Images

Perjalanan






penat berjalan. hingga sakit kaki kaki. timbul urat urat. dalam hujan yang mengundang. pada panas yang malang. mendung. sejuk. dalam himpit manusia. bau bau celaka. bunyi bunyi puaka. terjatuh. terus tak bermaya. terduduk lama. buntu. tak tahu berbuat apa. duduk begini sudah cukup selesa. tak perlu lagi menghadap palat dan tahi dunia. tapi. aku perlu. perlu berjalan. teruskan perjalanan. kerana tidak aku tinggalkan kepentingan. tidak aku kejam. membunuh perasaan manusia. melainkan hanya untuk sampai pada Tuhan. biarkan bangsat bangsat rakus mencuri. mencarik helai demi helai. sampai bogel. tetap aku menuju Tuhan. Milik Tuhan. Kembali pada Tuhan

p/s: Ya Rabb! tunjukkan aku jalan mudah

Hafeez Darraji



Images

Kotak





melihat pada kotak kotak. warna warni. hitam putih. terkacau pada satu imaginasi. takut. cinta mendalam. tanam sampai mati. tak lagi kembali. lantas menjetik punat sedar. yakin berkali kali. pada hidup dan mati. di langit dan di bumi. supaya surut pada lautan sunyi. dan ombak kan datang lagi. menggentarkan manusia. itulah kitaran yang terus pasti. sehingga sampai penuh jumlah dan samadengan. atau. halal atas kesaksian. pada indah kedalaman. moga tak sukar. untuk kembali ke permukaan.

p/s: magis dari kotak lama.


Hafeez Darraji





Images

apa, mana, siapa ?

dalam perjalanan aku terfikir apa yang betul apa yang salah? mana yang benar mana yang tipu? siapa yang menang siapa yang kalah?

tujuan manusia buat aku berfikir dalam dalam dan dalam lagi. tapi aku tak dapat meneka sejauh mana hala tuju manusia. benda yang terjadi menambahkan serabut kepala tambah lagi dengan 'assumption' ala ala ahli nujum menambahkan kegelapannya. pada satu paksi bersungguh sungguh tapi pada paksi yang sama cuma pangkal yang berbeza tidak seperti syaratnya yang mula mula.

aku hairan.

maka masing masing mula menegakkan keadilan dan kebenaran. pada mereka mungkin benar, pada orang lain mereka salah. habis pada paksi apa kita nilaikan keadilan dan kebenaran ini? menyembah satu Tuhan tapi punya hati yang berbeza? apa maksudnya?.
selagi ada 2 hati yang berbeza, dan mimpi mereka tidak sama selagi itu masing masing dengan pedang katanya dan teknologi perbuatannya.

habis
apa yang betul dan salah?
mana yang benar dan tipu?
siapa yang menang dan kalah?

ambil semua, aku tak mahu.

ps: menyesal

Hafeez Darraji


Images

Tali






lilit lilit tali itu makin panjang. makin diurai makin tak nampak kesudahannya. bosan. berhenti. letih. berhenti. lepas itu sambung semula. semacam hampir habis. semacam sudah akhir. tapi tetap jauh. makin panjang. tidak tahu. berapa jumlah panjang keseluruhan. terkejar antara masa dan suasana. cepatlah. segeralah. yang tahu duduk diam. biar yang tidak tahu tertanya tanya. walaupun percaya. jangan terlalu seksa.

Hafeez Darraji



Images

Tempoh Matang




sudah tiga bulan dalam pertapaan. selama ini mengintai dari lubang lubang tidak sempurna. sudah tiba masanya bangun. robohkan pintu batu. mula jejak tanah. bersemuka dengan manusia. pada zaman itu. menerima dan memberi. belajar dan mengajar. menyesuaikan diri. dengan arus kehidupan. tidak mengeluh. walau jauh beza. yang penting bersahaja. buka hati untuk sesiapa. makhluk yang sudi menjadi ahli. ahli pada sunnah yang agung. tanggungan sampai mati. kembali pada asalnya Adam dan Hawa. dalam syurga. antara jejak jejak sufi. melangkah jerlus perjalanan. tanpa ada harta pada diri. punya harta pada jiwa. hanya bekalan dari Nabi. buat makan dan minum. sampai darah tinggal pegun. bila degup jantung terhenti. hingga sel sel otak tidak berfungsi.

0225-0525 tempoh matang. sudah mampu berfikir. sudah mampu berdiri.

p/s; segalanya demi Tuhan untuk bertemu Tuhan. Selamanya Abadi.

mungkin matang,
Hafeez Darraji






Images

Hampir Sama

Jumaat. jalan masih sunyi. belum tentu malam nanti. gelora manusia gila. memekik bagai dilacur. dalam kelompok manusia. dalam rumah indah. tenang alunan alunan merdu. aku. syahdu. meminta dan merayu akan nasib yang lebih baik. terus menyelusuri jalanan dalam sekawan manusia. mencari suapan untuk si perut manja. dan otot otot dalam tumbesaran. lain dari tempat asalnya diri. abanglong, ayak, najmi, den, irfhan. dalam cuti manusia suka. berkumpul pada rindu yang sudah lama. bercerita, rutin lama kembali segar. masing masing tak henti berkata tentang hebat sendiri. berbeza aku di sini. pen, kertas, buku buku tebal menjadi teman sejati. hendak berhenti berapa jauh aku mampu pergi. akal buntu bila terkurung dari tempat biasanya aku. di mana lagi tempat berhentinya diri. bila aku kembali. aku nak merasai.

hampir sama dengan Jumaat Masih Sama



p/s: symptom biasa. rindu Malaysia. tapi kali ini luar biasa rindu.

Hafeez Darraji





Images

Otak

berbaring pada lembutnya ciptaan
melihat pada siling
bilah yang berpusing
kita terhenti mati

terasa bahang panas
geram, berang, baran
menunjuk nunjuk pada si bodoh
mati, dia punya deria?
sia sia

lalu henti membentak
lapangkan hati seluas padang permainan
kudrat tangan kering
mengangkat berat tulang tulang padu

ketuk ketuk
pusing pusing
tutup buka
bunyi besi tua keluar semula
dari perlahan kepada laju
menyejukkan malam yang membahang

otak mesin sempurna
cuma perlu usaha
untuk hidupkan enjinnya

p/s: focus on solution not the problems. Otak ada? Guna !

Hafeez Darraji




Images

1,2,3

Satu, terima kasihku
Dua, jagalah dirimu
Tiga, hapuskan diriku

Moga bahagia selalu

Dosa aku akui lemah
Aku tak pernah menduga
Ini kan terjadi

Moga di sinilah titik noktah

Rasa ini rasa syurga
Tiada lagi cahaya
Biar gelap yang membuta
Bawa ku ke arah nyata


p/s: dalam GELAP. duduk STATIK

Hafeez Darraji



Images

Masa Lalu

ada satu masa kita akan ingat balik apa yang pernah kita lalui dan pernah berlaku pada diri kita dari sekecil kecil kita dapat ingat hingga besar panjang berjanggut sekarang ini. kalau difikirkan banyak benda dah berlaku dalam hidup kita walau setahun dua.

bagi aku, "kalau hidup ini satu perjalanan rakaman video, tentu kita akan gelak dan ketawa seorang diri". dan mengingat kenangan lama itu sebenarnya menyuntik motivasi diri kita; dalam melihat dari perkara positif yang berjaya membentuk diri kita hingga hari ini. untuk kita terus bersemangat melalui hari hari yang akan kita lalui, untuk kita guna pakai method lama untuk adapt pada situasi yang sama pada masa akan datang. disamping peningkatan usia, method lama itu dapat di improve dengan lebih baik.

dalam hidup aku sendiri, sudah 20 lebih tahun(umur rahsia ;p) aku menyara hidup dengan lakonan atas pentas yang luas. teroka, kembara dengan dugaan, cabaran berbeza. keseronokan, kegembiraan kemudian bersedih dan berduka pada perkara yang sama. hitam putih, warna warni hidup ada yang calar balar, ada yang busuk, ada yang mulia dan ada yang hina. Semua itu menjadikan aku menebal dengan sisa sisa pengalaman. Bagi aku, hidup tanpa naik dan turun, tanpa cabaran dan dugaan membuatkan hidup bosan. Aku lebih suka hidup pada cabaran, lebih mencabar lebih seronok.

dan musim otak manusia itu berubah mengikut peredaran bulan dan matahari. kadang kadang kita suka pada yang itu tapi kali ini tidak lagi, kita suka pada benda yang berbeza pula. itu yang menjadikan kita unik. sebab setiap musim kita berjaya menguasai pelbagai skills yang satu hari akan membantu kita melalui musim dingin, bunga, luruh dan panas dengan lebih baik.

Oleh itu gunakan hidup ini sebak baiknya. belajar sungguh sungguh seperti kita akan duduk dan menjawab peperiksaan. dan manusia yang tidak belajar dan tidak suka mengingati kebaikan yang lama tak akan berjaya dan mengulang kesalahan yang sama.

atas semua kehidupan itu, kita ada pilihan untuk memilih cara hidup mana yang kita suka dan mahu. yang baik atau buruk? yang susah atau senang? yang gembira atau sedih? itu pilihan kita. Jadi Pilih. sebab tiap tiap pilihan kita itu akan ada hasil dan samadengan yang tersendiri. :)

p/s: Kalau hidup buat kita tidak boleh jadi diri sendiri cepat cepat keluar dan lari. tapi kekadang hidup menjadi selain diri sendiri, memakai pakaian baru itu seronok. cabaran yang berbeza dan rasa gembira yang berbeza


Hafeez Darraji



Images

kenali diri, kenali segala

jika kita mengenali diri kita, kitalah yang berhak untuk jadi siapa yang ingin kita jadi. selama ini keputusan kita, setiap pergerakan, setiap pemikiran, setiap segala-galanya kebanyakannya dipengaruhi oleh sumber-sumber lain dan bukan dari kita sendiri. kita lebih mementingkan kata-kata orang lain daripada mementingkan kepuasan diri kita yang sebenar. untuk apa menjadi apa yang orang lain hendak kita jadi? kita jadi begini kerana sudah disesuaikan dengan nilai-nilai yang dibentuk oleh ibu bapa kita. seperti kata ibu bapa kita sewaktu kecil dahulu; jangan ambil gula-gula dari seseorang yang tidak dikenali tetapi jika yang memberi itu seseorang yang menjual gula-gula, perlukah kita menolak rezeki itu? diri kita diikat oleh satu peraturan budaya yang sangat kuat. bila mana kita melanggar budaya maka kita akan dipandang serong oleh masyarakat. budaya atau agama yang perlu didahulukan? jadi kenali diri maka kita akan kenali segala-galanya. tidak perlu kisah dengna cakap-cakap orang lain tentang diri kita. apa yang perlu kita jadi adalah menjadi diri kita yang sebenarnya.
Images

Dunia Seorang Ibu





di katil yang itu
terbaring sesak
menggenggam bengkok
besi penghadang
dalam sakit kembang kuncup
menjalar pedih kaki ke otak
jeritan yang tak siapa
dapat bantu

tangisan berbunyi
sempurnakan jadian jantung
racun sakit tadi
jadi madu manis
semanis gula kapas
warna warni

tatang, ulik, manja
aku
ajar, didik, beritahu
kamu
jaga, perhati, tahu
kita

itu ini begitu begini
si anak tidak mengerti
bebelan risau
supaya anak berhati hati
ingat sampai mati

duit, tenaga, masa
apa lagi kau perlu?
nasihat, makan, keperluan
apa lagi kau mahu?

saat dia uzur
dan kau perlahan lahan
menuntun dan mendukung
dalam ibadat
pada bait ul ateeq
penat dan kekuatan kau
belum lagi dapat membalas
dunia seorang ibu


untuk setiap penat dan tenat, satu satu inci pengorbanan, pada kolam air mata dan senyuman bahagia. aku berterima kasih padamu emak! maafkan atas kasar, silap, celaru dan tangisan yang aku berikan. doa doa ku sentiasa mengiringi setiap langkahmu untuk dirimu dan keluargamu.

Moga Allah tinggikan darjat ibu ibu kita yang mulia di dunia dan akhirat.

hari hari hari ibu,
Hafeez Darraji








Images

Bahagia 1.0 : Khayalan

Langkah kau tepat
Saat kau sapa
Untuk saja saja
Mulakan bicara

Entah kenapa
Sejak dari itu
Khayalan aku
Jauh meninggalkan
Jasad sendiri

Khayal tentang masa depan
Hidup bersama kau
Bawah satu bumbung
Berkejar kejaran
Dan bayi comel
Ditengah tengah

Ps: mengapa khayalan itu tiba tiba muncul? Tapi aku punya cita cita bahagia yang luar biasa dari manusia Dan kebiasaannya

Hafeez Darraji
Images

"A"

‎"Yang terbaik tidak semestinya dengan banyak A.
Ada orang banyak A, tetapi kemudian semakin menjauh daripada Allah.
Ada orang sedikit A, tetapi kemudian semakin akrab dia dengan Allah.
Mana yang lebih baik?

Apapun, yang penting usaha kita adalah untuk menjadikan semuanya 'A'. Semua itu tidak hanya terhad kepada akademik sahaja. Tetapi dalam segenap aspek hidup.
Dan 'A' yang tertinggi adalah 'A' di sisi Allah.
Dan tentunya yang lebih baik adalah, adalah yang mendapat banyak 'A', kemudian semakin merapat dengan Allah."

p/s: terbaik! sampai terbuka mata yang celik

Hafeez Darraji




Images

Sweet Serendipity


hey! life full of clues. Don't be afraid. Hope yours will full of serendipity. Cheers!


Sweet Serendipity
Ohhhhhhh, ohhhhhhh!

I ain't got no car
And I've got one pair of jeans
They've been stretched too far
And now they're weak at the seams
I can't say what's next
And I got nothin' up my sleeve
But I don't lose my head
Cause' it ain't really up to me

And I'm doing just fine
I'm always landing on my feet,
In the nick of time,
And by the skin of my teeth
I ain't gonna stress
Cause' the worst ain't happened yet
Something's watching over me like
Sweet Serendipity

Oh, oh, oh oh oh, ohhhhhhh!
Sweet Serendipity
Oh, oh, oh oh oh, ohhhhhhh!

I don't ask for alot
No nothing more than I need
Cause' I love what I got
Don't need to play the lottery
I just wanna' be strong
At the end of the road
I don't want to hold on
I want the strength to let go

And I'm doing just fine
I'm always landing on my feet,
In the nick of time,
And by the skin of my teeth
I ain't gonna stress
Cause' the worst ain't happened yet
Something's watching over me like
Sweet Serendipity

And what will be will be, in the nick of time,
And by the skin of my teeth
I ain't gonna stress
Cause' the worst ain't happened yet
Something's watching over me like
Sweet Serendipity

Oh, oh, oh oh oh, ohhhhhhh!
Sweet Serendipity
Oh, oh, oh oh oh, ohhhhhhh!
Now Sweet Serendipity

Don't look fate can only find you
Can't choose for something to surprise you
Set sail without a destination
See where the wind will take you
You never know when you're gonna fall
But I'm not worried, no I'm not worried at all

And I'm doing just fine
I'm always landing on my feet,
In the nick of time,
By the skin of my teeth
I ain't gonna stress
Cause' the worse ain't happened yet
Something's watching over me

And I'm doing just fine
I'm always landing on my feet,
In the nick of time,
And by the skin of my teeth
I ain't gonna stress
Cause' the worst ain't happened yet
Something's watching over me like
Sweet Serendipity

Oh, oh, oh oh oh, ohhhhhhh!
Sweet Serendipity
Oh, oh, oh oh oh, ohhhhhhh!
Sweet Serendipity

Don't look fate can only find you
Can't choose for something to surprise you
Set sail without a destination

Sweet, sweet
Sweet, sweet
Sweet, sweet
Sweet Serendipity
Sweet, sweet
Sweet, sweet
Sweet Serendipity

I don't know
Sweet, Sweet Serendipity


every beat for serendipity. no need to look for it,
Lee DeWyze







Images

Persoalan #1.2

hidup aku
jadi tontonan
jadi bahan bualan
jadi pandangan pada pergerakan

bukan sebab kisah
tapi lagak penyiasat licik
bertukar untung
untuk satu rahsia

bagi mereka satu rahsia
untuk aku satu seksa


Hafeez Darraji


Images

Persoalan #1.1

aku pergi pada satu satu manusia
mengutip jawapan untuk satu tanya
namun, tiada yang sudi bersuara

diam membatu bagai ada rahsia
terkunci bibir mengurung kata

bagi mereka satu rahsia
untuk aku satu seksa

Hafeez Darraji






Images

Parut Hidup

telah banyak
kesan kesan tebukan
pada daging merah
hingga busuk berbau nanah

walau luka sembuh
parut itu masih ada
bikin buruk kulit mulus
bikin bahan jadi hinaan

untuk buka mata semula
menghiburkan jiwa ralat
aku rela buta
dari terus di toreh
hidup hidup

p/s: entah kenapa aku rasa jijik

Hafeez Darraji





Images

Last

selama ini aku hidup dengan business yang banyak dengan duit yang banyak still aku rasa tak cukup duit lagi. rupanya bukan manusia je, duit pun makin kita kejar makin dia jauh.

so tonight gonna be the night, for me to let go my ambition, hobby, interest, hardwork, soul, dreams after so long put efforts and time on it. Orang kata "dah sampai masa".
sudah masa untuk lepaskan perkara yang serius dan menerima hidup sebagai satu 'joke'

p.s: akhirnya ada pun satu pengakhiran yang baik. Good Start!

11pm. 0407-0507. akhir.

yang terakhir,
Hafeez Darraji


Images

Bersih 7.0 : Duduk

duduk sandar pada bangku
mendengar lagu From the Clouds
mengintai wajahmu lama lama
di celah celah kepala manusia
sambil senyum
pada mimpi masa depan

p/s: bila kau mahu senyum padaku?


Hafeez Darraji


Images

Gemawan

gemawan diri
terpinggir
mentari kan berlabuh nanti
kau hadir
mendung berlalu pergi

gemawan hati
mendekati
membisik satu ratus cerita
ulik pada mayang yang suci
kau pergi
mendung kini raja di hati

Gemawan
lihat pada serakan
panahan cahaya terik
pada kembara sendiri
duduk menyembah
peri peri cerita

p/s: bagi aku manusia yang sudah mencacatkan hidup kita, tidak lagi layak menerima kebaikan dari kita.


Hafeez Darraji


Images

Money and happiness

Many people think money can buy happiness as nowadays people work hard to earn money and hoping they won any lotteries. Thinking about having a lot of money every time makes:
1) people anti social
2) feel very selfish when we do thing only for our self
3) spend it on wrong thing
4) spend on our self

instead of being anti social with you money why don't you be pro social with you money. Response shows that people spend money on other people make them more happier.

Sometimes you should stop thinking which product for yourself and try to give some of it to others.

p/s: Money can buy happiness, spend it differently!




- Michael Norton: "How to buy happiness"




Images

Bersih 6.0 : Segan

senyuman mu
turut buat aku ceria
gelak tawa mu
turut buat aku gembira

pada satu barisan
untuk berkomunikasi
iris mata dengan mata
aku segan

p/s: rasa kesal meninggalkan kelas terakhir tadi

Hafeez Darraji


Images

Bersih 5.0 : Dua Kali

dua kali dalam sehari
apakah ini???

kali pertama
aku bongkak bicara
tanpa peduli
wujud manusia

kali kedua
aku terkena
wujud aku
hanya pada ekor mata

aku tahu itu bukan dendam
tapi bahasa spontan

maafkan kita
kita sama sama
tidak tahu
perlu buat apa

p/s: kalau tidak kali ini. bila lagi?

mata merah,
Hafeez Darraji




Images

Risau

Goyah
makin lama
makin leka
sibuk. sini sana

Sedar
ingin aku
melihat satu tahun akan datang
bagaimana rupa dan wajahnya

Mahu
cuma mahu berjaya
dalam ujian dunia
angka lebih baik
dari sebelumnya

p/s: banyak benda yang kita tak paham. selalu bertanya. kalau kalau orang pandang masalah kita dari sudut berbeza

Hafeez Darraji
Images

Dilemma

Hidup
Banyak pilihan
Berkali pakai
Berkali tukar
Dilemma

P/s: they said everything never gonna be the same. That's why I turn off my hope & shut down my past.

Hafeez Darraji
Images

Lama Merindu





Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu

Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..

Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir

Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan

Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan

Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri & sanubari

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti ia amat suci & abadi

Di daerah ini, biarlah aku..

p/s: Tuhan, peluk aku ketat ketat

Hafeez Darraji



Images

The Road is Calling


*played using guitar 'kapok'.



Don't talk
Don't say nothing
I just packed my things
And I'm headed for something
but Where I'm going
Well, I don't really know
The road is calling
So I've got to go
Yes the road is calling
so ive got to go

We bid farewell
as the winds blew like hell
said we'd meet again
Like some storybook tale
but, no, we don't talk
We don't say nothing
I'll just pack my things
And go headed for something
but where i's headed
well i didnt really say
the road was callin
and i's on my way
yes the road was callin
and i's on my way

So dont talk
dont say nothin
ill just grab my things
and pretend like theres nothin
between us no more
as i walked out the door
she closed it behind me
and cried on the floor
and i couldn't talk
So, I couldnt say nothing
I'll just close my eyes
and head blindley towards something
cuz where I'm going
Well, I don't really know

the road is calling
so i've got to go
Yes, the road is calling
so i've got to go

p/s: Kadang kadang kita terlalu sombong untuk sahut hidayah Tuhan.
kemas pakaian, mula langkah untuk hidup yang abadi nanti.


Chester See


Images

Explore



"We creatures of comfort
and we find our patterns
and stick to what we know best.
but there is big wide beautiful world out there
for those that want it
it's out there"

Sir Hafeez Darraji






Images

Bersih 4.0 : Berdiri

Di satu sisi
Kau berdiri tegak
Melihat kanan kiri
Terpinga pinga
Memerhati gelagat manusia

Saat itu
Aku melintasi
Pada sekilas pandangan
Tanpa berbuat apa apa

P/s: untuk mencapai sesuatu perlu punya matlamat yang jelas dan tekad yang kuat. Dengan itu sekurang kurangnya dapat mengukuhkan lagi pendirian kita. Lambat atau cepat itu kerja Tuhan.

Menguap panjang,
Hafeez Darraji
Images

Atas Sana

semalam yang telah pergi
menghilang tanpa jejak
membawa bersama cereka
duka dan ketawa

dan kini ku masih mencari
kalau masih ada kesan
yang terus tersisa di dada
pantai permainan

jalanan yang panjang
bersimpang haluan
bagai pentas luahan rasa
tiada sempadan

pada awan biru ku melakar kata kata
pada langit cerah ku padam semua cerita
dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
berterbangan jiwa merentasi pelangi

gerimis menitis gugur membasahi bumi
bagai menangisi sebuah cerita

andai kau fahami semua hikayat Pendeta
seribu tahun kau pasti bisa setia
ke alam syurga

p/s: kita tidak rugi memilih kebaikan yang lebih baik dari kebaikan lain

Hafeez Darraji