Images

sederhana; tidak terlalu selesa

aku lahir dari keluarga yang sederhana. sangat sederhana. gambar gambar lama menjadi bukti dari mana ibu bapa aku bermula. aku masih ingat walaupun ketika itu kecil, pada masa itu emak sudah beranak 3 termasuk aku. ketika itu ibu bapa aku masih jurutera biasa, yang gaji mereka cukup untuk 3 orang anaknya dan makan sehari hari. terpaksa menumpang tempat berteduh di rumah mak cik sementara ada pendapatan lebih untuk beli rumah sendiri

ayah aku bukan askar. tapi dia garang. mungkin turun temurun dari datuk aku yang merupakan seorang askar. dalam bekeluarga ayah penuh displin, dalam umur awal 30-an darah muda menyirap hingga ke kepala setiap kali tidak selesa. mudah sahaja meninggikan suara, setiap sudut rumah ada rotan supaya mudah dicapainya. jika tiada, maka tali pinggang akan dibuka pada saat itu juga.

pada masa itu, ayah sudah mampu membeli sebuah rumah sendiri yang kami diami sehingga kini. masa aku kecil dahulu, rumah aku ada jadual tugasan harian yang perlu aku dan adik beradik lain laksanakan. rumah kami tiada pembantu. tambah-tambah lagi, 5 anak pertama mereka semuanya lelaki. maka pasti penat untuk emak melakukan semua tugas rumah seorang diri. dilekatkan jadual itu dengan magnet bercorak buah pada peti ais untuk tatapan kami. dalam jadual harian berkenaan, punya 5 baris menegak dan 6 baris melintang. setiap baris melintang terisi "laundry" "basuh pinggan" "buang sampah" "kemas rumah" "sidai baju" "kemas meja". manakala 5 baris menegak di penuhi setiap satu dengan nama aku dan 4 beradik yang lain.

maka kerana kami takut akan rotan yang akan melibas, penyangkut baju yang bakal patah, tongkat atuk yang bakal memukul, dan tali pinggang yang akan menyengat maka kami lakukan tugas harian kami dengan patuh sekali. setiap hari pulang dari sekolah, emak akan memanggil untuk mengingatkan tugas yang perlu dibuat.

dari displin itu kami belajar agar tidak terlalu selesa untuk hidup goyang kaki seperti anak raja mahupun seperti anak orang kaya yang manja. agar pandai hidup berdikari bila hidup jauh dari keluarga. sekurang kurangnya pandai melaksanakan tugas yang asas bila dan di mana jua berada.

masa kecil dulu mungkin aku dan adik beradik lain banyak mengomel, mengeluh, mengadu penat, letih, berharap supaya emak cepat melahirkan anak perempuan untuk mengambil alih semua tugas ini dan sebagainya. tapi kini lihat sampai mana kami dapat berada?!

bagi aku, untuk tugas2 di dapur itulah yang menjadikan tangan aku lembut dan cantik.

p/s: abaikan perenggan terakhir (walaupun benar). hahaha...
p/s/s: mengingati asal usul dahulu menjadikan kita humble dan membuatkan kita sanggup melakukan kerja yang orang lain tak sanggup buat. kerja yang halal pastinya....





0 comments: