Images

apa, mana, siapa ?

dalam perjalanan aku terfikir apa yang betul apa yang salah? mana yang benar mana yang tipu? siapa yang menang siapa yang kalah?

tujuan manusia buat aku berfikir dalam dalam dan dalam lagi. tapi aku tak dapat meneka sejauh mana hala tuju manusia. benda yang terjadi menambahkan serabut kepala tambah lagi dengan 'assumption' ala ala ahli nujum menambahkan kegelapannya. pada satu paksi bersungguh sungguh tapi pada paksi yang sama cuma pangkal yang berbeza tidak seperti syaratnya yang mula mula.

aku hairan.

maka masing masing mula menegakkan keadilan dan kebenaran. pada mereka mungkin benar, pada orang lain mereka salah. habis pada paksi apa kita nilaikan keadilan dan kebenaran ini? menyembah satu Tuhan tapi punya hati yang berbeza? apa maksudnya?.
selagi ada 2 hati yang berbeza, dan mimpi mereka tidak sama selagi itu masing masing dengan pedang katanya dan teknologi perbuatannya.

habis
apa yang betul dan salah?
mana yang benar dan tipu?
siapa yang menang dan kalah?

ambil semua, aku tak mahu.

ps: menyesal

Hafeez Darraji


0 comments: