Images

Istidraj

hebat atas takhta
seorang raja berkuasa
jaya demi jaya

agung dalam darah
organ organ keparat
maksiat
bakhil
kejam
menjeruk dosa dosa

mistik
tanpa sedar
menang beri leka


p/s: dan kita terus berbangga dengan kejayaan yang ada? Shame on you, Shame on us!


Hafeez Darraji

Images

Ana Raffali - Jauh Ke Syurga

Ada satu masa kita tak boleh nak cakap bagaimana kita mensyukuri / beruntung dengan kehidupan sekarang / manusia manusia yang hadir di sekeliling kita. Cuba dan terus cuba untuk mencari perkataan yang sesuai tapi tak jumpa. Akhir sekali, kita hanya dapat bermenung dan tetapkan dalam hati sedalam dalamnya perasaan gembira itu serta berharap dapat melakukan yang terbaik (baca: setiap masa) untuk orang sekeliling kita. 

Begitu juga dengan lagu Ana Raffali - Jauh ke Syurga. Lagu berkisah tentang seorang isteri yang gembira dengan kehadiran seorang suami. Bahagia; namun dapatkah kita balas setiap kebahagiaan itu? Berharap agar dikekalkan selama lamanya, berharap setiap inci perbuatan dan setiap senti kulit bisa memberi untung  / membahagiakan suami, sekurang kurangnya memberi senyum sepanjang masa di wajahnya. dan Harapan hanya dapat disandarkan pada Tuhan yang Maha Esa. 




p/s: untuk sesetengah manusia, lagu dan puisi bisa berkata kata untuk sesuatu yang tak dapat dikatakan


"aku manusia paling bahagia di dunia. terima kasih."  :)


Hafeez Darraji


Images

P.H.P

Sudah 10 tahun sejak kali terakhir dia menjejakkan kaki di situ. Segala makna kehidupan tertanam dalam bumi yang kini dia pijak kembali. Walaupun hatinya berbelah bahagi, namun terpaksa digagahkan atas desakan kerja. Dia menghela nafas dan masih mahu duduk di pinggir sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. Sungai yang menemukan dia dengan seorang gadis molek bernama Trisya. 

Lamunan dia terhenti apabila terdengar suara seorang pemuda menyebut Koshary, sejenis sarapan wajib rakyat Mesir; seperti nasi lemak di Malaysia. Walaupun sudah lama meninggalkan bumi anbia, dia masih fasih dan boleh memahami bahasa yang dipertuturkan. Dia tersenyum lalu bangun dan menepuk nepuk bahagian punggungnya yang diselimuti debu pasir halus. Sambil menghayun langkah di kepalanya berkata : alang alang sampai sini, boleh tengok kawasan Universiti dan rumah aku dulu.

"masakin gamaah"

matanya meliar liar ke sekeliling dari dalam taxi yang baru dinaikinya. Tiada banyak perubahan yang berlaku, cuma beberapa kedai yang sudah bertukar dan ada juga yang masih kekal.

"syukran," ucapnya sambil menghulurkan not LE 10 berwarna merah kepada pemandu taxi. 

Di hadapannya kini ada sebuah kedai menjual buah-buahan dan sebuah dobi. Bibirnya tersenyum panjang. "huh, ada lagi kedai kedai nih."


Hafeez Darraji


Images

Life Is Changing

Yup ! kau berada di blog yang betul. Ini masih blog Emansipasi yang dulu, tuan yang sama, penekanan cerita yang sama cuma pemandangan sedikit berbeza...errr. mungkin banyak.

Blog ini seingat aku sejak April 2008 sampai sekarang Januari 2012. Sepanjang 4 tahun(lebih kurang) banyak perubahan dari segi content, nama penulis, background dan sebagainya. Selalunya bila wujud satu perubahan ianya sangat sinonim dengan sudah bosan, mungkin aku sudah bosan dengan latar belakang yang statik, gelap kemudian ada header budak kecil dengan dua tapak tangannya dan matanya sedang memandang atas disamping nama blog Emansipasi kat situ. Sudah berapa tahun budak tuh tak beralih dari tempat dia. Mesti mak bapak dia risau kat rumah tuh.

Anggap sahaja aku dah lama sangat kat Mesir dan korang pun dah lama sangat 'stay' dengan aku kat sini. Sekarang aku belanja korang semua keluar dari Mesir dan berubah angin merasa persekitaran yang baru di satu negara Eropah. Enjoy !

p/s: Siapa tak suka baju baru?  

Hafeez Darraji


Images

SNI

wajah suci
tidak terusik dosa
tulus mulus
bercahaya putih memancar

jadi perhatian setiap pemuda
di sebalik wajah
berperkerti ugama
kelebihan atas kelebihan
buat sang pendamping setia


p/s: jangan calarkan keindahan wajah itu Hawa :)

Hafeez Darraji


Images

Melepaskan Sesuatu Untuk Mendapatkan Sesuatu (Part 2)

setia yang sama
Dia bawa kita bertemu.
tapi hari itu ribut salji melanda
tiada harapan yang selamat
termasuk setia

saat nanti kau tidak tenang
terganggu setiap tidur malam
kau mesti ingat
ribut salji akan surut
musim bunga akan tiba
bersama keindahan warna warni
haruman paling mempersona

kau akan kembali gembira.

otak aku berkata pada hati
'biar cinta itu terus subur'
tapi hati berkata pada tangan
'bukan! bukan waktu ini'

aku berhenti lagi sekali.



#mumfordandson,illusi warmoesstraat,january2013
Perjalanan aku masih jauh - Hafeez Darraji

-melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu (part 1)



Images

Melepaskan Sesuatu Untuk Mendapatkan Sesuatu (Part 1)

siapa tidak mahu tenang matamu?
resah aku hilang dalam pelukanmu
sejuk aku bertukar panas
siang bersungguh sungguh kembali
tidak sabar bertemu

otak aku berkata pada hati
'biar cinta itu terus subur'
tapi hati berkata pada tangan
'bukan! bukan waktu ini'

apa kau sedar?
kita semua akan mati
dimamah cacing cacing
berselimut tanah
gelap tak bererti

aku malu pada Tuhan
seperti pasangan bercinta
aku cuma bekas kekasih
yang dulu paling setia

setia yang sama
Dia bawa kita bertemu.
tapi hari itu ribut salji melanda
tiada harapan yang selamat
termasuk setia



#mumfordandson,illusi warmoesstraat,january2013
Hafeez Darraji

- Melepaskan Sesuatu Untuk Mendapatkan Sesuatu (part 2)





Images

kau cakap memang senang tapi bagi aku susah nak buat

"lepaskan dia"

"move on"


(HD kata itu normal. Dopamin (sejenis hormone) sedang bermanja manja dalam badan kita, katanya bersyukur sebab kalau dopamin takde nanti dapat sakit parkinson. mahu?)


jiwatakmati
Images

Kursus

kau kejam
merantai aku dengan peraturan mu
sedikit pun kau tak pernah ambil tahu
apa sarapan kegemaranku

kalau bukan kerana jodoh Tuhan
tidak sedikit pun aku mahu 
ikut ikutan

gaji tak naik sekali ke bos?


(kenapa sampai 2 bulan? tensi!)

jiwatakmati


Images

Kata Ganti Nama

girlfriend
aku tidak suka
panggil kamu dengan panggilan itu
walaupun kita bercinta
indahnya lebih dari norma manusia
tapi aku tetap tak suka

awek
itu panggilan dari lelaki buaya
bila melihat perempuan hyperlawa
" perghh, cantik siot awek tuh"
itupun aku tak suka

kerana itu aku tidak suka
bangga bangga tulis
"i love my girlfriend"
"awek aku paling lawa di dunia"
di facebook mahupun twitter

aku lebih suka
di sebalik makna i love you
kamu aku panggil bakal isteri

bidadari sempurna
bisa buat aku bahagia


Hafeez Darraji


Images

High Heels

"beli beli beli"
ada suara membisik
kanan dan kiri
takut.

[delusi mode] ada sale di KLCC.


(kalau ada oang mau belanja... hihi)

jiwatakmati


Images

Puisi Buat Bekas Bekas Kekasih

buat semua bekas bekas kekasih :

you don't know what you have until it's gone

dalam tidak percaya
aku kini percaya kenapa ia benar.

pertama.
segala masa kita bersama
kini jadi masa aku.
aku punya masa untuk sukan, jelajah, baca, tulis dan bermimpi jauh
maksudnya aku lebih kacak, lebih baik, lebih petah, lebih hebat
sehinggakan
aku jatuh cinta dengan diri aku sendiri.

kedua
aku lebih bahagia bila aku berduka.
ada satu masa ketika aku bersedih mengenang putus cinta
ramai manusia datang dan belanja aku makan.
semua percuma.
cerita benar !

ketiga
sebenarnya kau tak pernah mencintai aku
kau menyintai aku kerana kau sedang bercinta
berfantasi cerita dongeng
sehingga kau sedar
aku hidup dalam alam realiti

keempat
yang terbaiknya
kau kini tinggal jadi sebuah puisi
karya untuk aku jaja
kalau kalau aku papa kedana

kelima
aku tidak layak.
I am your biggest mistake



p/s: maaf dan terima kasih :)

Hafeez Darraji




Images

Bodoh #1


nah!
kita masih bodoh
menarik perasaan
bergaduh. lihat siapa jatuh
tertawa menyorak kemenangan

ah!
persetankan semua
kita masih terasa
bila satu satu kata jatuh pada batang hidung kita
otak bertenaga. berpusing pusing gear
ini tiada betulnya

wah!
kita bukan malaikat
cuma manusia laknat
kau dengan manusia manusia hebat
mampu beli tiket masuk syurga?
takpe.
biar struggle
jatuh bangun memimpin tangan dosa dan pahala
sekurang kurangnya aku sedar
kita manusia biasa

lah!
mana datang makanan orang jalanan
kalau tidak karya yang dihidupkan
mana datang lagu tidur untuk telinga
kalau tidak susah yang dilalukan

kita masih bodoh
kita masih bodoh
kita masih bodoh

bukan !

kau masih bodoh
kau masih bodoh
kau masih bodoh

obses dengan lama
masih mahu bermain dengan gelongsor buruk
bila bila masa kan mengoyak buntut
berdarah, menjerit terpekik terlolong

ada manusia bangga jadi kubu pertahanan
"polis kata jangan"
sama sama jadi bodoh
bahagia. setia bodoh selamanya

tahu bodoh, cuma pinta aku
bodoh itu jangan ditunjuk tunjuk.


p/s: kenapa hidup mahu terus membodohkan diri?


Hafeez Darraji


Images

Bodoh #2

Dosa
aku ralat.

tanpa itu aku mampu
setia
Hajar kepada Ibrahim
Shah Jahan kepada Mumtaz
Hang Tuah kepada Melaka
Hachiko kepada Euno

atas apa pun
biar aku belajar
cara setia pada 
Yang Satu

kemudian aku pergi mendapatkan kamu.
berlari.


Hafeez Darraji


Images

Junk of the Heart

manis

ada senyum menampak gigi
dan
tarian bahagia sepanjang hari


[ kepada Hafeez Darraji dan bakal bakal Doctor batchnya. Semoga Berjaya menjawab peperiksaan ! ]

jiwatakmati
Images

Falsetto

hari ini langit menjadi indah
bila aku bangkit dari tidur
menghirup udara dan sedikit tenaga
otak aku leka

dari manapun aku bermula
sejauh mana pun aku menggila
toksin, vaksinasi, dadah merbahaya
kelekaan, kesedapan tak terhingga
keselesaan yang menggigit
buat aku terhimpit
lemas dalam meditasi komplot beraneka rupa

Ah. Aku terpaksa lepaskan semua.

belajar itu yang aku belajar
bila kita panjat satu satu tangga
kita berusaha untuk lebih dekat dengan Dia
kita pasti berjaya

sejak itu langit terus indah
bernaung cahaya


p/s: All the best untuk batch semester 9. aku doakan setiap daripada kita mendapat kejayaan yang cemerlang.

Hafeez Darraji


Images

Rambut

belah tepi
tarik perlahan rapi

belah depan
di tonyoh tonyoh membonjol

sikit sikit
tarik belakang
rata dengan tangan

buka almari
capai snowcap
pakai

pfftttt...


(rambut dia, dia punya sukalahhh)

jiwatakmati


Images

Saka

manis
masam
masin
manis campur masam
masam campur pahit
manis campur masin
masam campur masin

semua aku telan

kau kata kan terima aku seadanya?


(jangan salahkan aku. siapa tak suka makan?)

jiwatakmati

Images

Cemburu

"mulalah tuh"

ditegur tak bersahut
ditarik tak bergerak
dipegang tak bersambar
buat muka ketat kelat
otot keras hypertonia
tiada respon

"janganlah begini"

luar seperti pahlawan
(padahal) dalam hati ada taman


(comel, boleh saya sakat awak selalu?)

jiwatakmati




Images

Kisah Instagram #1

Selalunya bila aku like satu satu gambar, tak semestinya gambar itu cantik. Kadang kadang aku tak peduli cantik/style atau tidak satu satu gambar tapi aku like gambar sebab caption dia menarik dan boleh dijadikan sebagai satu motivasi.

Jadi kebanyakan caption yang memberi motivasi adalah gambar gambar golongan 'orang orang fitness'. Aku kan orang fitness, bercita cita mahu jadi personal trainer dan ukur lilit bicep takdelah besar mana cuma 33 cm sahaja. Jadi banyak aku boleh belajar dari motivasi golongan ini.

Mungkin orang ingat aku gersang sebab selalunya pakaian workout perempuan perempuan ini tutup dada dengan punggung sahaja. Tapi takpe, kalau nanti satu hari kau orang perlukan personal trainer aku boleh kasi diskaun atau mungkin satu kali trial percuma.


Hafeez Darraji


Images

Tiba Tiba

like ships in the night
you keep passing me by
lagu dari album Young Love
jadi pengisi malam sunyi

satu badan 
duduk senget
sambil kepala
terteleng ke kanan
mata tertumpu tepat
tenggelam dalam skrin monitor bercahaya

takkk takkk takkk
jari menekan nekan papan kekunci
tekan. tekan lagi

antara 
lagu
skrin monitor
papan kekunci

fikirannya melayang
jauh 
tiada berisi
kosong.


Hafeez Darraji



Images

Mati

subuh masih lagi sunyi
cahaya pagi terdiam kaget
seperti masanya terhenti

semilir tenang yang membalut
melayah jasad renta
menuju ke akhiran


(tahu waktu kita?)

pasca subuh, taman sunyi, kuala lumpur.
jiwatakmati


Images

Itu Kali Terakhir

nah, ambil kertas ini
ronyokkan jadi bebola sfera
kemudian kau buka

lihat !
kedut kedut
herot herot
segala garisan tidak simmetri
itu umpama hati aku

"kau tahu apa aku akan buat?"
berlagak seperti Kobe saat free throw
dan kutip dua mata penuh

sampai tong itu menimbun
hati lama aku akan pergi jahanam
bercampur dengan sisa sisa sampah

aku
ambil kertas baru
tulis cerita baru

mulai saat ini
adakah aku mahu kau sentuh hati aku lagi?

pergi mati !


(tahu bagaimana bencinya aku?)

jiwatakmati




Images

Hujan

mungkin langit sedang putus cinta
menangis sepuas puasnya

mungkin bumi sedang mandi
menikmati air yang asing buatnya

persoalannya
berapa lama lagi?


Hafeez Darraji





Images

Kita 1.0

i.
malam ini dan seterusnya

lengan aku jadi bantal busukmu
peluk aku jadi selimutmu
cium aku jadi cerita tidurmu
kaki aku jadi sarung kakimu

"habis kalau u lewat pulang dari kerja?"

macam aku kata
malam ini dan seterusnya


ii.
satu pagi
dia akan bangun tidur
cuci muka
berus gigi.
cuba cuba
pakai gincu merah
cium ke satu pipi
beserta nota
"Good Morning! Call me when you wake up"

supaya nanti  kehadirannya dirasai
seorang bidadari yang bangun seorang diri.



Hafeez Darraji


Images

Dosa

calar balar celaka
mulut mulut puaka
terjahnya tiba tiba
mengepung seluruh
tertutup. jalan mati.

salah. salah langkah.
semua kerana aku.
kerana aku.


p/s: mahu tidak mahu terima sahaja. Lihat masa depan, kesilapan yang tidak akan kita ulangi instead menyalahkan manusia sekeliling yang fitrahnya suka jump on conclusion dan berkata kata. Hey, ingat kita juga manusia biasa :)


Hafeez Darraji


Images

Bersatu

buat sang 'wartawan' AA :


i.
>Bukan Aku
tidak mahu berkata
mencuba cuba menyusun huruf
menghujani udara dengan saliva
meluah satu persatu rasa

>Tidak
kita dari tingkat berbeza
aku masih hidup dengan duit keluarga
kau sudah punya kerjaya

>Cinta
lapan tahun dahulu
tunggu nanti sampai
kita bertemu.


ii.
>Kamu
sentiasa jadi kegemaranku
dari pertama kali hingga saat ini

>Istimewa
khusyuk menghadam buku
setia mengabdi keluarga
gigih memahat kerjaya

>Cinta
lapan tahun dahulu
tunggu nanti sampai
kita bertemu.


Hafeez Darraji





Images

Cinta Kesian

Kebelakangan ini ada dua tiga orang datang dan menyapa aku meminta pendapat tentang tajuk cinta ini. Aku mengaku, aku bukanlah hebat sangat dalam bab nih. tapi dari pengalaman, sedikit sebanyak aku boleh tolong dan aku lebih suka untuk share pengalaman instead of mengajar bagaimana... 

Banyak banyak persoalan, paling menarik minat aku tentang bab cinta kesian. 
Mencintai seseorang sebab kesian, samada usaha dia terlalu banyak nak memikat maka kita pun kasihan dan terima cinta dia. atau kita tak sanggup memalukan, melukakan, menghampakan atau katakan tidak pada seseorang maka kita terima cinta dia. 
Aku sendiri pernah mengalami situasi ini, menerima cinta atas rasa kasihan dan aku mengaku yang ianya tidak berjalan dengan lancar.



Satu dan Paling Utama - Jangan membelakangkan cita cita atau impian yang telah lama kita impikan.

Situasi 1: Faiz cuba mengorat seorang gadis, tapi gadis itu menolak cintanya. Faiz tekad untuk fokus kepada hidup dan cita citanya. Ada beberapa goal yang Faiz mahu capai dalam tempoh tempoh tertentu. Beberapa bulan kemudian, gadis itu menegur Faiz menyatakan kesudian untuk menerima cinta Faiz. Faiz berasa kasihan dan tidak mahu melukakan gadis itu lalu menerima cinta tersebut. BAMM!!!

Situasi 2 : Bob dan Lina sepasang pasangan kekasih yang sudah berpisah. Lina merayu rayu kepada Bob supaya tidak memutuskan hubungan itu. Hari demi hari, Lina masih merayu dan tidak berhenti menangis. Atas rasa kasihan Bob menerima cinta Lina kembali. BAMM!!!

Dalam hidup, selain keluarga cita cita antara modal yang paling penting. Bagaimana kita mahu mengarahkan hidup sekarang supaya senang di masa hadapan. Lebih lebih lagi di usia muda.



Dua - Jujur dengan perasaan sendiri

Kalau suka cakap suka, kalau tak suka cakap tak suka. Something yang mudah tapi sangat sukar dilakukan. Lebih lebih lagi orang melayu kita yang hidup dalam kiasan dan norma sopan santun. Berlaku tegas pada diri sendiri selalunya akan menyelamatkan masa depan kita. Belajar katakan tidak dengan cara paling baik. Terangkan sebab kenapa kita tidak mahu menerima cinta itu. Mungkin berkawan dahulu cara yang terbaik, sebab lambat laun cinta itu boleh dipupuk. Worst case scenario mungkin korang tak akan berjumpa atau bercakap sesama sendiri selama lamanya. but hey, itu lumrah hidup yang kita kena hadapi, bukan kau sahaja malah semua orang.

Pernah dengar jodoh di tangan Tuhan? salah satu dari 3 perkara yang telah Dia tetapkan untuk kita sejak dari azali lagi. Jadi mengapa risau dan gelisah sampai depress berhari hari? kau takut sendiri? 
Tuhan selalu ada di sisi.

Samada kita mendapat seseorang yang dapat membawa kita menuju dan mencapai impian dan cita cita kita tetapi banyak kekurangan (tidak kacak/cantik, kurang romantik, etc..) pada diri individu tersebut
atau
Seseorang yang punya banyak kelebihan tetapi sukar untuk kita mencapai cita cita dan impian masa hadapan. 

More or less it depends what we want in life. So, choose and live it. 



p/s: Antara Cinta Tuhan tiada warranty tapi punya guarantee dan Cinta manusia yang ada warranty tapi tiada guarantee. Kalian pilih yang mana?


suburkan cinta,
Hafeez Darraji


Images

Daiyan Trisha

buat Daiyan Trisha:


Hey !
jadi bunyi sapa yang pertama
tiada yang pelik
kalau kau faham bahasa manusia

merdu
berkata kata dalam irama
buat ekspresi muka
tepat sebelum ke verse seterusnya

jari
menghentam kekunci hitam putih
tak berhenti menari pada tali besi
melukakan lapisan stroma
dapat runut chorus yang bahagia

bakat tak perlu dicari
gilap sampai nampak muka sendiri
di sekolah belajar dapat A
naik ke notes lebih tinggi


p/s: terus berkarya adik !


Hafeez Darraji


Images

Kopi Ais

dalam musim dingin
terketar ketar
mencari panas

kopi panas, shower panas, makanan panas, tempat panas...

tapi apa yang lebih bahagia?
pulang rumah

kopi panas menjadi kopi ais.

satu teguk. habis.
mai secawan !


Hafeez Darraji


Images

Tragedi

Bersesak sesak
pada irama gelisah
tiada jalan keluar

anak kepunyaan bapak
ikrar asyik dua jiwa
pada tarikh ini
jadi bukti tidak benar

luka yang selamat
di perah limau
bukan jadi nanah tapi barah

412am 0201013


p/s: dalam waktu waktu darurat (final exam) ini banyak pula ilham keluar.


Hafeez Darraji


Images

Cinta Orang Menulis

buat Mimi Morticia :

Aku jatuh cinta
dengan nama samaran
belum pernah lagi melihat wajah
belum lagi tahu nama lahir

Gila?
"Whateverrr...."

Karya kamu dan karya aku
Jodoh.
Sebulu.



Hafeez Darraji