Images

I Love You This Big


Gila Babi! perkataan pertama keluar dari mulut aku bila tengok gambar nih. si Arif lah duk post gambar nih kat twitter. Rindu gila zaman-zaman kecik dulu. kerja aku dulu gaduh je dengan abang sulung n kembar aku. gaduh sampai tumbuk2, guling2 atas padang, sepak2, sampai dalam swimming pool pun gaduh nak lemaskan antara satu sama lain. Pernah sekali gaduh, si Akid amik pengait buah pastuh rodok kaki aku, habis kena jahit. Ngan Adam bergaduh remote tv, sampai hentak2 kepala kat cermin pastuh kena marah ngan Ayah. kalau tak bergaduh 3 orang tuh, adik-adik lah kena. tumbuk, cubit, lempang, sepak. paling teruk kena si Arif ngan Aqil lah. sapa suruh nakal kan dah kena. kalau rindu nak kena tumbuk, lempang buatlah perangai lagi. sampai si Ainaa ngan Ammar tak sempat buli dah sebab aku dah belajar jauh dah sejak diaorang lahir. cuma sesekali balik rumah adalah menyakat sikit-sikit.

sekarang semua dah besar. dah belajar nak jadi orang berguna. dah pandai berpikir guna otak. dah matang orang kata. semua pun dah makin hensem, kacak n cantik. 2-3 tahun lagi ada karier sendiri. Aku bersyukur gila dikurniakan keluarga sebegini hebat. Betul kata pepatah "Air yang dicincang takkan putus". bergaduh tahap gaban pun last2 baik jugak. tolong antara satu sama lain. bukan sahaja adik beradik yang cool, mak n ayah pun cool gak. SyukuR!


p/s: ahhhhh! miss the good old days

0 comments: