Images

Polis tembak mati Aminul Rasyid (Sambungan)

hari ini 28 april 2010, dikatakan saksi utama kes ini iaitu rakan arwah yang masih belum didedahkan identitinya akan membuat 'statement' di Ibu Pejabat Polis Selangor, Seksyen 9 Shah Alam. Manakala polis telah selesai merakamkan 'statement' sembilan saksi berhubung kes tersebut.
dalam masa yang sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dah macam cacing kepanasan apabila membuat kenyataan di akhbar meminta supaya semua pihak termasuk Ahli Politik tidak campur tangan dalam siasatan polis berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati polis, awal pagi Isnin lalu di Seksyen 11.
Beliau berkata, campur tangan sedemikian akan hanya mengganggu siasatan.

Sebenarnya kehadiran ahli politik tidak langsung menganggu siasatan tetapi bagi memastikan siasatan oleh PDRM dilakukan secara telus, adil dan saksama. sampai bila lagi kita nak lihat polis bertindak sesuka hati melebihi undang2?

dengan campur tangan Ahli Politik barulah semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengumumkan penubuhan pasukan khas yang diketuai oleh timbalannya, Datuk Wira Abu Seman Yusop, bagi menyiasat kejadian remaja ditembak mati oleh anggota polis

0 comments: