Images

Koleksi Pakaian Dalam Wanita. 18SX

obses dengan makanan?
untuk lelaki pun ada
orang bercinta dengan manusia, nih bercinta dengan pakaian dalam pulak
model jenis nih patut diperkenalkan kepada semua golongan wanita
wanita yang tak suka simpan thumbdrive dalam kocek. selain menyangkut pada leher boleh pakai yang ini

pilihan di malam pertama. pasti buat suami tertarik

sekarang anda dah tak kebosanan semasa berjogging
kalau blackout tahulah bila nak pakai
yang nih, buat description sendiri
pecinta hidupan air. ikan boleh ditukar dengan kura-kura atau kuda laut
pemilik kelab2 malam, boleh la yang nih
agak2 bulu terlebih boleh cover
tak payah nak pakai kulit buaya ke kulit ular. kulit ketam pun boleh tahan jugak
air circulation. rasa berangin aje
mengelakkan daripada di raba memang sesuai
Images

(PANAS) Apa nak jadi Amy Search...


Amy search sekarang dah banyak duit rasanya. Al Maklumlah Restoran Cheng Ho dia kat Wangsa Maju menjadi. You'all pernah try ke makan kat situ??? Dengar kata boleh tahan jugak makanan2 kat situ. Baru-baru ni keluar pulak cerita pasal si Amy Search nih. Jom baca, phewittttttttttttttt...





KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan penyanyi Amy Search membayar ganti rugi berjumlah RM18,000 kepada seorang kanak-kanak lelaki yang melecur akibat terkena tomyam panas di Restoran Cheng Ho milik penyanyi itu.
Hakim Sabariah Othman memutuskan bahawa sebagai majikan, Amy boleh dipertanggungjawabkan apabila kecuaian dilakukan oleh pekerja ketika dalam tugas.

Sabariah menetapkan RM8,000 bagi ganti rugi am terhadap kecederaan di bahagian badan kanak-kanak itu, RM10,000 untuk ganti rugi khas dan enam peratus faedah atas jumlah penghakiman.

Pada 24 September 2008, Nik Zahir Nik Mohd Idris memfailkan saman bagi pihak anaknya, Nik Muhammad Zakwan, 4, kerana mendakwa pekerja Restoran Cheng Ho milik Amy di Wangsa Maju cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badan anaknya melecur.

Dalam saman itu, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 51, sebagai
pemilik restoran Cheng Ho, di mana kejadian itu berlaku dinamakan sebagai defendan.

p/s: oh cerita pasal saman je ke!
Images

hari ini

bangun tengahari. terus cari tembakau buat mainan asap. geledah sia-sia. terlupa semalam takde sisa. duduk dengan kecewa. hari ni nak mula macam mana. target nak tak nak gene settlekan juga. tengok lepas mandi nanti. mula dengan isi container. terus contengan bermula.


p/s: apa cerita terbaru dunia?
Images

kita berbeza sebanyak 5

malam ini tak dapat tidur lagi. kepala dah pening. esok hari jumaat, takkan nak tertinggal lagi. nota langsung tak sentuh. biarlah, hari ni kasi rehat sikit. esok mula balik. macam biasa tinggal bunyi kipas dan bunyi kereta satu dua je yang menyinggah. aroma takde plak terbau. dah habis buang petang tadi mungkin. baru dapat mesej dari ibunda, hari ini duit masuk. tinggal habuk aje dalam poket. tengok sekejap cerita-cerita buat penyedap mata. buat menghibur masa. harap lepas ini boleh tidur dengan sempurna

p/s: daylight saving. kau dan aku 5 jam sekarang berbeza.
Images

cium mulut

baru je balik dari tolong member pindah rumah. tak jauh rumah baru dia, lorong sebelah je pun. pindah pakai lori memang lah tak penat, tapi nak memunggah barang sampai tingkat 6 tuh memang perlu pakai kudrat jugak lah. kering je peluh aku nih, memang aku lupa rumah dia kat mane.hehehe...



p/s; aku dah takde idea nak tulis ape
Images

kostra

sekarang ni aku dah jadi penggemar gambar2 lucu. sementara tunggu sambungan Dani dalam adamaya tuh nak buat LAWAK, gambar2 ni lah bole buat aku gelak. apa salahnya kalau aku nak ikut jejak langkah Adam dalam bidang fotografi kan. tak salah kan? nak belajar undang-undang macam cik Lisa tuh memang aku tak minat lah. Aku perlukan ilham untuk menceburkan diri dalam bidang fotografi ni. Siapa tahu latar belakang gambar yang lucu digabungkan dengan model kecil molek macam Amani boleh kac WOW! orang kata angan-angan jadi kenyataan. buah fikiran Maya aku ni boleh buat Mika(mike) terduduk taw.

p/s: banyak sangat pengaruh adamaya aku nih.
Images

Alasan

bapak aku pantang kalau anak-anak dia tengok cerita melayu. kata dia cerita melayu nih banyak menipu dari yang betul. pastu dia suruh aku dengan adik beradik lain tengok cerita orang putih. kata dia cerita-cerita orang putih nih bagus, membina minda dan paling penting boleh improve bahasa inggeris. tak tahulah itu alasan dia untuk ajar anak dia menguasai bahasa kedua atau memang betul cerita melayu ni banyak menipu.
memandangkan sekarang aku duduk jauh dari bapak aku, maka aku pun senyap2 lah menonton cerita melayu 'adamaya' tuh. belum lagi aku cerita kat ahli keluarga aku yang aku tengok cerita melayu nih. aku tengok ok je cerita adamaya ni, takde la menipu sangat pun. jalan cerita pun boleh tahan walaupun aku f#$#**& gila dengan bekas kekasih Maya tuh. aku tengok jugak. Tapi yang aku bengang cerita episod-episod. nak menunggu sambungan cerita macam menunggu nombor giliran kau naik kat JPN. tengok aku dah tak taw nak buat ape sekarang!

p/s: mungkin bapak aku terlupa nak cakap cerita melayu ni banyak episod
Images

perut

tengah aku duduk belajar sambil dengar lagu melayu rancak tetiba kecoh depan rumah aku. budak-budak duk sorak kemenangan mafia Italy dalam European Cup tuh. aku malas amik port selain pasukan kegemaran aku Liverpool so aku terus belajar macam biasa sambil siul-siul keluarkan bunyi.
ada bau kurang menyenangkan singgah dekat lubang hidung aku. kembang kempis jadinya. Benda dah selalu sangat, lagipun banyak lagi nota-nota masa depan yang belum aku siapkan lagi. aku buat tak tahu. malam nih je dah lebih 10 kali aku terbau aroma yang sama.

p/s:lepas ni kene 'check in' bilik termenung kejap
Images

Posisi SEX yang betul! 18SX

Pembaca di bawah umur 18 tahun diminta berada di bawah pengawasan orang tua anda!





Pelajari posisi-posisi terbaik untuk kekal lama bersama pasangan anda:
12 teknik terbaru:


Images

Polis tembak mati Aminul Rasyid (Sambungan)

hari ini 28 april 2010, dikatakan saksi utama kes ini iaitu rakan arwah yang masih belum didedahkan identitinya akan membuat 'statement' di Ibu Pejabat Polis Selangor, Seksyen 9 Shah Alam. Manakala polis telah selesai merakamkan 'statement' sembilan saksi berhubung kes tersebut.
dalam masa yang sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dah macam cacing kepanasan apabila membuat kenyataan di akhbar meminta supaya semua pihak termasuk Ahli Politik tidak campur tangan dalam siasatan polis berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati polis, awal pagi Isnin lalu di Seksyen 11.
Beliau berkata, campur tangan sedemikian akan hanya mengganggu siasatan.

Sebenarnya kehadiran ahli politik tidak langsung menganggu siasatan tetapi bagi memastikan siasatan oleh PDRM dilakukan secara telus, adil dan saksama. sampai bila lagi kita nak lihat polis bertindak sesuka hati melebihi undang2?

dengan campur tangan Ahli Politik barulah semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengumumkan penubuhan pasukan khas yang diketuai oleh timbalannya, Datuk Wira Abu Seman Yusop, bagi menyiasat kejadian remaja ditembak mati oleh anggota polis
Images

SAYA MAHU BLOG SAYA DI JELAJAH OLEH BEN ASHAARI kerana ...

aku suka tengok cerita fairytooth yg 'Do you Smell What The Rock is Cooking' jadi pelakon utama tuh. kalau ada gigi yang patah je, paham2 lah kena tidur awal sket, pastuh taruk gigi bawah bantal. esok pagi bangun awal dari yang biasa, tengok2 ada duit. huk ela, senang hidup camtuh.

tapi posting aku kali nih bukan nak cerita sinopsis cerita tuh pun, jalan cerita lah sama. sebab aku pun nak tidur dah nih, kat negara aku menumpang sekarang dah pukul 3am. so bangun2 esok dengan harapan bro Ben Ashaari nih dah komen pasal blog aku...

tapi biar aku laksanakan pengeras2 yang dikehendaki dulu:

1) *aku bukan gay, dia yg suruh taruk...hikhikhik

2) kegiatan2 yang sedang Ben Ashaari lakukan CLICK

3) blog nih zaman dulu2 nya untuk aktiviti syok sendiri, tapi sampai bila nak syok sendiri, so sekarang blog nih dah tak syok sendiri 'sangat' dah

4) kenapa aku nak Ben Ashaari lawat blog aku?
  • kawan2 aku tak pernah jujur dengan blog aku, so Ben Ashaari tak kenal aku, aku pun tak kenal Ben Ashaari. Dia mesti jujur punya.
  • aku suka cara Ben Ashaari blogging. simple & honest
  • Aku dah letih pergi gym, tak naik 'sangat' la badan aku main2 besi nih. So share tips sket camne nak build up badan
  • aku nak gak merasa dalam kelompok 1000 bloggers in Malaysia...ekekekeke
5) mane dapat taw pasal Ben Ashaari nih?
Tengah godek2 google tuh, tetiba keluar "Ben Ashaari hampir mengatasi RedMummy". Aku ingat Ben Ashaari nih artis ke ape, cek profile takde plak cakap pernah terlibat dalam industri seni pun...

Janganlah segan2 nak singgah ye, wat macam umah sendiri...*sambil silang kaki, gigit kuku
hahahaha....

p/s: ngantuk, selamat malam
Images

Kronologi Polis & Aminul Rasyid

aku terpanggil nak menulis pasal kisah seorang budak 15 tahun ditembak mati oleh seorang anggota polis. bagus jugak dari kes nih baru aku tahu pasal insiden tembak rambang pada tahun 2009 yang melibatkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh.
Daripada sebuah group di mukabuka "we Love Aminul Rasyid" aku terus berminat untuk mengetahu kronologi sebenar kejadian ini. Aku cari dari pelbagai sumber di Google untuk mengesahkan cerita sebenar macam mana.

polis kata:
1) mereka mengesyaki sebuah kereta Proton Iswara Aerobak dipandu dalam keadaan mencurigakan
2) apabila disuruh berhentikan kenderaan, arwah sebaliknya memandu laju
3) Melihat keadaan itu, polis menembak tayar kereta yang dipandu mangsa
4) setelah kereta terbabas, rakan arwah berjaya melarikan diri tetapi arwah pula cuba mengundurkan kenderaan untuk merempuh polis
5) terkejut dengan tindakan arwah, polis melepaskan tembakan ke arah arwah
6) polis menjumpai sebilah parang dalam kereta tersebut

keluarga arwah kata:
1) pemilik kenderaan, abang ipar arwah menafikan kewujudan parang dalam keretanya
2) ibu arwah, Norsiah Mohamad mengatakan arwah seorang anak yang baik dan aktif dalam sukan. disamping rajin ke surau
3) Polis yang menembak arwah dikatakan ditukar ke 'desk duty'

rakan arwah (saksi) kata:
1) dia dipukul oleh anggota polis sebelum berjaya melarikan diri
2) kereta tidak boleh dipandu secara laju kerana tayar bocor
3) anak seorang polis



pandai2 wat kesimpulan sendiri. aku dah muak dengan kredibiliti anggota2 polis dalam menjalankan tugas nih. depan mata aku sendiri pernah nampak orang awam kene belasah dengan polis. depan mata aku sendiri penah nampak polis terima rasuah.
Aku bukan nak tuduh, agaknya PDRM nih ada wat polisi baru nak naikkan imej diaorang. yelah seperti memperbanyakkan kes2 palsu untuk disiarkan di dada akhbar or PDRM memang dah takde keje sangat sampai cari kerja???

tengoklah lepas nih, apa jadi kat saksi tuh nanti, apa lagi polis nak cakap, camne kerajaan react dalam insiden camnih.
Kerajaan pun kena wat sesuatu, baru menang pilihan raya arituh kat Hulu Selangor kot, tapi kalau kalah kat Sibu akan datang nih, tak hairanlah.

p/s: takziah buat keluarga arwah, moga Arwah Aminul Rasyid tenang disana...Al fatihah
Images

kalau tak berani tak payah nak mengada

semalam, sorang member datang kat aku. dia tanya aku "camne nak ngorat awek? takkan kau takde awek single nak kac kat aku?" pastuh aku kata. " kau pilih orang yang betul" sambil gelak2 besar pastuh aku sambung balik. "ko ingat aku nih kaunter pertanyaan nak tanya macam2?" dengan muka murung member aku duk diam tengok aku buat kerja.
kadang2 aku tak setuju bila orang suruh kongsi tips2 nak ngorat awek. itu hal aku la beb, kalau bagitaw jadi tak special la. kalau aku nk bagitaw pun tunggu aku ada rancangan 'talk' sendiri. sambil duit masuk, baru sedap nak bercerita.
kebetulan aku jalan2 kat balang awak.com aku ternampak satu video. bagi aku rasional gak la nak ngorat awek camtuh. style & sweet.




p/s: untuk awek ke-2 nanti aku nak cuba
Images

hantu 'insomnnia'

aku tak suka kalau tidur aku di kacau. nak2 lagi aku tak cukup tidur pastu tetiba ada orang tekan loceng kat pintu luar umah aku. perghhh menyirap gak an. lantak apa aku duduk la ko kat luar tuh, aku nak tidur nihhh.

aku juga tak suka kalau nak bangun pagi2 nak pergi kelas. tahap malas dia MAAA....UIII! memang malas la, tak taw nak cakap cane. tapi kalau aku tak pergi kelas memang lecturer aku kac warning punye. bagi memanjangkan waktu tidur aku, aku bangun lambat2 sket then masuk kelas pun lambat2 sket. takde la lambat sangat 20 minit je...

tapi sejak kebelakangan nih punya la susah nak tidur. orang putih kata aku kena sampuk dengan 'insomnia'.

ada jugak aku guna 'free translation' kat internet. tapi dia terjemah dalam bahasa melayu insomnia jugak

p/s: tak pernah plak aku dengar hantu nama 'insomnia'
Images

kepit buku bawah ketiak

aku rasa nak gelak bila nampak member2 aku jalan2 bawa buku ke hulu ke hilir nak stadi. aku rasa itu tak patut cam skema semacam aje. Obvious sangat tuh, kepit buku 24 jam bawah ketiak bukannya stadi pun. tgk result bukannye gempak pun. bak kate pepatah "kene pandai bahagikan masa". kalau masa stadi then ko stadi la. kalau masa makan then ko makanlah, abes kalau dah bawa buku 5% makanan terjatuh dalam buku. tak ke membazirnye tuh!

baru2 nih, aku baru abes exam pertengahan tahun. Lecturer bising2 kate tak nak keluarkan keputusan padahal mesin nak cek kertas jawapan tuh rosak. lepas bape minggu dah siap tanda 'manually' agaknye, semua budak2 cam cuak masa lecturer nak umumkan. aku cam biasa rilek je la kate ada taik lalat kat dahi. orang kate kalau ada taik lalat kat dahi maknanya otak pintar. aku dengan sabar dan penuh tekun menunggu sampai nombor giliran aku disebut.

nah! amik kau, dapat antara yang tercorot dalam semester aku.
bila member2 tanya, aku buat2 tak dengar...malu...

lepas nih aku kena bawa buku pegi mane2! lantaklah apa orang nak kate, asalkan aku nk score final nih. aku nak balik umah cepat.
waktu makan aku nak baca buku, waktu baca buku aku nak baca buku, waktu sukan pun aku nak baca buku.
Aku sayang kau buku!!!

p/s: korang jangan kutuk aku!
Images

bila rokok jadi sahabat bibir

aku nih dlm kategori orang yang suka menghisap rokok. tak tahu la dalam kategori ketagih ke ape an, tapi kl sekotak rokok yang mengandungi 20 batang tuh boleh la abes dalam sehari. kat Egypt nih rokok dia tak se'power' rokok Malaysia. sebab tuh bila da abes sebatang nak sebatang lagi. tambahan lagi aku hanya memerlukan LE 5 (Rm 3) untuk membeli sekotak rokok yang mengandungi 20 batang. murah bukan?

tapi aku sebagai pelajar Medic tak dapat menipu diri aku. Segala simptom2 untuk segala jenis penyakit 'macam' dah terasa je kek badan nih. dahla tiada usaha untuk melakukan senaman ditambah lagi dengan tabiat suka tidur menambah lagi 'worst' pada badan aku nih.

bukan senang nak tinggalkan tabiat hisap rokok nih, sape kate senang??? kalau tak hisap walau sebatang sehari badan boleh jadi penat dan lemah wa cakap lu! nak wat pape pun payah bila badan penat dan lemah.

tapi lately nih aku berjaya mengkaji beberapa cara yang dapat mengurangkan tabiat merokok aku nih:

1)Hisap rokok pilih waktu
aku sekarang nih hisap rokok pada waktu2 'sedap'. selalunya lepas makan dan semasa buang air besar. kalau 3 kali makan dah 3batang. buang air besar sekali sehari dah 4 batang dan batang yang ke 5 tuh boleh la nak isap pada bila2 masa yang aku suka.

2) tak payah beli rokok
kalau tak beli rokok camne nak isap kan? paling kurang pun kalau takde rokok mintak member, tapi sampai bile nak wat muka tembok mintak member

3) kunyah chewing gum
benda nih da selalu dah orang buat, tapi tak menjadi sangat kat aku. menjadi sikit2 je

Ala, at least dah berkurang la dari 20 batang ke 5 batang sehari aje. nak tinggalkan terus amik masa woooooooo!!!

p/s: kalau parents aku bace nih mampuss aku and ada 2 kebarangkalian yang akan berlaku:
1) aku kene marah teruk
2) diaorang akan cakap: "bagus anak mak da kurang isap rokok"
Images

Kekejaman di hadapan mata. BERHATI-HATI!!!

Apa perasan kita apabila kita ibu/bapa kita diacukan senjata di kepala?
Apa perasaan kita jika salah seorang ahli keluarga kita ditembak di hadapan mata kita sendiri?
Apa perasaan kita apabila rumah kita dimasuki secara tiba-tiba?
Apa perasaan kita apabila negara kita yang aman damai di ceroboh oleh orang lain?

Lifeline 4 Gaza adalah usaha mengumpul dana bagi membiayai projek menghantar bantuan dan sokongan kemanusiaan ke Gaza bersama jaringan NGO Antarabangsa pada bulan May 2010.
Projek diterajui oleh IHH dengan sokongan padu dari kerajaan Turki akan disertai sukarelawan dari 10 buah negara termasuk Malaysia yang mewakili pelbagai agama dan bangsa.

Bagaimana anda boleh membantu dalam menjayakan projek ini?
  1. doakan projek ini berjaya dan mendapat sokongan seluruh pelusuk dunia supaya penduduk Palestin merdeka dari kekejaman Zionis
  2. Hulurkan bantuan untuk menjayakan projek ini
  3. sebarkan maklumat lifeline 4 Gaza kepada semua orang tanpa mengira agama, bangsa dan negara.
Tidak adil bagi mereka ketika kita senang diulik bahagia mereka merasa sengsara!
Mari bersama-sama lupakan perbezaan bangsa dan kedudukan untuk membantu mereka yang ditindas dan sengsara. Hulurkan bantuan anda, untuk maklumat lanjut Lifeline 4 Gaza




Go. Be. Love. The World Needs You,
aphids
Images

internet melekakan. BAHAYA!!!

internet nih memang melekakan. niat nak belajar terbantut dek internet, ikan yang digoreng hangus angkara internet, gosip2 bodoh meliar kesan dari internet, anak jatuh dari tingkat 8 sebab leka ngan internet.
walaupun macam mana tak taw nk buat apa pun tetap sehati sejiwa dengan internet. walaupun dah buhsan dengan internet tetap gatal tangan nak bukak internet. selagi tak berakhir detik kat dunia nih, selagi tuh ngn internet. lainlah kalau perkerjaan kau bersangkut paut dengan internet dah itu kau punya sumber rezeki.
bagi aku sendiri pun dah buhsan dengan internet. nak bukak facebook benda same je notification pun semua lama. nak bukak email, takde email baru. myspace pun malas nak bukak, nak update blog malas pulak, nak baca berita internet cam haram lambat. nak bukak youtube pun lambat nak tgg buffer. buhsan2 pun tangan duk gatal lagi tekan link2 mana yang ada.
Jadi apa kata korang bantu aku dalam menangani rasa buhsan aku dengan bertanyakan soalan2 yg korang rasa nak tanya yang korang rasa nak aku jawab yang apa2 korang rasa lah. so tanyalah, masukkan je apa yang korang nak tanya dalam kotak di bawah!


p/s:...

aphids
Images

jambangan jambang

orang kata imej & identiti melambangkan peribadi. camne korang taw??? bak kata seorang pemuda berketurunan mat saleh: " dont judge a book by its cover, but judge the content by its character". ngarut je mat salleh nih, nak taw buku tu best ke tak orang mesti tgk cover dulu baru ar ade selera nk membaca. nak ikutkan kl kat Mesir nih pun korang bole jadi konpius ada gak arab nih muka ala-ala melayu & ada gak muka melayu nih ala-ala arab (cam aku ar!)...tapi lupakan itu semua!
bak kata aunty Jenab yang tinggal di Kampung New Zealang, Pahang: "tepuk dada tanya selera, tak kuasa aunty"
so aku persembahkan jambangan jambang...hahahaha...cam ape ntah (jgn judge aku bukan2 plak!)





*click image utk tumbesaran semulajadi

post suka2,
aphids
Images

New Obsession






p/s: if i dont care for you, then why you have my love???

love u,
aphids
Images

Whitney Houston versi Lelaki

k adsSemua manusia sebenarnya sama saja. Masing-masing ada bakat tersendiri. macam bakat budak Taiwan nih pandai menyanyi so dia gunakan bakat dia betul2. Tak macam sesetengah orang yang salah gunakan bakat terutama dalam penulisan untuk mencela dan mengutuk orang.
Tapi jangan rasa 'down' kalau kau rasa kau tak berbakat macam orang lain, paling tak pun mesti ada satu bakat kau yang lebih menonjol dari orang lain. Cari dan gilap sendiri!



click ads,
aphids
Images

alfatihah buat Din Beramboi

baru minggu lepas aku usha2 balik Raja Lawak musim ke 4. Tergelak-gelak aku tengok perangai Din Beramboi yang macam2 tuh. Din Beramboi nih yang buat aku gelak sorang-sorang dalam kereta masa aku jadi drebar hantar adik-adik aku pegi sekolah setiap pagi. Dengan ngantuk n tak biasa bangun awal pagi, bolehla elak tertidur dengan Din Beramboi nih buat lawak.
Aku dengar lawak Din Beramboi sejak aku kecik lagi, sampai sekarang dia dalam Radio Era and Raja Lawak...
Tak pasal-pasal dengar dia masuk ICU. Then dah pergi meninggalkan kita semua. 1st time aku rasa cam kehilangan yang amat besar bagi golongan artis2 nih. Rasa cam rugi sangat, dengan bakat yang beliau ada memang tak dapat diganti. tapi rencana Tuhan kita tak tahu, DIA lebih mengetahui.
Takziah untuk famili Din Beramboi dan Moga Allah Cucuri rahmat dan kesejahteraan buat Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri aka Din Beramboi. Tuhan lagi sayang kau Din...

p/s: innalillah

sapa lagi boleh wat lawak cam din beramboi,
aphids
Images

teknologi dan kerosakan tiada kaitan???


bila malam yang kau sangka tenang
tiba tiba terusik dengan halilintar
tak tentu arah, resah gelisah
terjatuh manusia dari mimpi gembira

salah siapa?
kau pencipta kemodenan
atau
aku pertahan kerosakan

mungkin ini semua proses perjalanan
kau tidak tahu arah tuju
dan aku masih keliru
tapi
jangan pernah putus asa
jangan pernah harapan kau persia

kau harus tegas membuat pilihan
aku bukan menjaga hati merah berbunga
aku cuma ingin lihat dunia gembira
kau, pintaku sabar terus subur dalam jiwa

p/s; masih utuh untuk hari-hari seterusnya!

pasca subuh,
aphids