jika kita mengenali diri kita, kitalah yang berhak untuk jadi siapa yang ingin kita jadi. selama ini keputusan kita, setiap pergerakan, setiap pemikiran, setiap segala-galanya kebanyakannya dipengaruhi oleh sumber-sumber lain dan bukan dari kita sendiri. kita lebih mementingkan kata-kata orang lain daripada mementingkan kepuasan diri kita yang sebenar. untuk apa menjadi apa yang orang lain hendak kita jadi? kita jadi begini kerana sudah disesuaikan dengan nilai-nilai yang dibentuk oleh ibu bapa kita. seperti kata ibu bapa kita sewaktu kecil dahulu; jangan ambil gula-gula dari seseorang yang tidak dikenali tetapi jika yang memberi itu seseorang yang menjual gula-gula, perlukah kita menolak rezeki itu? diri kita diikat oleh satu peraturan budaya yang sangat kuat. bila mana kita melanggar budaya maka kita akan dipandang serong oleh masyarakat. budaya atau agama yang perlu didahulukan? jadi kenali diri maka kita akan kenali segala-galanya. tidak perlu kisah dengna cakap-cakap orang lain tentang diri kita. apa yang perlu kita jadi adalah menjadi diri kita yang sebenarnya.
0 comments: