Images

Sepuluh

Semalam, baru pulang dari hospital plastic surgery. Hospital khusus untuk merawat pesakit yang memerlukan 'kulit baru' disebabkan celaka yang menimpa. Tak semestinya plastic surgery itu merujuk kepada kecantikan dan hospital hospital kerajaan atau teaching hospital di Egypt tidak sesekali menyediakan perkhidmatan tersebut. Sebaliknya mengkhususkan kepada kes kes yang terlibat dengan 'trauma'.

Pesakit di hospital ini kebanyakannya terdiri daripada kes kes berkaitan 'burn' atau melecur. Dari kanak kanak hingga dewasa, yang disebabkan oleh chemical/ electric voltage/ flame/ fluid which get in contact with patients.  

Usai kami mengambil 'full history' pak cik Ismail, sempat kami berborak sedikit sebanyak bilamana dia menanyakan kami ini dari mana.

Kami jawab kami dari Malaysia dan kami Mosleem.

"Mashaallah" ucap pak cik Ismail.

Sebelum kami beredar, dia sempat menyatakan yang dunia itu hanya sementara dan akhirat juga yang kekal. Tangan yang terbakar dalam kesakitan itu masih cuba menunjukkan kepada satu bungkusan, disuruhnya kami mengambil bungkusan itu. Lalu dia berkata, "walaupun sakit tak boleh kena air, kita gunakan ini dan bertayamum yang penting mesti solat!"


oh ye: dengan pesakit pun dapat tarbiyah (ayat usrah sikit ;p)


Hafeez Darraji


Images

Sembilan

Mantera.

Keep going. 
No matter what you do, no matter how many times you screw up and think to yourself  
"there is no point to carry on", 
no matter how many people tell you that you can't do it.
 Just keep going. 
Don't quit. 
Don't quit, 
because a month from now you will be that much closer to your goal than you are now.


oh ye: letih doh final year! Mohon doa kekuatan dari kalian.


Hafeez Darraji


Images

Lapan

Ringkas.

Aku cuma mahu mendoakan jiran yang dibawah, 

'Moga Tuhan permudahkan urusan, murahkan rezeki dan berikan kau kejayaan wahai saudaraku.' 

Dalam terkejar solat Maghrib berjemaah di masjid, dia sempat tolong mengangkat beberapa beg yang penuh dan berat. Rasa malu benar mendapat pertolongan dari manusia yang aku tidak kenal, tak putus putus ucapan terima kasih aku berikan. Cuba cuba juga untuk menolak pertolongan dia bila aku katakan "nevermine i can do it", dia tetap mahu menolong dan berkata

"It's okay. You are mosleem, you are my brother"

tergamam.


oh ye: masih ada lagi orang yang hebat di dunia ini. Mashaallah.


Hafeez Darraji


Images

Tujuh - Jemputan Kahwin


Gua tak pasti samada cerita yang gua dengar ini benar, tapi orang Cina kalau kahwin - tetamu yang hadir wajib sediakan satu hadiah dan juga satu angpow untuk pengantin. Angpow bukan setakat duit sikit sikit, tapi agak banyak. Tuan rumah pula kena sediakan arak yang mahal mahal untuk para tetamu yang hadir.

Berbeza dengan perkahwinan melayu - tuan rumah sediakan majlis yang grand grand, makanan yang sedap sedap tapi tetamu datang bawa hadiah yang dibeli di kedai Rm 2. Itu kalau datang bawa hadiah, ada yang datang tak bawa hadiah langsung tapi sebaliknya bawa perut je. Naya.

Akhirnya lepas majlis selesai, siapa yang untung? Cina atau melayu? Nilai sendiri. Ini bukan soal ikhlas atau tidak, 'bapak tak bersyukur dia nih, tak Qanaah langsung, bla bla bla'. We are talking about mentality here. Pengantin tuh baru nak start bina kehidupan, bila tetamu yang datang bagi hadiah and angpow like Chinese did, bukankah itu dikira menolong dan sedekah? Melayu should stop berkira, pada hari kegembiraan ini raikanlah like you really mean it.

Nanti majlis kahwin gua, tetamu akan dapat tempat duduk berdasarkan hadiah yang dibawa. Meja yang dekat dengan stage, buffet and tempat duduk pengantin untuk tetamu yang bawa hadiah Gred A, macam peti ais, TV 50 inch etc. Then Gred B, yang bawa hadiah klise macam toaster, set pinggan mangkuk, iron, periuk nasi etc akan duduk dekat dengan pintu masuk, biar dia rasa serabut orang duduk lalu lalang kat situ. Gred C, tetamu yang tahu bawa perut je duduk kat luar dewan, dengan takde air cond and jauh dari buffet table. Sekian.


oh ye: Mentaliti melayu perlu diubah. Melayu perlu disogokkan dengan 'ingin membuat yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan'. Termasuklah ketika membeli hadiah untuk pengantin baru.


Hafeez Darraji



Images

Enam

Hidup sentiasa bermula dari kosong. Sebab itu aku boleh katakan yang Najwa Latiff itu sangat genius kerana berupaya menghasilkan lagu kosong. Okay sebenarnya lagu tuh sangat annoying. Kosong kosong

Kosong ini ibarat titik tengah dalam satu paksi, dan kita mengelilingi paksi itu dalam urutan yang semakin jauh dari titik tengah tersebut. Sejauh mana pun kita beredar kita tetap akan terikat pada titik tengah itu. "Tak boleh lari doh".

Saat kau berhati hati merencana hidup, mengumpul kekayaan dan tidak membenarkan walau sedikit kesilapan; Tuhan jatuhkan kau dan kau terpaksa bermula dari kosong. Begitu juga dengan rutin exercise, baru sebulan stop dah macam macam tak boleh buat. Back to square one.

Setelah penat kita berusaha, menggadai nyawa dan melawan penat akhirnya kita terpaksa bermula dari kosong semula. Mengapa Tuhan jadikan fitrah hidup begitu? Entah. Aku pun masih belum ketemu jawapannya, tapi yang pasti Dia ada rencanaNya yang tersendiri.

Sekurang kurangnya, kita ada solid foundation dalam setiap perkara yang kita lakukan. Dan itu yang membuatkan kita senatiasa boleh bergerak maju ke hadapan, walaupun terpaksa bermula untuk sekali lagi. 


oh ye: Even when i lose I'm winning. 


Hafeez Darraji




Images

Lima

Ada masa, identiti atau trademark yang kita lazimkan selama ini memerlukan kepada satu perubahan. Hanya kerana mahu keluar dari cacat hidup yang lama dan tidak ingin dikaitkan walau sedikit dengan cerita cerita yang dulu. Itu sahaja.

Tidak perlu apa apa yang kita hadirkan menjadi penyebab kepada kesakitan orang lain; kerana mengenangkan memori lama yang menyapa secara tiba tiba. Atau mungkin, mungkin cukuplah rasa jelik yang bersarang selama ini dan mengetahui ia perlu ditemukan dengan satu pengakhiran. Kerana cerita yang telah tamat tidak memerlukan satu penghidupan semula. 

Rentas hidup yang baharu, dan bawalah cerita masing masing.


Oh ye: Itulah yang dimaksudkan dengan menjadi lebih baik dari dahulu.


Hafeez Darraji
Images

Empat

Bila kita duduk antara satu sama lain sambil mengetengahkan satu satu fasal atau topik, kita cenderung untuk pergi lebih dalam dan akhirnya menghamburkan satu atau dua komen tentang topik tersebut. 
"Apa yang kurang? Ini tidak cantik. Eh, sepatutnya ini begini, bukan begitu." 
Ceruk mana perbincangan itu di bawa, pasti ada baziran terakhir untuk telinga mendengar baik atau nista nya sesuatu perkara. 
Kalau tidak bercakap, dituduh tidak mengambil bahagian pula.

Manusia lebih menumpukan kepada apa yang dia mahu dengar dan lihat. Kalau terkena batang hidung sendiri, mereka jadi sentap. Itu pilihan abadi.
Sekurang kurangnya ia lebih mudah daripada memahami dan menyelidik perkara perkara yang tersirat, fakta dan  benar disebalik bukti yang telah dilihat atau didengar. Dua puluh empat jam sehari tidak cukup untuk itu. Kata mereka. 

Sayang, kita sebenarnya punya lebih masa untuk saling menyayangi semahunya. Itupun kalau kau mahu.


oh ye:  Epic! Sambutan yang EPIC!!!


Hafeez Darraji



Images

Perjalanan Yang Membawa Erti

telah kita payahkan
satu perjalanan
untuk mencari erti dan maksud
yang diam tersembunyi

di celah celah ketenangan
latar latar yang asing
duduk sendiri mahu menyendiri
di temani segalanya alam semulajadi

melihat kepada satu satu perincian
tin minuman yang statik di tepian
kepul kepul asap yang terhembus dari mulut
melarutkan jiwa dalam masa
yang terus berlalu pergi

dan perjalanan diteruskan
kaki terus melangkah tanpa rela
walau tidak tahu mana pengakhiran
di sebelah mana kan temu pelajaran

telah ditinggalkan segala kehidupan
demi untuk mencari
sebuah erti dalam perjalanan.


oh ye: inspirasi dari filem The Journey. Produk terbaru dari Malaysia.


Hafeez Darraji




Images

Tiga

Aku bukanlah yang paling pakar tentang cinta. Tapi mana pengalaman dan pandangan yang aku boleh kongsikan, aku gembira untuk memberi. Mana mana pun yang bernama manusia itu, setiap dari mereka pasti menagih satu cinta. Rasa awang awangan dalam sketsa yang terlakar oleh tangan tangan berdua.

Aku pernah di alam pra persekolahan (baca: Tadika) cuba cuba untuk menawan hati satu nyawa. Asalkan perhatiannya tertumpu hanya pada aku, sanggup apa jenis perkara; pasti aku lakukan. (Nak dijadikan cerita) Waktu pulang dari tadika, kebetulan kereta bapanya berada betul betul di belakang kereta bapaku. Lantas aku ke tempat duduk paling belakang sambil melihat wajahnya yang sedang tersenyum ke arah aku. (Kebetulan lagi sekali) Ada tin kosong minuman bergas berjenama 100 plus di satu sudut kerusi. (Waktu itu siapa siapa yang minum 100 plus, Kickapoo atau Mountain Dew akan dianggap dan dilihat sebagai benar benar cool. Terima kasih pengaruh iklan TV!) 
Aku capai tin kosong itu lalu acah acah meneguk, sambil tekak bergerak ke atas dan ke bawah tanda minuman itu benar benar melalui salurah esophagus. 
It was perfectly done i must say!

Aku beranggapan, di dalam hati Puteri Syaza Erina itu sedang berteriak menjerit:

"Oh My God, my prince is so cool"

hahahaha.


oh ye: this was a TRUE love story. Kau orang ada cerita yang sama? 


Hafeez Darraji


Images

Dua

Kita ini adalah pengarang untuk novel novel yang kita cipta. Ia memerlukan kebergantungan dan kaitan antara satu bab ke bab yang lain; supaya jalan cerita mudah untuk difahami. 


Memiliki sesuatu yang benar benar kita inginkan adalah satu jackpot. Wanita yang satu masa dahulu aku reka reka bayangannya di dalam fikiran, kini berada di sisi untuk satu sebab yang istimewa; itu jackpot terindah. Magisnya adalah bila she can know and tell what is going on in your mind. And whenever she doesn't like something, she tell you in a proper way. Kau pernah lihat aku segembira ini? Kerana aku sendiri tidak pernah melihat diri sendiri gembira sehebat yang kali ini. 

Dalam dunia yang serba moden dan berteknologi tinggi ini, manusia memilih untuk terus meluang masa bersama gajet gajet yang mempunyai nilai susut. Walau duduk bersebelahan, air liur tidak lagi dibazirkan untuk satu komunikasi dua hala dan momen ketawa yang menarik urat perut. Ada cerita yang masih terpendam dan hanya akan terungkai melalui sapaan "apa citer doh hari ini?"

Pokoknya, menumpukan perhatian kepada satu bab sahaja tidak salah tetapi it is essential untuk setiap bab yang lain dihabiskan atau sekurang kurangnya menuju penghabisan. Persoalannya, bab mana yang kita akan pilih untuk dihabiskan dahulu.
Itu pilihan masing masing.


Oh ye: One of the most amazing things that can happen is finding someone who sees everything in you, and won't let you be anything less.


Hafeez Darraji




Images

Satu

Kaki melangkah seperti kebiasaannya. Bertemu kembali ia pada jalan jalan tar yang tidak rata. Syukur hari masih lagi ada.

Tidak ada satu jalan yang dipilih telah mendatangkan sesal apatah lagi ada suara suara mambang dari dalam yang turut mempersoal. Hidup yang baharu, mungkin it's my forte

Dalam sejuta manusia - yang bangga hanya kerana 'nama negara' terselit beberapanya di dalam kitab Tuhan yang mulia dan dipasangkan pula dengan perangai perangai jelik mereka ada satu daripadanya telah mendapat segala rasa hormat dan kagum dari aku. Dalam rongak rongak manusia yang pilih untuk tidak hadir ke clinical training, barangkali aku terpilih untuk mendapat dapatan yang bernilai ini. 

Penerangan breast cancer yang diatur lima kali kuliah telah diringkaskan ke dalam masa 10 minit. Disusuli dengan 'teka teki' case dan diagnosis menampakkan jalan penutup aku di sekolah perubatan ini semakin jelas. All my respect to you Dr Beheir Goheir!

Hidup bukan sekadar menerima bulat bulat. Pemerhatian dan kesimpulan harus dirumuskan sendirian untuk diguna pakai sebagai petunjuk atau tanda arah (kita) manusia yang tidak pernah tahu ini.

oh ye: perlu melatih otak untuk sentiasa cepat menerima, memproses dan mengingat segala maklumat.


Hafeez Darraji


Images

Aku Putus Cinta Lagi.

entah berapa lama aku tidak merasa penat sebegini. keluar rumah dari pagi, konon konon gigih mahu menuntut ilmu. terkadang tewas dan tersengguk sengguk sewaktu pensyarah di depan menerangkan sesuatu. pulang di lewat petang sambung pula dengan kelas tambahan dan terus ke hospital di sebelah malam untuk menyelami sendiri hidup hidup realiti sebagai seorang doktor di masa akan datang. 

entah berapa lama aku tidak merasa penat sebegini?

lama. sangat lama seingat aku. selama ini hidup hanya tertumpu kepada kemahuan diri sendiri tanpa aku sedar yang aku hanya tinggal beberapa bulan sahaja untuk memberi bakti kepada masyarakat. kena mula bersusah susah separuh mati dari saat ini supaya nanti dapat membiasakan diri dengan kehidupan yang dua atau tiga kali lebih penat dari ini.

moga Tuhan beri aku kekuatan. mohon juga doa dari kalian.


p/s: bikin gempak bukan tajuk kali ini? har har har!



Hafeez Darraji
Images

Notes

seperti selalunya
dia jadikan malam ku lebih indah
jadikan siangku lebih cerah
saban hari tak pernah goyah
tak penah gusar
cintanya padaku

selamanya hanya kamu.

- Mei Ling

p/s: Her first try! I guess "woman is the reflection of her man, if you love her to the point of madness, she will become it." :p
Images

Kehilangan

waktu datang menduga
jarak terus meluka

antara sela sela itu
aku keseorangan.

rasanya seperti aku telah kehilangan
setiap dari wujud wujud kamu
yang selalu menghidupkan hari hari aku

tak mampu lagi 
untuk aku terus berjauhan
berbicara dalam sepi sepi
seorang diri

menahan rindu
dari terus kehilangan kamu.

p/s: LDR tak pernah mudah. Namun setiap dari kita ada cara tersendiri untuk kembali memberi ia nyawa.


Hafeez Darraji
Khamis, larut malam.