panas baran kita? Jadi perkara perkara sebegini banyak membawa aku berfikir, keinginan untuk Keep Calm & Dont Get Mad itu senantiasa ada di dalam hati.

Dan apa apa keputusan yang dibuat ketika marah, sudah pasti ianya bukan satu keputusan yang waras.

"Asyik asyik nak marah, cakap elok elok tak boleh ke?"

oh ye: Marah takkan bawa apa apa penyelesaian, malah ia menghancurkan apa apa yang ada di hadapan kita. Membawa kepada penyesalan atas apa apa yang telah kita cuba bina selama ini. Terpulang.


Hafeez Darraji

Images

Tujuh Belas

Orang kata, bukan aku kata. 

Masa lelaki akil baligh, dia akan mimpi perempuan. Dan wajah perempuan yang kita mimpi itu adalah bakal isteri kita. Tak perlulah aku cerita apa jadi sewaktu lelaki akil baligh. Nanti korang dah kahwin tanya suami masing masing atau adik beradik lelaki korang.

Macam aku, aku mimpi masatuh tengah mandi dalam swimming pool. Apa yang aku nampak adalah dua orang perempuan masatuh dengan aku. Kedua dua orang perempuan tuh memang cantik sekali. Tapi aku takdelah ingat muka perempuan dua orang tuh. Biasalah mimpi, bangun bangun dah lupa. Tahu tahu "Oh, ini tanda akil baligh, aku sudah dewasa!"

Tapi cerita ini tidak dipastikan samada sahih ataupun tidak. Kalau ia sahih, maknanya aku akan ada dua isteri :O

YAHOOOO!!!


Hafeez Darraji


Images

Enam Belas

Kita cuma mahu jatuh cinta dengan orang yang sama buat selama lamanya. Atas sebab itu, kita cuba mengekalkan sebab sebab sama yang telah buat kita jatuh cinta. Kerna sebab sebab itu menjadi penyebab samada cinta dapat bertahan atau tidak.

Sebab sebab itu juga yang memberi warna warni dalam setiap hubungan, mengutuhkan lagi ikatan cinta dan mengeratkan satu sama yang lain. Sebab itu aku kurang percaya "terima diri mereka seadanya" sedangkan yang seadanya itu dapat ditingkatkan kepada yang lebih baik. Tipulah kalau cinta tak merubah kau walau sedikit. Sedangkan 'Life is Changing.'

Mungkin niat dan keinginan kita untuk mengekalkan sebab sebab itu disalah erti oleh orang yang kita cinta. Bila cinta tak lagi hidup antara satu sama lain, maka apakah SEBAB yang membawa kepada mati nya 'kita'?


oh ye: Aku selalu percaya bahawa setiap manusia boleh menjadi seribu kali lebih baik dan hebat dari yang lama. Jika kita tidak suka bilamana orang memaksa kita menjadi lebih hebat, kenapa tidak mula dari diri sendiri? Atau kita mahu berada di takuk yang sama buat selama lamanya? Terpulang.


Hafeez Darraji


Images

Indah

Dalam berjuta bintang
di angkasa
Hanya namamu
dalam doaku

Kita kan berdua 
menikmati cinta
Waktu suka dan duka
tetaplah terus bersama

Kau dan aku
kan menyatu
hingga ke hujung syurga

Kan ku bawa
kau mengembara
bersama selamanya



Hafeez Darraji



Images

Lima belas

Kita ini terhasil dari apa apa yang ada di sekeliling kita. Laki laki dan perempuan yang kita gaul, kekasih yang kita cinta, rumah rumah berbatu dan sebagainya. Dari penghasilan itu ia secara automasi nya telah membantu kita membuat pilihan yang mendatang.

Mungkin kerana ibu kita cantik dan kurus, jadi kita merasakan bakal ibu kepada anak anak kita juga perlu seperti yang sama. Secara tidak langsung ia sudah sebati. Pada apa apa yang kita mahu, kita mahu seperti yang kita sudah biasa. Kerana yang biasa itu biasanya memudahkan kita.

Bila mana ada siapa siapa yang telah hadir, mengangkat darjat kita ke satu tahap yang dapat dibangga. Membuat kita ketawa dan jadikan aku seorang 'aku'. Untuk manusia sebegini, tiada kata yang dapat diartikan pada mana mana maksud. 

Simpan.
Jangan lepaskan.


oh ye: Kita tak semestinya perlu terbiasa dengan apa apa yang kita sudah biasa. Menginginkan keturunan yang lebih hebat dari keturunan emak, ayah, nenek, moyang yang di atas; itu adalah orang yang berjaya.


Hafeez Darraji




Images

Empat Belas

Setiap kali aku pergi night round di hospital di Egypt nih, setiap kali itu jugalah aku jadi saksi gugurnya air mata seorang ibu. Air mata yang tumpahnya tidak kira masa, kalau anak anak atau mana mana ahli keluarga mereka ditimpa celaka.

Satu perkara tentang hospital di Egypt ini, suasana dan keadaan didalamnya tak ubah seperti sebuah pasar. Sangat bising dan sesak. Itu dah kira nasib baik kalau takde mana mana ahli keluarga pesakit yang panas baran dan bergaduh dengan ahli keluarga pesakit lain. Hahaha.

Ada pesakit yang melecur 90% badannya, setiap kali dia meraung kesakitan maka semakin laju air mata ibunya jatuh berjujuran. Itu hipotesis yang boleh aku simpulkan. Dan hipotesis itu menyokong kesimpulan case yang kita bincangkan dalam post kali ini. Amboi tak? 
Ada pula seorang budak perempuan berusia lingkungan 5 tahun sedang menerima jahitan di kepala sambil ditemani bapanya. Dalam masa yang sama di luar bilik stitching, ada seorang perempuan yang sedang menangis tak henti henti. Aku naik hairan, "kenapa teruk nau menangis mak cik?, seperti kera kehilangan anak sahaja". Setelah beberapa minit menangis, dia melangkah dan menunggu di hadapan bilik stitching. Tak semena mena kedengaran tangisan dan jeritan daripada budak perempuan tadi dari dalam bilik, lalu menangis lah perempuan itu semula sehingga terduduk dia tersandar di tepi pintu. Rupa rupanya perempuan itu adalah ibu kepada budak perempuan yang sedang menerima jahitan tadi. "Waddehek man! It's not her child gonna die pun." Tapi itulah hati seorang ibu. Sangat fragile. Halus.

Aku tidak berpeluang seperti kalian, berada di samping ibu tercinta dan menyaksikan mereka grow old. Takdir Tuhan membawa aku menuntut ilmu jauh dari keluarga sejak dari bangku sekolah lagi. Sebab itu aku terkejut bila melihat gambar emak baru baru ini yang sudah nampak tua pada fizikalnya. But i know deep in her heart, she always young and energetic kind of person. May Allah bless her so much for what she has done to our family. 

Tadi, aku tiba tiba teringat bila emak suapkan makanan masa dolu dolu. Mulalah berangan, isteri aku nanti will do the same to our children. Sampai tingkatan 3, pun aku masih makan disuap tangan emak. Walapun kadang kadang rasa sabun Lux atau sabun pencuci pinggan, tapi yang penting perut kenyang. 


oh ye: Selamat Hari Ibu buat ibu ibu seluruh dunia! Tak lupa juga bakal ibu kepada anak anak gua :p


Hafeez Darraji


Images

Tiga Belas

buat mika hatiku;





Karl : Mika! lihat pada bintang bintang itu. Apa yang kau lihat?

Mika : Bintang yang banyak?

Karl : Aku cuma nampak satu. Dan saat ini aku ingin ia jatuh padaku, jadikannya ia milik abadi aku selamanya. Cuma aku.

Mika : Jadi?

Karl : Sayang, dari saat aku melihatmu aku mula mengimpikan syurga yang indah dan mengharapkan kau menjadi bidadari aku selamanya di sana.


Hafeez Darraji

Images

Dua Belas

Kita ini semua punya keinginan. Keinginan apa? itu aku serahkan pada kalian untuk memilih. Dan kadangkala keinginan itu menghasut supaya kau mendapatkannya. Membuatkan jiwa kau tidak tetap akan satu perkara yang kau sendiri telah pastikan in the first place. Itu lah perangkap dalam jiwa jiwa manusia. Membawa manusia kepada dilemma.

Apa apa perkara yang akan/telah membawa hidup, personaliti, langkah kau ke satu tahap lagi, yakni ke tahap yang lebih baik atau yang lebih tinggi aku nasihatkan jangan berhenti. Terus tetaplah disitu menikmati kehebatan nilai nilai yang mendatang bersama dengan pilihan yang telah kau pilih. Pedulikan keinginan yang datang sekali sekala yang hanya akan merosakkan jalan jalan kau di hadapan.  

Ketawalah semahunya pada keinginan yang menyergah, katakan padanya bahawa ia tidak akan sesekali mengganggu pilihanmu. Bermain sedikit imaginasi dengan perkara perkara yang kotor dan buruk di fikiran supaya kau boleh terus ketawa mengejek keinginan itu.

Tetap tenang dan hayati!


Hafeez Darraji
Images

Sebelas

"huhhhh" Karl mengeluh panjang.

Dia rasa kesal kerana melayan Mika sebegitu. Bukan dia sengaja tapi kadangkala dia tewas melayan keletihan yang dihadapi sehari hari. Dengan jadual kelas yang padat, ditambah dengan beberapa perniagaan yang diuruskannya membuatkan Karl letih dan sibuk lebih dari biasa. Lewat ini Karl sendiri merasa dia kurang meluangkan masa dengan Mika.

Mika itu gadis yang memahami, kalau Karl penat dan tidak mahu diganggu maka Mika tahu yang waktu itu bukan waktu terbaik. Tidak pernah ada terdengar keluhan sekali pun yang terhambur dari mulut Mika apatah lagi mahu menarik muka atau meninggikan suara bila dirinya dilayan sebegitu. Bak seorang pelajar, Mika akur dengan apa apa arahan dari gurunya. Namun Karl tidak mahu mengambil kesempatan atas kebaikan itu. Segala masanya adalah milik Mika, baginya Mika punya kuasa untuk menuntut hak hak masa itu supaya diperuntukkan ke atas dirinya.

Karl tahu betapa gembiranya seorang perempuan apabila dapat meluangkan masa bersama orang yang tersayang. Seperti excited nya mereka untuk bangun di setiap pagi, menerima mesej atau panggilan selamat pagi. Tidak sabar menunggu kepulangan pasangan mereka ke rumah, memeluk dan berinteraksi antara satu sama lain sambil bertanyakan 'how was your day?' dengan senyuman yang mekar terlukis di bibir. 

Karl juga tahu, jauh di lubuk hati Mika ada sedikit terasa dan terguris dengan sikap dirinya. Karl tidak pernah berniat mahu menyakiti dan membiarkan Mika memendam rasa sebegitu. Tidak mahu ada sedikit pun buruk buruk kesedihan bersarang di hati Mika. Itu belum lagi menempuh kesibukan bekerja nanti.  Karenah pesakit yang pelbagai ragam, dimarahi doktor doktor senior dan nurse yang buat perangai di setiap hari. Bagaimana agaknya dia akan melayan Mika nanti?

Hati perempuan itu hanya ingin disayangi. Mahu seorang lelaki mendengar cerita cerita yang ingin mereka kongsi di penghujung hari. Mereka mahu tahu samada kamu akan berada di sisi saat mereka memerlukanmu. Supaya nanti mereka dapat menemukan jawapan kepada persoalan mereka, "is he worth it?"

"Mika, maafkan Karl"


Hafeez Darraji