kadang kadang kita ingin menjadi orang paling hebat di dunia sehingga kita tak sedar yang kita ini milik Allah semata-mata. Allah bahagikan secara adil kebolehan untuk setiap manusia supaya manusia ini lebih erat, dan saling memerlukan. Sebab itu kita tak boleh perkecilkan orang lain atau yang tak sehaluan dengan kita. Asal pandangan pertama je dah judge orang tuh, asal sebelum ini dia pernah buat kesalahan terus tak percaya. Nampak aje rambut panjang, pakaian serabai tapi sebaliknya manusia paling dekat dengan Allah. Nampak aje hitam, muka skema tapi hakikatnya Allah bagi dia kelebihan yang orang lain impikan.
Aku bersyukur diberi kesempatan untuk melihat sendiri kekuasaan Allah, untuk bertemu dan percaya sendiri dengan makhluk ghaib. untuk sedapkan rasa hati supaya tidak takut dengan makhluk ghaib kerana Allah sentiasa ada bersama aku setiap masa.
p/s: malam tadi mimpi pindah and belajar kat Manchester Uni. Biar Betulllll
0 comments: