Images

Kronologi Polis & Aminul Rasyid

aku terpanggil nak menulis pasal kisah seorang budak 15 tahun ditembak mati oleh seorang anggota polis. bagus jugak dari kes nih baru aku tahu pasal insiden tembak rambang pada tahun 2009 yang melibatkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh.
Daripada sebuah group di mukabuka "we Love Aminul Rasyid" aku terus berminat untuk mengetahu kronologi sebenar kejadian ini. Aku cari dari pelbagai sumber di Google untuk mengesahkan cerita sebenar macam mana.

polis kata:
1) mereka mengesyaki sebuah kereta Proton Iswara Aerobak dipandu dalam keadaan mencurigakan
2) apabila disuruh berhentikan kenderaan, arwah sebaliknya memandu laju
3) Melihat keadaan itu, polis menembak tayar kereta yang dipandu mangsa
4) setelah kereta terbabas, rakan arwah berjaya melarikan diri tetapi arwah pula cuba mengundurkan kenderaan untuk merempuh polis
5) terkejut dengan tindakan arwah, polis melepaskan tembakan ke arah arwah
6) polis menjumpai sebilah parang dalam kereta tersebut

keluarga arwah kata:
1) pemilik kenderaan, abang ipar arwah menafikan kewujudan parang dalam keretanya
2) ibu arwah, Norsiah Mohamad mengatakan arwah seorang anak yang baik dan aktif dalam sukan. disamping rajin ke surau
3) Polis yang menembak arwah dikatakan ditukar ke 'desk duty'

rakan arwah (saksi) kata:
1) dia dipukul oleh anggota polis sebelum berjaya melarikan diri
2) kereta tidak boleh dipandu secara laju kerana tayar bocor
3) anak seorang polis



pandai2 wat kesimpulan sendiri. aku dah muak dengan kredibiliti anggota2 polis dalam menjalankan tugas nih. depan mata aku sendiri pernah nampak orang awam kene belasah dengan polis. depan mata aku sendiri penah nampak polis terima rasuah.
Aku bukan nak tuduh, agaknya PDRM nih ada wat polisi baru nak naikkan imej diaorang. yelah seperti memperbanyakkan kes2 palsu untuk disiarkan di dada akhbar or PDRM memang dah takde keje sangat sampai cari kerja???

tengoklah lepas nih, apa jadi kat saksi tuh nanti, apa lagi polis nak cakap, camne kerajaan react dalam insiden camnih.
Kerajaan pun kena wat sesuatu, baru menang pilihan raya arituh kat Hulu Selangor kot, tapi kalau kalah kat Sibu akan datang nih, tak hairanlah.

p/s: takziah buat keluarga arwah, moga Arwah Aminul Rasyid tenang disana...Al fatihah

4 comments:

  1. aku pun dah tak tau nak cakap ape..cuma..ka#ala *tak dia la buat mcm ni!

    ReplyDelete
  2. haih.. ntah la. sy pon pnh jd saksi polis paksa org menyuap dy.

    ReplyDelete
  3. kesian budak nih an, hilang sorang pelari pecut negara

    ReplyDelete
  4. ntah..ckp bnyak pun kena ISA lak hehe..tp kita org awam phm2 sgt dah..xkena tang anak beranak depa xpa la hehe

    ReplyDelete