Images

Kata Ganti Nama

girlfriend
aku tidak suka
panggil kamu dengan panggilan itu
walaupun kita bercinta
indahnya lebih dari norma manusia
tapi aku tetap tak suka

awek
itu panggilan dari lelaki buaya
bila melihat perempuan hyperlawa
" perghh, cantik siot awek tuh"
itupun aku tak suka

kerana itu aku tidak suka
bangga bangga tulis
"i love my girlfriend"
"awek aku paling lawa di dunia"
di facebook mahupun twitter

aku lebih suka
di sebalik makna i love you
kamu aku panggil bakal isteri

bidadari sempurna
bisa buat aku bahagia


Hafeez Darraji


1 comment:

  1. ohhh..sekarang aku dah faham sape jiwatakmati..lps exam bru bleh fokus..hahaha selamat berbahagia..

    ReplyDelete