Images

Siapa Sangka

aku ingat lagi masa aku darjah dua. masa tuh cuti sekolah. jadi selalunya di siang hari aku dan adik beradik akan ikut ayah ke pejabat. sebab di rumah tiada orang nak menjaga kami. malam hari pula selepas makan malam terus duduk di meja belajar untuk menghafal sifir. aku masih ingat lagi alunan lagu yang digunakan untuk menghafal sifir.

masatuh ayah memiliki sebuah Van warna emas bernombor pendaftaran WBX 6568. dalam perjalanan pulang ayah akan menanyakan tentang sifir yang telah kami hafal. ketika giliran sulung membaca sifir aku pasti cemas sambil melihat bahagian belakang kulit buku pada sifir 6. kemudian tiba giliran aku membaca sifir, waktu itu sudah sampai di rumah. tapi kami adik beradik tidak dibenarkan keluar dari van sehingga habis sifir 6 aku dendangkan. segalanya lancar sehingga tiba pada 6X10. aku tersangkut di situ. setelah beberapa minit aku tersangkut maka singgahlah tangan ayah yang besar itu pada badan aku. sungguh sakit penangannya membuatkan airmata aku mengalir kerana rasa sakit. lalu ayah menjerit "apa-apa yang dikali 10 jawapannya mesti kosong dibelakang pastuh kalau sifir tuh sifir 6 taruk 6 jadi 60."

pada waktu malam pula. ayah akan duduk di kerusi luar rumah sambil memegang rotan atau tali pinggang yang dililit pada tangannya. kami pula akan menghafal sifir di ruang tamu di dalam rumah. bergilir-gilir kami menghadap ayah untuk mengalunkan lagu sifir yang telah kami hafal. rasa takut dan gugup sekali untuk berhadapan dengan ayah. satu salah maka satu libasan hinggap di tapak tangan kami. setelah itu kami akan kembali ke dalam rumah dengan linangan air mata. emak juga yang datang menenangkan dan membantu kami menghafal sifir. rutin itu berterusan di waktu petang dan malam serta setiap hari sehingga kami lancar mengalunkan sifir 1 sehingga sifir 12.


**********************************

waktu itu darjah 3. Cikgu Julia merupakan guru kelas 3 Murni kelas di mana aku berada. Selain guru kelas, Cikgu Julia juga guru Matematik kami. jadi setiap kali sebelum kelas bermula semua murid akan diminta berdiri dan sesiapa yang hendak duduk perlu menjawab soalan sifir yang ditanyakan oleh Cikgu Julia. setiap kali Cikgu Julia kemukakan soalan sifir, akulah murid pertama yang akan menjawab dan dapat duduk. Sehinggakan, adakalanya Cikgu Julia berpura pura tidak nampak bila aku mengangkat tangan dan memilih pelajar lain dahulu berbanding aku.

p/s; siapa sangka kan?


0 comments: