Images

Travel Log Mencari Cinta


Petikan dari naskah "Travel Log Mencari Cinta" oleh Hafeez Darraji















Hafeez Darraji



Images

2013, Aku Datang !


Syukur !
Sudah tertutup tahun 2012, dan hey tahun 2013 aku datang !
Sepertimana di awal tahun penuh kegembiraan bersama kawan dan keluarga, pengakhiran 2012 ini lebih bermakna. Walaupun keadaannya tidak sama, tetapi kemanisan itu berganda. Mari ramai ramai, 'puji dan syukur pada Illahi, anugerahNya tiada terhingga...'

Kamu tahu tahun 2012 ini tahun kegemaran aku, segala pengalaman dan sentuhan orang orang sekeliling memberi pengajaran, membawa aku ke ruang yang kurang aku gemari iaitu kedewasaan ;D

'It doesn't matter how fast you are going, as long as you are making progress.'

Progress.2012?
Satu benda yang paling aku bangga.

Pokoknya walau kita hidup pada dunia yang sama,  walau kita menerima kegembiraan ataupun dugaan yang sama tapi kita mendapat dan belajar sesuatu yang berbeza. Apa yang lebih baik daripada memberi yang terbaik untuk diri sendiri? demi kepuasan peribadi.

Letaklah tujuan dalam hidup sendiri. Tidak kira susah atau senang kita pasti mampu terus 'survive' jika punya tujuan. Realisasikan tujuan dan yang lain akan datang dan tiba dengan sendirinya. 

Apakah tujuan hidup yang sebenarnya? Cinta? Kahwin? Lepak? Berseronok? Belajar? Kerja?
Bagaimana kita mengatur perjalanan untuk mencapai impian atau perkara yang sudah lama kita impikan? 
Menggapai dan merealisasikan setiap 'childhood dream' satu masa dahulu.
Bagi aku itu perkara terpenting. 

Aku? Selalu mengimpikan di awal alam pekerjaan masih terus gagah memegang status bujang, punya rumah  dan kereta sendiri, berjogging di taman setiap pagi hujung minggu dan bersarapan dengan ditemani tompok tompok peluh pada baju. antaranya.

Aku percaya, kalau kita beri ruang dan peluang kepada diri sendiri sepenuhnya satu masa nanti kita tidak akan pandang masa silam dengan sia sia. Perjalanan masa depan selari seperti yang kita idamkan ditambah lagi kejutan yang hadir pada setiap perjalanan itu. Tiada kata dapat menggambarkan situasi itu nanti

Tujuan sudah dipenuhi,apa lagi yang kita mahu?

Teruskan mencari kegembiraan dan kebahagiaan bagi diri  kalian. Aku sentiasa doakan kamu, kamu dan kamu yang dirundum duka akan beransur pulih dengan kemolekan yang lebih bahagia. Tapi kalau hati kalian masih lagi kosong walaupun banyak kegembiraan di sisi, tanyalah diri kalian samada kegembiraan itu palsu atau berpura pura. Berhati hati jangan sampai terperangkap.



Abadi pada Tuhan
Persembah pada bonda berdua 
Masyhur buat kekanda dan adinda.
Assalamualaikum 2013.


p/s: Terima Kasih kerana terus membaca :)


salam kasih,
Hafeez Darraji


Images

Pemuja Rahasia

manusia asing
"ahhhhhhhhh..."
terus menjadi kegilaan
rakus mahunya nafsu

cukup sekadar penulisan itu
dunia aku seakan berputar
terkedu, seolah benar
kau berkata padaku

memiliki tahu mustahil
cukup sekadar kau tahu
dalam angka tidak tahu
aku nombor satu
tetap dan selalu


p/s: Your #1 fan


Hafeez Darraji



Images

Wad Orang Gila


jauh di satu sudut
satu tubuh duduk terjatuh
bergelak ketawa mengilai
menunjuk nunjuk dengan jari

aku terkesima
terbit rasa kasihan
terangkat pada pemikiran
meneka neka cerita

pokoknya
kita semua sama
hanya orang seperti dia
berbeza. gila

aku tak gila
mereka yang gila
masukkan aku ke sini


p/s: kalau kau rasa 'hidup itu indah' adalah sesuatu yang gila, panggil aku gila.



Hafeez Darraji



Images

Kopi Masa Depan


aku cuba
mengukir masa depan

buang lelah kerja
parkir mazda rx8 di tepi jalan
melangkah masuk ke satu kedai
berbau haruman kopi
bunyi biji biji dikisar

jari menunjuk satu
pesankan cappucino
dan sedikit manisan

bersandar pada kerusi selesa

memegang cawan putih
menghirup butir butir panas
melihat di balik dinding kaca
pada jalanan, manusia
atau apa apa

tersenyum seorang diri
bangga dengan jalan yang aku pilih

perfect moment!

satu hari nanti
aku mahu






Hafeez Darraji



Images

Iman

yang paling penting itu perkara iman
iman itu lebih penting dari duit
iman itu lebih penting dari rumah
iman itu lebih penting dari kenderaan

kalau mati tiada duit
Allah tak marah
kalau mati tiada rumah
Allah tak marah

tapi kalau mati tiada iman
bagaimana?
Masalah !

ada iman sebesar zarah
Allah hargai dengan sepuluh kali besar dunia

bertanya para sahabat
"Bagaimana kami hendak perbaharui Iman?"
Rasulullah menjawab
"Perbanyakkan  menyebut Lailahaillallah"

- dunia sementara, akhirat selamanya



Hafeez Darraji



Images

Duka


Pasti kau tertanya tanya kenapa duka kau tak pernah berakhir. Bukan? sedang berbaring hendak tidur dan juga bangun pagi kau jatuh dalam kedukaan yang sama. Setiap kali masa lapang, masih jatuh dalam kedukaan yang sama. Tidak ada peluang untuk lari dan berlari. Walaupun kau cuba buang perasaan itu jauh jauh, berdoa itu ini, merayu dan mengadu acapkali, kau masih dan terus jatuh dalam kedukaan yang sama.

Kau mengeluh bertanya bila semua ini akan berakhir dan menyakinkan diri yang semua itu akan berakhir satu hari nanti lalu meneruskan hidup seperti biasa dengan ketawa dan senyum yang kau reka sendiri. Kekadang kau merasa sesal dengan kedukaan itu dan berharap semua itu tidak pernah berlaku sejak dari awalnya dan tetap menyakinkan diri dengan pujangga pujangga asing dan kitab kitab suci wahyu Nabi. Tapi selepas itu kau tetap jatuh, jatuh dan jatuh dalam kedukaan yang sama.

Apa yang kau perlu/mampu lakukan adalah berdiri, berjalan, dan berlari mengikut kesesesuaian masa. Bergaul, bersosial lebih sedikit dari biasa. Makan dan minum secukupnya. Beribadat sepuas puasnya dan menikmati hidup dalam gerakan takdir yang sempurna dengan redha yang memenuhi setiap aliran darah.

Untuk melihat pelangi yang indah itu kau perlu menikmati hujan lebat dengan guruh dan kilat yang menjadi takut manusia.
Untuk melintas jalanan kau perlu berani menghadapi gertakan kenderaan berbahaya
Untuk mendapatkan pedang yang tajam kau perlu merasa bahang dan lecuran api membara
Untuk memiliki mutiara selamlah ke dasar lautan yang bergelora
Untuk mendapatkan syurga kau perlu diuji dan merasai ujian seperti mana umat terdahulu pernah melaluinya

Akhir sekali, aku doakan moga gembira dan bahagia menjadi asset dalam dakapan pada suatu masa.


p/s: Wahai manusia yang berduka, moga semuanya baik baik sahaja :)


Hafeez Darraji


Images

POSED - Atas Kelahiran Medium dan Fanzine

Aku terpanggil untuk memuji usaha beberapa orang manusia yang bersemangat dan sudi meluangkan masa untuk menyediakan medium dan ruang untuk manusia marhaen memberi/berkongsi/bercerita tentang bakat atau cerita yang mereka punya. "Pisau kalau tidak diasah berkarat". Begitu juga dengan bakat, tanpa asah lama lama dahiat. Secara tidak langsung ruang dan medium ini mengaktifkan ruang kreativiti pada otak kanan yang selalu curi tulang dan malas malasan. 

Aku suka kalau sajak dijadikan sebagai satu wadah bacaan yang menarik buat penggemar sastera ataupun bukan. Cuma beberapa perenggan, yang kau boleh baca di mana mana walhal dalam tandas sekalipun (bergantung pada penulisan). Atau mungkin curi masa membaca ketika Professor berkata 'take five' dalam lecture yang 2 jam lamanya. 

Medium ini sekaligus memberi idea untuk aku menulis karya karya baru. Memandang atau berteka teka dengan pengalaman orang lain membantu aku untuk menghasilkan karya yang segar dan menarik. dan maafkan aku, bukan niat aku untuk memilih bulu tapi aku selalunya 'like' atau 'komen' karya karya yang menarik minat aku. Sesuatu yang di luar kotak kebiasaan dari kelaziman yang biasa manusia lalui, dan yang bagus tentunya (dari sudut pandangan aku).

Tapi aku patut ucapkan tahniah atas usaha usaha marhaen sekalian menyumbang dan berkongsi bakat mereka di medium ini. Pada aku mereka ini seperti benih yang dicampakkan pada tanah, sedikit demi sedikit bercambah dan akhirnya menjadi satu pepohon yang akan memberi kebaikan kepada manusia/hidupan sekeliling. Pujian pujian seharusnya diberikan kepada mereka, supaya sedikit demi sedikit karya mereka dapat diangkat ke peringkat yang seterusnya.

Tahniah kepada Kuchai dan Fazlina atas idea mereka. Tahniah kepada semua penyumbang karya. Moga kita dapat jadikan sajak sebagai satu wadah bacaan yang utama dan cara baru untuk mencuri hati orang yang kita sayang *WINK

p/s: berkenaan penulisan/karya aku  ianya terlahir dari pengalaman aku sejak aku lahir lagi dan terlahiirlah karya yang sebegini. aku suka elemen suprise dan misteri dicampur adukkan dalam hidup/karya aku. aku lebih suka kalau satu satu karya tuh bebas untuk dikaitkan dengan kehidupan pembaca tanpa perlu ada penyesuaian cerita dengan aku, tapi baseline dia tetap sama, pembaca dan penyajak pernah 'merasa'. Mungkin aku juga terlalu berhati hati pada karya aku. Mungkin

Hafeez Darraji



Images

Soalan

aku cuma ada satu soalan yang dah lama bermain di fikiran. Mungkin soalan nih kita sendiri lupa atau mungkin tak tahu atau mungkin tak ambil kisah. Soalan aku berbunyi begini:

"Adakah dari siku ke pergelangan tangan bagi satu satu perempuan itu adalah sebahagian daripada AURAT mereka?"


jawapan : bukan aurat kalau dia mak ,kakak , adek atau bini, kau. (anon)

p/s: aku tahu aku bukan kuat agama sangat pun. Kalau kita tidak tahu, inilah masanya untuk belajar dan ambil tahu. Wallahualam.


Hafeez Darraji



Images

Erti


mata buka tapi jasad membungkam
meleleh payah air sesak terhalang
berlari lari anak
menyingkap destinasi bermuda

tidak pernah ketinggalan
menyaksikan detik detik indah
buat dua merpati sejoli
ulang tahun bebas yang entah ke berapa

si poyan gentar mengira untung
penegasan kira kira angka
berpuluh beratus beribu
rugi yang berpailang
kalau nanti tidak bertukar tangan

kelak ada kebaikan
saat tangan menyeluk poket
kalau tidak intan mungkin berlian
pada pohon berbuah lebat
lebih baik dari yang lain


p/s: nasihat aku, jangan berharap sangat. sebab harapan itu sangat merbahaya, silap silap boleh merosakkan akidah. Be OPTIMISTIK itu yang lebih baik dan sebaik baiknya.



Kudoss,
Hafeez Darraji



Images

Fight

Most people don't experience the life of their dreams simply because they quit way too easily. Not giving up on your dreams also means to be smart however. You can try all you want but if you're taking the wrong set of actions, you're not going to get very far.

Life is going find way to test you. At times, you may feel that life is unfair. The urge to quit during these times are the highest but don't give in. Whatever your dream is, if it's important to you, then fight for it. Just remember that there is more than one way to achieve your dreams. If one way doesn't work, just change your strategy. Never giving up doesn't mean you keep doing the wrong things over and over, it means to be smart and figure out the correct actions to take and then taking them until you achieve your dreams.



p/s: We are still young, and young people don't have any real problems


adios,
Hafeez Darraji



Images

Reversible

Hidup atas dunia yang sangat mencabar ini, buatlah apa sahaja samada yang baik atau buruk ianya tetap betul. apa keperluan dan kehendak yang hendak dicapai? Target dan goal yang telahpun disasarkan sejak bertahun dulu mahu dipadam begitu sahaja? 

Sudah tentu keperluan dan kehendak antara lelaki dan perempuan itu berbeza. Lelaki lebih kepada diri sendiri dan sumbangan mereka kepada masyarakat sekeliling. Kepuasan dicapai dengan kejayaan atas segala usaha mereka terhadap perkara perkara itu. Manakala perempuan lebih kepada bergantung, memerlukan tempat mencurah dan menerima kasih sayang dari jantina yang sama atau yang berlawanan dengannya. Menerima balasan hasil pemberian kasih sayang itu sudah cukup untuk beri kepuasan atau kegembiraan kepada mereka.

Lelaki bila dah obses, sesiapa atau apa apa tak akan mudah untuk menghentikan mereka. Duduk dalam gua berjam jam, proposal kena reject then masuk balik dalam gua, orang kata anti social pun lantaklah. Asalkan mereka tahu dan suka apa yang mereka buat, so it is worth of time to spend on. On a research, about 50% of successful men, they don't have any girlfriend/partner till age of 35. 

Tapi aku tak hairan kalau ada perempuan yang lebih obses kepada goal mereka. Mereka letak tepi sifat natural/fitrah seorang perempuan seperti aku sebut di atas dan They stay on "priority is priority, never make it secondary".  Mungkin ada sebab tersendiri untuk mereka obses, dan bukan subjek obses mereka yang aku kagum tapi determination untuk perkara yang mereka obses itu. Itu buat aku kagum, dan mereka layak menerima respek daripada aku lebih dari orang lain.Tapi kalau dah ada keluarga tapi still obses tak ingat, itu major turn down !


p/s: it is gonna be easy when you don't have to choose.


Hafeez Darraji



Images

Terbang



Jikalau aku dapat berterbangan tinggi
akan ku pergi ke hujung dunia ini



p/s: Nothing matter most now, just wanna explore and learn from the world :)


Hafeez Darraji


Images

Rules 3 Bulan

Rules 3 bulan telahpun sebati dalam hidup aku sejak sekolah menengah lagi. habis tingkatan 3, berbekalkan keputusan PMR cemerlang aku ditawarkan masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).  Terus terang aku bukan jenis manusia yang mudah adapt dengan situasi baru. Jadi bangun seawal 500pagi, nak mandi dan makan kena beratur, habis sekolah ada prep sampai ke malam bukanlah rutin yang aku suka. 

Dan pernah aku berputus asa untuk berhenti dan keluar dari SBP, lepas sedikit terapi bersama mak ayah aku nekad untuk bagi masa 3 bulan kat diri sendiri. Kalau  lepas 3 bulan aku masih tak suka duduk SBP, aku nak keluar! tapi 3 bulan kemudian aku semakin selesa, jadi aku berjaya tamatkan persekolahan sampai ke tingkatan 5 di SBP. 

Begitu juga kalau aku rasa down dengan workout aku. Workout macam orang gila, sampai nak tercabut tangan tapi badan takde sikit pun bayang nak besar macam The Rock. Then aku apply balik rules 3 bulan kepada diri sendiri. In Progress...

After aku putus dengan seseorang which is perempuan lah of course, aku bagi 3 bulan tempoh aman / calm down before kenal or jatuh hati dengan perempuan lain. Tempoh aman / calm down nih bagi masa kat aku untuk berfikir sebaik baiknya dan secara tak langsung respect perasaan perempuan tuh. 

Nak main permainan 3 bulan ini tertakluk kepada terma dan peraturan seperti berikut:
a) 3 bulan. NOT LESS, NOT MORE
b) Kalau dalam 3 bulan tuh masih belum ada apa apa perubahan maknanya aku masih belum usaha secukupnya.
c)  Dalam sesetengah perkara yang penting, even sebelum tempoh 3 bulan itu tamat dan ada something good happens, aku masih belum boleh terus stick kepada good things itu. Makesure habis 3 bulan ( see (a) ), baru decide. Aku tak pernah rasa rugi sebab aku tahu kalau aku hilang good things tuh sekalipun, Tuhan akan replace that good things dengan sesuatu yang lebih baik.
d) Rules 3 bulan ini applied for all situation and condition.



p/s: if you don't like the rules than break it, make your own rules !



Hafeez Darraji




Images

Greatness

aku ada satu diari (bukan diari sangat pun lebih kepada organizer, sebab diari untuk perempuan je :D) yang aku percaya salah satu benda penting yang wajib ada untuk diri aku. itu dulu. tapi kepercayaan aku itu terbantut sampai ke matrikulasi sahaja, keluar matrikulasi aku percaya smartphone lebih compatible dan mudah untuk dibawa ke mana mana. Jadi, aku berhenti membawa organizer ke mana mana dan angkat satu smartphone yang pasti akan aku bawa ia ke mana mana.

cukup cerita smartphone, kita fokus pada cerita diari/organizer tadi. dalam diari/organizer tuh banyak menceritakan tarikh tarikh penting dalam hidup aku dari tingkatan 3 sampai habis matrikulasi. dari alam cintan cintun tali kecapi cinta terbang patah hati kemudian kisah ligament lutut kanan aku putus terus ke cerita aku wakil itu dan ini di sekolah, aku pergi conference sana sini di matrikulasi dan achievement sepanjang zaman, target yang hendak aku capai 10 tahun akan datang dan banyak lagi. 

tak perlu aku nak cerita details apa yang berlaku kan, yang aku nak tekankan beberapa target yang hendak aku capai 10 tahun akan datang tuh. Target tuh aku tulis sejurus sahaja keluar matrikulasi, sementara menunggu tawaran menyambung pelajaran. ada target yang BESAR telah aku tulis. dan sejak dari tarikh itu, hari ini sudah 5 tahun tempoh itu berjalan dan tinggal 5 tahun lagi. 

Untuk sekarang ini aku sangat berpuas hati kerana hampir 50% target yang aku sasarkan telahpun tercapai. more or less nak mencapai target/kemahuan itu bukan semudah yang disangka. Hanya aku sahaja yang tahu berapa banyak celaka dah aku temu, berapa banyak mulut laser dah menembak ke muka, berapa banyak lif yang aku ambil kebanyakannya stuck kat tingkat entah berapa dan ada satu satu masa kau rasa kau tidak layak untuk perkara yang kau impikan dan semakin kau cuba berdiri ada satu daya yang menolak kau duduk semula. Itu Hidup.

50% lagi target aku rasa tak realistik untuk dicapai dalam masa 5 tahun akan datang. sebab itu semua realistik untuk dicapai masa aku dah kerja sekurang kurangnya berpuluh tahun nanti. Kata pun target, selalu main tulis je tak pakai otak. Samada kau boleh cabar diri atau tidak. Itu sahaja.



lapuk


p/s: You want to be great? Then have a courage to fail big and stick around. Make them wonder why are you still smiling. 



Hafeez Darraji



Images

Wordless Wednesday



p/s: yes it is...



Hafeez Darraji



Images

" Will - 2011 "

aku umpama anak kecil
yang diangkat tinggi
di julang ke udara
pada kuat kukuhnya bahu dewasa

riuh rendah semangat menjulang
bunyi pekikan ramai menyorak
masing masing gembira
tapi aku yang paling gembira

meraikan kemenangan indah
kesamaan segala manusia ada
membangkitkan rasa
cukuplah kehidupan ini
dambaan yang lama aku impikan

tidak adil untuk aku menyerah
membunuh semangat menyala merah
menghentikan tawa sorak guruh
memanah di segenap cakerawala

lalu aku di sini
turut terikut sama
menuju kegemilangan
pada jalan yang aku susun
sejak mengenal huruf dan kata


p/s: inspirasi dari filem "Will - 2011". Semangat merah yang tidak akan pernah padam



Hafeez Darraji



Images

Doa

Dia tahu apa yang kita tidak tahu
bila mana kita bersungguh sungguh meminta
Dia mendengar penuh setia
aduan dan kata yang selama ini dirindui

Dia tahu apa yang kita tidak tahu
bila permintaan kita masih belum termakbul
kita semakin bersungguh sungguh meminta
kita janjikan kata kata kosong
menjadi manusia paling setia

Dia tahu apa yang kita tidak tahu
kerna sifat Ar Rahman dan Ar Rahim
dimakbulkan juga permintaan kita
walau Dia tahu kita masih belum bersedia

Dia tahu apa yang kita tidak tahu
diselitkan hikmah disebalik itu
kalau tidak beroleh kejayaan
diakhir nanti
ada pelajaran yang dapat dimanfaatkan

jangan pernah berhenti meminta.


p/s: jangan biar apa apa dan siapa siapa mengubah siapa diri kita. Kecuali kebaikan.


Hafeez Darraji