Sudah 10 tahun sejak kali terakhir dia menjejakkan kaki di situ. Segala makna kehidupan tertanam dalam bumi yang kini dia pijak kembali. Walaupun hatinya berbelah bahagi, namun terpaksa digagahkan atas desakan kerja. Dia menghela nafas dan masih mahu duduk di pinggir sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. Sungai yang menemukan dia dengan seorang gadis molek bernama Trisya.
Lamunan dia terhenti apabila terdengar suara seorang pemuda menyebut Koshary, sejenis sarapan wajib rakyat Mesir; seperti nasi lemak di Malaysia. Walaupun sudah lama meninggalkan bumi anbia, dia masih fasih dan boleh memahami bahasa yang dipertuturkan. Dia tersenyum lalu bangun dan menepuk nepuk bahagian punggungnya yang diselimuti debu pasir halus. Sambil menghayun langkah di kepalanya berkata : alang alang sampai sini, boleh tengok kawasan Universiti dan rumah aku dulu.
"masakin gamaah"
matanya meliar liar ke sekeliling dari dalam taxi yang baru dinaikinya. Tiada banyak perubahan yang berlaku, cuma beberapa kedai yang sudah bertukar dan ada juga yang masih kekal.
"syukran," ucapnya sambil menghulurkan not LE 10 berwarna merah kepada pemandu taxi.
Di hadapannya kini ada sebuah kedai menjual buah-buahan dan sebuah dobi. Bibirnya tersenyum panjang. "huh, ada lagi kedai kedai nih."
Hafeez Darraji
yay! nama aku di-mention! :D
ReplyDelete@koshary
ReplyDeletehahaha. aku tak tahu nak eja camne nama makanan tuh, aku eja ikut cara kau :D