Images

Masa Lalu

ada satu masa kita akan ingat balik apa yang pernah kita lalui dan pernah berlaku pada diri kita dari sekecil kecil kita dapat ingat hingga besar panjang berjanggut sekarang ini. kalau difikirkan banyak benda dah berlaku dalam hidup kita walau setahun dua.

bagi aku, "kalau hidup ini satu perjalanan rakaman video, tentu kita akan gelak dan ketawa seorang diri". dan mengingat kenangan lama itu sebenarnya menyuntik motivasi diri kita; dalam melihat dari perkara positif yang berjaya membentuk diri kita hingga hari ini. untuk kita terus bersemangat melalui hari hari yang akan kita lalui, untuk kita guna pakai method lama untuk adapt pada situasi yang sama pada masa akan datang. disamping peningkatan usia, method lama itu dapat di improve dengan lebih baik.

dalam hidup aku sendiri, sudah 20 lebih tahun(umur rahsia ;p) aku menyara hidup dengan lakonan atas pentas yang luas. teroka, kembara dengan dugaan, cabaran berbeza. keseronokan, kegembiraan kemudian bersedih dan berduka pada perkara yang sama. hitam putih, warna warni hidup ada yang calar balar, ada yang busuk, ada yang mulia dan ada yang hina. Semua itu menjadikan aku menebal dengan sisa sisa pengalaman. Bagi aku, hidup tanpa naik dan turun, tanpa cabaran dan dugaan membuatkan hidup bosan. Aku lebih suka hidup pada cabaran, lebih mencabar lebih seronok.

dan musim otak manusia itu berubah mengikut peredaran bulan dan matahari. kadang kadang kita suka pada yang itu tapi kali ini tidak lagi, kita suka pada benda yang berbeza pula. itu yang menjadikan kita unik. sebab setiap musim kita berjaya menguasai pelbagai skills yang satu hari akan membantu kita melalui musim dingin, bunga, luruh dan panas dengan lebih baik.

Oleh itu gunakan hidup ini sebak baiknya. belajar sungguh sungguh seperti kita akan duduk dan menjawab peperiksaan. dan manusia yang tidak belajar dan tidak suka mengingati kebaikan yang lama tak akan berjaya dan mengulang kesalahan yang sama.

atas semua kehidupan itu, kita ada pilihan untuk memilih cara hidup mana yang kita suka dan mahu. yang baik atau buruk? yang susah atau senang? yang gembira atau sedih? itu pilihan kita. Jadi Pilih. sebab tiap tiap pilihan kita itu akan ada hasil dan samadengan yang tersendiri. :)

p/s: Kalau hidup buat kita tidak boleh jadi diri sendiri cepat cepat keluar dan lari. tapi kekadang hidup menjadi selain diri sendiri, memakai pakaian baru itu seronok. cabaran yang berbeza dan rasa gembira yang berbeza


Hafeez Darraji



0 comments: